Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 31 Mac 2013

Tayang muka


Assalamualaikum...(^ ^)


Tengok tak rancangan Primadona setiap Jumaat. Mas suka jugak tengok sebab kadang² topik yang dibincangkan menarik dan banyak info berguna yang disampaikan.

Tapi yang tak tahan tengok pengacara²nya, seolah² tayang muka untuk tarik hati ramai penonton. Dengan baju ketatnya, make up tebalnya, menonjol dan tertonjol apa yang tak sepatutnya ditunjukkan.

Harap rating rancangan ni naik sebab topik yang menarik bukannya sebab nak tengok pengacara² dok tayang muka je!

Jumaat, 29 Mac 2013

Sebar sesuka hati tanpa siasat

Assalamualaikum...(^ ^)


Masyarakat kita ni memang terkenal dengan sikap suka menyebarkan cerita tanpa siasat terlebih dahulu. Bermula dengan seorang kongsi cerita tersebut di laman sosial, yang lain pun terus sibuk nak kongsi. Bukannya nak siasat dulu atau bertanya dulu, janji aku dapat kongsi cerita panas dan sensasi!

Apa kata sebelum kongsi atau sebar tu cari dulu kesahihannya. Memang mula² kita baca cerita tu akan rasa marah dan sakit hati tapi kita kena jugak tahu betul ke tak cerita tersebut. Kalau kita kongsi nanti tiba² semua tu tak benar, kita jugak yang dapat malu sebab sebarkan fitnah.

Cerita sebegini kalau tak benar akan menjatuhkan nama baik sesesorang atau sesebuah organisasi. Tak pasal² orang akan jaja cerita buruk tentang tempat tu gara² cerita tak benar yang kita sebarkan. Macam kes baby kat hospital tu, tak pasal² nama jururawat diburukkan. Pastu baru semalam kes daging kat pasaraya, kesian pihak pasaraya tu dipersalahkan.

Jadi fikir²lah dulu sebelum sebarkan cerita yang kita tidak tahu kesahihannya, boleh jadi fitnah tau!

Khamis, 28 Mac 2013

Minyak yuyi

Assalamualaikum...(^ ^)


Ada rakan blogger tanya Mas guna minyak yuyi tu, tak panas ke untuk baby. Ini pengalaman Mas gunakan minyak yuyi untuk ketiga² anak Mas. Mas guna minyak yuyi sejak anak pertama lagi, jadi takde apa yang memudaratkan pun. Bila pakai minyak ni anak memang susah nak kena kembung perut, sapu lepas mandi kat perut dan tapak kaki anak pasti dia rasa selasa. Pastu kalau perut dia tak selesa dia pasti akan kentut untuk buang angin.

Minyak yuyi panas?

Bagi Mas tak panas pun. Bila sapu kat perut anak² takde pulak mereka menangis sebab minyak tu panas, mereka rasa selesa je. Janganlah sapu sampai nak habis sebotol, memanglah rasa panas sikit untuk baby. Sapu sikit je janji dia rasa berangin.

Sebenarnya, Mas pun banyak dengar orang cakap cerita yang tak elok pasal minyak yuyi. Tapi Mas tak ambil pusing pun sebab Mas dah guna untuk 3 orang anak Mas, alhamdulillah mereka membesar dengan sihat. Kita jangan pandai nak cakap yang bukan² tentang sesuatu produk tu, guna dulu dan tengok elok atau tidak.

Jadi untuk rakan blogger tu minyak yuyi ni elok, takde pulak rasa panas dan datangkan masalah untuk anak² Mas. Kalau orang lain ada masalah itu Mas tak pasti, jadi kalau percaya gunalah tanpa was²!

Rabu, 27 Mac 2013

Wordless Wednesday [69]

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa pun tak kisah, asal boleh hisap. Tak dapat jari, tudung mama pun boleh. Comel je kan, hehehee!


Isnin, 25 Mac 2013

Persediaan ke taska

Assalamualaikum...(^ ^)


Minggu ni minggu terakhir Mas boleh mandikan Airis setiap pagi, bagi dia minum susu setiap pagi dan dengar amukan dia setiap pagi kalau menangis. 1 April akan mulalah kehidupan Airis di taska. Di situlah dia akan berjumpa kawan² dan semua urusan harian dia diuruskan oleh orang lain.

Tapi permulaan ni Mas akan hantar dari jam 7 pagi hingga 2 petang je sebab Mas masih bercuti. Bila dah mula kerja 23 April nanti baru dari 7 pagi sampai 5 petang. Mula² nak bagi dia biasa dulu dengan situasi dan orang lain. Hari Rabu ni Mas akan jumpa dengan pihak taska untuk berbincang. Airis kan menyusu susu Mas sepenuhnya, jadi nak ajar mereka cara nak kendalikan EBM untuk Airis.

Cakap pasal perasaan memang dah bercampur baur, maklumlah 4 bulan Mas dengan dia tanpa berenggang sikit pun. Risau pun ada takut dia mengamuk sakan nanti, haru pengasuh taska nak pujuk. Tapi Mas kena tabah dan sabar, Mas tahu Airis anak yang baik dan tak akan susahkan orang. Hari² cakap dengan dia supaya jadi good girl kat taska nanti, tak mau nangis jerit² dan minum susu banyak².

Rasa sayu pulak menaip, Insya Allah semua akan berjalan lancar dan Airis akan dijaga dengan baik di taska nanti. Allah sentiasa melindungi anak kecil mama! 

Ahad, 24 Mac 2013

Nur Airis Arissa : 4 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)


Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar hari ni usia Airis dah 4 bulan. Alhamdulillah, selama 4 bulan Airis membesar depan mata Mas. Setiap hari Mas tengok perkembangan dan tumbesaran dia, kadang² ada masa dan ketika karenah dia sangat menguji kesabaran. Stress, tension dan geram tapi bila renung mata comel dia hilang segala rasa tersebut, walaupun masa tu dia mengamuk sakan!

Perkembangan terbaru dia di usia 4 bulan yang paling Mas teruja, dia dah mula pandai meniarap. Tapi sekali je dia meniarap sendiri tanpa Mas nampak, tengok² dah meniarap. Sebenarnya dia dah pandai mengiring dan tiarapkan badan dia cuma Mas kena tolak sikit bontot dia. Bila dah meniarap tu dia dah pandai tegakkan kepala dan gerakkan tangan.


Bila meniarap memang nampak dia seronok sebab lebih luas permandangan kan, boleh tengok keliling. Tapi nak pusingkan semula badan memang tak pandai lagi, mama yang kena bantu. Cuma dia tak boleh meniarap lama, kalau lama mulalah dia menangis. Mungkin rasa penat kot, hehehee!

Perkembangan lain macam biasa, mulut makin riuh. Pantang ajak borak², memang bising mulut dia. Pastu sangat pandai mengamuk kalau ada yang tak kena, kadang mama pun tak tau apa yang dia nak. Memang ngamuk sakan sambil nangis jerit². Aduhai, menguji kesabaran mama betul.

Harapan Mas cuma nak dia membesar dengan sihat. Macam² karenah tu biasalah anak kecil, dia nak belajar kan? Pastu dengan mengamuk jugak dia nak bagitau kita yang dia tak selesa, dia bukan pandai cakap lagi. Tak sabar nak tunggu perkembangan Airis yang seterusnya, cepat besar sayang!

Sabtu, 23 Mac 2013

Santapan Airis setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)


Inilah sebahagian dari santapan Airis setiap hari. Tapi pada sebelah siang je, sebab sebelah malam memang dia direct feeding. Sebelah siang Mas memang bagi dia menyusu botol, dah pukul 8 malam baru mula DF dia. Jadi dia memang akan ngempeng dari pukul 8 malam sampailah pukul 10 malam. 2 jam tu, balas dendam sebab siang tak dapat. Hehehee!

Tiap² hari Mas memang akan pam 15oz untuk santapan dia esok hari. Biasanya memang licin 15oz tu sebab dia akan menyusu 2 jam atau 3 jam sekali. Kalau dia berjaga memang 2 jam sekali tapi kalau dia kerap tidur, 3 jam sekalilah dia menyusu. Kalau 2 jam sekali 2oz dah mencukupi untuk dia setiap kali menyusu, dan kalau 3 jam sekali biasanya 3oz.

Alhamdulillah, Airis menyusu botol dengan baik. Walaupun kadang² dia mengamuk jugak tak mau botol, puas jugaklah nak pujuk. Harap² masa kat taska nanti dia dapat menyusu dengan baik.

Jumaat, 22 Mac 2013

Cerita bergambar [1]

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap Jumaat Mas nak buat entri bergambarlah, Mas tepek 5 gambar dan cerita serba sedikit tentang gambar tu. Kira entri santailah, Mas akan letak gambar² kenangan yang lama² dulu dan jugak gambar terkini. Bukannya apa, bolehlah abadikan sebagai kenangan dalam blog.

1. Masa cuti celebrate anniversary Mas yang ke 10 tahun, kami pergi Cameron Highlands. Tengok Arfan, dia memang suka dekatkan muka dia kat perut Mas masa mengandung dulu. Tak hairanlah ramai orang cakap Airis iras muka dia.



2. Floria 2012. Gagahkan diri jugak pergi masa ni walaupun tak larat, tapi minat bunga punya pasal. Pantang jumpa kerusi mesti nak duduk sebab penat berjalan. Pastu husband pulak sibuk suruh posing nak ambil gambar, jadi layan je. Padahal masa mengandung Mas memang kurang minat bergambar.



3. Masa mula² beli DSLR dulu memang gila outdoor photoshot. Pantang ada kelapangan, mesti ajak husband pergi. Tapi sekarang dah lama tak photoshoot. DSLR tu pun dah lama jugak tak digunakan, ada terbiar kat dalam almari. Dah ada Airis ni teringin pulak nak outdoor photoshoot 5 beranak. 



4. Kami suami isteri memang minat mengumpul jam, pantang ada jam yang berkenan di hati kami terus beli. Setiap kali Mas beli mesti husband beli jugak. Ini jam Titus kesayangan Mas, husband hadiahkan masa birthday. Yang husband pakai tu pun jam Titus jugak, sehati sejiwa kami kan? 



5. Rindunya nak beraksi camni! Bola dan kasut bowling dah berhabuk bawah katil. Atikah pun dah semakin pandai main dari mamanya, takut nanti kalau lawan Mas pulak yang kalah. Lepas Airis dah besar sikit bolehlah beraksi semula,  mantapkan lagi skill yang ada!


Khamis, 21 Mac 2013

Rezeki Airis

Assalamualaikum...(^ ^)



Sejak Airis lahir, Mas dan husband mula menabung duit syiling. Setiap kali ada lebih duit syiling apabila beli barang dapur mesti masukkan dalam tabung.

Jadi semalam tergerak hati nak kira sebab nak buka akaun SSPN dan akaun Amanah Saham Wawasan 2020 untuk Airis. Kira duit tabung dapat RM200 dan ditambah pulak dengan duit kawan² sedekah masa dia lahir tu ada RM500, jadi dapatlah RM700.

Tapi hanya dapat buka akaun SSPN sahaja, akaun ASW2020 boleh buka bila usia dia 6 bulan nanti. Jadi Mas hanya tambah simpanan dalam akaun ASW kakak dan abang dia. Jadi bolehlah menabung lagi sehingga umur Airis 6 bulan, harap makin bertambah rezeki Airis serta kakak dan abangnya!

Rabu, 20 Mac 2013

Wordless Wednesday [68]

Assalamualaikum...(^ ^)

Kejadian semalam.

Mas pergi dapur, pastu masuk bilik semula Airis dah meniarap sendiri. Permulaan yang positif sayang!


Selasa, 19 Mac 2013

Baby TV

Assalamualaikum...(^ ^)


Tengoklah tu, ralit betul kan? Tak berkelip mata, tengah asyik tengok lagu Hokey Pokey kat Baby TV.

Mas langgan channel Baby TV ni sejak Airis umur sebulan, memang itulah peralit dia. Kalau Mas nak siapkan kerja rumah macam jemur kain ke, Mas akan pasangkan Baby TV untuk dia. Jadi dia akan ralit tengok dan tak menangis. Tapi kadang² kalau tinggalkan lama sangat sorang² dia akan bosan jugak.

Memang bagus Baby TV ni untuk baby seperti Airis. Dengan kartun yang ceria dan warna-warni, lagu yang menarik dan ada jugak diselitkan pembelajaran. Macam baby seusia Airis buat masa ni dia lebih suka tengok lagu². Kadang² tu bila lagu yang dia suka habis, siap boleh nangis lagi. Hehehee!

Jadi pada kawan² yang ada baby bolehlah langgan Baby TV ni. Murah je, RM5 sebulan. Bukan Airis je ralit, abang dengan kakak dia pun ralit!


Isnin, 18 Mac 2013

Kalau nak, kumpul duit

Assalamualaikum...(^ ^)

Bukannya Mas nak berkira dengan anak² tapi Mas nak mereka tahu tak mudah nak dapatkan sesuatu yang kita nak tanpa berusaha dan terus berusaha!

Jadi bila mereka nak beli sesuatu yang diingini Mas tak akan terus beli, Mas suruh mereka simpan duit belanja sekolah RM1 sehari. Bila dah cukup barulah boleh beli barang yang dikehendaki, di samping tu boleh jugak galakkan mereka menabung. Mas nak ajar mereka erti kesusahan untuk dapatkan duit walaupun hanya 10 sen.


Apa yang Mas suruh ni berbaloi, Atikah berjaya beli sepasang kasut sukan hasil dari duit belanja yang dikumpulnya setiap hari. Arfan pulak dapat sebiji bolasepak yang dah lama dia idamkan.

Jadi mereka sangat gembira dan bersemangat nak kumpul lagi sebab lepas ni Atikah nak beli kasut bowling dan Arfan nak beli kasut bola pulak. Mas puji sikap sungguh² mereka!

Ahad, 17 Mac 2013

New vector potrait

Assalamualaikum...(^ ^)


Cantik kan vector potrait ni, sama dengan wajah Mas yang asli. Kali kedua Mas tempah vector potrait dengan azhafizah.com. Sentiasa puas hati dengan hasil kerja Fiza, tak pernah mengecewakan!

Mas tempah vector potrait ni sebab nak gantikan gambar lama kat header blog. Saja nak tukar gambar baru, dah bosan dah tengok gambar lama tu. Hehehee!

Inilah header Mas dengan vector potrait baru, comel tak?


Sabtu, 16 Mac 2013

2 tahun, 2 bulan, 2 hari

Assalamualaikum...(^ ^)


Tanpa disedari sudah genaplah 2 tahun, 2 bulan, 2 hari usia blog Mas. Banyak dah Mas menulis dan berkongsi cerita di dalam blog ni.

Insya Allah, massaari.com akan terus kekal di hati pembaca selagi hayat penulisnya di kandung badan. Jika penulisnya dah pergi nanti, kenali dia melalui penulisannya. Moga sedikit sebanyak apa yang Mas tulis memberi manfaat yang berguna kepada para pembaca.

Terima kasih tak terhingga pada kawan² maya dan para pembaca yang menyokong penulisan dan bebelan Mas selama ini. Tanpa kalian pasti dah lama massaari.com ni berkubur!

Jumaat, 15 Mac 2013

Sejarah produk penjagaan kulit muka

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak pandai bab jaga kulit Mas pakai produk Nutrimetic, lama jugaklah guna Nutrimetic. Tapi masa tu tak kisah sangat produk sesuai tidak dengan kulit muka, janji pakai. Janji ada produk untuk cuci muka dan krim untuk tepek kat muka.

Pastu bertukar pulak pada produk Olay, mungkin masa tu terpengaruh dengan iklan kat TV. Tapi agak berkesan produk Olay ni, nampak perubahan setelah sebulan pakai. Jadi Mas terus setia dengan Olay. Cuma ada sedikit kekurangan pakai Olay ni, kulit muka jadi kering. Tapi Mas teruskan pakai sebab muka jarang naik jerawat.

Pastu Garnier keluar, sekali lagi terpengaruh dengan iklan. Kononnya nak kulit cerah macam model dalam iklan Garnier. Beli satu set produk Garnier dari pencuci muka sampailah ke dia punya mask, nak kulit cerah punya pasal. Tapi setelah sebulan pakai kulit muka Mas jadi berminyak, terus tak berkenan. Tukar balik pakai Olay.

Sehinggalah kakak Mas syorkan pakai Safi Rania Gold. Mula macam tak yakin nak pakai sebab takut tak berkesan, tapi kakak kata cuba dulu. Jadi beli satu set produk Safi Rania. Pencuci muka, toner, serum, krim siang malam, krim kecantikan dan scrub, semua Mas borong! Alhamdulillah setelah sebulan pakai ramai kawan² cakap muka Mas nampak berseri. Apa lagi suka hati bila orang dah puji, husband pun cakap camtu.

Sekarang dah 2 tahun Mas gunakan Safi Rania Gold ni tanpa was². Memang akan setia dengan Safi Rania sampai bila², pastu seronok sebab kulit muka makin anjal dan takde masalah.

Inilah set Safi Rania Gold Mas dan tepek jugak muka tanpa mekap.



Khamis, 14 Mac 2013

Rindu nak bershawl

Assalamualaikum...(^ ^)


Rindunya nak melaram pakai shawl camni. Kalau mula² gila shawl dulu memang boleh dikatakan tiap² hari pakai, pastu pantang tengok shawl yang cantik mesti beli.

Tapi sejak mengandung dah mula malas nak lilit shawl, tiap² hari pakai tudung awning je. Senang, cepat, ringkas dan mudah. Pastu bila dah habis pantang ingat nak melaram semula dengan shawl tapi tak boleh jugak sebab tangan Airis dah pantas tarik sana-sini. Pernah sekali tu pakai habis ditariknya!

Jadi buat masa ni lebih selesa pakai tudung camni, nanti bila Airis dah besar baru mama boleh melaram semula dengan shawl mama tu.


Rabu, 13 Mac 2013

Sempoa

Assalamualaikum...(^ ^)


Arfan ada mintak Mas ajar dia guna sempoa, tapi masalahnya mama pun tak tau cara nak guna.

Sekarang ni sejak tukar ke sistem KSSR, semua murid tahun 1 kena beli sempoa. Mereka akan belajar matematik gunakan alat ni, soalan dalam buku latihan pun ada soalan menggunakan sempoa. Nanti akan ada jugak ujian menggunakan sempoa, jadi setiap murid kena mahir menggunakannya.

Nampaknya lepas ni Mas kena belajar dengan mana² nyonya cara nak guna sempoa. Maklumlah orang cina kan mahir guna alat ni.

Wordless Wednesday [67]

Assalamualaikum...(^ ^)

Beli tikar evamatik ni online.

Tengoklah tu, suka pulak dia dengan tikar ni. Khusyuk tengok!



Selasa, 12 Mac 2013

Buaian letrik

Assalamualaikum...(^ ^)


Anak ketiga baru terhegeh² beli buaian letrik. Masa Atikah dan Arfan dulu gigih tunggu buai dari anak tidur sampailah bangun, bukannya apa kalau tinggal nanti mesti jaga. Pastu Mas hantar mereka kat pengasuh dan dia tak nak guna buai, dia nak ajar anak tidur kat tilam. Jadi hanya kat rumah pakai buai.

Tapi Arfan kurang sikit bertunggu kalau tidur buai, letak dalam buai bila dah lena tinggalkan pun takpe. Cuma Atikah memang kena bertunggu. Bila Airis ni pulak samalah macam kakaknya, kena bertunggu. Jadi sebab itulah Mas beli jugak buai letrik, pastu kat taska nanti boleh bagi buai sekali. Jadi senanglah sikit bila ada buai letrik ni, takde orang nak tunggu buai anak kita je!

Memang masa mula² tak nak ajar dia tidur buai tapi biasalah mak kan, selalu mengalah dengan sikap anak. Sepanjang masa tidur tak lena jadi kenalah jugak ajar buai. Cuma Airis berbuai waktu siang je, malam memang senang dia tidur. Bagi susu, tepuk² bontot terus lena.

Mas beli buai letrik ni kat Mudah, RM170 dia punya rocker tu. Bukan sekali dengan buai.

Isnin, 11 Mac 2013

Airis nak minum EBM

Assalamualaikum...(^ ^)


Stok EBM Airis setakat ini, memang tak banyak sebab hari tu Mas berhenti sebulan tak simpan. Bukannya apa masa tu Mas ajar Airis hisap susu guna botol, jadi setiap kali pam memang habis minum. Sekarang Airis dah pandai menyusu guna botol jadi pulun untuk simpan stok EBM untuk dia.

Mula² dulu Mas risau jugak dia tak nak minum EBM. Sebab ada sahabat Mas anak dia tak nak minum langsung, rugi semua EBM yang dia simpan tu. Jadi minggu lepas Mas cuba bagi Airis EBM yang Mas pam pada 26/12/12, dah nak dekat 3 bulan EBM tu disimpan. Alhamdulillah Airis nak minum, takde pun tunjuk muka pelik.

Jadi sekarang kena gigih dan rajin simpan stok EBM, semoga hasil susu pun makin bertambah. Nak sangat fully breastfeed selama mana yang Mas termampu, moga dipermudahkan segalanya!

Ahad, 10 Mac 2013

Taska training

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila malam baru dapat update. Hari tu janji nak aktif semula, tapi nak buat camne 2-3 minggu ni asyik ada halangan sebelah siang. Tak dapat langsung nak curi masa, Airis pun dah makin besar dan makin banyak ragam. Takpelah buat masa ni 1 hari 1 entri, ada masa nanti Mas akan update lebih.


Berbalik pada tajuk, perlukah taska training?

Masa Atikah dan Arfan dulu memang tak hantar taska training pun. Habis cuti bersalin 2 bulan, esoknya naik kerja barulah hantar anak ke taska. Dia biasa ke tak, Mas tawakal je! 

Tapi bagus dan perlu taska training ni, kita boleh ajar anak biasakan diri dengan persekitaran yang lain dari rumah. Nak pulak macam Airis yang lama berkepit dengan Mas sebab cuti lama, jadi untuk biasakan dia dengan orang dan persekitaran lain perlu training dulu. Kalau terus hantar bila dah mula kerja nanti takut dia tak nak pulak. Maklumlah dia dah 5 bulan masa tu, mesti dah kenal orang. 

Mas pun akan hantar Airis taska training bermula 1 April ni sebab 22 April Mas dah mula kerja. Harap Airis boleh biasakan diri dengan orang lain dan persekitaran baru. Tak lama lagi kan, dah besar dah Airis mama ni.

Sabtu, 9 Mac 2013

Airis dan injection

Assalamualaikum...(^ ^)

Nak cerita kisah Airis dan injection. Tapi sebelum tu tepek gambar dia dengan baju cheetah, auumm!


Airis ni lain sikit dari abang dan kakaknya, setiap kali nak pergi injection dia macam dah tau. Bila masuk dalam bilik injection tu dia akan meraung macam kena pukul, belum kena inject lagi. Waktu tu memang dah tak boleh nak pujuk dah, nurse pun dah tau perangai dia.

Bila kita baringkan dan pegang dia waktu nak inject tu lagilah dia meraung. Masuk je jarum kat peha gebu tu apa lagi memang suara dia tahap maksimum. Pastu ada lagi, keluar dari bilik injection terus mengamuk. Bagi susu tak mau, pujuk tak jalan, dodoi pun tak nak. Jawabnya peluk dan tepuk² punggung dia sampai diam dan akhirnya tertidur dalam tangisan.

Kesian tengok dia mengamuk sakan camtu, sakit sangat kena inject agaknya.

Jumaat, 8 Mac 2013

Zikir Munajat

Assalamualaikum...(^ ^)


Cuba pasang Zikir Munajat masa nak tidurkan anak atau anak buah kawan². Pastu baring sebelah dia sambil bacakan zikir ni tanpa henti, tengok siapa yang lentok dulu.

Setiap kali Airis nak tidur, Mas akan pasangkan zikir ni. Wajib, kalau tak memang dia tak akan tidur. Sambil pasang Mas baca sekali dan baring sebelah dia, dan dengan Mas sekali yang lelap. Mana taknya, alunan zikir yang mendayu² ni bisa buat mata mengantuk. Memang menusuk kalbu!

Airis memang suka. Sepanjang dia tidur memang kena pasang, kalau tutup pasti jaga.

Khamis, 7 Mac 2013

Review filem CZ12 : Best dan penuh aksi

Assalamualaikum...(^ ^)


Maaflah ketinggalan keretapi, memang filem CZ12 ni dah lama dah tapi Mas baru dapat tengok. Itu pun langgan kat Astro First. Nak tengok kat wayang memang taklah sebab masa cerita ni keluar Mas baru melahirkan Airis, jadi Mas nak review jugak.

Mas memang peminat setia Jackie Chan. Jadi memang wajib tengok filem dia, walaupun tak dapat tengok di panggung wayang. Lagi pun filem ini adalah filem aksi beliau yang terakhir, lepas ni memang tak dapat tengok dah aksi² kungfu beliau dalam filem.

Sinopsis filem
Filem ini mengisahkan Jackie Chan sebagai pencuri barang² peninggalan sejarah demi mendapatkan duit. Suatu hari mereka diupah untuk mencari 12 kepala gangsa binatang zodiak yang hilang pada zaman perang. Mereka akan diupah 1 juta euro untuk 1 kepala gangsa tersebut. Mula² niat mereka memang nak cari dan dapatkan upah tapi beberapa perkara terjadi, berjayakah mereka?

Kawan² yang belum tengok langgan je kat Astro First atau beli DVD, kat wayang memang dah takde.

Review CZ12
Bagi Mas filem ni memang menarik, aksi² kungfu dan lagak ngeri dari Jackie Chan memang sentiasa terbaik. Walaupun dah berumur beliau tetap bagus dan lagaknya membuatkan kita terpukau. Ada jugak babak kelakar dan mencuit hati, memang puas hati menonton.

Dah keluar DVD nanti memang Mas akan dapatkan. 10 bintang untuk CZ12 dan Jackie Chan!

Rabu, 6 Mac 2013

Wordless Wednesday [66]

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalaulah saya boleh berjalan dan berlari, mesti letih mama nak kejar!


Selasa, 5 Mac 2013

Nasi Arab di Marhaban Bikum

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni tiba² teringin nak makan Nasi Arab. Biasanya kami akan makan kat Restoran Saba di Cyberjaya, tapi hari ni nak berubah selera pulak. Jadi kami cuba makan di Restoran Marhaban Bikum, unik kan nama restorannya. Restoran ni terletak di bandar Nilai, bersebelahan dengan Dataran Nilai.

Menu² pilihan di restoran ni takdelah banyak beza dengan menu di restoran Nasi Arab yang lain. Seperti biasa ada Nasi Arab yang boleh di makan dengan ayam, daging dan kambing. Hari ni kami makan Nasi Arab Ayam Roasted dan Nasi Arab Grilled Beef. 2 jenis je kami makan sebab macam biasalah sepinggan nasi boleh makan 2 orang kan, pastu makan jugak Cheesy Wedges.

Ternyata menu yang kami pilih sedap dan menepati citarasa. Nasinya lembut dan sedap, ayam pun lembut dan daging digrill dengan sempurna, Cheesy Wedges pun sedap! Harganya jugak sangat berpatutan, semua sekali campur air hanya RM55. Berbaloi kan?

Jadi jika kawan² datang ke Nilai boleh cuba makan kat Restoran Marhaban Bikum dan Mas tepek gambar menu² pilihan di sini. Nak tepek gambar makanan yang dimakan memang tak dapatlah sebab tak sempat nak ambil gambar. Tengok² dah kena ngap dek anak², hehehee!



Isnin, 4 Mac 2013

Akhirnya Atikah berjaya

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari Selasa lepas Mas ada cerita yang Atikah masuk pertandingan boling di sekolah. Dia mewakili sekolah untuk ke pemilihan mewakili zon Sepang jika berjaya menang.

Alhamdulillah dia telah terpilih mewakili sekolah ke peringkat zon. Dia menang tempat keempat untuk individu perempuan dan tempat ketiga untuk pasukan, dan Atikah adalah peserta paling muda yang berjaya ke peringkat zon. Memang rezeki dia, berkat kesungguhan dia main bersungguh²!

Bila dah menang dan dapat wakili sekolah terus mintak kasut boling. Memang Mas niat nak belikan pun sebab dia belum ada kasut lagi, bola boling dah ada.

Harapan Mas moga dia terus cemerlang dalam bidang boling ni, untung² jadi pemain negara!



Ahad, 3 Mac 2013

Dari Johor kami ke Melaka

Assalamualaikum...(^ ^)

Setelah puas jalan di Johor kami gerak ke Melaka, memang rancang nak ke Melaka dibuat saat akhir sebab memandangkan Ahad masih cuti kan? Kami tiba di Melaka jam 10 malam pada hari Sabtu. Setelah puas pusing satu bandar cari hotel akhirnya dapat jugak, rezeki kami.


Hari ni memang kami pergi jalan² sahaja, tapi Mas hanya pergi tempat yang belum pernah pergi. Mula² kami pergi ke Submarine Museum di Pantai Klebang. Pertama kali tengok kapal selam secara dekat, memang besar sungguh! Tiket masuk hanya RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak². Yang seronoknya kita boleh merasa pengalaman masuk ke dalam kapal selam. Memang sempit sangat laluan dalam tu, hanya dipenuhi peralatan dan bilik sahaja.


Kemudian dalam perjalanan balik dari muzium kami singgah beli Coconut Shake Klebang yang popular tu. Tak sah tak beli kalau dah sampai Klebang. Memang panjang gila beratur, dekat 1 jam jugak baru dapat beli. Kami beli 6 cawan dengan harga RM15, ternyata Coconut Shake dia memang sedap!


Dah puas minum Coconut Shake kami menuju ke bandar Melaka. Sampai je terus nampak bas Panorama Melaka, apa lagi terus naik. Harga tiket RM15 untuk 2 dewasa dan 2 kanak². Kami naik kat tingkat atas sebab bas tu tak berbumbung, jadi boleh tengok panorama bandar Melaka. Kami dibawa keliling bandar selama ½ jam. Oklah, janji anak² seronok.


Selepas naik bas kami nak merasa pulak naik Menara Taming Sari, dulu masa baru² Mas datang Melaka belum ada lagi menara ni. Memang Melaka dah semakin maju dan banyak tempat² menarik untuk dilawati. Untuk naik ke menara tu bayaran yang dikenakan ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak². Kita akan berada di atas menara selama 15 minit. Yang menariknya semasa di atas ia akan berpusing dan kita boleh lihat seluruh bandar Melaka, sangat seronok!

Itu saja tempat yang sempat kami pergi sebab masa terhad. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati, tak cukup 1 hari. Takpe lain kali boleh datang lagi.

Sabtu, 2 Mac 2013

Jauh perjalanan

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang jauh perjalanan hari ni!

Dari Muar ke Bukit Kepong, pastu ke Gunung Ledang dan balik ke Muar semula. Sekarang berada di Bandar Melaka, saja jalan² bawa anak². Dah lama mereka tak jalan² sejak Mas cuti bersalin.




Mas mulakan dengan perjalanan dari Muar ke Bukit Kepong untuk hadiri kenduri kahwin sahabat Mas. Seronok tengok pengantin, cantik dan sepadan sangat. Pastu sempat jugak duduk depan pelamin kutip tol dari pengantin lelaki. Seterusnya lepas kenyang perut makan nasi kenduri Mas bawa pulak anak² mandi manda di air terjun Gunung Ledang. Seronok Atikah dan Arfan dapat main air sebab itu memang kegemaran mereka.


Bila mereka dah puasa mandi kami patah balik ke Muar semula semata² nak makan Mee Bandung Muar yang dikatakan sangat sedap. Kami makan di medan selera Bentayan di bandar Muar. Pertama kali Mas makan Mee Bandung dan ternyata memang terangkat, tapi Mas makan Bihun Bandung sebab tak berapa suka mee kuning. Puas hati sangat dapat makan, ternyata sangat sedap!


Dah kenyang perut makan Mee Bandung kami terus gerak ke Melaka dan ini memang tak dirancang, jadi kelam kabut jugak cari hotel sebab biasalah hari minggu. Tapi kami bernasib baik sebab ada jugak bilik yang kosong, sekarang kami menginap di Hotel Sentral. Esok nak jalan² di Melaka dan nak pergi cuba Coconut Shake yang popular di Pantai Klebang tu.

Jumaat, 1 Mac 2013

Ikan bakar di Sabak Awor

Assalamualaikum...(^ ^)


Dah selamat sampai di Muar pada jam 5 petang tadi, check in kat Hotel Pelangi di bandar Muar. Lepak² dalam bilik sambil rehatkan badan, pastu jam 8 malam kami gerak ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Popular kot medan selera ni di Muar sebab masa sampai tadi memang ramai pengunjung. Tapi penat jugaklah pusing² nak cari medan selera ni, maklumlah pertama kali datang.

Malam ni kami makan Ikan Kembung Bakar, Siakap 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung dan Kailan Ikan Masin. Boleh tahan jugak makan di sini, makanan pun sedap dan harga pun berpatutan. Semua sekali kami makan 4 orang campur air hanya RM45, memang berbaloi!

Esok nak makan Mee Bandung Muar pulak.




Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com