Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 22 Januari 2019

Kembali ke misi kurus!

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai lamanya dah abaikan misi kurus ni, sampai sekarang masih belum cecah berat 60kg yang diidamkan tu. Mana taknya banyak diet main², kejap semangat kejap tak. Pastu bersenam pun makin malas, sebab itulah berat payah nak turun. Berat tu dok macam yoyo, kejap 70kg dan kejap turun ke 68kg. Pastu naik semula, haihhh geram pulak rasa!

65kg (2017)

Tapi tak boleh buat apa kan, salah diri sendiri. Siapa suruh tak disiplin dan konsisten, kalau buat macam mula² dulu Mas tahu pasti boleh. Tahun 2015 Mas mula berdiet dulu boleh buang 20kg, dari 85kg turun ke 65kg. Seronok masa tu sebab berjaya turunkan berat hingga ke angka 6, walaupun makan masa sampai 2 tahun. Memang bangga dengan diri sendiri!

Sekarang memang Mas jaga makan jugak, tapi tak terlalu disiplin. Kadang bedal jugak makanan manis, masin dan berlemak, sebab itulah berat susah turun. Pastu jarang amalkan senaman, itu yang lagi payah berat nak turun. Walaupun ada penurunan 1kg atau 2kg tapi kadang tak kekal, sebabnya tak disiplin jadi berat tu naik semula. 

Jadi dah seminggu Mas mulakan misi kembali, nak dapatkan berat 65kg dulu. Pastu perlahan² cuba capai target 60kg tu, lama dah idamkan. Jaga makan memang Mas teruskan, macam kawal makan nasi. Pastu air manis memang tak minum dah, air masak dan teh hijau je setiap hari. Lagi satu Mas mula buat Intermittent Fasting, haaa katanya cara ni mudah nak turunkan berat. Awalnya ni Mas buat 14 jam, akhir makan jam 6.30 petang dan mula makan esoknya jam 7.30 pagi. 

70kg (2018), haihhh

Dah seminggu Mas mulakan IF ni, dan alhamdulillah Mas mampu lakukan. Berjaya kawal lapar dan kawal makan, malam memang minum air masak dan teh hijau je kalau rasa lapar sangat. Pagi pulak Mas sarapan dengan buah dan roti gandum je, tengahari baru ambik yang berat kalau rasa lapar. Petang sebelum mula kembali IF, Mas akan minum susu atau ambik sup je. 

Setakat seminggu ni dah berjaya disiplinkan diri dan konsisten, walaupun belum nampak hasil yang banyak tapi badan tu rasalah ringan dan perut takdelah nampak buncit je. Moga Mas akan terus istiqomah untuk misi kurus kali ni, bukan nak kurus yang melampau² tapi nak lebih sihat sebenarnya!

2 ulasan:

  1. Semoga terus konsisten kak untuk mencapai misi. InshaAllah Kak Mas boleh buat

    BalasPadam
  2. hehe marila kita sama2 teruskan misi kita =D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com