terkini dan sensasi

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cinta mukabuku

Assalamualaikum...(^ ^)

Untung orang zaman sekarang, nak cari pasangan hidup pun dah senang. Berkawan je dengan ramai orang di Facebook, kalau ada rezeki dan jodoh pasti salah seorang akan memikat hati.

Tak sama zaman Mas bercinta dulu, nak cari pasangan terpaksalah usha mana lelaki/wanita yang berkenan di hati. Bila dah berkenan barulah susun strategi camne nak berkenalan, bila dah kenal hati budi masing² barulah tetapkan tarikh nak keluar untuk temujanji pertama.


Cuma cinta Facebook ni kenalah berhati². Sebelum berkenalan dengan lebih rapat dan jalinkan hubungan cinta, siasat dulu betul² latarbelakang dia. Manalah tau terpikat kat suami atau isteri orang, tak pun dengan kaki penipu yang dah memperdayakan ramai orang.

Pastu kenal dulu hati budi masing², janganlah baru sehari dua kenal dah boleh tukar² gambar. Bila dah bersedia dan rasa dia seorang yang baik, barulah boleh jumpa. Dapatkan restu ibu bapa, pasti bahagia dan kekal ke jinjang pelamin. Itulah yang dinamakan jodoh!

Zaman cinta Mas, mana ada Facebook. Jadi Mas yang ngorat husband Mas dulu, hehehee!

10 ulasan:

  1. kekekeke
    kantoi cite kak masss
    hehehe
    betol tu kak
    tapi kalo mimi kak..
    ase takot sgt nak cri org kat Fb ni
    sebb mcm2 skrg ni kan
    tahu..msh ade yg baik..tapi mash rase x sempurna hati ni bile nak mncri pasangn kat Fb..takot..huhu

    BalasPadam
  2. bagus jgk, yang janda,duda,andartu dsb bleh cari pasangan diorang...

    BalasPadam
  3. a'laiki salamun

    wah ! seberani saiditina Khadijah >_0


    fi aman Allah
    L.N

    BalasPadam
  4. kadang yg mudah tergoda kerana ghairah sgt nak bercinta. hati2 tak kiralah yg bujang atau yg dah kahwin pun.

    BalasPadam
  5. salam..

    zaman dah moden..:) dulu guna botol ketuk2 saja botol tu...

    sekarang klik2 kat fb saja..:))

    BalasPadam
  6. wahhhhhhh....suwitttt gituuuu~ tu dalam zaman2 saya gak tu kak...takde FB sume..

    BalasPadam
  7. benda laman sosial ni ssh nk percaya. lihat saja lah pd gambar2 yg di upload, semuanya nmpak sempurna n cantik. kalau reality tidak lah sesempurna itu. jd jgn tertipu ya semua :D

    BalasPadam
  8. Perghhh mas ngorat balakk ... hebattt ....

    BalasPadam
  9. Betul tu kak Mas..zaman sekarang ni laman sosial ni memang tak boleh dah nak percaya 100% kannn..

    Wahhhh kak Mas ngorat hubby? toinkkK!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com