Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Disember 2013

Dugaan akhir tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari terakhir di tahun 2013, dalam 1 jam lagi dah masuk ke tahun baru.

Bagi Mas tahun 2013 banyak suka duka. Tapi Mas bersyukur dengan semua kegembiraan dan kedukaan itu kerana Mas masih bernafas dan berpeluang meneruskan hidup di tahun 2014.


Di akhir tahun ni dugaan yang diterima apabila Airis sakit. Mula dari Krismas hingga semalam Airis kena muntah² dan cirit birit, teruk jugaklah dia kena. Makan dan minum susu habis keluar semua jadi muntah dan najis, sedih tengok keadaan dia. Sampai Mas terpaksa sambung cuti semalam dengan hari ni, nak balik kampung pun tak jadi sebab dia sakit.

Tapi berkat doa dan usaha yang tak putus asa, hari ni keadaan Airis dah pulih sepenuhnya. Dah selera makan dan takdelah apa yang dia makan dan minum tu keluar semula. Hari ni pun Mas cuba bawak dia pergi taman, nak bagi dia hirup udara segar. Alhamdulillah, dia dah aktif bermain! Seronok sangat Mas tengok sebab seminggu jugak dia terlantar.

Itulah dugaan akhir tahun Mas, tapi Mas redha. Sesungguhnya sakit yang Allah beri pada Airis membuatkan Mas lebih sabar dan tabah dalam membesarkan dia.

Rabu, 25 Disember 2013

Selasa, 24 Disember 2013

Kisah ke Mydin Seremban 2

Assalamualaikum...(^ ^)

Husband kerja di Balai Bomba Seremban 2, jadi dia ada cakap pasal pembukaan Mydin Seremban 2. Katanya Mydin terbesar di Malaysia! Jadi Ahad lepas Mas terus ajak husband pergi sana, lagipun memang nak beli barang² keperluan rumah. Mas menetap di Salak Tinggi jadi dekat je nak pergi ke Mydin ni, lebih kurang ½ jam perjalanan ikut highway.


Memang besar dan luas Mydin ni, banyak kedai² dan kemudahan medan selera yang besar dan selesa. Bangunannya 3 tingkat kalau tak silap dan pasaraya Mydin di tingkat 2 dan 3. Luas dan banyak barang² keperluan dijual, macam² ada. Nak pilih barang pun senang sebab kawasan yang luas. Kaunter pembayaran banyak disediakan, jadi takdelah menunggu lama untuk bayar.

Memang seronok shopping kat Mydin sebab harganya lebih murah. Bukan nak kata semua murah tapi lebih murahlah berbanding pasaraya lain. Terutamanya untuk barang keperluan harian seperti sabun, biskut, milo, susu dan lain². Pastu ada jugak jual barang² secara borong bagi mereka yang nak beli borong, mudah kan?

Kalau kawan² suka shopping di Mydin boleh pergi ke Mydin Seremban 2.

Rabu, 18 Disember 2013

Persiapan persekolahan

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi seminggu lebih anak² nak kembali ke sekolah, tahun ni Atikah dah darjah 5 dan Arfan pulak darjah 2. Besar dah anak² Mas, terasa dah diri semakin tua.


Mengenai persiapan persekolahan mereka, Mas beli ala kadar je. Baju sekolah Mas belikan 3 pasang seorang sahaja sebab baju tahun lepas ada yang masih elok lagi. Cuma mereka ni cepat membesar, baju dah singkat sikit. Jadi kena beli jugaklah baju baru. Terutamanya Atikah, memang tinggi melonjong. Baju tiap² tahun kena beli.

Kasut pulak tiap² tahun memang kena beli baru, kasut lama bila akhir sekolah memang dah koyak dan lusuh. Sekolah mereka ni pakai kasut hitam, jadi beli sepasang je. Pastu beg sekolah dengan alatulis memang wajib tiap² tahun mesti kena beli. Nak buat camne, bila akhir tahun tinggal bekas pensil je. Isi dalam semua dah takde, pastu beg sekolah pulak mesti dah koyak dan putus tali. 

Buku sekolah pulak semalam husband Mas dah pergi beli di koperasi sekolah. Kami memang selalu beli awal sebelum sekolah buka, bukan apa tak nak beratur panjang bila dah buka sekolah nanti. Boleh tahan jugak harga buku tulis dan buku latihan sekarang, beli untuk 2 orang anak dah RM200 lebih. Camnelah kalau anak 5 orang, huhuhuu!

Semua dah lengkap, tinggal nak kembali ke sekolah je. Jadi anak² mama, belajar rajin² ye. Tiada lagi TV and tidur lewat!

Isnin, 16 Disember 2013

Gigih dan kuatkan semangat

Assalamualaikum...(^ ^)


Inilah rutin setiap awal pagi dan waktu lunch, kalau tak nanti kelaparan anak mama.

Walaupun hasil susu dah agak merundum tapi Mas tetap gigih pam setiap hari. Kena rajin dan tak boleh putus asa, kalau malas tak menyusu Airis. Pernah jugak rasa sangat stress sebab susu dah tak banyak sehingga terfikir nak bagi susu formula. Tapi bila fikirkan semula rasa kesian pulak dekat Airis, terfikir jugak nak ke dia minum susu formula.

Jadi kerana pelbagai rasa itu, Mas gigih dan kuatkan semangat. Pelbagai usaha Mas lakukan seperti makan secukupnya, minum banyak air dan jangan skip waktu pam. Walaupun hasil yang dapat tak selumayan dulu tapi alhamdulillah cukup untuk bekalan Airis setiap hari di taska. Airis pun dah masuk setahun jadi tinggal setahun lagi untuk Mas fully breastfeeding dia. Nanti dah masuk usia 2 tahun bolehlah campur susu formula. Tapi susu badan Mas tetap teruskan selagi ada rezeki Airis. 

Kepada ibu yang fully breastfeeding anak, jangan putus asa kalau susu dah merundum. Insya Allah ada rezeki yang terbaik untuk anak kita dengan izin Allah SWT.

Jumaat, 13 Disember 2013

Aktif macam dulu

Assalamualaikum...(^ ^)

Teringinnya nak aktif berblog macam dulu!


Tengoklah tahun 2011 tu, ada 770 entri. Bila masuk tahun 2012 ada 265 entri je. Ini sebab hamilkan Airis, terus lekat simtom malas update dan tak boleh buka blog. Pastu masuk tahun 2013 pulak lagi sikit entrinya, ini mood berblog dah ada tapi sebab kekangan masa tu yang sikit je.

Tapi bila tengok entri yang dulu² memang rindu sangat saat itu, satu hari pasti ada 2 atau 3 entri. Kalau terlebih rajin tu sampai 4 atau 5 entri. Rajin dan idea banyak, seronok sangat saat itu. Sekarang ni bukannya malas nak update tapi kekangan masa yang banyak menghalang. Tapi kadang tu masa ada, idea pulak takde. Pastu idea ada, malas pulak menaip. Haaa, tu yang akhirnya tak berupdate.

Nak berhenti berblog rasa sayang pulak nak delete blog, kenangan terindah ni. Susah nak ungkap dengan kata². Ingat lagi saat gathering dengan blogger² lain, ikuti event Sahabat Blogger, pastu dapat sikit income dari blog dan berblog tak kira masa. Manis sangat saat tu!

Tapi sekarang biarlah berblog santai² je. Ada masa dan idea, Mas update. Kalau takde nak buat camne kan? Terima kasih pada yang masih sudi mengikuti massaari.com, koranglah pembakar semangat untuk blog ni masih kekal di alam maya.

Rabu, 11 Disember 2013

11.12.13

Assalamualaikum...(^ ^)


Cantik sangat tarikh hari ni kan?

Mesti ramai yang bernikah hari ni sebab nak abadikan hari diijabkabulkan dengan tarikh yang cantik. Memilih tarikh cantik tu takde masalah, janji ikatan pernikahan tu kekal hingga hujung nyawa.

Pastu pasti ramai jugak yang nak bersalin pada tarikh ni. Walaupun belum sampai waktu melahirkan tapi pasti sanggup operate sebab nak anak lahir pada tarikh yang cantik. Tapi apa pun janganlah sampai memudaratkan anak dalam kandungan. Kalau belum sampai masa melahirkan biarlah dulu, jangan dikejar sangat tarikh 11.12.13 ni.

Kisah Mas pada 11.12.13 ni biasa je, hari ni Mas terpaksa bercuti sebab taska Airis tutup sempena Keputeraan Sultan Selangor. Tak pergi mana pun, cuma duduk rumah layan karenah anak² dan husband pulak bekerja. 

Semoga tarikh yang cantik ni ada kenangan manis untuk semua!

Selasa, 10 Disember 2013

Hadiah birthday Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Lupa nak coretkan kisah hadiah birthday Airis, jadi Mas cerita sikit untuk kenangan!

Hadiah birthday dia memang sampai lambat sikit sebab Mas order online. Mas order kat Pinky Momma. Memang murah dia jual, rambang mata kalau tengok. Rasa nak borong semua, barang pun berkualiti dan berbaloi sangat beli. Pada yang nak cari mainan untuk anak², boleh ke pinkymomma.com. Mesti beli punya!


Inilah hadiah mainan yang Mas belikan untuk Airis, Kids Educational Desk dan Baby Telephone. 2 barang ni hanya RM99, sangat murah kan? Educational Desk tu memang bagus untuk pembelajaran baby sebesar Airis, siap dengan bunyi dan lagu² yang menarik membuat dia seronok bermain. Balik dari taska terus pergi dekat meja dia, tekan bunyi lagu sambil joget².

Baby Telephone pun menarik jugak, ada pelbagai lagu dan bunyi. Airis pulak dah pandai sekarang, bila kita sebut hello terus dia letak telefon tu kat telinga. Pastu mulut riuh rendah cakap, kononnya cakap telefonlah. Hehehee! 

Ada lagi sebenarnya mainan baby yang Mas berkenan kat Pinky Momma tu, tunggu ada rezeki ni nak beli lagi untuk Airis.

Isnin, 9 Disember 2013

Kisah dinner

Assalamualaikum...(^ ^)

Jumaat lepas Mas terima berita sedih, suami tercinta kepada bos Mas telah meninggal dunia. Simpati sangat dengan beliau.

Kebetulan pulak pada malam tu di pejabat Mas ada dinner. Nak tak nak dinner terpaksa diteruskan jugak walaupun bos kami tengah bersedih. Nak buat camne kan semua persiapan telah dibuat dan makanan pun dah ditempah. Tapi kami mulakan majlis dengan bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah. Majlis pun dibuat secara sederhana.


Tema dinner malam tu adalah Arabian Nights, jadi semua datang dengan berjubah bagailah. Mas, Atikah dan Arfan berjubah jugaklah, tapi husband dengan Airis lari tema sikit. Husband Mas ada jubah tapi dia tak mahu pakai, jadi pakai kemeja. Airis pulak memang takde jubah jadi Mas pakaikan gaun ni. Sebenarnya gaun ni nak pakai masa birthday dia, tapi sebab lambat sampai jadi pakai je masa dinner.

Program masa dinner tu pelbagai, ada cabutan bertuah, acara pakaian beragam untuk kanak², persembahan tarian dan makan². Atikah dan Airis pun masuk acara pakaian beragam dan tak sangka pulak Airis menang tempat ketiga, Atikah cuma dapat saguhati. Tak sia² Airis melaram habis!

Ini Mas kongsikan sikit gambar sekitar dinner.






Khamis, 5 Disember 2013

Banjir ooo banjir

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedih sangat tengok keadaan banjir di Kuantan, memang 50% lumpuh bandar Kuantan tu. Di Johor dan Terengganu pun teruk jugak.

Yang paling menyedihkan bila rumah mak mertua di Kuantan pun turut ditenggelami air. Dah bertahun MIL menetap di situ, memang tak pernah kena banjir. Pagi semalam husband dapat bercakap dengan mak, katanya air naik mendadak jam 3 pagi. Pastu jam 8 pagi air dah paras pinggang. Memang mak tak sempat selamatkan apa² pun, hanya selamatkan diri, kain baju dan barang berharga. Kereta nasib baik sempat alih ke tempat tinggi. 

Sejak tengahari semalam memang kami tak dapat dah nak hubungi mak. Mesti handphone mak dah habis bateri sebab letrik pun takde di seluruh bandar Kuantan tu. Hati kami memang rasa risau sangat. Kalau ikutkan semalam dah nak kejar balik ke Kuantan, tapi memang tak dapat balik sebab jalan ke sana semua dah ditutup sebab ditenggelami air. Hanya doa dari jauh je yang mampu, harap keluarga MIL di Kuantan selamat! 




Pastu hari ni adik di kampung whatsapp pulak gambar keadaan kampung Mas di Temerloh. Rupanya air dah naik, tanah lapang dan empangan depan rumah tu memang dah dipenuhi air. Tengoklah separuh jalan nak keluar ke jalan besar pun dah ditenggelami air. Adik Mas pun cakap air kuat naik, dan Mas pun dah pesan suruh angkat sikit² barang sebelum air naik lebih tinggi.

Membuak² rasa nak balik kampung ni, tapi husband pun dah dibekukan cuti dia. Biasalah musim banjir memang bomba kena sentiasa standby. Harap² tak jadi banjir teruklah di Temerloh, kesian jugak kat adik yang tinggal seorang kat kampung tu.

Isnin, 2 Disember 2013

Macam² gelagat dia

Assalamualaikum..

Makin besar makin bijak!
Makin bijak makin banyak gelagat dia.

Dialah penyeri dalam rumah sekarang. Apa yang dia buat semua orang akan ketawa terutama kakak dan abang dia. Seronok sangat kalau tengok gelagat adiknya tu.


Ni dia nak main dompet mama, kalau tak diberi memang mengamuklah. Jadi bagi je janji dia diam. Mula elok dia main dengan dompet tu sambil riuh mulut membebel, tapi bila dia dah bosan inilah dibuatnya. Kamu kaki kan dompet mama dik. Nasib dompet murah, kalau jenama Prada ke, LV ke, Gucci ke, mahu menitik airmata mama. Hehehee!


Ni pulak bila dok dalam kereta, tak mau dah dok kat mama. Lagi suka dok kat seat belakang dengan kakak abang dia. Riuh rendah mulut berceloteh. Tapi bila mengantuk dan nak ngempeng pandai pulak cari mama ye dik, geget kang!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com