Terkini dan Sensasi

Khamis, 16 Mac 2017

Homemade Aiskrim Malaysia

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² dengan aiskrim ni memang susah nak dipisahkan, kalau boleh hari² mereka nak makan aiskrim. Lagilah kat taman perumahan Mas ni hari² penjual aiskrim masuk, dengar je bunyi loceng maka lajulah minta duit nak beli aiskrim. Kalau tak beli dengan penjual bawa motor tu mereka beli kat rumah jiran yang ada jual aiskrim Malaysia. Hari², "Mama nak 20 sen!"

Kalau tiap² hari 20 sen boleh miskin mama, habis duit ke aiskrim jelah. Pastu terus terfikir, "Kalau aku buat sendiri aiskrim Malaysia ni kan bagus. Boleh jimat dan anak² pun puas makan." Haaaaa betul jugak kan, dari bazir duit beli je setiap hari lebih baik buat. Terjamin sedap, bersih dan anak² boleh makan setiap hari sepuas²nya. Zaman sekarang kena berfikiran camni, kalau tak camne nak berjimat kan? Hari² duit banyak keluar je!

Jadi semalam projek homemade aiskrim Malaysia pun bermula, teruja pulak mama nak buat. Bila bagitau dekat anak² lagilah mereka gembira, terus seronok nak tolong. Airis pulak siap cakap, "Mama bolehlah Airis jual aiskrim ni!" Hahahaa tetiba terus nak jual, mama buat nak bagi dia makan. 


Inilah dia aiskrim yang dibuat dengan penuh kasih sayang tu, Bandung Choki² dan Milo Choki². Rasa belum tau lagi camne sebab semalam tak keras lagi, hari ni baru boleh anak² makan. Tapi mesti sedap punya sebab mama buat dengan penuh kasih sayang dan gembira khas untuk anak², cewahhh!

Hari ni balik kerja nak buat lagi, nak buat aiskrim Asam Boi dan Sirap Chia Seed. Haaa yang ni anak² suruh buat, jadi mama kena tunaikan. Sementara aura rajin mama ni meluap² kena pulun buat, kang mama malas tak jadi apa dah. 

Mama pun tak sabar nak makan aiskrim² tu balik kerja nanti, hahahaa!

4 ulasan:

  1. Betul tu Mas zaman sekarang semua nak kena jimat.. anak dara akak memang buat jual ais krim malaysia nie..siap tolong Ibu bayarkan bil internet lagi tau..jual Mas..ehehe..

    BalasPadam
  2. betoi2 rajin ni.. rmh kat mana. nk pi borong. hehehe

    BalasPadam
  3. ha ? 20 sen jek ? kat sini dah 50 sen kot.. huu~ memang berbaloi buat sendiri dari beli.. lagi2 cuaca panas sekarang nih kan.. hee~ boleh jual sekali nih..

    BalasPadam
  4. best all times kan aiskrim ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com