Terkini dan Sensasi

Selasa, 28 Mac 2017

Galakkan anak² aktif bersukan

Assalamualaikum...(^ ^)

Balik je dari sekolah seronok Airis bercerita yang dia main bola jaring kat sekolah. Mas pun seronok dengar dia bercerita dengan penuh semangat, lagi pun dia memang minat bersukan ni. 

Pastu tak sangka pulak rupanya dia terpilih sebagai pemain bola jaring mewakili tadikanya ke Sukan Pasti Kawasan Sepang. Wahhh bagus anak mama, baru umur 5 tahun dah pandai main bola jaring tu!


Apa reaksi Mas dan husband? Ehhh sudah tentulah kami bangga dan sentiasa beri galakan pada dia untuk bersukan. Kami tak nak sekat minat dan peluang yang dia dapat hanya dengan alasan anak masih kecil, baru 5 tahun. Memang sepatutnya dari usia muda ni kita galakkan anak² bersukan. Biar mereka lebih aktif dan cergas di sekolah.

Lagipun sekarang akademik dan kokurikulum sama penting. Pihak sekolah bukan sahaja nak anak² cemerlang dalam pelajaran tapi aktif dalam bidang sukan. Kalau nak mohon sekolah berasrama penuh pun mereka akan tengok pencapaian dalam bidang sukan selain akademik yang bagus. Jadi kedua²nya perlu seimbang! Jangan kita nak anak² berjaya cemerlang dalam peperiksaan kita halang mereka bersukan, biarkan mereka pasif di sekolah. Semuanya tak bagus untuk minda mereka.

Bila anak² aktif bersukan minda mereka lebih cerdas dan badan lebih sihat. Jadi barulah mereka boleh bersemangat untuk belajar. Cuma satu sahaja, kedua² perlu sama rata. Jangan terlalu lebihkan pelajaran hingga tidak bersukan dan terlalu aktif bersukan hingga pelajaran diabaikan. Jadi kita sebagai ibu bapa beri galakan dan pantau!

Tak sabar Mas nak tengok Airis main bola jaring Sabtu ni, hehehee!

Isnin, 27 Mac 2017

Bila suami memasak

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronok dan bertuah kan kalau kita dapat suami yang pandai memasak, bukan setakat pandai je tetapi rajin. Yelah kadang kita ni bosan asyik dok makan masakan sendiri je, sekali sekala nak rasa masakan suami. Bukan nak masakan istimewa pun kan, yang ringkas pun dah cukup. Macam Mas kalau husband masak, simple pun dah boleh makan licin sepinggan tau.


Sekarang ni Mas memang jarang masuk dapur sebab simtom tak boleh bau masakan melanda. Jadi kebanyakannya husbandlah yang memasak terutama bila hujung minggu. Kalau dia memasak Mas memang tak campur, biarkan je dia buat semua sendiri. Kang campur ada je yang kita nak tegur kan, hehehee! Jadi biar dia masak di dapur, bila dah siap Mas dan anak² makan je. 

Tapi satu nak puji, husband Mas ni kalau masak memang sentiasa sedap. Bukan sebab suami sendiri masak Mas nak puji melambung tinggi kan, tapi memang betul. Walaupun kadang tu dia masak ringkas je, tapi bila makan Mas dan anak² pasti bertambah. Kadang sampai tak cukuplah, berebut² makan. Ada masa tu menu Nasi Goreng bodoh² je tapi dia punya sedap tu lain macam, hehehee!

Tapi memang ada benarnya, lelaki ni kalau sekali sekala mereka memasak memang sedap kan? Betul tak kawan² yang ada suami tu? 

Rabu, 22 Mac 2017

Biarkan anak² beriadah

Assalamualaikum...(^ ^)

Sesetengah anak² sekarang kalau kita tengok lebih suka memerap kat rumah sambil layan games atau youtube. Nak pulak kalau cuti sekolah, dari pagi bawak ke petang dok mengadap benda tu je. Mak ayah pulak buat tak kisah, biarkan anak² asyik dengan benda yang melekakan tu. Dengan alasan anak² akan sentiasa ada di rumah, tak merayau kemana².

Haaa salah tanggapan tu! Banyak lagi cara kita nak anak² ada di rumah dan lakukan aktiviti yang berfaedah. Bukanlah dengan biarkan mereka asyik mengadap games dan youtube, itu melekakan dan lebih banyak keburukannya.


Bagi Mas waktu cuti sekolahlah anak² perlu cergaskan minda mereka dengan aktiviti yang bermanfaat seperti beriadah. Waktu petang Mas akan biarkan anak² bermain di luar rumah dengan kawan² mereka. Banyak aktiviti mereka boleh buat seperti main basikal, main bola dan badminton. Macam anak² Mas memang mereka tak suka terperap di rumah, petang² mesti nak keluar bermain. Galakkan anak² beriadah ni bagus, badan mereka lebih cergas dan otak lebih cerdas. 

Kalau waktu petang hujan dan mereka tak dapat nak keluar beriadah, kita adakan aktiviti games yang boleh membina minda. Contohnya macam main monopoly ke, dam ular ke, teka silangkata ke atau banyak lagi. Daripada mereka hadap games tak berfaedah dan youtube yang melekakan, lebih baik ajak anak² bermain games yang boleh kembangkan otak dan pemikiran mereka.

Jadi sebagai ibu bapa yang selalu inginkan terbaik untuk anak², biarkan mereka beriadah. Jangan dek kerana nak anak² sentiasa ada di rumah dengan kita, habuan games dan youtube yang kita berikan. Itu sebenarnya buatkan mereka lebih leka dan lebih jauh dengan kita.

Khamis, 16 Mac 2017

Homemade Aiskrim Malaysia

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² dengan aiskrim ni memang susah nak dipisahkan, kalau boleh hari² mereka nak makan aiskrim. Lagilah kat taman perumahan Mas ni hari² penjual aiskrim masuk, dengar je bunyi loceng maka lajulah minta duit nak beli aiskrim. Kalau tak beli dengan penjual bawa motor tu mereka beli kat rumah jiran yang ada jual aiskrim Malaysia. Hari², "Mama nak 20 sen!"

Kalau tiap² hari 20 sen boleh miskin mama, habis duit ke aiskrim jelah. Pastu terus terfikir, "Kalau aku buat sendiri aiskrim Malaysia ni kan bagus. Boleh jimat dan anak² pun puas makan." Haaaaa betul jugak kan, dari bazir duit beli je setiap hari lebih baik buat. Terjamin sedap, bersih dan anak² boleh makan setiap hari sepuas²nya. Zaman sekarang kena berfikiran camni, kalau tak camne nak berjimat kan? Hari² duit banyak keluar je!

Jadi semalam projek homemade aiskrim Malaysia pun bermula, teruja pulak mama nak buat. Bila bagitau dekat anak² lagilah mereka gembira, terus seronok nak tolong. Airis pulak siap cakap, "Mama bolehlah Airis jual aiskrim ni!" Hahahaa tetiba terus nak jual, mama buat nak bagi dia makan. 


Inilah dia aiskrim yang dibuat dengan penuh kasih sayang tu, Bandung Choki² dan Milo Choki². Rasa belum tau lagi camne sebab semalam tak keras lagi, hari ni baru boleh anak² makan. Tapi mesti sedap punya sebab mama buat dengan penuh kasih sayang dan gembira khas untuk anak², cewahhh!

Hari ni balik kerja nak buat lagi, nak buat aiskrim Asam Boi dan Sirap Chia Seed. Haaa yang ni anak² suruh buat, jadi mama kena tunaikan. Sementara aura rajin mama ni meluap² kena pulun buat, kang mama malas tak jadi apa dah. 

Mama pun tak sabar nak makan aiskrim² tu balik kerja nanti, hahahaa!

Selasa, 14 Mac 2017

Cosmoderm Emoji Contest

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang suka guna barangan Cosmoderm tak? Mas suka, terutamanya Magic Lotion dia. Memang banyak kegunaannya dan best sangat bila pakai. 


Haaaaa jadi bagi pengguna setia barangan Cosmoderm, korang berpeluang memenangi produk Cosmoderm dan wang tunai berjumlah RM2000. Caranya hanya sertai Cosmoderm Emoji Contest. Fuhhh menarik ni, hadiah yang ditawarkan pun sangat² berbaloi. 

Apa tunggu lagi, marilah kita sama² sertai. Mana tau bertuah dan memang pelbagai produk Cosmoderm dan wang tunai. Cara nak menyertainya mudah sahaja, mari Mas tunjukkan.


2. Jawab semua soalan yang diberikan.

3. Hanya SATU penyertaan untuk setiap peserta.

Mudah sangat kan? Memang rugi kalau tak sertai dan ini adalah senarai hadiah²nya. Lumayan kooooo!


Satu lagi bila dah sertai tu, jangan lupa untuk like Facebook Page Cosmoderm di www.facebook.com/Cosmoderm. Sebab senarai nama pemenang dan update terkini mengenai contest ini akan diumumkan di Facebook mereka. 

Cepat² sertai! Tarikh tutup 19 Mac 2017 ni, tak lama je lagi.

Isnin, 13 Mac 2017

Meriahkan cuti sekolah di Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday

Assalamualaikum...(^ ^)

Minggu depan dah bermula cuti sekolah dan pastinya kita ibu bapa dah merancang apa aktiviti menarik nak dilakukan bersama anak². Yang penting kita nak cuti sekolah anak² diisi dengan aktiviti yang menarik dan menggembirakan. 


Ok, Mas cadangkan bawak anak² ke Sunway Lagoon sebab akan ada aktiviti menarik yang pastinya menyeronokkan. Sempena Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday, selama 9 hari berturut² dari 18-26 Mac 2017 akan diadakan birthday party kepada semua para pengunjung. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang party tersebut seperti party games, face painting dan temporary tattoos. 

Pastu pengunjung jugak berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan karektor Nickelodeon seperti Spongebob SquarePants, Pactrick Star, Dora The Explorer, Boots dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Pengunjung boleh bergambar dengan karektor² kegemaran dan berpeluang memenangi FAMFun Pakej serta SpongeBob Run Tickets jika berkongsi gambar terbaik bersama karektor² Nickelodeon tersebut di media sosial.



Haaa menarik kan? Mas pun dah berpeluang bawak anak² pada hari Sabtu lepas dan mereka memang seronok sangat. 4 jam kami lepak sambil anak² mandi manda sepuas²nya. 


Jadi jangan lupa bawa anak² berhibur ke Sunway Lagoon cuti sekolah ni. Terdapat 2 pakej menarik sempena cuti sekolah iaitu:

FAMFun Pakej : RM390 untuk 2 dewasa dan 2 kanak²
4-To-Go Pakej : RM456 untuk 4 dewasa

Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari www.sunwaylagoon.com dan Facebook www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.


Rabu, 8 Mac 2017

Airis dan soalan²nya

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak seusia Airis ni memang terkenal dengan kepetahannya berkata². Kadang Mas dan husband pun boleh mati kata² bila dengar dia bercakap. Boleh dikatakan dia lagi advance dan lagi bijak dari kita. 


Sekarang ni dia memang suka tanya macam² soalan, boleh dikatakan setiap hari ada soalan cepu emas dari dia. Kadang tu rasa macam 100 soalan dah dia tanya pada hari tu. Tapi penat camne pun atau mati akal camne pun nak jawap, tetap kena layan dan perah otak untuk jawab soalan dia tu. Kalau kita tak jawap dia akan tanya berulang kali dan akan cakap, "Mama kenapa tak jawap soalan Airis, Airis tanya ni kan?" Haaaaa mampu ko nak diam je!

Tapi Mas seronok layan soalan² dia tu, sebab kadang kita pun tak terfikir anak seusia tu boleh tanya pelbagai soalan. Dari situ kita nampak minda dan pemikiran dia berkembang di luar kotak. Kita layan dan turuti saja, sebab ianya bagus untuk tumbesaran dan dapat bina keyakinan diri mereka. Jangan pulak anak bertanya soalan yang pelik² kita marah dan cakap yang bukan². Itu proses mereka membesar jadi kita kenalah peka. 


Ingat lagi semalam, Mas pening kepala pastu baringlah dan pejam mata. Terus dia datang dekat dan cakap, "Mama jangan tidur, Airis nak tanya ni!". Haaaaa kalau kau tak sabar tak pasal² anak kena marah kan? Tapi Mas tak nak rosakkan keyakinan dia jadi layan je dengan penuh khusyuk. Inilah soalan² dia..

Airis: Mama kerja kat mana?
Mama: Kat ofislah.
Airis: Ofis mama kat mana, jauh ke?
Mama: Kat Putrajaya, jauh jugaklah. 
Airis: Ok, mama pergi ofis jangan bawak kereta laju² tau! 

Hahahaaa siap bagi nasihat tu, seronok pulak layan. Ingatkan dah habis, rupanya dia sambung lagi.

Airis: Mama, kenapa mama kerja?
Mama: Nak cari rezekilah untuk beli susu Airis.
Airis: Ok, memanglah nanti Airis takde susu nak minum. Mama beli susu Airis kat mana?
Mama: Kat kedailah.
Airis: Ehhh bukan, kat Giantlah!

Haaaaa dah Airis jom tidur, mama pening! Esok pulak tanya soalan ye. Hehehee walaupun soalan atau jawapan balas dia tu kadang Mas tak duga tapi seronok tau, boleh tergelak dibuatnya. Sebab tu Mas kata kepetahan dia tu kadang buat kita mati kata²

Selasa, 7 Mac 2017

Selesai pendaftaran sekolah Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Dek kerana kesesakan web KPM minggu lepas, semalam barulah Mas cuba daftar tahun 1 untuk Airis. 

Alhamdulillah sepanjang buat tu lancar je, takdelah tetiba suruh log masuk semula. Tapi bab nak isi rekod imunisasi tu yang berjanggut sikit, yelah kena isi satu². Sebab imunisasi DPT/HIB/Polio tu diasingkan, jadi kenalah isi satu per satu. Nasiblah ada pengalaman isi untuk kakak abang dia dulu secara manual, jadi takde pening kepala fikir. 


Selesai daftar untuk tahun 1 cubalah pulak untuk pra sekolah, sebab hari tu buat tak berjaya. Asyik suruh log masuk semula je sampai sakit hati nak buat, terus isi borang secara manual je. Tapi disebabkan borang belum hantar Mas cubalah sekali lagi untuk daftar online dan akhirnya semalam berjaya. Agaknya web KPM dah sejuk tu, sebab dah ramai yang buat minggu lepas.

Fuhhh lega bila dah berjaya daftar kedua²nya. Hari ni dah suruh husband lengkapkan dokumen untuk hantar ke sekolah. Biarlah hantar awal sikit, daripada gigit jari tak dapat sekolah yang dipilih kan? Lagi pun sekarang ni bukan senang nak dapat sekolah yang dipohon, banyak prosedur dan kriteria yang pihak sekolah tengok. 

Mas mohon sekolah yang sama dengan abang dia, senang sikit ada geng nanti. Tapi masa pra jelah sebab tahun depan abang dah darjah 6, masa Airis darjah 1 abang dah sekolah menengah. Takde dah geng masa tu, kena berdikari sendirilah. Tunggu dapat adiklah pulak, baru ada geng. Hehehee!

Isnin, 6 Mac 2017

Gaduh manja Arfan dan Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak kakak Atikah dok asrama mereka berdualah kawan rapat dan kawan gaduh kat rumah. Main sama², makan sama² dan gaduh dah tentulah sama². 


Sebenarnya bergaduh tu bukanlah tahap extreme tapi biasalah gaduh budak² sebaya Arfan dan Airis ni, nampak je serius tapi kadang 5 minit je gaduhnya. Si Airis ni dia sukakan perhatian, baik dari Mas dan husband. Tapi abangnya lah yang selalu jadi mangsa. Kalau Mas atau husband tak layan sangat apa yang dia nak atau ajak siaplah dia merajuk. Pastu nak pujuk tu punyalah payah, tak kena gaya alamatnya kena upahlah baru baik rajuk. Hahahaa, itu babah selalu kena. 

Kalau dengan abang Arfannya selalu gaduh bila bermain. Mereka berdua ni kalau main masing² tak nak mengalah, Arfan nak Airis ikut cara dia dan Airis nak abang ikut cara dia. Bila dua² tak nak mengalah jawapnya bergaduhlah, kalau tak Airis yang menangis abangnya yang tewas. Hehehee, selalu Arfanlah yang kalah. Kadang sampai berderai airmata dek kerana tak puashati dengan adik. Airis apa dia kisah, buat tak tahu je!

Haaaaa camtulah kalau dah bergaduh, kadang mama geram tak bagi je main sama². Sorang main kat hujung sana dan sorang lagi main kat hujung sini, haaa gasak nak gaduh sangat kan? Tapi bila kena camtu pandai pulak nak backup antara satu sama lain, seolah² takde pulak mereka gaduh. Dari marah nak tergelak pulak mama tengok!


Gitulah gaduh manja Arfan dan Airis ni, bikin penyeri rumahtangga mama babah. Tapi kalau waktu manis macam gula² kemain lagi, siap makan bersuap gitu. Abang memalu sebenarnya nak suap adik tapi Airis dia tak kisah, kalau dia dah kata nak abang tak leh kata apa. Maka kenalah jugak makan suap camni. Sweet kan? 

Tapi bila gaduh, mama pulak rasa nak jadi singa. Hahahaa!

Jumaat, 3 Mac 2017

Berkongsi sesama adik beradik

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² Mas ni boleh dikatakan rapat di antara satu sama lain, jarang mereka nak lupakan salah seorang. Walaupun dok bergaduh dan bertengkar tapi sekejap je, 5-10 minit nanti baiklah semula. Kadang mamanya yang geram dok asyik bergaduh je, terutama masa main sama².


Jadi bab berkongsi apa saja baik makanan atau barang² mereka jarang nak kedekut, terutamanya Airislah. Setiap kali pergi kedai kalau nak beli apa² makanan mesti ingat nak belikan untuk kakak dan abangnya. Walaupun kakak takde dok kat rumah tetap jugak nak beli, sentiasa ingat dekat kakaknya. Kalau tak beli pun pasti dia akan berkongsi apa dia ada dengan mereka. 

Kakak dan abangnya ni dah besar, jadi kadang bab nak berkongsi mereka selalu alpa sikit. Dah dapat selalu ingat untuk diri sendiri je, tak ingat dah adik beradik lain. Jadi Mas selalulah pesan, apa² yang kita dapat dan makan kena berkongsi serta kena ingat adik beradik lain. Mas cakaplah, "Kalau mama tak pernah memilih dan tak lupa untuk belikan setiap dari korang apa² pun, jadi korang pun kena camtu."

Tak susah kita nak galakkan anak² berkongsi apa yang mereka ada, caranya kita pun kena berkongsi. Tak salah sekali sekala kita beli 1-2 je makanan dan kongsi makan sama² dengan anak². Bila selalu tengok kita buat camtu, automatik anak² tak lokek untuk berkongsi makan dengan kakak dan abangnya. Sama jugak dengan barang mainan, belikan satu dan suruh mereka main sama². Haaa tengok gambar ni, Airis kongsi mainan dia dengan abang Arfan. Walaupun nampak macam abangnya pulak yang lelebih main, hahahaa!


Syok apa berkongsi² adik beradik ni, lebih mesra dan erat kasih sayang kan?

Khamis, 2 Mac 2017

Daftar online Pra Sekolah 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Hadoiii stressnya nak buat pendaftaran online ni! Dekat 10 kali buat, bila nak klik hantar permohonan je boleh disuruhnya kita log masuk semula. Kalau hilang sabar dah kena hentak komputer ni, hahahaa! 


Patutlah semalam banyak status di Facebook Mas baca, semuanya stress nak buat pendaftaran online sekolah anak². Lagilah semalam baru mula buka permohonan, mahu tak biul sekejap website KPM tu. Dah semuanya pakat nak daftar cepat² kan, lambat nanti takut tak dapat sekolah yang dipilih. Zaman sekarang kan bukan senang nak dapat sekolah, banyak sangat prosedurnya. 

Mas pun baru cuba buka hari ni, niat nak daftar pra sekolah dulu untuk Airis. Naklah buat awal sikit sebab tahun lepas mohon lambat, kempunan Airis nak masuk pra sekolah. Lagi pun tahun depan dia dah 6 tahun, lagi eloklah masuk pra sekolah kan? Tapi dekat 10 kali cuba tetap jadi benda yang sama, bila nak hantar permohonan terus suruh log masuk semula. Huhhh boleh bikin naik darah kooooo!

Akhirnya lepas 10 kali cuba, Mas ambik keputusan cetak borang online pastu isi secara manual je lah. Dah lengkap nanti pergi je hantar ke sekolah, lagi pun sekolah yang dipohon dekat dengan rumah. Buat apa nak stresskan diri buat online, memang dah agak minggu ni akan sesak punya website KPM tu. Jadi untuk elakkan kelewatan baiklah kita pilih alternatif secara manual je, janji mohon kan? Itu belum Mas cuba daftar untuk tahun 1, lagilah sesak agaknya. Tapi takpe itu buat lambat sikit sebab Airis masuk darjah 1 tahun 2019, tunggu website dah reda sikit baru mohon. 

Sebenarnya pendaftaran online ni bagus, selain cepat dan pantas ia memudahkan sikit untuk ibu bapa yang bekerja. Cuma masalah kesesakan website inilah yang kena kita hadapi, nak kena banyak sabarlah. Patutnya pihak KPM kena buat penambahbaikan yang lebih sistematik untuk memberi kelancaran kepada sistem online ni. Memanglah bila ramai masuk sistem akan tergendala, tapi kena cuba atasi supaya semua pihak puashati kan?


Jomlah tulis borang secara manual, huhuhuu! 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com