Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 29 Januari 2019

Fasa anak² demam!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila anak² demam ni susah hati dia lain macam kan, makan tak lalu tidur tak lena. Kalah orang bercinta tau dak! Lagi² yang demam tu anak yang masih kecik, kesian tengok dia tanggung sakit dan sengsara tu. Kita yang tengok pun rasa sedih, inikan pulak dia.


Sebab itulah bila anak² demam Mas lebih rela jaga sendiri depan mata, tak kira masih kecik atau dah besar. Mas lebih rasa lega tengok tahap demam mereka tu camne, Mas rela ambik cuti demi nak jaga mereka. Memanglah husband pun boleh jaga tapi fahamlah kan naluri mak ni camne, tahap keyakinan dia tu lain. Walaupun yang jaga tu laki sendiri, tapi rasa tak yakin tu tetap ada.

Lagi satu walau banyak kerja dan sayang cuti, tapi Mas tetap akan cuti jugak kalau anak² demam ni. Tak sanggup aihhh nak hantar anak² ke taska atau sekolah kalau mereka demam, lagi tak tenang kerja camtu. Jadi lebih baik cuti kan dari dok tak tentu hala kat pejabat, nak buat kerja pun payah sebab hati dok teringat anak je.

Macam baru ni Aiyra demam, walaupun Mas ni susah nak cuti tapi tetap terpaksa. Dengan keadaan demam dia yang on off panasnya, pastu payah nak kebah. Kalau Mas degil jugak nak kerja dan hantar dia kat taska, manalah tahu perkara yang terjadi Mas jugak akan menyesal. Jadi apalah sangat korban cuti 2 hari janji anak sakit depan mata kita kan?

Isnin, 28 Januari 2019

Tamat dah 2 drama ni!

Assalamualaikum...(^ ^)

Selepas ketagih giler dengan drama Cinta Tiada Ganti, 2 drama ni jadi kegilaan iaitu Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda. Memang tak missed setiap episod, sampai masa dah terpacak depan TV.


Ikutkan Mas ni jarang tengok lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak tu, tapi bila mereka berlakon dalam 2 drama ni terus terminat dengan lakonan mereka. Nampak romantik dan sweet sangat lakonan tu, memang dok senyum² simpul je bila tengok babak romantik mereka.

Nampaknya gandingan mereka memang menjadi, sampaikan ramai peminat yang dok sibuk suruh mereka couple in reality. Hehehee Mas tak ambik kisah sangat bab tu sebab kurang ikuti sangat gosip artis ni, tapi kalau dah jodoh mereka Mas suka je. Sebab mereka nampak sepadan sangat kan?

Hari ni dah episod akhir untuk 2 drama ni, lepas ni takde dah Mas dok tunggu pukul 7 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat lepas ni. Pastu takde dah Isnin yang indah bila dok tengok kisah cinta Raid dan Naira, semua dah habis. Tapi kalau nak marathon boleh je tengok kat Youtube TV3 dan Astro On The Go, haaa boleh tengok tanpa henti.


Mas pun mesti marathon punya, puashati sikit tengok tanpa iklan ni. Yelah rindu nak tengok gandingan Mira dan Remy tu, walaupun dua² drama pengakhirannya gembira tapi seronok tengok gandingan romantik dan manis dari 2 orang tu! Moga ada lagi gandingan mereka dalam drama² yang menarik lepas ni!

Rabu, 23 Januari 2019

Kena berhenti berblog ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Kenapalah sejak kebelakangan ni susah betul nak menulis kat blog ni, bukan malas atau takde masa tapi takde idea langsung. Diulangi takde idea, beku dan tepu betul otak ni. Kadang² langsung tak boleh nak fikir apa yang nak ditulis, buka blog pastu termenung je tanpa tulis apa pun.

Bila takde idea ni yang paling Mas tak suka, memang buntu dibuatnya. Kalau malas atau takde masa tu boleh lagi diatasi, janji ada idea kan? Kemalasan dan kekangan masa tu boleh dipaksa, tapi kalau idea ni jangan haraplah nak paksa. Kalau dia tak nak muncul, sampai ke esok hari dok fikir pun belum tentu ia akan muncul. 


Bila jadi camni terus terfikir, ke dah sampai masa Mas berhenti berblog. Yelah susah kalau takde idea nak tulis apa, memang jawabnya takde entri lah untuk blog. Lainlah kalau banyak entri kerja, semestinya tiada masalah nak fikir idea setiap hari. Tapi blogger sendu macam Mas bukannya setiap hari ada entri kerja, kalau tak kerah idea untuk muncul alamatnya makin sendulah blog ni. 

Cuma buat masa ni Mas tak sanggup lagi nak berhenti berblog, Mas sayang nak biarkan blog ni berkubur camtu je. Dah nak masuk 8 tahun blog ni bernyawa, jadi tak mudah nak korbankan dia dek kerana takde idea kan? Dah macam² kenangan dan rezeki Mas dapat dari dia, tak akan dengan mudah Mas nak mengalah kan? 

Sebab itulah walau susah dan payah pun Mas nak cari idea untuk tulis satu entri tu, Mas tetap usaha dan fikir sampai dapat. Contohnya macam tulis entri ni, haaa satu idea yang bagus jugak kan? Boleh dijadikan entri jugak, ada lah sedikit manfaat untuk pembaca blog Mas. Yelah kalau setiap hari tulis entri kerja je, mungkin pembaca akan rasa bosan. Jadi kenalah jugak ada entri santai² camni, walaupun entri ni muncul bila penulisnya buntu je. Hahahaa, tu namanya entri on the spot yang tak disengajakan! 

Moga esok senanglah Mas dapat idea untuk menulis, Mas masih nak kekalkan momentum 1 entri sehari ni.

Selasa, 22 Januari 2019

Kembali ke misi kurus!

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai lamanya dah abaikan misi kurus ni, sampai sekarang masih belum cecah berat 60kg yang diidamkan tu. Mana taknya banyak diet main², kejap semangat kejap tak. Pastu bersenam pun makin malas, sebab itulah berat payah nak turun. Berat tu dok macam yoyo, kejap 70kg dan kejap turun ke 68kg. Pastu naik semula, haihhh geram pulak rasa!

65kg (2017)

Tapi tak boleh buat apa kan, salah diri sendiri. Siapa suruh tak disiplin dan konsisten, kalau buat macam mula² dulu Mas tahu pasti boleh. Tahun 2015 Mas mula berdiet dulu boleh buang 20kg, dari 85kg turun ke 65kg. Seronok masa tu sebab berjaya turunkan berat hingga ke angka 6, walaupun makan masa sampai 2 tahun. Memang bangga dengan diri sendiri!

Sekarang memang Mas jaga makan jugak, tapi tak terlalu disiplin. Kadang bedal jugak makanan manis, masin dan berlemak, sebab itulah berat susah turun. Pastu jarang amalkan senaman, itu yang lagi payah berat nak turun. Walaupun ada penurunan 1kg atau 2kg tapi kadang tak kekal, sebabnya tak disiplin jadi berat tu naik semula. 

Jadi dah seminggu Mas mulakan misi kembali, nak dapatkan berat 65kg dulu. Pastu perlahan² cuba capai target 60kg tu, lama dah idamkan. Jaga makan memang Mas teruskan, macam kawal makan nasi. Pastu air manis memang tak minum dah, air masak dan teh hijau je setiap hari. Lagi satu Mas mula buat Intermittent Fasting, haaa katanya cara ni mudah nak turunkan berat. Awalnya ni Mas buat 14 jam, akhir makan jam 6.30 petang dan mula makan esoknya jam 7.30 pagi. 

70kg (2018), haihhh

Dah seminggu Mas mulakan IF ni, dan alhamdulillah Mas mampu lakukan. Berjaya kawal lapar dan kawal makan, malam memang minum air masak dan teh hijau je kalau rasa lapar sangat. Pagi pulak Mas sarapan dengan buah dan roti gandum je, tengahari baru ambik yang berat kalau rasa lapar. Petang sebelum mula kembali IF, Mas akan minum susu atau ambik sup je. 

Setakat seminggu ni dah berjaya disiplinkan diri dan konsisten, walaupun belum nampak hasil yang banyak tapi badan tu rasalah ringan dan perut takdelah nampak buncit je. Moga Mas akan terus istiqomah untuk misi kurus kali ni, bukan nak kurus yang melampau² tapi nak lebih sihat sebenarnya!

Isnin, 21 Januari 2019

Pikat selera anak²!

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² Mas ni bila bab makan kadang² susah jugak nak pikat selera diaorang, kadang tu bila masak nasi satu pot pun susah nak habis. Bila tanya kenapa tak makan, semuanya cakap tak lapar dan takde selera nak makan. Haihhh buntu mama korang ni tau, malas masak baru tau!

Tapi yelah kadang² tu anak² bosan jugak dok makan ikan ayam setiap hari, walaupun masak berbeza² setiap hari. Mas pun muak jugak, lauk telur atau ikan bilis lagi boleh tambah selera. Sebab tu stok kedua² ni kena sentiasa ada, kalau dah masak beria² mereka tak nak makan Mas masak yang ringkas² je. Janji anak² kenyang dan Mas yang masakkan untuk diaorang!


Jadi nak pikat selera makan anak² ni Mas kena masak yang simple je, bukan anak² je yang berselera tapi mama babah pun sama. Contoh masakan ringkas tu macam Sambal Telur atau Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, haaa kalau masak camni ai pun bertambah nasi. Tu yang malas masak selalu, ke laut diet ai nanti. Tapi sebab nak pikat selera anak², semalam Mas masak Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.

Fuhhh sekali sekala masak gini, 2 pot nasi licin tau. Bertambah² anak² makan, berselera sungguh diaorang. Haaa memang seronok tengok diaorang makan, sebab jarang sangat tengok mereka berselera camtu. Sampaikan malam pun nak makan lagi, masak 2 pot pun habis nasi. Cuma masak camni memang mengundang sangatlah, dengan mamanya makan tak ingat. Hahahaa hancur diet!

Tapi apa pun itulah cara Mas nak pikat selera anak², biar mereka kenyang makan baru Mas puashati

Khamis, 17 Januari 2019

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash

Assalamualaikum...(^ ^)

Kita sebagai wanita ni bab penjagaan kecantikan dan kebersihan luaran dan dalaman memang perkara yang diutamakan, sebab kalau tak cantik dan bersih boleh jatuhkan imej kita. Lagi satu penjagaan kebersihan bahagian intim pun memang perlu diambil berat, jangan malu sebab itu aset penting kita kan?

Macam Mas memang dah ada pembersih pilihan yang Mas suka, dan pilihannya sudah tentu Manjakani Hygiene Wash dari Cosmoderm. Mas suka pembersih ni sebab ianya beri kesegaran sepanjang hari, jadi barulah rasa lebih bersih dan yakin. 


Tapi bila dah ada anak dara yang semakin besar, Mas kena jugak pilihkan pembersih intim wanita untuk dia, yelah anak dah remaja kenalah jaga kebersihan intim dengan baik kan? Jadi Mas tetap pilih jenama Cosmoderm, dan Soothing Feminine Hygiene Wash adalah pilihan tepat untuk dia. Sebabnya pembersih ni sangat sesuai untuk gadis remaja seperti Atikah tu. Dia pun suka guna pembersih ni sebab buat dia rasa lebih segar dan bersih, terutama ketika datang bulan. 


Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
Kenapa Mas tetap pilihan jenama Cosmoderm, sebab bahan² di dalamnya 100% semulajadi iaitu Aloe Vera, Chamomile dan Tea Tree Oil.  Pastu ianya bebas bahan kimia seperti Paraben, SLS dan SLES serta ianya tidak diuji pada haiwan. Yang paling penting produk ni 100% halal, jadi boleh digunakan tanpa was-was. 


Pembersih ini jugak lembut dan nyaman pada kulit, anti bakteria dan anti kulat yang sangat sesuai untuk gadis remaja dan wanita di semua peringkat umur. Antara kelebihannya ialah:

1. Membantu mengekalkan pH 3.5 yang paling sesuai;
2. Membantu mengurangkan iritasi;
3. Mengurangkan keputihan; dan
4. Memberikan kesegaran sepanjang hari.


Harganya pulak sangat berpatutan, hanya RM16.90 untuk botol 375ml. Pastu ada jugak botol 150ml yang mudah dibawa ke mana saja, dan harganya cuma RM9.90. Nak beli pun mudah jugak, hanya layari laman web rasmi Cosmoderm atau di outlet AEON Wellness, Caring, Watsons dan farmasi komuniti terdekat. Kalau ada promosi boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah tau!

Untuk maklumat terkini pasal promosi dan produk, boleh layari laman sosial Cosmoderm.



Rabu, 16 Januari 2019

Isu membeli di luar sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Isu anak² membeli selepas waktu sekolah ni dah jadi perkara biasa, semua ibu bapa akan hadapi. Nak larang camne pun memang tak akan boleh sebab kalau kita tak bekalkan duit belanja, ada je kawan² yang sudi nak belikan. Pastu nak salahkan peniaga yang menjual pun tak boleh, sebab itulah cara dan punca mereka mencari rezeki.


Macam anak² Mas pun sama, mesti ada tinggalkan duit lebih belanja di sekolah untuk membeli masa balik. Terutamanya si Airis lah, setiap kali balik ada je benda dia nak beli. Mas memang tak halang tapi Mas hadkan seminggu tu hanya 2-3 kali sahaja. Pastu apa yang dia nak beli pun Mas akan pantau, hanya beli makanan yang betul² mengenyangkan seperti kuih, nugget atau roti. Kalau aiskrim atau jajan² memang dilarang sama sekali, walaupun kadang tu dia membeli jugak. Tapi Mas akan bagi amaran, kalau beli benda² camtu memang Mas tak bagi dah duit belanja.

Ada jugak yang cakap, bekalkan makanan dari rumah supaya anak² tak membeli. Ya Mas akui, cara tu memang bagus. Tapi bagi Mas biarlah anak² nak belajar berbelanja, dari situ dia tahu camne nak uruskan duit belanja sendiri. Kadang anak² ni bukan nak membeli sangat, mereka cuma nak dapat duit belanja setiap hari. Kalau tak dibelanjakan duit tu mereka boleh simpan, haaa boleh jugak ajar anak menabung kan?

Paerkara ni Mas akui memang susah kita nak halang, biasalah anak². Tapi kita cuba pantau dan nasihatkan mereka supaya tak membeli selalu dan tak membeli makanan yang tak berkhasiat. Caranya kita jemputlah anak awal², jadi kita boleh kawal mereka dari membeli. Atau pun kita belikan makanan siap² kat mereka, haaa ini Mas selalu buat. Mas tahu anak² ni kadang lapar lepas balik sekolah, jadi Mas belikan donut atau goreng pisang ke. Memang cara ni dapat halang anak² dari membeli jajan² yang dijual tu. 

Jadi sebagai ibu bapa kita janganlah risau sangat pasal hal ni, pandailah kita tangani demi kebaikan anak². 

Selasa, 15 Januari 2019

Kembali minum Ephyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Dulu Mas memang pengguna setia Ephyra, dari tahun 2015 lagi. Bila minum Ephyra ni memang puashati sangat, ramai kawan² puji kulit cantik dan berseri je. Hehehee bukan puji diri sendiri tau, tapi memang Ephyra ni serlahkan kecantikan kita luar dan dalam.


Cuma masa Mas mengandungkan Aiyra tahun 2017 tu, alahan yang teruk menyebabkan tekak Mas ni tak boleh nak minum Ephyra. Bila minum je rasa loya dan nak muntah, jadi terpaksalah stop minum. Ralat jugak sebab dah jadi pengguna setia kan, tapi apakan daya alahan mengatasi segalanya.

Jadi sekarang Mas dah kembali semula amalkan minum Ephyra, yelah dah nak masuk umur 40an ni kenalah jaga kecantikan luaran dan dalaman. Bukanlah nak perasan muda selalu cuma nak kekal sihat dan berseri, lagi pun bila kita sihat dan cantik barulah kita akan rasa lebih yakin dengan penampilan diri kan? Lagi satu bila mula kembali minum Ephyra ni badan lebih rasa bertenaga je, kurang rasa lesu dan tak bermaya walaupun penat seharian.

Jadi sekarang setiap hari tak pernah lupa minum Ephyra, kira dah jadi macam sarapan wajib setiap pagi. Dahlah rasanya sedap, pastu khasiatnya bagus. Sesuai pulak sebagai minuman kesihatan untuk Mas yang nak kekal berdiet ni, sebabnya ia memang minuman yang mengenyangkan. Minum jam 8 pagi akan kekal kenyang hingga ke waktu makan tengahari.


Dan yang paling Mas suka pasal Ephyra ni ianya buat kulit muka lebih lembap. Mas memang hadapi masalah kulit kering dan tona kulit tidak sekata. Kalau selepas cuci muka lagilah nampak kering dan kadang² mengelupas. Bila nak pakai makeup kena letak foundation tebal sikit dan selalu nak kena touch up. Dengan Ephyra masalah kulit kering dan takde, kulit lebih lembap dan bila pakai makeup pun nampak lebih cantik dan berseri.

Jadi Ephyra akan terus jadi teman kecantikan Mas!

Isnin, 14 Januari 2019

Jantung Aiyra sihat 100%!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni Mas pernah cerita pasal Aiyra kena scan jantung buat kali kedua masa umur dia dah masuk setahun. Bagi korang yang belum tahu boleh baca entri Moga temujanji terakhir ni! Cuma Mas belum berkongsi apa keputusan dari scan tu, hari ni baru teringat dan Mas kongsikan kat sini sebagai kenangan.


Mari Mas cerita semula pasal masalah jantung Aiyra ni, sebenarnya masa dia lahir doktor pakar dapat kesan ada 2 lubang kat jantung dia. Masa dapat tahu ni Allah je tahu bagaimana perasaan Mas dan husband, tapi kami tetap positifkan diri dan kena kuat demi Aiyra. Bila doktor buat scan jantung yang pertama masa Aiyra umur 2 bulan, ada perkembangan yang baik. Dua lubang tu dah makin mengecil, tapi tetap kena pantau kesihatan Aiyra. 

Alhamdulillah sebelum temujanji scan kali kedua, Aiyra membesar dengan sihat dan jantung dia takde masalah. Jadi kami memang yakin jantung dia sihat dan 2 lubang tu akan tutup sepenuhnya. Cuma masa hari temujanji tu adalah Mas rasa gementar sikit, yelah siapa tak risau dengan keputusan hasil scan tu kan? Pastu risau jugak Aiyra akan meragam masa nak buat scan tu, yelah dia kan dah makin lasak.

Tapi lega semuanya dipermudahkan, masa scan tu Aiyra bagi kerjasama yang baik. Dia duduk diam je sambil ralit tengok TV, sampai doktor puji dia budak yang paling bagus masa buat scan. Sepanjang doktor scan tu memang macam² rasa ada, bercampur baur tau tak? Hati tak putus² doa moga keputusannya akan buat kami tarik nafas lega dan bersyukur. Bila dah selesai urusan scan tu sekali lagi berdebar nak tunggu keputusan.

Saat doktor bagitau keputusan yang 2 lubang tu dah tutup sepenuhnya dan jantung Aiyra sihat 100%, tak semena² airmata mengalir. Gembira, sebak dan rasa syukur bercampur semuanya, Allah makbulkan doa kami. Dapatlah kami lihat Aiyra membesar dengan sihat sehingga dia dewasa, fuhhh lega yang teramat sangat. Lepas ni dah tak perlu datang temujanji lagi, memang itu yang terakhir. 

Khamis, 10 Januari 2019

Dapat jugak beli Steam Iron

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa mula² saterika Phillips keluar tu, memang teringin sangat nak beli. Tapi bila tengok harga memang tak mampu, nak beli secara hutang pun tak mampu sebab banyak komitmen masa tu. Jadi mampu tengok jelah dan guna je saterika yang sedia ada. 

Tapi bila sering hadapi masalah iron melekat kat baju, memang jadi stress. Puncanya anak² Mas lah, dok gosok baju tapi pakai suhu yang terlebih panas. Bila gosok je kat baju terus melekat, jadi dah mula jadi macam tu memang saterika dah tak elok. Dia akan sentiasa melekat kalau guna suhu yang panas, berapa banyak dah baju dan tudung jadi mangsa. Nak gosok je kena guna suhu rendah, tapi masalahnya baju tak hilang kedut. Huhhhhh stress sangat!


Ikutkan dah 2-3 kali tukar saterika tapi tetap jadi camtu, padahal dah beli yang bagus jugaklah. Tapi biasalah bila anak² ni guna, pesanlah banyak kali pun tetap buat silap yang sama. Haihhh pening mak korang ni haaa, stress bila dok gosok baju kerja pepagi. Payah betul nak hilang kedut seribu tu!

Jadi nekad nak beli Steam Iron, dapat yang lebih kurang Phillips tu pun ok dah. Mas pun pergilah survey kat Seng Heng, sekali nampaklah promosi Steam Iron Tefal ni. Harga takdelah mahal sangat, RM1600++ je dah boleh buat bayaran ansuran. Kebetulan Mas dah takde hutang dengan AEON Kredit, jadi bolehlah mohon lagi. Nak bayar tunai memang bajet takde, jadi buatlah secara ansuran dan bulanan pun hanya RM90 selama 2 tahun.


Haaa dapatlah saterika yang dah lama diidamkan, barulah boleh senyum lebar. Lepas ni dah takde masalah susah dan stress dok iron baju, semuanya dah jadi mudah sebab saterika ni hanya perlu gosok sebelah je dan kedut hilang di kedua² belah baju. Anak² nak guna pun mudah, takde dah masalah baju melekat sebab iron terlebih panas. Pastu ianya selamat sebab kalau terlupa off suis, dalam masa 5 minit dia akan ter off sendiri. 

Yang menariklah masa beli ni ada promosi, dapat percuma Iron Board dan Coffee Maker. Haaa berbaloi sangat! 



Rabu, 9 Januari 2019

Harapan di tahun 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun 2019 baru masuk hari yang ke-11, inilah titik bermulalah kita semua nak hadapi dan kecapi apa saja harapan di tahun ni. Apa saja harapan yang kita tanam akan kita usaha untuk dapatkan sebelum berakhirnya tahun 2019 ni. 


Macam Mas memang setiap tahun ada harapan, walaupun kadang harapan tu tak semuanya dapat tapi Mas akan tetap usahakan. Mas akan letakkan target untuk capai dan laksanakan apa yang Mas harapkan tu, kalau tak dapat capai Mas akan cuba lagi tahun hadapannya. 

Harapan yang masih belum Mas capai sepenuhnya ialah nak besarkan rumah, nak lagi selesa untuk anak². Dah beberapa tahun Mas usahakan tapi belum ada rezeki. Rasanya tahun ni Mas nak cuba mohon pinjaman kerajaan untuk renovate rumah, memang ada untuk staf kerajaan. Nak tengok dulu kelayakannya, kalau betul² sesuai Mas akan cuba mohon. Moga harapan ni akan jadi kenyataan!

Lagi satu Mas berharap sangat kakak Atikah dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh, Mas nak sangat dia dapat capai apa yang dia nak. Kalau dapat SBP mudah sikit bagi dia, lagi pun dia nak sangat masuk sekolah sains. Tak sabar nak tunggu 25/1 ni untuk tengok keputusan SBP Tingkatan 4, moga ada rezeki dia. Kalau berjaya memang Mas bersyukur sangat, dapatlah laksanakan satu harapan di tahun 2019 ni.

Apa lagi yer Mas harapkan, sudah semestinya nak yang terbaik untuk Mas dan keluarga. Dapat tambah pendapatan untuk sara keluarga ke arah lebih baik, dapat tambah rezeki untuk anak² dan dapat tambah duit tabung untuk bawak keluarga melancong ke luar negara. Moga semua harapan ni dapat dinyatakan, tak dapat tahun ni pun takpe janji berjaya. 

Selasa, 8 Januari 2019

Isu jemput anak di sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam ada tengok kat FB pasal seorang budak sekolah dok tidur kat kaki lima depan sekolah, kesian sangat! Mas pun tak tahu sebab apa jadi camtu, mungkin dia tertinggal bas sekolah atau ibu bapa lambat jemput. 


Sebenarnya bila perkara ni terjadi, masing² kena lebih peka sebenarnya. Bukan sahaja anak², malah ibu bapa dan pemandu bas/van sekolah tu. Nak harapkan anak² sahaja tak boleh sebenarnya, mereka ni kadang² leka bermain sampai tak perasan bas/van dah pergi. Pastu ditambah dengan penat lagi, kadang tak tersedar pasal semua tu. 

Jadi pemandu bas/van sekolah kenalah peka, kena pastikan anak² yang naik bas/van tu dah cukup. Jangan jalan selagi tak cukup jumlah yang sepatutnya, walaupun nak cepat. Kalau misalnya seorang anak takde, cuba telefon ibu bapa anak tu. Mungkin dia balik dengan mak ayah ke pada hari tu, jadi lebih baik tanya sebab manalah tahu ibu bapa lupa nak bagitahu ke? Bagi Mas itu tanggungjawab pemandu untuk pastikan anak² selamat pulang ke rumah.

Pastu kalau ibu bapa yang ambik anak² setiap hari kenalah tahu jadual waktu anak balik setiap hari. Jika tak nak lupa letak reminder dalam handphone ke, senang supaya tak terlupa. Lagi satu kalau sesibuk mana pun janganlah biar anak² tunggu lama, kesian mereka dan bahaya untuk mereka. Mungkin kita fikir "Alaaa anak aku selamat kat sekolah tu, jemput lambat sikit takpe!" Tak boleh fikir camtu sebab bahaya ada di mana². 


Macam Mas semua anak memang Mas dan husband yang jemput setiap hari, bergantung pada jadual kerja husband. Kalau dia syif siang Mas akan jemput kat sekolah, jadi Mas akan tunggu 10 minit lebih awal sebelum anak keluar. Jadual balik mereka Mas akan tanya setiap hari walaupun dah tahu, hanya untuk pastikan Mas atau husband tak lupa. Kadang kami akan ingatkan antara satu sama lain, yelah bila sibuk bekerja semua benda jadi lupa kan?

Memanglah orang cakap, kalau dah lupa tu akan lupa jugak. Tapi jika kita buat reminder, saling ingat mengingati sesama suami isteri dan ingatkan anak untuk telefon kalau kita lambat datang pasti perkara camni boleh dielakkan. Sama² kita jaga keselamatan dan demi kebaikan anak² kita!

Isnin, 7 Januari 2019

Ragam seminggu persekolahan

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronok tengok kawan² dok cerita ragam anak² ke sekolah, macam² cerita ada. Ada yang habis duit belanja dan tak dapat baki, ada yang terlewat ambik anak sebab tak ingat jadual balik sekolah anak² dan ada jugak yang berdrama swasta setiap kali hantar ke sekolah. Hehehee, macam² kan?

Mas tahun ni dah takde ragam sangat, anak² dah besar semuanya. Kalau nak meragam jugak, siaplah kena dengan mak korang ni. Hahahaa betullah, dah besar panjang nak buat hal memang kenalah. Bukannya baru masuk sekolah kan?


Mula² risau juga si Airis tu buat ragam sebab dia kan drama queen sikit, tapi alhamdulillah tahun ni dia cemerlang. Seronok dia dah masuk darjah 1, setiap hari gembira je nak pergi sekolah. Lagi pun dia sekolah petang, jadi takdelah susah nak bangun dan mandi pepagi. Bila sekolah petang ni semua dia buat sendiri, dah pandai berdikari. Mandi dan siap pun sendiri, takde dah babah yang tolong. 

Kakak dan Arfan dah tentulah semua buat sendiri, haihhhh besar panjang dah. Takde dah mama babah nak uruskan, pandailah berdikari. Mama jaga makan pakai je, dan babah hantar jemput pergi sekolah. Cuma Arfan tu, ada jelah benda yang salah letak setiap hari. Bila nak pakai puaslah dok cari, camtulah selalu. Bab basuh baju dan iron baju pun setiap hari kena ingatkan, kalau tak mesti lupa. 

Bab duit belanja pulak, Mas memang tak risau. Sebabnya anak² Mas semuanya pandai berbelanja, tak pernah pulak duit tak dapat baki ke kalau berbelanja kat kantin sekolah. Pastu takde pulak kes tak cukup belanja atau duit hilang, setakat mereka semua bersekolah memang takde masalah pasal duit belanja. Mas memang pesan suruh beli makanan supaya tak lapar dalam kelas, duit habis pun takpe janji perut kenyang. Air memang diaorang tak beli, wajib Mas suruh bawak bekal air masak. Haaa duit belanja Mas bagi yang sekolah menengah RM5 sehari, sekolah rendah RM3 sehari. Cukup sangat dah tu!

Itu jelah ragam anak² Mas seminggu bersekolah ni, semuanya baik² je. Moga mereka dapat teruskan persekolahan yang baik sehingga hujung tahun 2019. 

Khamis, 3 Januari 2019

Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang suka pakai makeup, kadang kalau rajin lepas solat kat pejabat pun Mas akan tepek makeup jugak. Bukannya nak nampak cantik tapi nak nampak lebih yakin bila berhadapan dengan pelanggan, yelah Mas kan seorang Setiausaha. Hari² berhadapan dengan pegawai dalaman atau pelanggan luar, jadi kenalah nampak yakin dan berseri sikit kan?


Bila dah selalu pakai makeup ni, perjagaan kulit muka kena lebih rapi. Tak bolehlah lepas dah pakai makeup cuci ala kadar je kan? Mas biasanya cuci guna tisu basah dahulu, barulah guna pencuci muka. Mas tak boleh pakai makeup remover tu, kulit tak serasi. Tapi sejak diperkenalkan dengan produk Althea ni, Mas dah tak takut nak pakai makeup remover. Sebab produk ni serasi dengan kulit Mas dan kulit rasa lebih bersih, lembap dan licin. Haaa nak tau apa produknya, sila baca hingga noktah terakhir!


Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Inilah dia teman pembersih makeup Mas sekarang, dah jatuh cinta sangat dengan dia sebab memudahkan Mas untuk cuci makeup setiap hari. Ia bertindak 2in1 iaitu berfungsi sebagai pembersih dan serum, ia jugak boleh digunakan sebagai pencuci muka dan pencuci solekan (makeup remover). Selain itu ia jugak dapat membuang kotoran dan minyak pada wajah, sebab itulah bila guna kulit rasa segar dan licin je.

Pastu Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni jugak mempunyai tekstur berair dan tidak berbuih, jadi bila digunakan ia sangat lembut pada kulit. Ia jugak tak mengeringkan dan merosakkan kulit, memang sesuai sangat untuk Mas yang sensitif pada makeup remover ni. Hanya sapu lembut pada kulit menggunakan kapas atau tangan, makeup sangat senang dicuci. Lagi pun baunya tak kuat dan sangat menyenangkan!


Ini antara keistimewaan dan kelebihan produk Althea ni:

1. Bertindak sebagai Serum Pembersih;

2. Lembut dan sesuai untuk kulit sensitif;

3. Tahap PH kulit yang seimbang;

4. Membersihkan solekan, kotoran dan minyak di kulit muka dengan ekstrak cendana bagi memastikan kulit tetap sejuk dan terhidrat; dan

5. Sistem sel kelembapan dwi dapat menghalang kulit daripada mengering dan meminimumkan liang pori pada wajah.

Kandungan utama Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Kandungan bahan di dalamnya adalah dari ekstrak Daun Pudina yang bertindak menyejukkan kulit dan menenangkan kulit muka. Pastu kandungan minyak benih Jojoba sebagai agen melembabkan kulit. Lagi satu ekstrak Green Tea yang mempunyai sifat anti bakteria serta membersihkan kulit muka. Haaa semuanya dari bahan semulajadi, sebab itulah ia baik untuk kulit sensitif macam Mas ni.


Cubalah Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Korang kena beli tau produk ni sebab ianya sangat sesuai untuk korang yang sensitif dengan pencuci solekan. Botolnya yang comel dan bersaiz kompak memudahkan untuk dibawak ke mana saja, campak je dalam handbag dan korang gunakan setiap hari untuk cuci muka dan bersihkan solekan. Harganya pun sangat berpatutan iaitu RM33 untuk botol 150ml. 

Haaa apa lagi cepatlah beli, mesti korang akan sukakannya . Layari website https://my.althea.kr untuk pembelian.

Rabu, 2 Januari 2019

Kembali ke sekolah 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa selamat kembali ke sekolah ye anak², takde dah tidur lewat dan main² ye. Lepas ni dah sibuk dengan homework dan aktiviti di sekolah, mak ayah pun sibuk jugak uruskan hantar jemput anak² di sekolah. 

Anak² Mas semuanya dah besar dan pandai berdikari, jadi Mas takdelah kalut sangat. Tapi Mas tetap jugak ambik cuti, yelah nak tengok mereka di hari pertama ke sekolah. Tahun ni kakak Atikah dah Tingkatan 4, Arfan di Tingkatan 1 dan Airis di Darjah 1. Mas memang tak pergi pun sekolah hantar diaorang, cuma siapkan baju dan makan di rumah je. Husband yang hantar dan uruskan pembayaran yuran. 


Untuk Arfan dan Airis yuran dan buku dah selesai sebelum sekolah buka, jadi husband cuma hantar dah terus balik. Walaupun Airis baru Darjah 1 tapi kami takde pun nak teman dia, biarlah dia berdikari sendiri. Dah besar kan? Alhamdulillah dia dapat biasakan diri, dan yang penting takde drama airmata mahupun drama swasta. Hehehee bukan apa dia ni drama queen sikit!

Arfan pulak dah melangkah ke sekolah menengah, dah nampak lebih matang dan dewasa walau masih banyak main. Mas harap dia mampu belajar dan buat yang terbaik, yelah pelajaran di sekolah menengah sekarang makin susah. Jadi tak boleh leka, kena sentiasa peka dan beri perhatian. Kerja sekolah pun dah ada di hari pertama persekolahan, jadi memang kena struggle sikit. 


Kakak Atikah pulak semuanya dia uruskan sendiri, dah Form 4 pun kan? Mas bagi je duit, dia beli sendiri buku di koperasi dan bayar yuran. Dia masih bersekolah di sekolah yang sama, sementara tunggu keputusan SBP. Kalau dapat memang Mas nak sangat dia masuk SBP, senang sikit dia nak buat persediaan untuk SPM nanti. Kalau takde rezeki takpelah, sekolah sekarang pun bagus jugak untuk dia. Aliran kelas pun dia dah pilih, masuk kelas Sains Hayat. Mas ikutkan je minat dia, moga dia terus berjaya!

Haaa selesai dah urusan anak² sekolah, tak perlu nak kalut lama² sebab semua dah besar. Tinggal Aiyra sorang je lagi lepas ni, 4 tahun lagi kena tunggu. Hehehee moga anak² mama terus maju jaya dalam bidang pelajaran masing²!

Selasa, 1 Januari 2019

LAMPU 2018 dan Tahun Baru 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Ikutkan dah berapa tahun tak pergi tengok sambutan tahun baharu ni, malas nak bersesak² sebenarnya. Tapi tahun ni dek kerana anak² nak sangat tengok bunga api, maka Mas gagahkan diri jugak menempuh lautan orang ramai. Lagi pun malam tahun baharu tu adalah malam terakhir Pesta LAMPU 2018, jadi bolehlah tengok sekali.



Kalau ikutkan Pesta LAMPU ni takdelah menarik sangat, sama je seperti tahun sebelumnya. Tapi dek kerana malam tahun baharu jadi kemeriahan tu jadi luar biasa, walaupun baru lepas hujan lebat tapi ramai sangat pengunjung. Parking kereta pun memang agak jauh sebab kami sampai pun dah jam 9 malam, saja datang lewat sebab niat nak tengok bunga api je. 

Sampai je kat dataran Putrajaya tu memang berkelip² lampu warna warni, paling meriah pelbagai jenis lampu yang dijual lah. Macam² ada, sediakan duit je untuk membeli. Kali ni peniaga jual dengan harga yang agak murahlah, mungkin sebab ramai sangat meniaga. Tapi walaupun murah Mas memang tak beli untuk anak², babahnya jugak yang sibuk membeli. Melayang jugaklah RM30 untuk 3 orang anak, kakak je tak mahu sebab dah besar. 


Bab jualan makanan dan minuman, kali ni Mas tak membeli pun. Dah serik dengan harga yang agak cekik poket tu, jadi kami bawak siap² bekalan makanan dan air. Haaa kenalah jimat bila anak² dah ramai ni, lagi pun puashati makan bila bawak bekal sendiri ni. 

Bab hiasan lampu pulak Mas tengok kali ni agak menyerlah dan lebih cantik sikit dari tahun sesebelum ni, banyak hiasan menarik. Pertunjukan light motion pulak adalah perbezaan dari tahun lepas, ada penambahbaikan sikit. Jadi takdelah bosan sangat nak tengok. Pertunjukan bunga api pun meriah, seronok anak² dapat tengok.



Selamat Tahun Baharu 2019!


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com