Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 31 Mac 2018

Waktu dan cara tidur berubah

Assalamualaikum...(^ ^)

Seminggu Mas hantar Aiyra untuk biasakan diri di taska, mula² nak hantar tu memang macam² nak fikir. Berbakul² pesan dengan husband untuk disampaikan pada cikgu taska tu, bukan setakat pesan mulut siap whatsapp lagi. Hahahaa gitulah sindrom mak² ni, tahap kerisauan tu melampau sangat. 

Tapi bukannya apa, Mas cuma risau satu perkara je iaitu bila Aiyra nak tidur. Di rumah dia dah biasa tidur dalam buaian bila waktu siang, malam memang tak. Bukannya tak ajar tidur bawah sebelum nak hantar taska tu, ajar tapi dia tak mahu. Dia sanggup mengamuk melalak dari nak tidur, padahal mata dah pejam mengantuk. Akhirnya mama mengalah, tidurkan jugak dalam buaian. 


Bila hari pertama hantar taska memang dia susah nak tidur, pengasuh cakap kena berdodoi beria pastu bila letak je dia akan jaga. Kenalah dodoi semula bagi dia betul² lena baru letak, tapi dia akan tidur sekejap je. Dalam ½ jam camtu dia akan bangun, pastu mengamuklah sebab mengantuk! Ambik je sebelah petang tengok mata sembab je sebab kurang tidur

Kesian jugak bila dia kurang tidur camtu, jadi hari kedua Mas bekalkan bedung. Pesan kat pengasuh kalau nak tidurkan dia bedung dulu tangannya, cubalah kan mana tau dia boleh tidur lena. Alhamdulillah cara tu menjadi, hari kedua dah takde amukan sebab mengantuk. 

Lagi satu bila dah buat camtu automatik waktu dan cara tidur dia di rumah pun berubah. Malam je lepas makan, pukul 8 mata dia dah mengantuk. Terus Mas bedungkan tangan pastu tepuk² dan pasang zikir, tak sampai 10 minit dah lena. Pastu terus tidur sampai ke pagi, sedar sikit² pun kalau nak menyusu je. Senang hati Mas bila dia dah tidur awal, kalau tak dulu selagi tak pukul 11 malam dia tak tidur. Bukan apa bila waktu tidur tu dah berubah mudahlah mama nak buat kerja, takdelah kena tidur lewat malam. Kan dah nak mula kerja ni! 

Pastu sekarang kat rumah pun sebelah siang dah tak tidur dalam buaian dah. Bedung je tangan dan tepuk² serta pasang zikir, terus dia tidur. 

Jumaat, 30 Mac 2018

Nur Aiyra Annasya : 6 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy Nur Aiyra Annasya dah 6 bulan, bermakna cuti mama dah habis. Haaa minggu depan kembali ke rutin bekerja ye mama, ada nampak mama happy ke? Hehehee mama happy je, dah tanggungjawab kan kenalah kerja. Lagi pun dah puas Mas cuti 6 bulan, syukur dapat jaga Aiyra 24 jam selama tempoh tu. 

Aiyra pun dah mula makan sekarang, seminggu awal sebelum 6 bulan Mas dah bagi. Alhamdulillah dia pandai makan, hari² mesti habis buburnya. Lega sangat, lagi semangat nak masak tiap² hari. Pastu dia pun dah pergi ke taska, saja Mas hantar seminggu awal sebelum mula kerja. Nak dia biasakan diri dengan orang lain dan suasana taska, alhamdulillah setakat ni semuanya baik² je. Makan dan minum susu lulus di taska, cuma tidur je agak susah masa hari pertama hantar. Tapi sekarang dah ok, bolehlah mama pergi kerja dengan senang hati.


Kepandaian dia di usia 6 bulan ni agak luar biasa, agak cepat berbanding kakak² dan abang dulu. Meniarap memang dah terer, laju sana sini dah. Penat nak kawal kalau kat rumah, sana sini kubu bantal mama bina. Sekarang dalam fasa nak laju merangkak, tegak lutut memang terer dah. Duduk sendiri pun dah pandai cuma belum betul² reti nak tegakkan pinggang, dalam proses percubaan lagi. Pastu satu lagi yang Mas tengok dia nak cuba buat ialah berdiri sambil berpaut, haaa lagak macam dah umur 7-8 bulan. Kalau dia sampai kat sofa memang dia akan berpaut dan nak berdiri, walaupun kaki tu goyang² lagi. Haaa mesti cepat jalan jugak ni nanti macam kakak Atikah, 10 bulan dah jalan.

Kesihatan pulak setakat ni dia membesar dengan sihat mengikut umurnya, walaupun badan nampak kecil comel. Masa 5 bulan timbang dah 6.2kg, nanti check up 6 bulan ni harap berat dia akan naik. Dah mula makan kan, lagi pun masa dukung dia memang terasa berat tu dah bertambah. Pastu Aiyra ni nampak meninggi macam kakak Atikahnya, baju 6 bulan semua nampak senteng dah kat badan dia. Kena pakai yang umur 9 bulan punya! 

Fuhhh anak yang Mas kandung 9 bulan makin besar, sekejap je dah 6 bulan. Nanti sedar tak sedar dah masuk sekolah! Haihhh Aiyra jangan cepat besar sangat ye, tak puas lagi gomol² Aiyra masa baby ni. 

Khamis, 29 Mac 2018

Bubur berkhasiat setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Esok akan genap umur Aiyra 6 bulan kalau ikut kiraan hari, kalau ikut tarikh lahir 2/4 lah. Tapi tak kisahlah ikut mana² pun, janji Aiyra dah semakin membesar dan bijak. Pastu esok genap seminggu Aiyra diperkenalkan dengan makanan pejal, alhamdulillah Aiyra makan dengan baik.


Aiyra memang macam kakak Airis, lebih selera dengan bubur nasi berbanding puree buah ni. Setiap hari memang mama kena pelbagaikan resepi bubur dia supaya tekaknya tak rasa bosan, yelah asyik makan bubur yang sama je. Setakat ni apa saja bubur yang Mas buat dia makan dengan berselera, setiap hari 3 kali makan. Pagi, tengahari dan malam, memang licin semangkuk bubur tu. 

Setiap hari memang Mas sediakan bubur yang berkhasiat, mesti ada campuran sayuran, buah, manisan dan protein. Sayuran yang Mas campur seperti lobak merah, kentang dan tomato ceri. Pastu buah pulak epal atau lai, manisan sudah semestinya kurma. Protein pulak setakat ni Mas baru perkenalkan dia dengan ikan bilis je, belum cuba ikan atau ayam.


Untuk esok Mas nak cuba campur bahan baru iaitu bayam hijau dan ikan salmon, haaa sangat berkhasiat ni. Harap Aiyra suka dengan resepi bubur nasi baru ni, moga berselera dia makan. 

Mas memang seronok setiap hari nak masak bubur untuk dia, sebabnya lega tengok dia pandai makan. Rasa berbaloi sangat Mas masak. Moga dengan makanan berkhasiat yang diberi dia bertambah sihat!

Rabu, 28 Mac 2018

Lama cuti, camne set semula mood bekerja

Assalamualaikum...(^ ^)

6 bulan kau syok² bercuti, tiba² minggu depan dah kena kembali bekerja. Haaa camnelah nak hadapi saat² tu, bersediakah Mas nak kembali ke rutin seperti sediakala. Ok serius cakap memang tak bersedia, bukannya malas tau tapi nak set semula mood bekerja tu agak susah sikit. Jadi apa yang perlu Mas atau korang lakukan kalau hadapi situasi ni.


Kalau ikut pengalaman masa cuti 5 bulan jaga Airis dulu, perkara pertama yang dilakukan ialah Mas akan datang ke pejabat 1 atau 2 hari sebelum bekerja. Nak buat apa pulak datang pejabat? Haaa Mas akan datang kemas bilik bagi nampak cantik seperti sediakala, maklumlah dah lama tinggal dan orang lain yang guna bilik tu. Mestilah tak macam keadaan yang Mas tinggalkan sebelum bercuti kan, mesti agak bersepah. Bila dah kemas cantik² dan bersih barulah mood bekerja tu akan kembali bersemangat!

Lagi satu kena tidur awal dan pergi kerja lebih awal, ini nak elakkan kita mengantuk di pejabat dan hadapi kesesakan lalulintas kalau keluar lambat. Masa cuti dah biasa tidur lambat, pastu lepas Subuh sambung tidur semula. Bila dah kembali bekerja ni rutin tu tak bolehlah diamalkan, kena ubah waktu tidur jadi lebih awal. Keluar kerja pun Mas dah biasa awal, pukul 6 pagi dah ada kat jalanraya. Haaa barulah mood ceria sikit kan? 

Pastu Mas akan pastikan segala kerja² yang diambil alih oleh kerani ganti tu dah selesai, kalau tak selesai dia kena beritahu Mas. Kalau tak buat camni nanti, Mas akan kelam kabut nak mulakan kerja. Kalau dah tahu kerja mana dah selesai dan belum barulah senang nak set masa untuk mulakan mana dulu kan? Yelah 6 bulan kau tinggalkan kerja, nak mula balik akan ada kekok sedikit.

Itu sajalah cara Mas nak kembalikan mood bekerja selepas lama bercuti, sedikit sebanyak ia membantu. Pastu Mas jenis malas nak fikir, sampai tarikhnya pergi je kerja dengan hati yang gembira. Fikir nak cari rezeki untuk anak² dan fikir tanggungjawab!

Selasa, 27 Mac 2018

Mama sebak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Naluri ibu kan, apa saja yang berkaitan dengan anak² akan ada satu perasaan sebak yang sukar nak digambarkan. Sebab tu Mas faham perasaan Datuk Siti Nurhaliza tu bila dia dapat anak, kegembiraan tu dia nak kongsi dengan semua orang. Bukan dia nak menunjuk atau dedahkan anaknya pada dunia glamour terlalu awal tapi perasaan yang wujud dalam jiwa dia membuatkan dia nak kongsi rasa sebak + gembira tu. 11 tahun dia tunggu tau!

Macam Mas walaupun dah ada anak 4 orang tapi perasaan sayang dan kasih pada mereka tak pernah berbeza, apa saja perkara yang melibatkan mereka naluri keibuan Mas akan tersentuh dan mudah rasa sebak. Tak kiralah perkara tu sedih atau gembira. 


Macam hari ni hari pertama Mas hantar Aiyra ke taska, serius cakap Mas sebak sangat. Mahu taknya, Mas jaga dia 24 jam dari umurnya 1 hari hinggalah 6 bulan. Kalau ikutkan hati setahun atau 2 tahun Mas nak cuti tanpa gaji jaga dia, tapi Mas tak mampu nak lakukan tu. Jadi Mas kena letak kepercayaan dan keyakinan pada pihak taska untuk jaga dia, walaupun hati berat nak lepaskan. Hanya doa mengiringi agar Aiyra dijaga dengan baik. 

Sama jugak masa Atikah, Arfan dan Airis dulu, hati mama tak kuat jugak. Sebak memikirkan anak ditinggalkan di bawah jagaan orang, demi mama nak cari rezeki dan bantu husband. Kalau kewangan mencukupi Mas sanggup berhenti kerja demi nak jaga anak², tapi Allah belum bagi rezeki tu. Mungkin suatu masa nanti rezeki tu akan dimakbulkan!

Pagi ni pun suruh babahnya yang hantar Aiyra, mama tak kuat! Kalau mama hantar mahu drama airmata depan pintu taska tu, hati tisu sangat. Saat ni serius dah rindu kat Aiyra!

Isnin, 26 Mac 2018

Persediaan Aiyra ke taska

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari tu dah kongsikan persediaan makanan pejal dan bubur nasi Aiyra, alhamdulillah Aiyra lulus semua tu. Setakat hari ni berselera je dia makan setiap pagi, tengahari dan malam. Takde dah istilah lepas subuh tidur semula, kena masak bubur anak ye! 


Ni Mas nak kongsi pulak persediaan Aiyra nak ke taska, esok bermulalah episodnya. Mas saja hantar dia seminggu awal sebelum mula bekerja, nak tengok camne keadaan dia. Kalau ada masalah senang pihak taska nak rujuk, nanti kalau dah kerja susah pulak. Sebelum hantar tu Mas buatlah persediaan sikit, siapkan beg dia dengan barang keperluan macam toiletteries, diapers, tuala, tisu basah dan pakaian. Sediakan awal supaya tak lupa macam² bila dah hantar dia, lagi satu takdelah kelam kabut. 

Setakat ni bab menyusu botol dan makan bagi Mas, Aiyra dah lulus. Rasanya tiada masalah pada pengasuh di taska nak bagi dia susu dan makan nanti, dia dah pandai. Cuma yang merisaukan Mas bab nak tidur tu, aishhh dan dia mengamuk pujuk camne pun tak jalan. Yelah nak hantar ke taska ni Mas cubalah ajar dia tidur tanpa buai, tapi nampaknya tak berhasil. Dia sanggup menangis mengamuk walupun mata dah pejam, tapi tidurnya tak jugak. 

Akhirnya letak dalam buai jugak, tak sampai 5 minit terus lena. Hurmmm camnelah dekat taska nanti, mahu berpeluh cikgu nak tidurkan dia. Nak bagi buaian memang tak boleh, prosedur taska kan buai dilarang sama sekali. Sekarang ni Mas hanya mampu tawakal je esok, harap dia serasi kat taska. Mana tahu di bawah jagaan orang dia mudah, tak nak susahkan hati mama dia. Bila berkepit dengan mama biasalah manja terlebih, lagilah dia macam tahu je mama nak letak dia kat taska esok. 


Tadi pun Mas dah jumpa dengan pihak taska, uruskan pendaftaran dan bayaran semua. Harap seminggu training ni Aiyra boleh sesuaikan diri dengan keadaan di taska, boleh menyusu dan makan dengan baik serta boleh tidur tanpa buaian. Mama tahu Aiyra anak yang baik, tak nak buat mama risau bila dah kerja nanti. Moga Allah permudahkan!

Ahad, 25 Mac 2018

Sarapan sihat untuk berdiet

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang yang sedang berdiet tu atau yang sedang amalkan makan secara sihat, apa pilihan sarapan yang disukai? Macam Mas suka sarapan yang ringkas dan mudah disediakan, janji mesti sihat dan berkhasiat. Mesti cukup lengkap karbo, protein dan sayuran! Pastu seeloknya bahan perasa macam sos ke, mayonis ke, garam ke atau marjerin ke jangan digunakan langsung. Cukup sekadar letak serbuk lada hitam atau sedikit serbuk cili.


Cara nak sediakan sarapan sihat yang mudah tu kena pelbagaikan, barulah tak bosan. Contohnya korang buat Chicken Wrap camni, serius akan kenyang sehingga ke waktu makan tengahari. Nak buat mudah sangat, grill je ayam tu pastu balut dengan wrap tu dan tambahlah sayuran. 

Selain wrap boleh jugak buat Sandwich Telur, sama ada dadarkan telur tu atau buat telur hancur. Masa masak telur tu hanya campurkan serbuk lada hitam je, garam jangan isi tau! Roti tu pulak bakarkan sekejap, pastu letakkanlah telur, salad dan tomato. 


Kalau dah bosan makan wrap dan sandwich, boleh jugak buat Omellete. Tapi buat yang sihat jugak tau, campur sayuran dan serbuk lada hitam. Pastu makanlah dengan roti bakar dan buah, mesti kenyang punya. Lagi satu buatlah roti bakar dan telur hancur, makan dengan sayuran dan buah. Haaaaa semuanya sihat dan berkhasiat!

Mudah je kan nak makan secara sihat ni, janji kena disiplin dan rajin.



Sabtu, 24 Mac 2018

Bubur nasi pertama Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Dalam entri lepas Mas ada cerita mengenai persediaan solid food untuk Aiyra, memang tak sabar nak bermula. Hari ni lagi 5 hari Aiyra akan berusia 6 bulan, jadi Mas dah mula buat solid food untuk dia. Nak ajar dan biasakan tekak dia dengan makanan, harap dia boleh terima.


Untuk permulaan ni Mas buat Bubur Nasi + Carrot + Kurma + EBM, satu kombinasi yang sangat berkhasiat. Mula² ni memang Mas buat campuran karbo dan sayuran je dulu, nanti dah serasi baru campur protein macam ikan bilis, ikan dan ayam. Pastu kali pertama ni Mas buat bubur tu cair sikit, yelah tekak dan perut dia belum biasa dengan makanan yang pejal sangat. Nanti dah hari kedua ketiga Mas akan pekatkan sikit buburnya, tengok pada penerimaan Aiyra. 

Mula² nak bagi suapan pertama kat dia tadi rasa risau jugak, dok fikir boleh ke dia terima makanan tu. Sekali bila suap terus ditelannya makanan tu, siap buat bunyi nyum² lagi. Pastu nganga² lagi mulut minta mama suap lagi, suka sangat dia. Haishhh terharunya Mas bila dia nak makan, baby mama dah pandai makan. Satu seduk bubur tu Mas kisar dan dapat satu mangkuk, habis ½ mangkuk Aiyra makan!


Haaa satu permulaan yang bagus buat kali pertama, malam nanti boleh bagi lagi. Harap esok dan seterusnya Aiyra akan berselera makan, mama pun kena pelbagai kan resepi bubur dia. Tapi Mas nak cuba 3 hari bagi bubur yang sama, pastu hari keempat baru cuba resepi lain pulak. 

Seronok ni nak cuba macam² jenis resepi bubur untuk dia, moga makin bertambah tembam dan sihat anak mama lepas ni. Mama akan pastikan bubur Aiyra sentiasa berkhasiat!

Jumaat, 23 Mac 2018

Cerita bergambar [14]

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah takde entri cerita bergambar, Jumaat ni Mas nak kongsilah. Lagi pun yang sebenarnya otak tepu sangat hari ni, tak tahu nak tulis cerita apa. Mungkin sebab tak sihat, pakej demam batuk selsema.

Kali ni nak buat entri cerita bergambar pasal si comel Nur Aiyra Annasya lah, cerita pasal gelagat dia yang semakin bijak tu. Gelagat itulah yang akan Mas rindu bila dah naik kerja awal April nanti, sob³ mama belum bersedia!

1. Sejak dah pandai melaju ni memang rata ceruk rumah dia nak jelajah, syok sangatlah dia. Haaa bawah kerusi memang tempat favourite dia nak masuk, pantang terlepas dari kubu bantal tu. Masa ni Mas tak tersedar dia terlepas, sekali dengar dia merengek. Bila tengok rupanya dah tersangkut bawah kerusi, tak lepas nak keluar. Hehehee tulah, sapa suruh lasak sangat!


2. Tengok apa dia buat tu, cubaan nak lepaskan diri dari kubu bantal. Padahal mama dah lapiskan bantal tu bagi tinggi, tapi dia berusaha jugak nak lepaskan diri. Bila tak berjaya terus mengamuk sakan! Macam² akal dia sekarang, makin bijak.


3. Ini satu lagi benda yang dia suka sangat nak main, kipas! Kalau dapat sampai kat kipas tu kemain seronok, diketuk²nya. Yang tak menahan laju je mulut nak mengigit kipas tu, haaa ini memang tak boleh leka. Haishhh lah adik semua benda kau nak gigit kan.


4. Haaa yang ni comel, blogger junior ni. Komputer ni memang tak boleh bawak ke bawah, laju je dia nak capai. Masa ni kakak Atikah tengah buat kerja sekolah, mama dah cakap buat kat meja. Tapi nak jugak bawak dekat dengan adik, teruslah jadi mainan Aiyra. Nak ambil semula memang susahlah, tak pasal² dia mengamuk. Hahahaa, mati kutu kakak kau dik!


5. OOTD Nur Aiyra Annasya dari umur sebulan hingga 6 bulan, haishhh cepatnya kau besar wahai anak! Minggu depan mama dah nak lepaskan kamu di bawah jagaan pihak taska, alahai kuatkanlah hati mama ni. Moga si comel mama ni sentiasa dilindungiNya!


Khamis, 22 Mac 2018

Persediaan solid food untuk Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi 8 hari akan genap umur Aiyra 6 bulan, bermakna Mas dah boleh bersiap sedia untuk perkenalkan dia kepada solid food. Inilah saat yang paling dinanti oleh setiap ibu² kan, nak suap makanan ke dalam mulut anak buat kali pertama. Rasa berdebar² pun mesti ada, sebab dok fikir nak ke anak aku makan!


Haaa Mas pun rasa camtu, walaupun kadang tengok Aiyra ni macam dah nak makan sangat. Sebab kalau dia tengok mamanya makan siap meleleh² air liur, pastu mulut ternganga². Jadi harap sangat bila dah mula bagi makan, dia nak dan boleh terima makanan tu. Harap dia dapat makan dengan mudah!

Bila nak cuba bagi dia solid food ni? Macam Mas biasanya akan bagi 5 hari awal sebelum umur anak cukup 6 bulan, nak tengok camne reaksi dia bila disuap makanan tu. Banyak Mas baca pada permulaan ni bagi puree buah-buahan dulu, saranan 7 hari puree. Tapi bagi Mas tak perlu nak ikut sangat, sebabnya tak semua bayi boleh terima puree ni. 

Mas dah ada contoh masa Airis dulu, pertama kali nak bagi dia makan Mas buatkan puree pisang. Sampai termuntah² dia makan, memang dia tak nak langsung. Pastu Mas cubalah buat bubur nasi campur kurma, haaa suap je terus berselera dia makan. Jadi takdelah Mas nak ikut saranan 7 hari puree tu, anak Mas lebih suka bubur nasi. Jadi tiap harilah pelbagai resepi bubur nasi Mas buat dekat dia, boleh tengok entri resepi² tu.


Untuk Aiyra ni, Mas pun akan buat camtu. 5 hari sebelum umur dia 6 bulan Mas akan cuba bagi solid food. Kena cubalah sebab bila Mas dah kerja nanti umur dia pun dah 6 bulan, senanglah kat taska nanti dia dah boleh makan. Takdelah masalah perut lapar ke kalau dia tak nak menyusu botol ke, lega sikit Mas nak mula bekerja kan?

Sekarang ni dah buat persiapan sikit² untuk perkenalkan Aiyra dengan solid food, dah godek² resepi² masa Airis dulu. Pastu nak beli pengisar makanan yang baru, senang sikit guna khas untuk kisar makanan dia je. Fuhhh mama dah teruja ni, moga Aiyra seronok nak makan nanti!

Rabu, 21 Mac 2018

Raikan Johnson's 125 Tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa sini pengguna setia barangan Johnson's Baby, sila angkat tangan. Mas memang satu keluarga gunakan produk dia, untuk diri dan husband serta anak². Produk Johnson's Baby paling Mas suka ialah bedak, losyen dan cologne, best sebab semuanya berbau wangi. 

Kalau anak² Mas memang semuanya pengguna setia produk ni sejak dari bayi sehinggalah dah besar. Anak² Johnson's Baby lah kata kan, hehehee! Mas suka gunakan kat anak² produk ni sebab ia tak beri kesan sampingan pada kulit mereka, jadi selesa sangat bila digunakan. Pastu pilihan produk Johnson's Baby ni ada pelbagai jenis, dari kulit normal hinggalah ke kulit sensitif. Jadi boleh pilih jenis mana yang sesuai dengan kulit anak².


Pastu tahun ni Johnson's Baby dah 125 tahun, wahhh lama dah dan Mas masih percaya dan guna produknya. Lagi satu sempena ulangtahun ke 125 tahun ni, pihak Johnson's Baby telah beri kejutan dan penghargaan kepada ibu² yang masih percaya pada produk mereka. Mas tak sangka terpilih dan dapat kejutan Johnson's Bucket ni, haaa seronok giler. Dapatlah pelbagai jenis produk Johnson's Baby yang sememangnya sangat berguna untuk seisi keluarga!

Menariknya sempena 125 tahun ni, pihak Johnson's ada buat Giveaway Limited Edition Vintage Tin yang akan ditulis nama korang. Haaa macam yang Mas dapat ni, 1000 tin sahaja akan diberikan. Jadi korang cepat² sertai giveaway ni, dah bermula dari 5 Mac 2018 hingga 30 April 2018. 


Cara² untuk menyertainya mudah sahaja.
Langkah 1:
Ambil dan kongsikan gambar detik² indah dan manis anda atau ahli keluarga anda menggunakan produk Johnsons di laman Facebook Johnson's Baby.

Langkah 2:
Tuliskan short caption dan tag @JohnsonsBabyMy serta hastag #Johnsons125Years.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh layari http://bit.ly/Johnsons125YearsTC.

Haaa jangan lepaskan peluang ni ye, sama² kita raikan Johnson's 125 Tahun. Happy Anniversay!


Terima kasih Johnson's


Selasa, 20 Mac 2018

Mewarisi bakat dan minat

Assalamualaikum...(^ ^)

Biasanya kan kita mesti nak salah seorang dari anak² mewarisi sifat kita, terutamanya bakat atau kemahiran yang kita ada. Macam Mas takdelah perasan pada mulanya, siapa yang lebih mengikuti Mas atau husband. Yelah bakat tu selalunya semulajadi ada dalam diri seseorang, cuma kena dibantu dengan minatlah baru berkembang kan?


Tapi bila anak² dah besar baru Mas perasan yang kakak Atikah ni lebih mewarisi bakat dan minat Mas masa di sekolah dulu iaitu aktif dalam bidang sukan. Mas masa sekolah dulu jangan korang tak tahu, pernah pegang gelaran Olahragawati tau! Memang aktif sangat dalam bidang sukan dari sekolah rendah lagi, pernah sampai wakil daerah tau. Mas lebih cenderung dalam acara balapan seperti 100m, 200m dan 4×100m, pastu acara padang pulak lompat jauh dan lontar peluru. Haaa hebat jugak ai ni!

Pastu Mas jugak minat main bola jaring, pemain pasukan bola jaring sekolah tau. Mas main posisi WD dan GD biasanya, memang defendan terbaik ni. Haaa sekarang tak aktif sangat dah, tengok Atikah je dok main. Mas tak nak halang bakat dan minat dia tu, sekurangnya dia isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Selagi dia tak abaikan pelajaran dan seimbangkan, Mas akan sentiasa bagi dorongan. 

Lagi satu dia minat main boling dari usia 6 tahun lagi, haaa itu pun warisi minat mama tau. Banyak dah kejohanan dia sertai masa sekolah rendah dulu, siap wakil negeri Selangor lagi. Tapi bila masuk sekolah menengah ni agak terhad sikit untuk boling tu, biasanya ikut mama je kalau ada tournament. Mas nak sangat dia aktif boling ni, tapi buat masa ni belum ada rezeki nak hantar dia belajar dengan jurulatih profesional. Insya Allah suatu hari nanti ada rezeki dia!

Isnin, 19 Mac 2018

Emas Korea pun cantik!

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa peminat barang kemas, tak kisahlah emas yang tulen atau emas Korea je. Macam Mas memang peminat barang kemas, dulu menang membeli jugaklah. Banyak jugak barang kemas Mas tapi semua dah jual, alasan masa tu sebab selalu sangat berlaku kes ragut jadi takut pulak nak pakai emas tulen ni.

Jadi sekarang Mas memilih untuk beli emas Korea je, kalau hilang takdelah rasa rugi sangat kan sebab harganya agak murah. Walaupun ada yang cakap rugi beli emas Korea ni tapi Mas tak kisah, ikutlah pada minat dan kemampuan masing² kan? Emas Korea ni kebanyakkan semuanya cantik² dan nampak macam emas tulen jugak, janji kita jaga dengan betul boleh tahan lama dan masih nampak macam baru. Seeloknya jangan pakai masa mandi, jangan kena losyen atau minyak wangi dan 6 bulan sekali hantarlah celup semula. Pasti akan nampak cantik macam emas tulen!


Nak beli emas Korea ni boleh beli yang dijual diluar, dan yang jual secara online pun ada. Tapi nak beli online kena pastikan barang tu original dan cari penjual yang boleh dipercayai, tengoklah testimoni dari pembeli² lain. Bila dah betul² puashati barulah beli!

Mas nak kongsi kat sini satu penjual Emas Korea 24K Original secara online, iaitu dari Instagram @chanteq_chantique. Memang cantik² pilihan emas Korea yang dijual, rambang mata kalau tengok. Harga pun sangat berpatutan dan mampu milik! Ramai dah pembeli² bagi feedback yang positif, semua cakap emasnya berkualiti dan cantik! Lagi pun dia dah jual dari tahun 2012.

Apa lagi Mas pun berkenan jugak nak beli, terus pilih mana yang berkenan. Fuhhh memang rambang mata tengok, semuanya cantik sangat dan nampak macam emas tulen. Mas pilih 3 jenis iaitu pandora, bangle dan rantai tangan. Harga untuk seutas baru RM50 je. Hari ni Mas dah terima barangnya dah sangat berpuashati, cantik sangat! Memang rekemen sangat pada korang yang minat emas Korea untuk beli kat kedai online ni.

cantik, puashati beli


Klik je @chanteq_chantique dan pilihlah sehingga betul² berkenan. Mesti korang akan borong lebih dari satu punya. Bukan saja beli untuk diri sendiri, nak beli untuk mak, mak mentua dan anak² pun boleh. Lagilah dah dekat nak raya ni, bolehlah melaram nanti!

Ahad, 18 Mac 2018

Sikap bahaya pemandu lori

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebenarnya Mas dah lama perati sikap sesetengah pemandu lori di sekitar Salak Tinggi ni, selalu sangat membahayakan pemandu² lain. Biasanya kalau waktu pagi, dengan selambanya bawa muatan yang berlebihan pastu lori dipandu dengan laju. Mas yang berulang alik kerja seawal jam 6 pagi memang selalu hadapi situasi tu, rasa macam tak selamat sangat bila selisih dengan lori² ni.

Lagi satu bila di kawasan lampu isyarat, kadang tu lori berhenti dekat sangat dengan kereta lain. Seolah² macam nak dilanggarnya kereta tu, geram betul tengok dahlah kau tu besar. Pastu bila lampu merah je kemain pecut laju, siap memotong lagi tanpa hiraukan kenderaan lain yang lebih kecil. Haishhh, Mas memang seriau bila lalu kat sebelah lori² ni.


Bukan tak pernah terjadi kemalangan disebabkan sikap pemandunya camtu, banyak kali jugak tapi tetap mereka ulangi. Seolah tak serik, dan seolah dianggapnya nyawa pemandu lain ni tak berharga!

Macam Jumaat lepas, terjadinya kemalangan maut kat depan laluan masuk nak ke taman perumahan Mas tu. Lori pasir ni parking kat tepi jalan camtu je, takde letak kon kecemasan pun. Tak semena² ada kenderaan lain yang jadi mangsa, sebab terlanggar lori yang rosak ni. Sepatutnya lori ni tak boleh parking kat kawasan tu sebab berhampiran dengan simpang masuk, memang mengundang bahayalah. Kalau nak parking pun sebab kecemasan kena ada kon atau orang yang jaga, jangan pentingkan diri je.

Kalau ikutkan bukan takde pihak berkuasa jalankan operasi terhadap lori² ni, tapi macam takde kesudahannya. Setiap hari tetap ada di jalanraya lori² yang bawa lebih muatan, pemandunya memandu melebihi had laju dan bahayakan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Mas harap sangat pihak berwajib lebihkan pemantauan, tak nak lah kejadian kemalangan yang lepas berulang lagi!

Sabtu, 17 Mac 2018

Cara menabung paling efektif!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni bukanlah seorang yang konsisten bab menabung, ada simpanan tu setiap bulan tapi biasanya dari duit gajilah. Tapi bab menabung ni memang tak tetap, akan menabung bila nak guna duit untuk sesuatu target. Misalnya nak pergi bercuti, untuk persekolahan anak², untuk insurans dan roadtax kereta dan seperti baru² ni untuk kegunaan cuti tanpa gaji.

Untuk dapat jumlah yang dikehendaki dan mencukupi Mas akan mula menabung dari awal tahun, sebelum nak guna duit tu Mas pastikan ianya mencukupi. Sebagai contoh, Mas merancang nak bercuti tahun 2019 jadi akan target 2 tahun untuk kumpul duit secukupnya. Bermula awal tahun 2017 akan wujudkan tabung, setiap hari tetapkan berapa jumlah nak masuk dalam tabung. Kalau nak dapat jumlah yang banyak setiap hari masukkan je 2-3 kali dalam tabung tu, dan amaun paling senang ialah RM5.

gambar sekadar hiasan


Haaaaa ni yang Mas nak cakap, Mas memang suka cara menabung duit RM5 ni sebab sangat efektif. Pastu hasil yang dapat pun memang di luar jangkaan, sebabnya setiap duit RM5 yang ada semua letak dalam tabung. Kalau sehari dapat 10 keping duit hijau tu maka kesemua 10 keping tu akan dimasukkan dalam tabung, haaa sebab tu dikatakan efektif. Sebulan dah boleh tengok hasilnya, sangat memberangsangkan tabung hijau ni. 

Mas panggil tabung hijau sebab dalam tu semua duit hijau kan, janganlah selit duit warna lain pulak. Mas pernah menabung duit RM5 masa mula mengandung tahun 2016, sebab bila dah lahir anak Mas akan ambil cuti tanpa gaji menjaga anak. Jadi target Mas nak kumpul secukupnya untuk bayar hutang semasa CTG tu, tapi ditakdirkan keguguran masa tu. Tapi Mas teruskan jugak tabung tu, sekali tahun 2017 ada rezeki mengandung lagi. Haaa pucuk dicita ulam mendatanglah, tabung untuk CTG dah wujud jadi teruskan menabung sampai cukup.

Mas berhenti menabung tu akhir bulan September 2017, sebabnya bulan Oktober dah nak bersalin. Sekali kira² duit tabung tu memang terkejutlah jugak, boleh dapat bayar hutang CTG selama 3 bulan. Fuhhh lega sangat masa tu, tak sia² menabung. Jadi sebab itulah Mas paling suka wujudkan tabung duit RM5 ni atau tabung hijau ni. Masa menabung tu memang Mas main masuk je duit RM5 setiap kali dapat, kadang lebih 10 kali. 

Jadi kalau korang nak menabung yang paling efektif dan dapat jumlah yang lumayan, wujudkanlah tabung RM5 ni. Kalau konsisten lagi bagus, boleh dijadikan simpanan untuk anak² dan waktu kecemasan. Mas ni tak konsisten, hanya menabung bila ada target je. Tahun ni takde lagi tabung hijau ni, nanti dah mula kerja bulan April nanti akan wujudkan jugak. Target nak simpan untuk bercuti ke luar negara dengan keluarga, dapat pergi Indonesia pun jadilah kan? Moga tercapai!

Jumaat, 16 Mac 2018

Tauhu Bersalut Telur

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa nak kongsi satu lagi resepi sihat yang mudah dan sedap, baru je cuba buat hari ni. Sebab itulah Mas suka makan secara sihat, mudah nak buat dan tak perlu nak menumis bagai. Hanya grill je dah siap untuk dimakan, yang penting jimat masa nak buat. 


Kali ni Mas nak kongsi resepi Tauhu Bersalut Telur, haaa memang menu yang sesuai untuk berdiet dan yang amalkan makan secara sihat dan eat clean tu. Mas suka tauhu tapi biasanya buat sambal je, ni baru nak cuba resepi camni. Mari tengok bahan² dan cara membuatnya, 5 minit je dah siap!

Bahan-bahan
2 buku tauhu keras
Sebiji telur
Secubit lada hitam
Sedikit planta untuk menggrill


Cara² membuatnya
2 buku tauhu keras dipotong segitiga, kemudian masukkan dalam telur yang telah dipukul hingga kembang. Dalam telur tu letaklah secubit lada hitam. Ratakan telur ke seluruh tauhu, dan seterusnya masukkan ke dalam kuali yang telah  dipanaskan. Bila tauhu dah kekuningan, curahkan baki telur tadi ke atas tauhu dan grill hingga masak. Pastu bolehlah angkat dan sedia dihidang bersama nasi dan sayur, letaklah sedikit sos dan perahan jus lemon untuk rasa yang lebih sedap. Mas memang tak letak garam dan bahan perasa ye, tapi tetap sedap!


Satu lagi dalam telur tadi nak letak daun kucai, lobak atau capsicum yang dipotong pun boleh, sedap jugak. Mas tadi sebab bahan tu takde, itu yang buat kosong je. Terpulang pada korang nak pelbagaikan, janji sihat dan berkhasiat!

Selamat mencuba!


Khamis, 15 Mac 2018

Bonnisan Himalaya : Tingkatkan selera makan anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak Mas si Airis tu takdelah dalam kategori kurus kering dan tak nak makan langsung, di usia nak cecah 6 tahun berat badan dia pun 21kg. Cuma Mas risau kadang tu dia tak mahu makan nasi, suka makan makanan yang tak berkhasiat macam gula², makanan ringan dan lain². Kalau boleh Mas nak dia berselera makan nasi sebab dia dalam proses nak membesar, dapat makan sekali sehari pun jadilah. 


Jadi Mas bercadang nak bagi dia supplemen yang boleh tambah selera makan, supaya dia tak memilih sangat bila nak makan. Cari punya cari, nampaklah ramai rakan blogger dok review pasal Bonnisan Himalaya ni. Majoriti bagi reaksi positif, selera makan anak mereka bertambah baik. Walaupun tidak secara mendadak tapi adalah peningkatan, baguslah tu untuk kesihatan anak² kan? Apa lagi Mas pun nak jugaklah cuba bagi pada Airis, mana tahu selera makan dan tabiat pemakanan dia bertambah baik!

Bonnisan Himalaya Supplemen Selamat
Mas kata ianya selamat sebab punyai kelulusan dari KKM dan 100% halal. Bahan² kandungan dalam Bonnisan jugak bebas daripada alkohol, klorofom, opium, sedative dan sodium bicabonate, jadi memang selamatlah untuk diberikan pada kanak². Lagi pun kesemua bahan² kandungan Bonnisan adalah dari bahan semulajadi, iaitu dari ekstrak tumbuh-tumbuhan.


Pastu Bonnisan ni bukan sahaja sebagai perangsang kepada penambahan selera makan yang berkesan tetapi ia jugak ada kebaikan lain. Antara kebaikan dan kelebihan Bonnisan Himalaya ialah:
1. Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan.
2. Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak.
3. Membantu penambahan berat badan.
4. Memastikan pertumbuhan gigi sihat.
5. Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan.

Kesan selepas 5 hari anak² amalkan Bonnisan
Alhamdulillah selepas 5 hari nampak kesan positif pada selera makan Airis, setiap hari nak makan nasi. Kalau dulu balik sekolah jenuh berpaksa makan nasi, tapi sekarang dia yang minta. Masuk je rumah terus tanya, "Mama nasi dah masak ke, Airis lapar dah ni!" Pastu sebelah malam pun kadang tu dia minta nasi, biasanya jarang dia makan nasi malam². Lega Mas, sebabnya bila dah selalu makan nasi dia dah tak minta makanan bukan² ni. Perut dah kenyang kan?


Lagi satu niat asal nak bagi Airis je makan tapi bila tengok si Arfan pun susah jugak nak makan nasi, Mas suruh dia amalkan Bonnisan ni. Syukur sebab selera makan dia pun dah bertambah baik, hari² dah makan nasi. Kalau tak 2 hari tak makan nasi pun dia tahan, mana badan tak kurus keding. Haaa seronoklah mama bila selera makan anak² semakin bertambah baik, Bonnisan memang sangat membantu. Moga dengan amalkannya kesihatan anak² jugak makin bagus!

Pastu nak amalkan Bonnisan ni senang je, 2 sudu teh untuk kanak² berumur 1 tahun dan 2-3 sudu teh untuk kanak² 2 tahun ke atas. Boleh minum selepas makan, 3-4 kali sehari. Nak simpan pun mudah, tak perlu letak dalam peti ais selepas dibuka. Mas memang takde masalah nak bagi Arfan dan Airis Bonnisan ni, sebab mereka sangat suka makan apa ubat sekali pun. Semua ubat mereka cakap sedap, jadi sehari 2 kali jugaklah mereka minum Bonnisan!

Haaa satu lagi lupa nak bagitau, orang dewasa pun boleh amalkan Bonnisan Himalaya ni kalau kurang atau hilang selera makan. Insya Allah nanti selera tu akan bertambah semula! 


Kalau korang pun hadapi masalah anak² susah nak makan, boleh cuba Bonnisan ni. Kita ikhtiar kan, mana tau berkesan. Memanglah kesannya tu tak terus mendadak, tapi sikit demi sedikit akan bertambah baik. Moga dengan mencuba anak kita bertambah sihat!

Nak beli pun mudah, dapatkan di butik Himalaya seluruh Malaysia. Pastu kalau nak dapatkan info lanjut mengenai Bonnisan ni boleh layari laman sosial Himalaya Malaysia.

Instagram: @himalayamalaysia


Rabu, 14 Mac 2018

2 minggu lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa 2 minggu je lagi nak kembali bekerja, serius weihhh ai tak nak! Tak bersedia sangat lagi dari segi mental dan fizikal nak kerja ni, maklumlah 6 bulan sedap² cuti. Kalau ikutkan hati setahun ai cuti, haaa pastu habis setahun malas jugak kerja kan? Memang dasar sangat kau Mas, hahahaa!

Mana tak terasa malas kan, 6 bulan dok syok cuti jaga Aiyra, uruskan anak², masak untuk diaorang, kemas rumah dan macam² lagilah. Dah rasa macam surirumah sepenuh masa je, walaupun tak cukup masa, tak cukup tidur dan penat tapi rasa seronok je. Hari² mengadap muka anak dan tengok dia membesar depan mata, bahagianya rasa.


Tapi nak buat camne kan Mas kena redha, sebab Mas bekerja dengan niat nak bantu husband cari rezeki untuk keluarga. Kalau Mas banyak duit dan bisnes mekanik husband banyak untung, dah lama Mas mohon pencen je. Duduk rumah jaga anak² dan tengok mereka membesar, puashati! Tapi buat masa ni belum ada rezeki untuk Mas pencen awal, kewangan keluarga belum kukuh lagi. Mungkin lagi 5-6 tahun masa tu akan sampai, Mas mampu berdoa je.

Cuma syukurlah 6 bulan jugak Mas dapat jaga Aiyra sepenuhnya, tengok perkembangan dia. Bulan depan hampir 10 jam Mas akan amanahkan orang untuk jaga dia, harap Allah permudahkan. Mas hanya mampu berdoa dan letak kepercayaan pada pihak taska untuk jaga dia, harap semuanya baik² belaka. Seminggu sebelum mula kerja Mas akan hantar dia ke taska untuk biasakan dia dengan orang lain, takdelah nanti hadapi masalah ke. Bagus camtu bagi Mas, sekurang²nya Mas boleh tahu jika ada apa² masalah yang taska hadapi masa jaga dia. Nanti bolehlah pergi kerja dengan senang hati!

Alaaa tak nak fikirlah, nanti lagi terasa malas nak kerja. Tunggu jelah hari tu tiba dan moga Aiyra dapat biasakan diri di dalam jagaan orang dan dijaga dengan selamat!

Selasa, 13 Mac 2018

Utamakan sihat, kurus tu bonus!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada jugak yang dok bertanya, Mas ni menyusukan anak tapi sibuk nak berdiet. Camne susu nak banyak, nanti tak sampai anak setahun dah bagi susu formula. Ya Allah, Mas takde pun niat nak berdiet sakan sampai abaikan keperluan anak. Mas masih utamakan keperluan susu untuk Aiyra, sebab itulah hari² Mas mesti makan nasi.


Cuma dalam makan nasi tu, Mas akan pastikan makan secara sihat dan seimbang. Sihat tu maksudnya Mas makan secara bersih tanpa gula, garam, lemak dan minyak. Bukan susah pun nak makan secara bersih ni, sebabnya masih ada protein, karbo, sayuran dan buah. Rasanya setakat ni Mas makan secara sihat takde pulak susu merundum jatuh, alhamdulillah masih cukup untuk santapan Aiyra.

Pastu makan seimbang pulak ialah kena ambil sarapan, makan tengahari dan malam. Sarapan wajib Mas ambil sebab itulah nak tambah semula susu yang Aiyra dah minum sebelah malam lebih 12 jam. Mas minum je milo kosong campur susu rendah lemak, takdelah ketat sangat diet tu. Sebab dengan minum milo panas², Mas dapat rasakan rangsangan penambahan susu badan. Pastu air masak 3 liter setiap hari memang tak pernah tinggal, kat mana saja ada letak air masak supaya tak lupa minum.


Waktu tengahari memang kena makan nasi, kalau tak lapar sebab tengahari ada 2 sesi mengepam susu. Malam pulak memang Mas tak ambil nasi, biasanya makan roti, bijirin, buah-buahan, oat atau minum susu je. Janji perut kenyang dan keperluan susu cukup untuk Aiyra pada sebelah malam. Air kosong memang tak tinggal ye!

Haaa sapa kata tak boleh amalkan makan secara sihat walaupun menyusukan anak, bukannya tak makan langsung. Bila kita sihat kita tak akan stress, itu lagi membantu untuk badan hasilkan susu yang banyak. Kalau dok makan apa saja tanpa dikawal, nanti kolestrol tinggi lagilah susah kan. Bila dah sakit camne nak teruskan penyusuan susu ibu pada anak, haaa itu lagi parah.

Yang penting utamakan sihat dahulu, dapat kurus itu satu bonus!

Isnin, 12 Mac 2018

Kesan menulis setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Dulu, Mas tak kisah pun tentang trafik blog. Bagi Mas cukuplah sekadar menulis setiap hari dan ada pembaca. Apa itu PV dan UV lagilah Mas kurang arif, adalah dengar blogger² lain cakap. Lagi satu Google Analytics pun Mas tak pasang kat blog, hanya harapkan pageviews dari blogspot je.

Tapi sejak Mas masuk komuniti KBBA9, barulah Mas belajar semua tu. Lagi pun bila dapat kepercayaan dari beberapa client untuk gunakan blog Mas bagi promosikan produk mereka, Mas kena naikkan trafik blog. Barulah kepercayaan tu kekal lama, dan rezeki untuk blog Mas akan sentiasa ada. Jadi Mas terus pasang GA, dan usahakan supaya trafik meningkat.

Cumanya selepas pasang GA beberapa bulan, Mas tengok trafik takdelah meningkat sangat. Padahal selepas menulis entri Mas akan kongsikan entri tu di media sosial dan di group blogger di Facebook. Jadi Mas kena fikirkan cara lain untuk tarik pembaca sentiasa masuk ke blog Mas setiap hari, serta perlu ada pembaca baru setiap hari. Mas kena ubah cara update blog, tak boleh seminggu 2-3 kali je.


Jadi bermula tahun 2017 Mas cuba update blog 5 kali seminggu, hanya Sabtu Ahad je takde entri. Bermula dari situ Mas tengok trafik blog semakin meningkat, PV yang dulunya hanya 100-200 sehari meningkat ke 500 lebih sehari. Pastu UV pun meningkat dari puluhan je sehari terus jadi 200 lebih sehari, memang pencapaian yang tak diduga. Dalam sebulan pun nampaklah peningkatan trafik tu, dapatlah PV lebih 5k sebulan dan UV lebih 2k sebulan.

Melangkah je ke tahun 2018 Mas tanam azam baru, nak naikkan lagi trafik blog. Mas berazam akan menulis setiap hari, dan setakat hari ini Mas berjaya update setiap hari tanpa tertinggal. Dari disiplin tu Mas berjaya capai PV lebih 10k sebulan dan UV lebih 3k sebulan, satu pencapaian yang boleh Mas banggakan. Walaupun tak sampai ratus² ribu tapi cukup berjayalah bagi blogger picisan seperti Mas ni, sekadar menulis entri tentang anak² dan kehidupan seharian setiap hari. 



Moga Mas terus konsisten menulis dan menulis tanpa jemu selagi termampu, mana tahu satu hari nanti berjaya dapat PV dan UV 100k sebulan kan?

Ahad, 11 Mac 2018

Inilah rumah inilah bengkel

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa perasaan korang bila tengok keadaan depan rumah camni, mesti terfikir ini garaj ke bengkel? Mas ni kadang² tu pening jugak, selalu terfikir bilalah dapat hias depan rumah tu cantik². Tapi nak buat camne kan, itulah sumber rezeki kami sekeluarga. Sepah pun sepahlah, semak pun semaklah, janji dapat cari rezeki halal untuk keluarga!


Dulu masa mula² beli rumah memang macam² dah rancang dalam kepala, nak hias camne kat garaj tu. Nak buat taman mini, nak buat kolam mini, nak buat gazebo untuk santai² petang dan macam² lagi. Tapi itu hanyalah impian bila kerja pomen husband bermula, dari saja² nak bantu jiran akhirnya dah ramai pelanggan hantar kereta kat dia. Nak tak nak ruang garaj tu yang terpaksa dijadikan bengkel pomen dia, itu sajalah ruang yang ada. 

Jadi hasrat taman mini dan kolam mini Mas tu terkuburlah sampai sekarang, rasanya sampai bila² kot. Memang tak boleh nak buat sebab kerja pomen husband sentiasa ada, boleh katakan setiap minggu ada kereta masuk. Syukur sangat sebab rezeki tu sentiasa ada, takde taman dan kolam mini cantik² pun takpelah. Janji ada duit masuk untuk bantu perbelanjaan kami sekeluarga, walaupun tak banyak tapi rezeki tu tetap Allah murahkan. 

Sepanjang besarkan anak² dan anak bertambah, kerja pomen itulah banyak membantu. Waktu kami sesak takde duit, tiba² ada pelanggan datang nak baiki kereta. Sebab itulah Mas tak kisah dah rumah bersepah, asalkan sumber rezeki tu tak putus². Nak sewa kedai untuk buat bengkel memang husband tak mampu buat masa ni, sebab duit keuntungan baiki kereta banyak digunakan untuk perbelanjaan keluarga je. Nak tak nak depan rumah itulah garaj dan itu jugak bengkel pomen dia. 

Jadi biarlah orang tengok rumah bersepah, tak kemas ke dan tak cantik ke kan? Janji kami cari rezeki halal untuk sara keluarga! Cuma impian taman dan kolam mini tu tetap ada, tunggu husband pencen kerja pomen ler jawabnya. Atau husband ada rezeki sewa kedai sendiri, doakan ye!

Sabtu, 10 Mac 2018

Dah lasak dan laju!

Assalamualaikum...(^ ^)

Umur baru 5 bulan lebih tapi akal dia tu dah ligat memikir, ada je kepandaian yang dia nak buat. Berbeza sangat dari kakak² dan abangnya dulu, dia ni lebih lasak, laju dan ligat.


Sekarang dia dalam proses nak belajar merangkak dan duduk, dah pandai tegak lutut dan angkat punggung. Kadang kalau tak lepas siap menangis mengamuk lagi, memang berusaha keras tu. Pastu dah pandai melaju ke sana sini, memang tak reti dok diam dah. Kena sentiasa kawal sebab rata ceruk rumah dia nak jelajah, lasak dan laju sangat dah.

Tempat yang paling dia suka pergi kat kabinet TV dan bawah kerusi, kadang baru je baringkan dia sekali pusing tengok dah ada depan kabinet TV. Dapat je capai kabinet tu terus mulut dah sedia nak gigit, haaa ini satu lagi kehebatan dia. Pantang nampak benda, semua nak dicapai pastu gigit dan masuk dalam mulut. Hadoiii lah adik ni, tengok sampai mama kena letak bantal kat situ.


Kalau masuk bawah kerusi pulak tangan tu lajulah mengutip, pastu ngap masuk dalam mulut. Memang tak boleh biar berhabuk dan ada benda bawah kerusi, kalau tak habis dikutipnya. Kadang tu bila dah masuk bawah kerusi tu dia tak lepas nak keluar, hehehee! Merengek mengamuklah suruh mama keluarkan dia, hahahaa padan muka!

Haaa ni kepandaian dia hari ni, dia dah nampak laluan nak ke ruang makan ni. Laju dan ligat kemain dia bergerak, sedar² dah dicapainya wayar. Berebut dengan mamalah, bukannya apa nak digigitnya wayar tu. Terus hantar video kat babahnya, malam ni babah kena pasang pagar dah. Kalau tak habis kawasan ruang makan tu dijelajahnya nanti, sedar tak sedar kang dah ke dapur! Haihhh memang lasak dan laju sangat dah ni, yelah orang dah makin pandai. Dah tau skill nak melaju, jadi apa lagi kan Aiyra?


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com