Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 22 Mac 2018

Persediaan solid food untuk Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi 8 hari akan genap umur Aiyra 6 bulan, bermakna Mas dah boleh bersiap sedia untuk perkenalkan dia kepada solid food. Inilah saat yang paling dinanti oleh setiap ibu² kan, nak suap makanan ke dalam mulut anak buat kali pertama. Rasa berdebar² pun mesti ada, sebab dok fikir nak ke anak aku makan!


Haaa Mas pun rasa camtu, walaupun kadang tengok Aiyra ni macam dah nak makan sangat. Sebab kalau dia tengok mamanya makan siap meleleh² air liur, pastu mulut ternganga². Jadi harap sangat bila dah mula bagi makan, dia nak dan boleh terima makanan tu. Harap dia dapat makan dengan mudah!

Bila nak cuba bagi dia solid food ni? Macam Mas biasanya akan bagi 5 hari awal sebelum umur anak cukup 6 bulan, nak tengok camne reaksi dia bila disuap makanan tu. Banyak Mas baca pada permulaan ni bagi puree buah-buahan dulu, saranan 7 hari puree. Tapi bagi Mas tak perlu nak ikut sangat, sebabnya tak semua bayi boleh terima puree ni. 

Mas dah ada contoh masa Airis dulu, pertama kali nak bagi dia makan Mas buatkan puree pisang. Sampai termuntah² dia makan, memang dia tak nak langsung. Pastu Mas cubalah buat bubur nasi campur kurma, haaa suap je terus berselera dia makan. Jadi takdelah Mas nak ikut saranan 7 hari puree tu, anak Mas lebih suka bubur nasi. Jadi tiap harilah pelbagai resepi bubur nasi Mas buat dekat dia, boleh tengok entri resepi² tu.


Untuk Aiyra ni, Mas pun akan buat camtu. 5 hari sebelum umur dia 6 bulan Mas akan cuba bagi solid food. Kena cubalah sebab bila Mas dah kerja nanti umur dia pun dah 6 bulan, senanglah kat taska nanti dia dah boleh makan. Takdelah masalah perut lapar ke kalau dia tak nak menyusu botol ke, lega sikit Mas nak mula bekerja kan?

Sekarang ni dah buat persiapan sikit² untuk perkenalkan Aiyra dengan solid food, dah godek² resepi² masa Airis dulu. Pastu nak beli pengisar makanan yang baru, senang sikit guna khas untuk kisar makanan dia je. Fuhhh mama dah teruja ni, moga Aiyra seronok nak makan nanti!

5 ulasan:

  1. Benda ni paling kak shaz suka nak buat

    BalasPadam
  2. Sama lah dengan baby saya dah masuk 6 bulan. Happy maknya nak beri solid food. :)

    BalasPadam
  3. Hehehe mama teruja bebeno ni.. pasni aieyra boleh makan sedap2 ..

    BalasPadam
  4. bagi nasi anak lagi kenyang kan. lagi tambah semangat badanlah nanti

    BalasPadam
  5. sama cam humaira awal2 termuntah2 makan puree buah tak mahu dia suap nasi terus ok heheheh u sue tambah macam2 dalam bubur nasi dia heheheh yeayyyy makin bambam la ayra

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com