terkini dan sensasi

Selasa, 31 Disember 2013

Dugaan akhir tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari terakhir di tahun 2013, dalam 1 jam lagi dah masuk ke tahun baru.

Bagi Mas tahun 2013 banyak suka duka. Tapi Mas bersyukur dengan semua kegembiraan dan kedukaan itu kerana Mas masih bernafas dan berpeluang meneruskan hidup di tahun 2014.


Di akhir tahun ni dugaan yang diterima apabila Airis sakit. Mula dari Krismas hingga semalam Airis kena muntah² dan cirit birit, teruk jugaklah dia kena. Makan dan minum susu habis keluar semua jadi muntah dan najis, sedih tengok keadaan dia. Sampai Mas terpaksa sambung cuti semalam dengan hari ni, nak balik kampung pun tak jadi sebab dia sakit.

Tapi berkat doa dan usaha yang tak putus asa, hari ni keadaan Airis dah pulih sepenuhnya. Dah selera makan dan takdelah apa yang dia makan dan minum tu keluar semula. Hari ni pun Mas cuba bawak dia pergi taman, nak bagi dia hirup udara segar. Alhamdulillah, dia dah aktif bermain! Seronok sangat Mas tengok sebab seminggu jugak dia terlantar.

Itulah dugaan akhir tahun Mas, tapi Mas redha. Sesungguhnya sakit yang Allah beri pada Airis membuatkan Mas lebih sabar dan tabah dalam membesarkan dia.

4 ulasan:

  1. semoga keluarga Mas diberi Kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah takde ape yang serius berlaku..sabar itu ada hikmahnya kan kak :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas....semoga diberikan kesihatan yg baik lepas ni yer...;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com