terkini dan sensasi

Isnin, 21 Januari 2019

Pikat selera anak²!

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² Mas ni bila bab makan kadang² susah jugak nak pikat selera diaorang, kadang tu bila masak nasi satu pot pun susah nak habis. Bila tanya kenapa tak makan, semuanya cakap tak lapar dan takde selera nak makan. Haihhh buntu mama korang ni tau, malas masak baru tau!

Tapi yelah kadang² tu anak² bosan jugak dok makan ikan ayam setiap hari, walaupun masak berbeza² setiap hari. Mas pun muak jugak, lauk telur atau ikan bilis lagi boleh tambah selera. Sebab tu stok kedua² ni kena sentiasa ada, kalau dah masak beria² mereka tak nak makan Mas masak yang ringkas² je. Janji anak² kenyang dan Mas yang masakkan untuk diaorang!


Jadi nak pikat selera makan anak² ni Mas kena masak yang simple je, bukan anak² je yang berselera tapi mama babah pun sama. Contoh masakan ringkas tu macam Sambal Telur atau Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, haaa kalau masak camni ai pun bertambah nasi. Tu yang malas masak selalu, ke laut diet ai nanti. Tapi sebab nak pikat selera anak², semalam Mas masak Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.

Fuhhh sekali sekala masak gini, 2 pot nasi licin tau. Bertambah² anak² makan, berselera sungguh diaorang. Haaa memang seronok tengok diaorang makan, sebab jarang sangat tengok mereka berselera camtu. Sampaikan malam pun nak makan lagi, masak 2 pot pun habis nasi. Cuma masak camni memang mengundang sangatlah, dengan mamanya makan tak ingat. Hahahaa hancur diet!

Tapi apa pun itulah cara Mas nak pikat selera anak², biar mereka kenyang makan baru Mas puashati

2 ulasan:

  1. memang runsing kepala ibu-ibu nak fikir menu makanan yang anak-anak berselera makan kan. Kita kena banyak ain trial and adjust kan kak

    BalasPadam
  2. huurm dap tempoyak dengan ikan bilis. sukaaa jugak. memang kdang2 menu yang simple tu lagi trangkat hehe. ikan masin pun jaaalan =D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com