Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 29 April 2019

Bertukar lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Baru 7 bulan lalui suasana baru dan boss baru, dah kena bertukar lagi. Haihhh begitulah nasib bila boss dah tak perlukan khidmat kita, kenalah dengan rela hati bertukar ke tempat lain. Beginilah kerjaya seorang PA, bila boss perlukan khidmat kita kenalah kerja dengan baik. Sekali dia dah tak nak, siapalah kita untuk membantah.

pejabat lama di aras 10


16 tahun di BSM KKM ni dah 5 kali Mas bertukar ni, bukanlah keluar jauh pun tapi tetap di BSM. Cuma pindah dari aras 9 ke aras 10, dan dari aras 10 ke aras 9 semula. Sepanjang 5 kali tu, yang ni paling sekejap Mas berkhidmat di aras 10 tu. Sebelum ni makan lah masa 2-3 tahun jugak! 

Serius Mas penat bila kena macam ni, mood dan keseronokan bekerja pun sedikit sebanyak akan terjejas. Bukan Mas tak nak keluar dari BSM tu tapi kalau pergi bahagian lain tapi jaga boss yang gred sama lebih baik Mas jaga boss di BSM ni je. Kalau dapat jaga boss yang lebih tinggi pangkatnya, Mas nak lah jugak berubah angin. 

Takpelah buat masa ni Mas bersabar je, lagi pun Mas kembali jaga boss yang dulu. Dah biasa dengan dia jadi takdelah masalah nak bekerjasama tu, dah tahu rentak dia camne. Buat masa ni Mas cuba dulu pujuk hati yang terluka, walau memang dah tak seronok kerja di BSM ni. Tapi demi cari rezeki Mas kena ketepikan semua tu!

pejabat sekarang di aras 9


Moga lepas ni ada rezeki yang lebih baik untuk Mas, moga ada peluang bertugas di tempat lain yang lebih bagus. Mas sayangkan BSM ni, 16 tahun bukan masa yang sekejap tau. Tapi bila boss dah buat kita camtu, rasa mood nak terus berkhidmat di BSM ni dah sedikit hilang. Cuma setakat ni Mas bertahan dulu, demi kerjaya Mas. 

Jumaat, 26 April 2019

Atasi masalah perut kembung dengan Cuka Epal Surya

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni selalu sangat ada masalah perut berangin atau perut kembung kalau tersalah makan, memang rasa tak selesa sangat. Perut rasa sebu sangat, rasa angin tu berkumpul je kat perut dan tak mahu keluar. Nak hilangkan rasa tak selesa tu biasanya Mas akan sapu minyak angin je, tapi makan masa sikitlah nak baik.


Tapi sekarang Mas dah jumpa cara baru nak atasi masalah perut kembung ni, Mas cuba amalkan minum Cuka Epal Surya ni. Banyak dah review Mas baca, katanya ia sangat bagus untuk atasi masalah kembung perut ni. Pastu rasa ia sangat sedap tau, macam minum air Zapel gitu. Haaaaa korang pun kena cuba!

Lagi satu Cuka Epal Surya ni dikatakan bagus sebab ianya diketahui mempunyai enzim dan probiotik semulajadi yang sangat membantu mengatasi masalah penghadaman dan dapat membersihkan usus. Jadi bila minum tu ia akan memudahkan kita membuang serta dapat melegakan perut yang kembung tu.

Selain itu, ada lagi tau kelebihan dan kebaikan Cuka Epal Surya ni. Antaranya adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan;
2. Membantu menurunkan paras bacaan kolestrol dalam darah;
3. Membantu melegakan sakit tekak;
4. Kandungan madu asli di dalamnya dapat membantu menguatkan sistem imunisasi; dan
5. Kandungan epal yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan bagus untuk detoks.


Keistimewaan Cuka Epal Surya (ACV Surya)
1. Dijamin 100% halal kerana mempunyai sijil Halal Jakim dan mendapat kelulusan sijil HACCP
2. Tiada bahan pengawet
3. Menggunakan madu asli tanpa sebarang perasa tambahan atau gula tambahan

Cara pengambilan Cuka Epal Surya
Ia boleh diminum 2 kali sehari selepas makan, atau pun bila rasa perlu sahaja. Campurkan 30ml atau 2 sudu makan Cuka Epal Surya ke dalam 180ml air kosong, kacau sebati dan terus boleh diminum. Nak minum sejuk pun boleh tau, tambah je air sejuk atau beberapa ketul ais batu. Serius sangat sedap weihhh!



Masuk hari ni dah 3 hari Mas amalkan minum Cuka Epal Surya ni selepas sarapan pagi dan alhamdulillah sangat membantu kurangkan masalah perut kembung. Perut rasa selasa sangat dan angin dapat dibuang dengan lancar, takde dah orang nak cakap perut kau buncit macam mengandung pulak kan? Pastu nak membuang pun senang tau, lawas je!

Cara nak beli
Cuka Epal Surya ni ada dijual di butik Himalaya, Watsons dan farmasi² berdekatan kecuali Guardian. Nak beli online kat Lazada pun boleh tau, lagilah sekarang ada promosi beli 2 botol dengan harga RM35 sahaja. Pastu nak lagi jimat korang boleh guna kod diskaun KBBA10 ni, nanti dapatlah diskaun RM5. Haaa sangat berbaloi!



Untuk pertanyaan dan maklunat lanjut, layari:

Facebook: Surya Malaysia
Instagram: Surya Malaysia

Khamis, 25 April 2019

Program Raikan Minggu Setiausaha 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun ni kali kelima Akademi PKNS anjurkan Program Raikan Minggu Setiausaha ni, dan kali ni adalah kali ketiga Mas berpeluang pergi. Sebelum ni Mas pernah pergi masa dengan DFMK, Ustaz Don dan hari ni dengan Ustaz Elyas dan Ustazah Isfadiah. Terima kasih pada boss dan pihak jabatan yang beri peluang kepada kami berempat untuk pergi.


Seperti biasa program ini meraikan jasa dan kerja keras seorang setiausaha yang selalu jadi tulang belakang kepada boss. Wanita ni bukan sahaja setiausaha di pejabat tetapi jugak merangkap sebagai setiausaha kepada suami di rumah. Jadi sekali setahun sahaja kami merasa peluang camni, barulah rasa diri tu dihargai. Walaupun masa ni Mas berhadapan dengan konflik kerja yang menyedihkan, tapi terubat juga rasa hati bila diraikan sebegini. 

Yang menariknya program anjuran Akademi PKNS ni mesti ada artis jemputan, dan kali ni kami dihiburkan oleh Ezad Lazim. Mas memang minat dengan lagu² Ezad ni, pastu suara dia memang best. Masuk je dalam dewan dia dah nyanyikan pagu Jesnita, lagu favourite Mas ni. 3 lagu je Ezad nyanyi, memang rasa tak cukup tapi dah memadai sebab Mas terhibur. 

Pastu tak meriah program camni kalau tanpa cabutan bertuah kan, itulah yang paling dinantikan. Hadiah² yang ditawarkan semua best², rasanya 50 hadiah jugaklah. Dan yang paling tak disangka, Mas bertuah menangi grand prize tau. Ya Allah memang rezeki sangat! Mula² dapat nombor 30 tu Mas siap nak tukar lagi, rasa macam nombor tu tak bertuah je. Sekali tak sangka rezeki memihak pada Mas, syukur! 


Sekali bila masuk ke 4 cabutan untuk grand prize yang menawarkan 1 Air Fryer, 2 Microwave dan 1 TV 32 inci, Mas dah aim nak Air Fryer tu kalau nombor mengena. Berapa kali dok sebut kat member sebelah, kalau dapat Air Fryer tu alangkah bestnya. Bila MC sebut je nombor bertuah untuk menangi Air Fryer tu ialah nombor 30, Mas memang terkejut giler. Tak sangka sangat apa yang diimpikan jadi kenyataan. 

Terima kasih Akademi PKNS atas program yang menarik ni, harap tahun depan ada lagi! 

Rabu, 24 April 2019

Aiyra yang bijak

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama jugak tak cerita pasal si comel mama sorang ni, sapa lagi kalau bukan si Aiyra. Sekarang ni makin lasak, ada je benda baru dia nak cuba buat. Kalau tak bagi siaplah dia punya amukan, nak tak nak mama kena mengalah jugak.


Kelincahan dan perangai dia memang lebih kepada sifat anak lelaki, haihhh tulah mama nak sangat anak lelaki kan? Panjat memanjat tu memang dia dah mahir, sofa dan rak TV tu tempat panjatan dia je. Dulu kalau nak panjat dia akan pijak atas bantal atau tong mainan tapi sekarang tak perlu dah, dia dah panjat sendiri. Katil dalam bilik pun dia dah boleh panjat sendiri tau!

Lagi satu Aiyra ni bijak dan boleh hidu kalau babah dia keluar, cepat² dia pergi salam dan bye² semua orang. Tau sangat babah dia nak keluar naik motor, dia dengan motor babah tu memang tak boleh dipisahkan. Kalau babah tak nak bawak siaplah menangis meraung, nak pujuk memang susahlah. Dia tak kisah bawak sekejap pun takpe, janji dapat pusing² naik motor.

Itulah Aiyra, kadang tu Mas pun tak tengok dia sebagai budak berumur 1 tahun 6 bulan. Tengok macam dah umur 3-4 tahun je, bijak sangat. Kadang tu abang kakak pun kalah badi dengan dia, nak tak nak kena ikut cakap dia. Hehehee sayang adik kan, kenalah ikut!

Tapi takpe, biarlah dia lebih nampak bijak dan matang dari umur. Sekurangnya dia dapat biasakan diri dan sesuaikan diri bila berada di taska, takdelah orang nak buli dia. Moga dia terus membesar dengan sihat dan bijak!

Rabu, 17 April 2019

Secretaries Week Luncheon

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila tiba bulan April Mas sebagai PA ni rasa seronoklah, sebab dalam bulan ni je akan ada program meraikan Setiausaha. Jadi kalau ada rezeki bolehlah berpeluang sertai salah satu program² tersebut, sekali setahun je bukan selalu pun. 


Tahun ni Mas pun tak lepaskan peluang untuk sertai program Minggu Setiausaha ni, tapi sebelum tu kenalah mintak kelulusan dari boss dulu. Jadi Mas cubalah nasib mintak izin nak sertai Secretaries Week Luncheon anjuran Puspanita Kebangsaan ni, manalah tahu rezeki kan? Alhamdulillah rezeki Mas dan kawan² PA yang lain, dapatlah kami pergi program ni.

Jadi semalam Mas dan 3 orang lagi kawan PA kat pejabat ke Puspanitapuri untuk sertai program ni, kami beli meja platinum dengan harga RM250 seorang. Sepanjang program semuanya berjalan lancar, hiasan dewan cantik dan hadiah cabutan bertuah pun banyak. Cuma sayang Mas tak bernasib baik semalam, mampu tengok jelah orang lain bawak balik hadiah. 


Artis pun best, ada Siti Nordiana dah Hael. Cuma yang terkilannya Mas tak dapat nak bergambar dengan mereka berdua sebab artis ni macam kejar masa je. Lepas nyanyi 3 buah lagu, mereka terus balik. Sempat beramah mesra sekejap je dengan para peserta, itupun yang duduk kat meja berhampiran red carpet. Kami yang meja kat tepi mampu tengok je! 

Satu lagi makanan yang disediakan oleh pihak katering agak kurang memuaskan, boleh dikatakan tak sedaplah. Pastu mereka sediakan cara ala carte, nak minta tambah pun tak dapat. Berebutlah 10 orang satu meja tu makan apa yang dihidang, pandai²lah bahagi sikit sorang, rasa tak berbaloi langsung dengan jumlah yang kami bayar! 



Jadi Mas harap tahun depan jika ada program sebegini pihak penganjur dapat perbaiki kelemahan² ni. Biarlah apa yang diberikan dan dipersembahkan berbaloi dengan duit yang peserta bayar. Apa pun program memang seronok dan kami terhibur sangat cuma bab makan je yang gagal!





Selasa, 16 April 2019

16 April 2019, 16 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa sangka hari ini genap 16 tahun Mas bekerja, masih lagi diberi peluang berkhidmat di Bahagian Sumber Manusia KKM ni. Walaupun ramai yang tanya kenapa tak nak bertukar, tak bosan ke kerja lama kat situ, tapi Mas tetap berpegang pada prinsip selagi khidmat Mas diperlukan di sini Mas akan terus berikan perkhidmatan terbaik. 


Bagi Mas lama mana pun kita berkhidmat di sesuatu jabatan, tak jejaskan apa² pun. Janji kita sentiasa berikan yang terbaik dan perbaiki kelemahan kita, sudah tentu kita akan semakin cemerlang. Takdelah istilah fikiran tak berkembang dan peluang kerjaya tak meningkat, yang penting komitmen kita terhadap tugas tu.

Sepanjang 16 tahun Mas bertugas di BSM KKM ni banyak yang dipelajari, dan banyak kelemahan diri yang Mas cuba perbaiki. Alhamdulillah semua 9 orang boss yang Mas jaga sangat baik dan banyak beri teguran membina sepanjang Mas bertugas dengan diaorang. Walaupun kadang² ada jugaklah boss marah, tapi Mas takde ambik hati sangat. Mas jadikan marah itu sebagai penguat untuk jadi PA yang lebih baik kepada boss, dan 9 orang boss ni berpuashati dengan khidmat Mas. 

Lama lagi khidmat Mas sebagai penjawat awam ni sebelum pencen, ada lebih kurang 20 tahun lagi. Selagi khidmat diperlukan di BSM KKM ni, Mas sedia berkhidmat dengan cemerlang. Takde terfikir pun nak mintak tukar, serasi dan selesa kerja di sini. Kalau mohon tukar nanti dapat tempat yang tak best, tak seronok jugak kan? Nanti kalau dah hilang keseronokan bekerja tu, mulalah kita akan jadi stress kan?

Terima kasih untuk rezeki 16 tahun ni, demi membantu suami dalam menyara keluarga. Moga rezeki terus diberkati dan Mas dapat berikan khidmat yang makin cemerlang!

Isnin, 15 April 2019

Review filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama anak² berzikir nak tengok cerita Upin Ipin terbaru ni, lagi tak bawak lagi tulah akan tanya. Jadi hari Sabtu baru ni Mas bawaklah diaorang, lagi pun dah lama jugak tak tengok wayang ni!


Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan²nya ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka. Semasa pengembaraan ini mereka berjumpa dengan pelbagai watak dogeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin dan Pak Belalang. 

Review Upin Ipin
Bagi yang ada anak² tu Mas sarankan bawaklah mereka menonton filem Upin Ipin, sebabnya memang seronok dan banyak pengajaran boleh dipelajari. Terutamanya sikap setiakawan dan keakraban adik beradik, haaa memang boleh nampak Upin Ipin sedih bila terpisah antara satu sama lain dan rakan²nya. 

Pastu sudah pastinya ada elemen kelakar yang sangat mencuit hati, husband Mas yang tak minat sangat kartun ni pun boleh gelak besar. Lagi satu sinematografi dalam filem ni sangat cantik, terutama kat Inderaloka tu. Memang nampak macam betul² wujud je negeri Inderaloka tu, tertarik nak pergi. 

Jadi bagi Mas filem ni menarik untuk ditonton bersama anak², baru seronok. Tak rugi sebab korang tak akan rasa mengantuk, korang lagi nak tahu dan tahu apa yang jadi selepas tu. Mas bagi 8 bintang untuk Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal!
 

Ahad, 14 April 2019

Hari Anugerah Cemerlang 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun keputusan PT3 dan SPM dah lama keluar, tapi pihak sekolah tetap tak lupa nak raikan anak² murid mereka yang cemerlang. Pastu tak sangka pulak kakak Atikah tersenarai di antara pelajar yang cemerlang jugak untuk PT3 2018, pencapaian dapat 6A. 


Memang Mas terima kasih sangat pada pihak sekolah sebab raikan pelajar² cemerlang, sekurang²nya ibu bapa dapat tengok anak² mereka naik pantas terima anugerah. Sedikit sebanyak boleh buat ibu bapa gembira dan ianya jadi pendorong dan pembakar semangat kepada pelajar² lain untuk berusaha jadi yang cemerlang. 

Pastu dapat jugak ibu bapa tengok anak² mereka buat persembahan, hadiah tanda penghargaan mereka kepada ibu bapa yang banyak membantu mereka sehingga berjaya. Tak sangka pulak Mas, kakak Atikah pun ada buat persembahan. Bila Mas tengok persembahan dia dan pelajar² lain tetiba hati jadi sebak, tak semena² airmata mengalir. Entah kenapa rasa terharu sangat tengok persembahan tu, memang mereka tujukan untuk ibu bapa!



Buat kakak, tahniah sebab banggakan mama dan babah. Ingat ini hanya permulaan, moga buat yang lebih baik untuk SPM tahun hadapan. Jangan leka dan alpa, kena kerja keras dan tumpukan pada pelajaran. Lepas SPM nanti baru tahu hala tuju untuk bina kerjaya, kena bermula dari sekarang. Moga apa yang kakak cita²kan tercapai!

Lagi satu moga kejayaan kakak ni jadi pendorong pada adik² untuk berjaya jugak. Diaorang berdua pun seronok tengok kakak berjaya, siap cakap nak macam kakak jugak. Haaa moga tercapai impian mereka, Mas sentiasa doakan!



Selasa, 9 April 2019

Shopping di Althea

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak menjadi sebahagian dari komuniti Althea Angels, Mas memang dah jatuh cinta dengan produk² dari Althea Korea ni. Tapi disebabkan Mas pencinta makeup jadi produk² makeup lah yang paling Mas suka, cepat je habis bila pakai. Pastu bila tengok website Althea tu, ada je alat makeup yang berkenan nak beli. 


Jadi minggu lepas sajalah cuci² mata kat website Althea, tengok alat makeup semua berkenan. Lagi pun ada barang yang memang nak beli, jadi Mas tengok² dulu. Bila dah dapat yang berkenan dan memang nak beli terus masuk kat cart dulu, nanti baru buat pembayaran. Dalam masa yang sama nak tengok jugak berapa banyak dah reward points yang terkumpul. 

Althea ni memang ada bagi reward points kat semua Angels jika dapat siapkan task review dalam masa yang ditetapkan, sekali bagi 30USD. Haaa nanti points tu boleh digunakan untuk shopping kat website Althea, berbaloi sangat. Mas pun baru pertama kali shopping dengan reward points ni, sebab selama ni buat tak tahu je. Hahahaa nasib points tak expired!

Bila Mas tengok reward points yang terkumpul ada 120USD, haaa apa lagi lompat bintanglah. Banyak jugak boleh shopping, 4-5 barang yang nak beli tu memang cukup² dengan points tu. Teruslah checkout dengan hati yang gembira, dapat jugak membeli belah barang yang Mas nak sangat beli. Puashati tau sebab dapat gunakan reward points yang terkumpul tu. 


Lagi pun semua produk Althea ni memang best guna, kebanyakannya serasi dengan kulit Mas. Yang paling Mas suka 2 produk makeup ni, iaitu Flawless Creamy Concealer dan Watercolor Cream Tint. Memang sangat membantu untuk Mas nak makeup cantik² dan berseri setiap hari!

Haaa inilah hasil shopping dari Althea, dah selamat sampai dah semalam. Gembira sangat ai, dah selamat guna semuanya. Nanti boleh kumpul reward points lagi, boleh shopping sakan lagi!


Isnin, 8 April 2019

Susah nak cuti sekarang!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak awal tahun memang dah ada rancang nak bercuti pergi jalan² dan balik ke kampung. Yelah asyik kerja je boleh tepu jugak kepala otak, sekali sekala mesti kena rehat kan? Tapi semua tu terhalang dek kerana husband Mas tak boleh cuti, dibekukan semuanya!

Bila bulan 4 ni husband dah boleh cuti, Mas pun ada jugak rancang nak pergi jalan² dan balik kampung. Teruslah bincang tarikh yang sesuai dengan husband, cadang awal bulan 5 sebelum mula berpuasa. Nak pulak bulan Mei tu birthday Mas, bolehlah jalan² sambil sambut hari jadi.


Tapi itulah, kami hanya mampu merancang! Bila tanya dengan anak² boleh tak nak cuti dari sekolah 2-3 hari, sekali tak boleh daaa! Lepas cuti 1 Mei tu kakak Atikah dah mula periksa pertengahan tahun, dari 2/5 sampai 17/5. Haaaa tinggal angan² jelah Mas nak pergi jalan² sempena birthday, jawapnya sambut kat rumah jelah.

Nak balik kampung sebelum puasa pun terpaksa balik lepas sekolah hari Jumaat, pastu Ahad dah kena balik Salak. Tak dapatlah nak cuti lama² dan merasa berpuasa kat kampung dengan mak abah, anak² nak periksa lagi penting. Tak akan sebab nak balik kampung kami nak kena korbankan masa exam anak², bukan alasan kukuh tu. 

Camtulah bila anak² dah sekolah, bab nak cuti memang kena rancang betul². Lagilah anak Mas si kakak tu nak periksa SPM tahun depan, memang kena bersedia dari tingkatan 4 ni. Banyak benda nak kena buat dan kelas tambahan jangan cakaplah, setiap hari ada. 

Jadi memang susah Mas nak cuti sekarang, apa² kena fikir hal sekolah anak² dulu. Sebab tu kadang Mas lebih suka rancang cuti pada awal tahun, masa tu anak² tak sibuk sangat lagi. Tapi sebab cuti husband dah beku awal tahun, nampaknya tahun ni rezeki hujung tahun lah kot kalau nak bercuti makan angin!

Rabu, 3 April 2019

Fiesta Belon Panas 2019 mengecewakan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun Fiesta Belon Panas Putrajaya tu dah berlalu 2 hari lepas tapi Mas nak jugaklah kongsi pengalaman ke sana tahun ni. Mas kalau ada masa memang akan bawak anak² tengok belon panas, sebab mereka seronok dan teruja sangat dapat peluang tengok belon² panas ni.



Jadi bila dah setiap tahun ia diadakan dan Mas akan pergi, jadi expection kita terhadap fiesta tu mesti tinggi. Mesti Mas nak tengok fiesta ni lebih menarik dan berbaloi dari tahun sebelumnya, barulah kita semangat nak pergi akan datang. Barulah kita seronok nak kongsi cerita kan?

Tapi apa yang Mas jangkakan tahun ni agak meleset, fiesta kali ni agak mengecewakan. Rasa sangat tak berbaloi pergi tengok, buang masa dan tenaga je. Apa yang Mas kecewa bila sesi petang mereka hanya pasang belon dan display camtu je, takde pun belon dilepaskan terbang seperti tahun² sebelum ni. Siap cakap kalau nak tengok belon terbang datang sebelah pagi, hurmmm boleh jawab camtu. Dia ingat semua orang boleh luangkan masa datang waktu pagi, mana yang bekerja mesti ada masa waktu petang je kan? Bukan Mas je kecewa tapi anak² pun, masam je muka bila tengok belon tu dok statik camtu je!



Pastu masa Night Glow malam terakhir tu, Mas ni bersemangatlah bawak anak². Tapi bila dah lebih 1 jam tunggu, sekali belon panas tak dipasang kerana cuaca tak mengizinkan. Kecewa sangat masa tu, sebab sepatutnya mereka boleh pasang lebih awal semasa cuaca cantik dan elok. Tak perlu nak tunggu jam 9 malam baru sibuk nak pasang, sekali apa pun takde. Hanya tengok api sahaja dipasang ikut rentak lagu, apooooo! Paling simpati pada pengunjung yang dah bayar untuk tengok secara dekat tu, habis camtu je duit. Tak tahulah pihak penganjur refund atau tak!


Sepatutnya pihak penganjur kena prihatin atas perkara ni, sebab yang buatkan program mereka berjaya adalah para pengunjung. Jadi kena buat mereka terhibur dan rasa berbaloi bila datang, tak perlu ikut sangat apa yang dah mereka tetapkan. Bila pengunjung dah ramai patutnya mereka teruskan je acara tu, tak perlu tunggu. Sebab kita tahu acara belon panas ni bergantung pada cuaca, kalau cuaca tak elok memang tak boleh nak diteruskan. Jadi masa cuaca elok dan orang dah ramai nak tengok, teruskan je dan tak perlu tunggu. 

Harap pihak penganjur ambik iktibar dan dapat perbaiki kelemahan² yang berlaku. Bagi Mas tak sepatutnya perkara camtu berlaku dia program yang dah 10 tahun berlangsung ni, patutnya ia lebih menarik dan kebabom. Bukan takat nak duit dari para pengunjung je!


Selasa, 2 April 2019

Puspanita Ladies Nite 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa memang jemputan mengejut sangat, pukul 3 petang baru kawan tanya nak pergi tak Ladies Nite Puspanita. Mas tanyalah tema apa, sekali dia kata tema watak dalam filem. Hurmmm memang tak sempatlah nak cari baju ikut tema, jadi pakai jelah baju yang ada. 


Jadi Mas pilih untuk pakai kebaya pendek je, nampaklah ala² Saloma dalam filem P.Ramlee. Hehehee watak dalam filem jugak kan? Tapi takdelah nak ikut gaya Saloma sangat, nampak sipi² kira bolehlah!

Yang bestnya bila melangkah masuk ke dewan Puspanitapuri tu memang meriah sangat, macam² gaya watak ada. Ada Cinderella, Snow White, Puteri Elsa Frozen, Repunzel, Cat Woman, Harry Potter, Beauty and The Beast, Puteri Gunung Ledang dan banyak lagi. Watak yang paling banyak digayakan dah tentulah Maleficent, nampak tanduk je depan belakang kiri kanan. Hahahaa macam persatuan Maleficent berkumpul je! 

Mas pujilah inisiatif diaorang ni mengikut tema dinner, sanggup berhabis duit. Bagi yang menang pakaian terhavoc memang berbaloilah berhabisan duit, yang tak menang pulak akan dapat kepuasan. Yelah dinner setahun sekali kan, apa salahnya. Mas ni kalau dapat jemputan awal konpem dah jadi Ironman malam tadi, hahahaaa!


Pastu yang menariknya pergi dinner Puspanita ni, hadiah cabutan bertuah dia sangat best. Semalam 5 hadiah grand prize lumayan sangat, ada 4 buah TV dan sebijik telefon bimbit Huawei. Yang dapat pulak semua kakak² yang pakai baju kurung je, tak payah baju havoc² tapi menang cabutan bertuah. Memang rezeki masing²! Mas pun bertuahlah jugak, tapi takdelah hadiah grand prize. Dapat ni je, jadilah dari takde kan?

Ini antara watak² dalam filem yang sempat Mas ajak selfie, ini yang menarik perhatian Mas. Banyak lagi sebenarnya cuma tak sempat nak ajak, ramai sangat. Moga dinner akan datang dapatlah Mas sertai lagi dan diajak lebih awal, dapatlah ikut tema kan?

watak Valak

The Red Queen

Princess Fiona

Naruto

Red Indian

Isnin, 1 April 2019

Boling Puspanita 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Haihhh dah lama sebenarnya tak membaling bola boling ni, sekali Ahad lepas diajak pulak sertai Boling Puspanita. Niat hati mula nak tolak je, bukan apa takut tak boleh perform je. Yelah kesian dekat ahli kumpulan, nanti disebabkan Mas markah merundum teruk!


Tapi kawan Mas ajak jugak main, sebab dah takde siapa boleh main. Nasiblah Ahad tu bola dan kasut bagi kerjasama baik jugak, berjayalah capai markah lebih 100 untuk ketiga² games. Cuma antara 4 orang tu markah Mas yang paling rendah, 300 lebih je untuk tiga games. 

Walaupun tak menang apa² hadiah tapi sekurangnya kami team KKM dalam ranking 10 terbaik. Kiranya markah Mas yang rendah tu membantu jugaklah, takdelah main sia² je kan? Dan juara pada Ahad tu milik Puspanita Selangor, hebat diorang ni. Keseluruhan 3 games jatuhan pin sebanyak 2000 lebih!



Tapi Mas tak pulang dengan tangan kosong, walaupun tak menang tapi Mas bertuah. Tak sangka nombor 146 tu dapat grand prize, dapatlah lampu tidur seramik dari Kraftangan Malaysia. Berbaloilah kan, takdelah balik dengan tangan kosong. 

Seronok sebenarnya sertai Boling Puspanita ni, dapat berkenalan dengan ahli Puspanita dari pelbagai agensi dan kementerian. Pastu hadiah yang diberi pun agak lumayan, berbaloi. Moga tahun akan datang Mas dapat sertai lagi kejohanan Boling Puspanita ni.




Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com