Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 7 Mac 2022

Mas dan suami positif Covid-19

Assalamualaikum...(^ ^)

Muncul kembali kat sini setelah sebulan tenggelam di lautan dalam, hahahaa! Hari ni terasa nak menulis sebab nak kongsi pengalaman Mas dan husband dijangkiti virus yang paling ditakuti iaitu Covid-19. 

Bermula pada 24/2 husband mengadu sakit badan masa dia bertugas syif malam, masa tu Mas dah rasa tak sedap hati sebab anggota kat balai dia ramai positif. Hari Jumaat sebelum balik kerja Mas suruh dia buat test, lega masa tu keputusan negatif. Tapi yang merisaukan Jumaat tu dia demam panas dan sakit² badan makin teruk.


Esoknya hari Sabtu, sebelum nak pergi kerja dia buat self test lagi sekali. Malangnya keputusan positif, akhirnya yang 2 tahun dielak datang jugak dalam keluarga kami. Maka bermula sesi kuarantin dia dari 26/2 sampai 4/3. Cuma husband masa disahkan positif tu dia dah tak demam dan sakit badan pun dah pulih, jadi gejala dia tak teruk sangat!

Mas dah anak² buat jugak test pada hari pertama tu dan alhamdulillah negatif. Mas asingkan anak² dari babah mereka, Mas terpaksa jugak ulang masuk bilik sebab nak uruskan hal rumah tapi memang jaga jarak, kerap basuh tangan, pakai hand sanitizer dan pakai facemask 24 jam!



Tapi orang kata kalau benda nak kena akan kena jugak kan? 28/2 iaitu hari Isnin Mas pergi kerja macam biasa sebab sekarang kan kontak rapat tidak bergejala tak perlu kuarantin, tapi Mas memang jaga jarak dan tak buka facemask. Sebelum pergi kerja buat test untuk kontak rapat hari ketiga, lega masih negatif! 

Hari Selasa macam biasa jugak Mas pergi kerja tapi sebelah petangnya dah rasa perit dan sakit tekak, batuk² dan badan rasa macam nak demam. Masa tu dah rasa macam akan kena Covid tapi tak nak fikir sangat, balik kerja terus buat test. Hurmm masa tu laju je naik double line, sah Mas positif Covid-19!



Malam tu dah mula demam mengigil, sakit tekak macam dihiris dengan pisau dan satu badan lenguh² dan sakit sendi. Batuk memang sangat menyeksakan sebab dada rasa macam nak pecah, badan pulak lemah sangat dan nak bangun pun tak larat. Ya Allah masa tu baru rasa sakit jugak Covid ni!

Tiga hari berturut² memang Mas agak teruk jugak, makan pun tak lalu sangat. Tapi husband paksa jugak untuk makan, kalau tak badan jadi lemah. Dia beli sup daging, pastu buatkan singgang ikan. Bolehlah makan sikit² je sebab tekak terlampau sakit kot, yelah batuk tak henti². 


Ubat-ubatan pulak Mas makan batuk, ubat demam, ubat sakit tekak, Cold Away dan vitamin C. Air lemon dan madu cengkih pun Mas amalkan untuk legakan batuk, tapi tak berkesan sangat pada Mas. Batuk tu paling teruk bila dari Maghrib bawak ke pukul 2-3 pagi, nak tidur pun tak boleh lena.

Alhamdulillah hari ni dah hari terakhir kuarantin, dah buat jugak test dan negatif. Walaupun tak perlu buat tapi nak puaskan hati kan, bila nampak satu line je naik baru boleh rasa lega. Mas pun dah makin sihat cuma batuk² ni masih berbaki lagi, Insya Allah akan sembuhlah nanti. Kena banyakkan ambik vitamin C!


Korang yang sihat tu tolonglah jaga diri yer, virus Omicron ni memang mudah berjangkit. Walau kita jaga camne pun bila dah kena memang sakit, jadi kena lebih jaga kesihatan!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com