Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 31 Oktober 2020

Suka duka jaga Taman Mini

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau dikira bulan ni dah genap 4 bulan usia taman mini Mas tu, haaa dari ada 10 pokok sekarang dah berpokok². 

Seronok tau ada taman mini camni, kalau Mas tahu dah lama Mas buat. Yelah tengah rasa bosan dan stress, Mas akan hadap pokok jelah. Tenang rasa hati, nak pulak bila pokok² di taman mini tu semuanya hidup segar dan sihat. 

Lagilah sekarang husband Mas dah sama² berminat dengan pokok², hehehehe dah ada geng. Banyak jugaklah pokok² yang dia belikan, dan ada juga pokok² yang dia dapatkan percuma jer untuk Mas. Memang tak sangkalah dia layan minat Mas ni, mula² dulu dia tengok jer! 

Contoh macam pokok² kat luar pagar ni, haaa yang ni bahagian pokok dia punya. Dia yang tanam dan jaga, ada yang dibeli ada yang dia yang ambik kat balai dan kat rumah jiran. Ambik tu bukan ambik senyap² yer, mintak kebenaranlah. Hehehee kena kasi jelas, kang ada yang kondem pulak!

Pastu pokok Elephant Ear ni dah lama Mas teringin nak, tapi nak beli harganya boleh tahan. Sekali satu hari tu balik kerja husband Mas bawak balik pokok ni. Rupanya kat balai dia banyak tumbuh, jadi dia mintaklah nak ambik satu pokok. Haaa apa lagi gembira tak terkatalah Mas, dapat apa yang diidamkan. Tak sabar nak tengok pokok tu membesar dan tinggi!

Cuma jaga pokok² ni ada jugak masa sedih dia, terutama bila pokok² kita mati. Pernah satu masa sampai 5-6 pokok mati, memang rasa kecewa sangat. Yelah dah jaga dengan sempurna, baja dan siram tapi rezeki takde nak jaga lama kan? Bila jadi camtu rasa macam takde mood dah nak jaga pokok, macam nak give up je. Rasa nak biar je semua pokok² tu tak terjaga!

Tapi bila fikir balik itulah cabarannya kan, Mas kena fikir positif. Tak guna pun dok fikir pokok yang dah mati tu, memanglah rasa sedih kan tapi pokok kat nurseri tu masih banyak. Hahahaaa mati 1 pokok beli 2-3 pokok, haaa itulah konsep Mas. Kalau pokok tu hidup selamanya tak lakulah pokok² kat nurseri tu kan? 

Jadi sekarang Mas fikir seronok je, ada pokok yang mati Mas tak nak sedih sangat. Kena hadap semua tu kan, ada rezeki kita beli pokok baru. Satu lagi moga impian Mas nak buka mini nurseri kat rumah tercapai suatu hari nanti! 

Jumaat, 30 Oktober 2020

iREHAB Pusat Pemulihan Fisioterapi dan Rehabilitasi

Assalamualaikum...(^ ^)

Risau nak ke hospital di musim pandemik Covid19 ni?

Yer Mas pun ada perasaan yang sama, masa temujanji Airis bulan 9 hari tu berapa kali dok tukar tarikh. Rasa risau dan takut tu membuatkan Mas teragak² nak bawak anak ke hospital. Memang ada SOP yang perlu diikuti tapi kadang² rasa cuak tetap ada!

Namun bagi pesakit² yang perlu jugak ke hospital kerana ada temujanji bulanan yang perlu dihadiri, mereka sukar nak elakkan. Terutamanya bagi pesakit yang perlu menjalani rawatan fisioterapi dan rehabilitasi, mereka ni dah ada tarikh temujanji yang ditetapkan untuk lengkapkan sesi rawatan. Tapi dek kerana wabak ni, tentu rasa bimbang nak ke hospital tu tetap mereka hadapi.

Tapi sekarang mereka tak perlu risau dan bimbang lagi, kerana ada yang boleh membantu pesakit² yang perlu menjalani rawatan fisioterapi dan rehabilitasi sama seperti rawatan di hospital. Harga yang ditawarkan pun murah dan berpatutan! Haaa di mana tu, iREHAB lah tempatnya.

Apa itu iREHAB? iREHAB adalah pusat pemulihan yang pakar dalam perkhidmatan pemulihan stroke dan neurologi serta perkhidmatan rehabilitasi. Mereka menawarkan khidmat pesakit luar dan perkhidmatan perawatan dan pemulihan di rumah. 

Di iREHAB mereka dapat membantu pesakit² untuk meneruskan sesi rawatan seperti yang disyorkan kerana rehabilitasi adalah keperluan terutamanya selepas stroke. 

Jadi dek kerana pandemik Covid19 yang sedang berlaku sekarang, sudah tentu pesakit² menghadapi kesukaran untuk menghadiri sesi rawatan physiotheraphy, occupational therapy dan speech therapy. Ini kerana semua hospital terutamanya hospital kerajaan perlu mengurangkan jumlah pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa. 

Prihatin atas kesukaran dan masalah ini, iREHAB menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah supaya pesakit² masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan mereka. Haaa mudah kan, pesakit² pun dapat menjalani sesi rawatan dengan teratur seperti di hospital!

Caranya mudah saja, pesakit² hanya perlu menunjukkan kad temujanji hospital dengan tarikh yang dihadiri dan perlu dihadiri bagi mendapat harga diskaun yang ditawarkan oleh pihak iREHAB. 

Untuk membuat temujanji, pesakit² boleh menghubungi terus iREHAB sekarang di talian 012-9061690 atau 017-9880324 (tertakluk pada terma dan syarat). Bagi dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari:

Web: https://irehab.com.my

Facebook: www.facebook.com/irehab.neurocare

Instagram: www.instagram.com/irehab.neurocare

Khamis, 29 Oktober 2020

Potty training untuk Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Memandangkan Aiyra dah masuk usia 3 tahun dan semasa PKPB ni pun Mas bekerja dari rumah jadi mudahlah nak potty training untuk dia. Lagi pun memang dari anak pertama Mas akan ajar seawal usia 3 tahun.

Mas mula ajar dia dari hari Rabu minggu lepas, kiranya hari ini dah genap seminggu lebih dia belajar. Hari pertama ajar memang dia tak nak, tapi Mas cakap Aiyra dah besar kenalah belajar tak pakai diapers. Bila cakap camtu terus dia excited nak cuba!

Hari pertama memang agak mencabar, yelah baru mula belajar kan? Dia ada rasa nak buang air kecil dan besar, cuma dah terlepas baru dia cakap. Padahal setiap 15 minit Mas akan tanya, nak pergi tandas atau tak? Tapi biasalah dia nak biasakan diri, jadi hari pertama 3 kali terkencing dalam seluar dan 2 kali terberak dalam seluar. 

Haaa kalau hadapi situasi camni, jangan cepat putus asa tau. Kena terus ajar anak kita, dan yang paling penting jangan marahi anak kalau mereka terkencing atau terberak dalam seluar. Kena cakap elok², barulah emosi anak tak terganggu dan dia akan dengar dan ikut apa yang kita ajar.

Alhamdulillah masuk hari kelima Mas ajar Aiyra dia dah berjaya, takde dah terbabas dan dia dah pandai bagitau nak pergi ke tandas. Cuma kalau dia leka bermain tu Mas akan tetap tanya 2-3 kali, yelah risau jugak dia terbabas sebab leka sangat! 

Bila dah lulus potty training ni dia pun rasa seronok, selalu cakap ! Cuma masa dia tidur Mas masih pakaikan diapers, nanti bia dia betul² pandai kawal bila waktu siang barulah Mas ajar bila nak tidur.

Lega tau bila anak dah berjaya potty training ni, dapatlah jimat sikit diapers. Sekarang pakai waktu malam jer! Harap sebelum taska bukak ni, Aiyra dah  jadi tak perlu dah pakai diapers bila pergi ke taska.

Isnin, 26 Oktober 2020

Gegar Vaganza 7: Minggu Ketiga

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa tiada penyingkiran di konsert ketiga!

Adil lah bagi Mas sebab Yantzen tak dapat buat persembahan disebabkan faktor kesihatan, bukan dia saja²! Nak pulak musim Covid19 ni kan, tak boleh sesuka hati nak datang ke event camtu kalau tak sihat.

Jadi boleh tarik nafas legalah semua peserta, ada peluang lagi untuk mereka perbaiki mutu persembahan di konsert keempat nanti. Yelah lagu di konsert ketiga ni memang agak mencabar, Mas tengok kebanyakan peserta kurang mantap dari segi vokal dan persembahan. 

Yang Mas nampak menyerlah Ayu Damit dan Noraniza Idris, jadi memang patutlah mereka duduki tangga 2 terbaik. Ayu Damit nampak santai dan menarik persembahan dia, vokal dia pun best. Noraniza Idris pulak mampu buktikan dia boleh nyanyi lagu yang bergenre lain, berjayalah dia sampaikan lagu Akan Ku Tunggu dengan baik. 

Linda Nanuwil pulak Mas kurang setuju dia dapat tempat ketiga terbaik, bagi Mas kurang best dia nyanyikan lagu Akar dan Bumi tu. Terlampau over sangat suara high note tu, patutnya dia nyanyi ikut gaya dia tersendiri. Kalau tak tarik lebih sangat pun lagi best, sebab vokal dia dah sedap!

Dah masuk minggu ketiga ni Mas belum nampak sangat lagi calon juaranya sebab masing² tak konsisten berikan persembahan terbaik. Dari segi vokal memang boleh nampak 2-3 peserta yang vokalnya mantap. Jadi Mas nak tunggu konsert keempat nanti, mungkin akan lebih menyerlah. Tapi sekarang Mas macam dah tertarik dengan Ayu Damit

Konsert keempat nanti para peserta bakal nyanyikan lagu bertemakan Lagu² Berhantu, iaitu lagu yang hit. Inilah senarai lagu²nya:

Ayu Damit | Jahat (Stacy)
Noraniza Idris | Saat Ku Idamkan (Amy Search)
Linda Nanuwil | Kemarin (Seventeen) 
Mus | Dan Sebenarnya (Yuna) 
Aju Success | Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra) 
Nomad | Rahasia Perempuan (Ari Lasso) 
Oja | Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
Rozita Izlyn | Ku Seru (Misha Omar) 
Eva | Kini (Feminin)
Ashira | Cinta Beralih Arah (Aishah)
Cliff Umar | Dialah Dihati (Siti Nurhaliza)
Indigo | Hidup Dalam Mati (Syamel) 
Yantzen | Akan diketahui semasa konsert
 
Haaa mencabar jugak lagu yang Ayu Damit, Noraniza Idris dan Mus dapat, moga mereka dapat berikan yang terbaik serta memukau juri dan penonton!

Isnin, 19 Oktober 2020

Gegar Vaganza 7: Minggu Kedua

 Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa barulah ceria sikit GV7 minggu ni, gandingan Nabil Jihan kembali. Walaupun tanpa kehadiran penonton ianya tetap meriah, ternyata gandingan mereka menghidupkan GV!

Minggu ni penyingkiran bermula, jadi para peserta dah tak boleh nak rasa selesa. Semua kena kerja keras untuk beri persembahan terbaik dan menawan hati para juri. Di konsert kedua ni Haslinda disingkirkan!

Kekuatan vokal yang mantap masih milik Mus, cukup power dia nyanyikan lagu Cinta Kristal. Lagi pun lagu tu memang kena dengan vokal dia, memang takde sumbang langsung dia nyanyi. Harap bila dia dapat lagu yang luar dari zon selesa, dia tetap mampu kekalkan vokal yang bagus!

Sorang lagi bagi Mas punyai vokal yang mantap dan mampu bagi saingan pada Mus ialah Linda Nanuwil. Haaa semalam memang dia sampaikan lagu Mungkinkah dengan baik, sedap suara dia. Minggu depan dia dapat lagu yang agak mencabar, harap dia dapat kekalkan kemantapan vokalnya. 

Cuma satu jer, bagi Mas GV7 ni agak kurang menyengat. Kebanyakan peserta kurang mantap dari segi vokal dan persembahan, ada tu Mas tengok macam tak bersungguh² menyanyi. Yelah, awal² tu Mas rasa bosan dan mengantuk jer tengok. Jarang tau Mas bosan tengok GV ni, sebab dari GV1 Mas dah ikuti. Rasanya kalau takde Mus dan Linda tu mungkin lagi hambar, jadi harap sangat peserta lebih menyerlah di minggu² akan datang.

Bertemakan Cuba Try Test, pada konsert ketiga nanti para peserta akan menyampaikan lagu dengan genre di luar zon selesa mereka. Kalau tengok senarai² lagu ni memang semuanya akan menguji kemampuan dan kekuatan vokal para peserta. Sama²lah kita saksikan minggu depan!

Mus | Syair Laila Majnun (Ramli Sarip)
Linda Nanuwil | Akar dan Bumi (Amuk)
Cliff Umar | Keroncong Untuk Ana (Kembara)
Ashira | Penasaran (Kris Dayanti)
Oja | Satu Peluang (Andi Bernadee)
Nomad | Aku Skandal (Hujan)
Aju Success | I Love You I Miss You (Ukays)
Noraniza Idris | Akan Ku Tunggu (Candy)
Ayu Damit | Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta)
Eva | Hang Pi Mana (Khalifah)
Rozita Izlyn | Di Dadaku Ada Kamu (Amelina)
Yantzen | Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
Indigo | Cinta Abadi (Blackrose)

Selasa, 13 Oktober 2020

Esok bermula PKP Bersyarat!

 Assalamualaikum...(^ ^)

Seperti yang kita dah maklum esok bermula PKP Bersyarat untuk negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 2 minggu tau, sampai 27 Oktober 2020! 

PKPB kali ni semua boleh bekerja cuma perlu ada surat majikan dan pas kerja, kalau takde mesti tak lepas roadblock punya. Tapi pihak kerajaan ada bagi saranan supaya benarkan pekerja Bekerja Dari Rumah jika tiada keperluan mendesak, yelah nak kurangkan kapasiti pekerja di pejabat. 

Macam Mas memang kena bertugas, cuma alhamdulillah dapat kebenaran dari boss untuk bekerja secara penggiliran. Jadi mulai esok 14/10 sampai 20/10 Mas akan bekerja, pastu 21/10 sampai 27/10 giliran Berkerja Dari Rumah. Yelah Mas memang perlukan penggiliran sebab taska Aiyra tutup. Memanglah husband boleh jaga kalau dia kerja syif malam atau off, cuma risau masa dia kerja syif siang tu. 

Yer kakak Atikah ada boleh jaga, tapi walau camne pun Mas tetap nak salah sorang ada jugak mengawasi di rumah. Kadang anak² ni kita fahamlah, mudah leka kalau dah mengadap sesuatu tu. Nanti dia tak teringat nak tengokkan adik. Sekurang²nya bila Mas ada masa WFH tu, Mas boleh pantau. Lagi satu kakak Atikah ni nak jugak ulangkaji subjek yang belum sempat dihabiskan untuk trial SPM, kang dok ralit jaga adik je study dia entah kemana. 

Jadi Mas lega sangat dapat boss yang memahami, takde nak paksa bekerja seperti biasa sepanjang PKPB ni. Walaupun dia hari² kena kerja, tapi kebajikan Mas dan sorang lagi rakan sepejabat tetap dia jaga. Nanti bila dia dah pencen bulan November belum tentu merasa semua ni, kalau dapat boss sebaik dia seronok lah jugak! 

Haaa mulai esok dia ni akan berkhidmat kembali setelah lama berehat, hehehee penting dia ni. Nasiblah Mas simpan lagi dari yang awal PKP hari tu, sebab husband yang beria suruh simpan. Dia cakap selagi Covid-19 tak habis jangan buang, mana tau kena PKP semula. Sekali betul kena, jadi tak perlulah buat yang baru! 

Selamat bertugas pada yang kena bekerja, yang tidak tu kekal duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Kita harap sangat PKPB ni hanya 2 minggu sahaja, tak akan ada disambung lagi. Bukan apa Mas kesian dekat kakak Atikah yang terpaksa tangguh trial SPM dia, ada 9 kertas lagi yang belum habis! 

Memanglah ada hikmah bila ditangguh, boleh ulangkaji lebih lagi. Cuma kalau boleh biarlah habis cepat kan, sebab mood periksa tu tengah berkobar². Tapi nak buat camne, dah kena akur demi kurangkan kes Covid-19 yang makin mengganas ni!

Isnin, 12 Oktober 2020

Gegar Vaganza 7: Minggu Pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam pentas konsert pertama GV7 dibuka dengan menyaksikan 14 orang peserta menyanyikan lagu popular mereka suatu masa dulu. Haaa bila dengar mereka nyanyi, barulah Mas ingat sesetengah peserta yang Mas tak tahu sangat lagu popular mereka. Terus cakap, "Haaa ini rupanya lagu dia, baru ingat!"

Seperti biasa pada konsert pertama tiada penyingkiran, yelah tak akan nak singkir awal² sebab mereka masih belum hadapi cabaran sebenarnya. Menyanyikan lagu sendiri, semua peserta lebih selesa lagi kan? Tunggu pada konsert kedua nanti, barulah mereka akan dapat cabar dan uji kemampuan vokal masing² apabila menyanyikan lagu orang lain.

Cuma Mas rasa konsert semalam agak hambar sebab Nabil takde, pada awal tengok rasa macam kenapa bosan je ni! Haaa nampak tak kuasa pengacara tu memainkan peranan penting, yelah dari GV1 sampai GV6 Jihan dan Nabil sentiasa ada. Sekali bila sorang takde, tu yang rasa agak tak sempurna. Lagilah kita dah terbiasa dengan gurauan dan lawak jenaka mereka berdua, kira itulah trademark GV. Harap Nabil cepat sembuh untuk ceriakan konsert kedua nanti!


Untuk persembahan semalam dari segi vokal bagi Mas, vokal Mus yang paling mantap dan menyengat. Walaupun dah lama tak buat persembahan di konsert camni, tapi vokal dia tak berubah langsung. Masa dia nyanyi nota yang tinggi, fuhhh menusuk jiwa. Umur dah 52 tahun tu, tapi vokal tetap terbaik!

Dari segi corak persembahan, Noraniza Idris yang menguasai pentas. Dengan kelebihan lagu irama malaysia dan penari² tradisional, menjadikan persembahan itu cukup menarik. Vokal dia pun tak kurang hebatnya, yelah lagu irama malaysia kan makanan dia. Jadi dicampur dengan persembahan menarik dan vokal best, juri memilih dia untuk mendapat markah tertinggi! 

Peserta lain pulak semuanya best jugak, ada 2-3 orang yang boleh bagi saingan hebat kepada Mus dan Noraniza Idris. Tapi di konsert pertama ni Mas pun belum nampak sangat lagi siapa calon juara, cuma ada lah 2-3 orang yang nampak menyerlah! Jadi kena tunggu konsert kedua nanti baru boleh nilai lagi siapa yang layak dipanggil calon juara!

Bertemakan Sama Naik iaitu lagu² artis yang sama naik namanya dengan peserta GV7, inilah lagu yang bakal 14 orang peserta nyanyikan.

Noraniza Idris | Akulah Kekasihmu (Francissca Peter)
Mus | Cinta Kristal (Rahim Maarof)
Clif Umar | Hanyut (Faizal Tahir) 
Eva | Cinta Antara Benua (Arni Nazira) 
Yantzen | Duit (Kembara) 
Ayu Damit | Ke Hujung Dunia (Siti Sarah) 
Haslinda | Kerana Terluka (Nurul Wahab) 
Linda Nanuwil | Mungkinkah (Sheila Abdul) 
Ashira | Sempurna (Andra & The BackBone) 
Nomad | Bila Tiba (Ungu) 
Oja | Sepenuh Hati (Spoon) 
Indigo | Hadirlah Kekasih (KGB)
Aju Success | Sambutlah Kasih (Lovehunters) 
Rozita Izlyn | Hajat (Haida)
 

Jumaat, 9 Oktober 2020

Peperiksaan percubaan SPM

Assalamualaikum...(^ ^)

Bermula dari hari Isnin kakak Atikah dah mula peperiksaan percubaan SPM, hari ni dah hari kelima. Ikutkan 28.09.2020 patutnya mula tapi disebabkan wabak Covid-19 ni, terus ditangguhkan ke minggu ni. 

Stress jugak dia sebab dah pulun ulangkaji, tapi Mas cakap takpe sebab ada masa lebih untuk ulangkaji lagi. Boleh lebih bersedia dan boleh tumpukan banyak masa untuk subjek yang agak susah! 

Atikah ni dia ambik kelas Sains Tulen, ada Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan. Sebab tu dia kena belajar lebih masa sikit, kena betul² bagi tumpuan kat subjek² tu. Yelah subjek sekarang tak sama dengan apa yang kita belajar dulu, soalan² peperiksaan sekarang lebih mencabar dan perlukan pemikiran luar kotak. KBAT kan?

Macam kertas Sejarah 3 hari Isnin tu, dia kata open book test. Tapi walaupun camtu tetap kena berfikir, tak boleh nak rujuk buku sepenuhnya. Soalan KBAT dia kata, bukan semua ada dalam buku! Lagipun bukan sepanjang menjawab tu sempat tengok buku, jenuh memikir nak cari jawapan yang sesuai. Tapi Mas cakap takpe, kakak dah buat yang terbaik. Insya Allah akan dapat keputusan yang baik jugak!

Semalam Mas tanyalah dia berapa subjek dia ambik, sebab sebelum ni tak pasti sangat berapa subjek dia untuk SPM. Sekali katanya 9 subjek semuanya, haaa takdelah banyak sangat Mas cakap. Tapi yang buat maknya ni lap peluh, dari 9 subjek tu ada 22 kertas. Yelah ada subjek yang 2 kertas dan ada jugak yang 3 kertas, camne tak banyak. Haaa kau, patutlah 2 minggu periksanya. Fuhhh banding dengan Mas dulu, 1 subjek 2 kertas pun dah struggle nak belajar. Kira hebatlah anak kita sekarang, kelas sains pulak tu!

Apa pun Mas sentiasa doakan kakak Atikah dipermudahkan menghadapi peperiksaan ni, walaupun baru percubaan. Yelah kena jugak buat yang terbaik sebab kita tak tahu kemungkinan bakal berlaku, dengan keadaan wabak makin meningkat ni! 

Good Luck Kakak Atikah for 22 papers!

Jumaat, 2 Oktober 2020

Selamat Hari Lahir Nur Aiyra Annasya

Assalamualaikum...(^ ^)

Permulaan Oktober diraikan dengan sambutan hari lahir baby Mas ni, Nur Aiyra Annasya. 3 tahun dah umur dia, besar dah dan pandai mintak adik tau. Hahahaa maaf mama tak layan, mama dah pencen beranak kecik ni. Jadi Aiyra jadilah baby mama selamanya!

Lahir dengan berat 4.2 tau, haaa memang semangat dia. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat walaupun masa baby banyak jugak masalah kesihatan, sampai umur 2 tahun ulang alik temujanji kat hospital. Tapi sekarang dia sihat walafiat dan membesar seperti kanak² lain.


Takde buat sambutan parti besar-besaran pun, dah biasa ala kadar camni sejak dari kakak Atikah lagi. Cukuplah sambutan simple je, janji anak² gembira dapat makan kek. Hiasan tu Mas beli kat kedai di Nilai 3 je, boleh pakai turun temurun tu sampai anak² besar. Pastu belilah belon bagi Aiyra gembira dan seronok! 


Kek ni Mas beli kat Baker's Cottage, Chocolate Ripple Ice Cream Cake. Haaa kali ni saja cuba kek aiskrim, sedap jugaklah. Walaupun kecewa dengan tulisan yang agak buruk tu dan nama Aiyra pun salah eja, tapi dark chocolate dia sedap gilersss! Rasa geram jugak dengan pekerja kedai kek tu sebab tulis ala kadar, tapi malaslah nak panjangkan cerita. Ai kan tak suka besarkan benda remeh camni!


Hadiah birthday pulak Mas tak beli pun, babah dia je yang belikan. Hadiah lain kawan² pejabat yang bagi! Seronoklah dia dapat mainan doktor tu, memang dari awal dah mintak. Jadi babah dia belikan jugak, teruja lain macamlah dia. Beg, buku cerita dan puzzle tu kawan² hadiahkan.

Happy 3rd Birthday Aiyra comel, kami semua sayang Aiyra sangat². Aiyra sentiasa baby buat mama, babah, kakak Atikah, abang Arfan dan kakak Airis!


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com