Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 29 Jun 2017

Tema raya kami

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai dah masuk 5 Ramadhan, cepat betul masa berlalu. Hari ni hari terakhir Mas di kampung, esok dah gerak balik ke Salak Tinggi sebab husband dah mula bertugas hari Sabtu. Sedihnya rasa, tak puas lagi rasa berkumpul dan beraya dengan adik beradik. Tahun depan dah tak dapat nak berkumpul semua 7 beradik sebab ada yang giliran beraya di rumah mertua.

Korang camne masih sakan beraya ke? Mas macam biasa takdelah beraya sakan sangat, jalan² raya ke rumah saudara mara dan kawan² kat kampung je.


Berbalik pada pemilihan tema raya tahun ni, Mas dan keluarga pilih tema Paprika Red dan Biru Kundang. Mulanya pening jugak nak pilih tema warna apa sebab banyak warna yang husband tak berkenan, memang cerewet dia tu. Pastu bila Mas dok tengok jubah cantik² kat online terus berkenan dengan warna paprika red tu. Tanya husband dia pun berkenan dan setuju.

Jadi masa nak pergi beli baju raya memang semua nak sedondon warna tu, tapi bila tengok balik macam tak cantik je semua warna sama. Terus cadang nak ambil warna biru kundang sebab warna bunga kat jubah ada warna biru. Cari punya cari, padan punya padan terus rasa warna biru kundang tu sepadan dengan paprika red. Apa lagi terus beli dan itulah tema raya kami Syawal tahun ni.


Camne cantik tak padanan warna dia? Bila dalam gambar nampak cantik dan menyerlah kan, macam bendera Johorlah pulak. Hahahaa!




Selasa, 27 Jun 2017

Riang Aidilfitri 2017

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!


Alhamdulillah hari ni dah 3 Syawal, camne hari raya korang seronok tak? Mas seronok sebab dapat puasa penuh, dapat raya dengan husband dan anak², dapat raya dengan semua adik beradik dan dapat jugak raya dengan keluarga mertua. Tahun ni memang semua adik beradik balik ke rumah pusaka arwah mak abah, meriah sangat dari malam raya hingga ke pagi raya. 

Sebelum Mas kongsi gambar raya, nak ceritalah sikit corat coret raya pertama dan raya kedua Mas. Lepas sembahyang raya macam biasalah sesi bergambar, sesi bermaaf dan bagi duit raya. Tahun ni memang balas dendam bergambar sebab tahun lepas takde satu keping pun gambar di pagi raya. Macam² posinglah sampai kamera pun naik penat nak tangkap gambar, hehehee!


Pastu jam 11 pagi Mas gerak ke kampung Tok husband di Pekan dan seterusnya balik ke rumah mak mertua di Kuantan. Mas ada kat Kuantan ni sampai hari Rabu, petang Rabu gerak balik ke Temerloh semula. Hari ni barulah nak pergi beraya rumah sedara mara husband sebab semalam seharian terlantar akibat sakit perut. Itulah akibat degil jugak nak makan rendang daging walaupun memang dah tahu tak boleh makan. Walaupun jamah sikit je tapi kalau perut memang alah pada rendang daging jadi tanggunglah sendiri.

Itulah cerita raya Mas, jom tengok gambar riang ria raya kami pulak.



6 beradik

4 mak dara vogue

bersama 2 orang adik ipar

6 beradik je di pagi raya, keluarga abang beraya rumah mertua



Khamis, 22 Jun 2017

Kek Aiskrim KitKat Oreo

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh berjaya jugak buat kek ni semalam untuk hari jadi anak dara, dan yang paling seronok dia suka sangat. Adik²nya pun tumpang seronoklah dapat makan kek aiskrim yang dah lama suruh mama buat. Airis lagilah, tak sabar tunggu kek keras dah ajak makan, hehehee!

Jadi hari ni Mas nak kongsikan cara buat Kek Aiskrim KitKat Oreo tu, mana tau korang nak buat untuk hari jadi anak². Bajet tak mahal mana pun, dalam RM30 je. Kalau beli kek kat luar, ½ kg kek dah dekat RM50 harga. Pastu kek aiskrim ni tak muak makan, anak² lagilah suka dapat makan aiskrim. 

Ini Mas kongsikan bahan² dan cara membuatnya, senang tak perlu kukus atau bakar. Siap dalam masa ½ jam dan boleh letak je dalam peti ais bagi keras. 


Bahan-bahan
10 pek KitKat
2 pek biskut Oreo 
1 bekas aiskrim (beli perisa Neapolitan yang ada 3 perisa)

Cara² membuatnya
1. Letakkan KitKat secara menegak di sekeliling loyang. Mas guna loyang bulat yang cukup untuk 10 keping KitKat. Kalau loyang lagi besar kena guna lebih. 

2. Kisar atau tumbuk 1½ pek biskut Oreo dan letakkan di lapisan bawah loyang. Ratakan supaya nampak padat. Kalau nak isi lebih pun boleh, ikut mana yang kita suka. 


3. Letakkan aiskrim lapisan demi lapisan dimulai dengan perisa strawberi, vanilla dan kemudian coklat. Ratakan supaya aiskrim padat dan tidak bercampur antara satu sama lain.

4. Akhir sekali susun 10 keping atau lebih biskut Oreo dan Kit Kat di atas sekali. Nak letak coklat rise, coklat cip atau coklat M&M pun boleh. Ikut mana yang kita suka. 


5. Dah siap bolehlah letak dalam freezer hingga aiskrim betul² keras.
Nota: Mas terpaksa patahkan sikit KitKat tu sebab tak sama tinggi dengan loyang, nampak tak cantik sikitlah. Jadi kalau nak cantik guna loyang yang sama tinggi dengan KitKat tu. 

Mudah je kan? Selamat mencuba!


Rabu, 21 Jun 2017

Selamat Hari Lahir Kakak

Assalamualaikum...(^ ^)

21/06/2017, Selamat Hari Lahir Nur Atikah Asyikin!

Besar dah anak dara mama, 14 tahun dah umur hari ni. Sedar tak sedar nanti dah masuk universiti pastu dah nak kahwin, alahai pantas masa berlalu. Moga mama dan babah dipanjangkan umur dan sempat lalui saat² itu dengan kakak!


Seperti biasa kalau birthday anak² memang Mas tak buat sambutan yang meriah pun, cukuplah raikan ajak makan kat luar dan belikan kek. Tapi memandangkan sekarang ni bulan puasa, Mas akan masakkan menu istimewa sikit hari ni dan buatkan kek untuk dia. Kebetulan pulak hari ni dia dah boleh balik dari asrama, jadi bolehlah raikan masa buka puasa nanti.

Nak masak menu apa belum ada idea lagi ni, cadang masak apa yang kakak Atikah suka makan. Pastu kek pulak nak buat kek aiskrim je, senang dan itu jelah yang Mas pandai buat. Hehehee, lagi pun anak² pasti suka terutama si Airis. Nanti laju jer dia cakap itu kek untuk birthday dia! 


Untuk kakak, mama doakan semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Moga berjaya dalam pelajaran dan dapat kejar cita² yang diimpikan. Mama mintak maaf kalau selalu garang dan marah², bukan tak sayang tapi nak yang terbaik untuk anak mama. Mama, babah dan adik² sayang kakak!

Selasa, 20 Jun 2017

Persiapan balik raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh esok hari terakhir kerja, khamis dah cuti. Yahuuu mood raya, mood raya! 


Tahun ni Mas rasa seronok nak raya, yelah tahun lepas raya dalam keadaan alahan mengandung yang teruk jadi memang takde mood langsung. Pastu lepas raya keguguran pulak, lagilah takde rasa nak raya. Tahun ni sekali lagi diberi rezeki mengandung dan alhamdulillah dalam keadaan dah takde alahan, jadi rasalah keseronokan nak raya tu. Pastu husband pulak dapat cuti raya setelah 3 tahun tak cuti, mestilah lagi bermakna raya tu kan?

Persiapan nak balik raya memang tak buat apa² lagi, Khamis ni mula cuti barulah nak mula mengemas beg. 3 orang anak dah 3 beg, campur beg laki bini dah jadi 4 beg. Belum masuk bantal, toto, kipas dan macam² lagi, memang penuhlah bonet kereta. Setiap kali balik raya memang kena angkut semua tu sebab adik beradik ramai, mesti tak cukup tilam, bantal dan kipas. Lagilah tahun ni semua 7 beradik beraya di Temerloh, memang penuhlah rumah arwah mak abah!


Pastu kereta pun husband dah siap servis, ini wajib sebab nak balik jauh kan. Lagilah Mas balik dengan anak² je, benda inilah kena utamakan. Kalau husband ada sekali tu tak risau sangat, ni dia balik kemudian. Bab servis kereta ni memang penting sebab kita tak tau apa bakal berlaku. Jangan sayang duit nak hantar servis, kang tersadai tepi lebuhraya lagi haru kan?

Lagi satu waktu nak balik raya tu kena rancang jugak supaya tak tempuh kesesakan yang agak extreme. Mas memang jenis suka gerak pagi² dalam pukul 8.30 atau 9.00 pagi sebab waktu tu cuaca belum panas dan kesesakan jalanraya agak kurang. Biasanya waktu sahur dan pukul 4 petang ke atas tu memang akan jammed teruk sebab ramai nak balik waktu boleh makan. Mas akan gerak balik ke Temerloh Jumaat pagi, keadaan sesak tu memang tetap ada tapi waktu tu tak teruk sangat. Biasa akan sesak kat tol Bentong dan Genting Sempah, pastu jalan dah lancar. Ini ikut pengalaman balik tahun² lepas, sebab itulah Mas suka gerak waktu pagi!

Kepada korang yang nak balik raya Khamis atau Jumaat ni harap bersedia dari segi mental dan fizikal. Mental sudah tentu nak hadap jammed kan, jadi kena banyak sabar dan janganlah potong di laluan kecemasan. Fizikal pulak dari segi keadaan diri kita, biar cukup rehat dan tidur. Kalau mengantuk berhenti dulu, biar lambat sampai janji selamat. 

Isnin, 19 Jun 2017

6 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh sekejap je usia kandungan dah nak masuk 6 bulan, lagi 3 bulan je lagi bakal lahirkan anak tercinta. Perasaan masih rilek² lagi, nanti dah dekat waktu bersalin barulah gementar semacam walaupun dah 3 kali beranak. Hehehee itu wajib sebab lepas beranak lupa dah camne sakit tu! Persiapan barang² baby pun satu apa lagi tak beli, masih awal lagi kot. Kita beraya sakan dulu, lepas raya nanti dah masuk 7 bulan baru kita mula beli sikit². 


Alhamdulillah check up minggu lepas baby sihat walafiat, aktif sangat menendang. Masa doktor scan semacam je dia dok tendang, nampaklah kaki tu dok bergerak² dalam perut. Doktor pun senyum je dan cakap, "Kemain anak awak ni, aktifnya!" Hehehee, camtulah hari² doktor. Sampai Airis pun siap cakap, "Mama baby tu main bola dalam perut mama!"

Sekarang baru nak masuk 23 minggu, minggu depan genaplah 6 bulan. Tapi kawan² masih dok cakap perut tak nampak lagi, padahal Mas rasa dah ke depan dah perut ni. Rasa berat je dah! Mungkin sebab badan makin nampak kurus kot, tu yang perut tak nampak sangat. Pastu berat pun memang tak naik banyak, timbang check up hari tu baru 69kg. Naik 1kg je dari berat sebelum mengandung, padahal makan nasi hari² puasa ni. Takpelah janji anak mama sihat kan, berat dia pun dah 470 gram! 


Puasa pulak alhamdulillah masih penuh lagi, lega dipermudahkan segalanya. Walaupun kadang rasa lapar sangat dan penat semacam tapi Mas mampu bertahan, dan takde apa² yang memudaratkan diri. Moga terus sihat hingga melahirkan!

Sabtu, 17 Jun 2017

Selamat Hari Jadi Abang!

Assalamualaikum...(^ ^)

17/6/2017, Selamat Hari Jadi Abang.


Mas doakan abang panjang umur, sentiasa diberi kesihatan, murah rezeki dan sentiasa jadi suami dan babah yang terbaik untuk Mas dan anak². Sayang abang hingga ke syurga!

Hari ni birthday husband Mas, takde buat sambutan apa² pun. Bulan puasa kan, jadi kena bersederhana je. Mula cadang jugak nak makan di luar tapi kakak Atikah takde, jadi rasa tak seronok pulak. Jadi kami raikan kat rumah je tanda ingatan untuk husband! 


Pastu buka puasa nanti Mas masak apa yang husband nak makan dan buatkan kek untuk dia. Takdelah kek istimewa sangat pun, kek yang mudah dan yang Mas pandai buat je. Janji dari air tangan sendiri tanda kasih sayang, itu dah memadai kan? Menu yang husband nak makan pulak Masak Lemak Ikan Masin Nenas dan Sambal Ikan Bilis Petai, walaupun menu biasa² je tapi kita masak sendiri untuk husband ia akan jadi istimewa kan? 

Sekali lagi, happy birthday! Kami semua sayang abang.


Jumaat, 16 Jun 2017

Perbelanjaan raya anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila fikir bab belanja raya ni kadang buat kita pening jugak, terutama di zaman ekonomi makin dahsyat ni. Dengan GST nya dan harga naik lagi, kadang dah buat bajet pun masih tak cukup kan? Jadi kenalah pandai dan bijak berbelanja, buat ala kadar dan setakat yang termampu dan diperlukan je.

Macam Mas bila bab perbelanjaan raya ni sudah tentu akan lebih ke anak² je, Mas dan husband baju sepasang sorang cukuplah. Lagi pun anak² yang seronok nak raya kan, kita yang dah dewasa seronok tengok anak² gembira je. 


Mulanya Mas bajet nak beli baju sepasang sorang je untuk anak², memandangkan bajet agak terhad tahun ni. Niat nak suruh mereka pakai baju biasa yang lama² je! Tapi bila anak² cakap, "Alaaaaa mama baju lama dah lusuh, nak jugaklah baju baru 1-2 helai". Haihhhh sebak pulak bila anak² cakap camtu, dahlah mereka tak sabar nak beraya. Jadi kami kena usahakan jugak cari bajet untuk beli. Siapa tak nak tengok anak² gembira kan?

Jadi hujung minggu ni misi mencari baju biasa dan seluar untuk anak², dapat 1-2 helai sorang jadilah. Pilihan Mas tentulah pergi kedai yang jual dengan harga yang murah, janji baju cantik dan berkualiti. Lagi pun anak² makin membesar tak perlulah nak beli mahal² sangat. Dapat pakai dan bergaya di hari raya itu dah memadai. 

Bajet Mas tetapkan siap², sorang RM100 je untuk baju, seluar dan kasut. Itupun dah RM300 untuk 3 orang, fuhhh! Memang dapat bonus dan gaji awal tapi kena berjimat cermat oiiiii, kang lepas raya makan maggi je hari². 

Korang camne, banyak ke belanja raya untuk anak²?

Khamis, 15 Jun 2017

Perginya mereka di bulan Ramadhan

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila dah masuk 20 Ramadhan ni hati tetiba jadi sayu, lagi 10 hari je kita akan berada di bulan mulia ni. Mula terfikir cukupkah amalan yang dibuat dalam bulan Ramadhan ni, diterima tak amalan kita? Moga segala amalan yang kita amalkan diterima dan diberkati oleh Allah SWT! 

Satu lagi yang buat hati Mas sayu ialah bila teringat kenangan bersama arwah abah mak, terlalu banyak yang indah. Mana taknya setiap kali puasa dan nak raya merekalah orang paling sibuk, buat persiapan untuk anak². Baju raya kami wajib mak jahit sendiri, pastu juadah raya seperti lemang, rendang, dodol dan wajik pun wajib abah buat sendiri. Haaaaa seronok sangat masa tu, meriah dari pagi hinggalah ke malam raya!


Tapi keseronokan itu tidak dapat dikecapi selamanya, mereka berdua telah pergi menghadap Ilahi dalam bulan Ramadhan yang mulia. Arwah abah sakit lama, lebih kurang 6 bulan kalau tak silap. Doktor kata masalah hati, lama duduk di hospital tapi akhirnya doktor suruh bawa balik sebab tak boleh buat apa² dah. Lepas 6 bulan terlantar pada 22 Ramadhan 2004 abah pergi meninggalkan kami, sedih wooo lagi 8 hari nak raya masa tu. 

Pastu arwah mak pun sama, dijemput Ilahi di bulan mulia. Mak sakit tak lama, sehari sebelum puasa dia kena serangan jantung secara tiba². Masuk hospital di Temerloh dan koma lebih kurang 2 minggu. Pastu dia sedar kembali dan beransur sihat, jadi doktor benarkan keluar hospital tapi kena rujuk ke IJN. Jadi Mas bawa dia tinggal bersama sebab kat kampung dah tiada siapa², senang sikit nak pantau kesihatan dia. Tapi hanya 3 hari sahaja Allah bagi peluang kami bergembira, berpuasa dan berbuka bersama² mak, pastu tetiba dia kena serangan jantung kali kedua. Terus masuk hospital dan koma lebih kurang seminggu, dan pada 27 Ramadhan 2007 mak pergi meninggalkan kami selama²nya. Allahuakbar lagi 3 hari nak raya masa tu, sedih dan pilu hanya Allah yang tahu.


Hari ni dah 13 tahun abah pergi dan 10 tahun mak pergi, namun rindu pada mereka tak pernah hilang terutama bila tiba bulan Ramadhan. Al-Fatihah untuk arwah abah, Saari bin Sinong dan arwah mak, Faziah bt Abd Rahman. Moga ditempatkan di kalangan para solihin di dalam syurgamu Ya Allah! 

Rabu, 14 Jun 2017

Pilihan baju raya sedondon

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa lagi 10 hari je kita nak sambut Aidilfitri, baju raya dah beli ke belum? Tema raya pulak dah pilih ke, pastu raya sedondon atau warna warni? 


Kebanyakkan orang terutama yang dah berkeluarga pasti akan memilih baju raya sedondon kan? Yelah nak nampak cantik dan berseri² di pagi raya, pastu bila bergambar nampak menarik je. Kadang tu ada yang satu keluarga termasuk adik beradik dan ipar duai pakai baju raya sedondon, meriah je tengok! Macam Mas pun boleh dikatakan setiap tahun akan beli baju raya sedondon, nampak cantik dipakai bila di pagi raya. Nak pulak bila dah ada anak² lagilah kita nak baju sedondon kan, baru nampak satu keluarga bahagia. Tak gitu, hehehee!

Cuma nak cari baju sedondon ni memang payah sikit, terutama dari segi warna. Nak cari warna yang betul² sama tu memang susah nak dapat, kecuali pergi kedai kain ela dan beli sekayu kain terus. Hehehee, itu mesti sama je dari ayah hinggalah ke anak. Tak pun pergi kat pasaraya Mydin, mesti ada jual baju sedondon untuk satu keluarga.


Tapi Mas takdelah nak cari warna yang betul² sama untuk satu keluarga, biasanya yang nampak seakan² sama. Kadang tu yang perempuan warna lain, yang lelaki pulak warna lain. Nampak cantik jugak kalau gabungkan 2 warna kan? Macam tahun lepas kami pilih warna merah untuk perempuan dan coklat untuk lelaki. Tahun ni pun 2 warna, nanti raya baru bagitau. 

Ini antara baju sedondon Mas di pagi raya. Korang camne, sedondon ke tak raya tahun ni?




Selasa, 13 Jun 2017

Hari² masak, tak bosan ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Kadang² orang cakap bulan puasa ni selera kita lain macam sikit dari hari² biasa, tekak tu terasa nak makan lain dari lain. Pastu kalau hari² makan masakan sendiri pun bosan jugak, sekali sekala nak buka puasa di luar. Pastu nak merasa beli juadah di bazar Ramadhan. 

11 Ramadhan | Ikan Percik, Kerabu Jantung Pisang + Kacal Botol, Sagu Kelapa


Mas akui memang betul jugak situasi tu. Kadang memang bosan makan masakan sendiri, lagilah bila buntu nak fikir apa yang nak dimasak. Tapi setakat 17 Ramadhan, Mas masih memasak hari² untuk juadah berbuka. Kuih pun Mas buat sendiri, belum pernah lagi membeli. Pastu setakat ni apa yang dimasak berselera je husband dan anak² makan, habis je lauk setiap kali masak. Mas pulak memang jenis tak memilih sangat kalau makan, apa yang dimasak itulah yang Mas makan. 

Bab nak memilih juadah apa untuk dimasak tu, memang setiap hari buntu nak fikir. "Apalah nak masak hari ni", pastu kadang tu dah pukul 4 petang barulah datang idea apa nak dimasak. Tapi kadang² banyak pulak menu yang terfikir untuk masak, siap boleh senaraikan untuk 2-3 hari masak. Hehehee, itu bergantung pada kecergasan otaklah!

12 Ramadhan | Sambal Ikan Bawal Petai, Tumis Air Bayam, Telur Masin


Jadi setakat 17 Ramadhan, Mas masih belum rasa bosan lagi memasak. Hari² bersemangat dan seronok dapat masak untuk husband dan anak² walaupun kadang tu badan rasa penat sangat. Tapi bila tengok mereka berselera makan, hilang semua rasa bosan dan penat tu. Rasa berbaloi dan lebih bersemangat fikir apa juadah nak masak untuk esok, pastu boleh banyak berjimat! 

Menu hari ni dah fikir dah, awal pulak datang idea. Hehehee!

13 Ramadhan | Paprik Campur, Telur Dadar, Lepat Pisang

14 Ramadhan | Pajeri Nenas, Daging BBQ, Pedal Goreng Berlada, Buah Mangga

16 Ramadhan | Sup Sayur Brokoli + Cendawan, Ikan Kerisi Goreng Berlada, Kuih Kaswi

Isnin, 12 Jun 2017

Rafael Nadal juarai Terbuka Perancis kali ke-10

Assalamualaikum...(^ ^)

Dulu Mas tak minat pun tengok sukan tenis ni, kalau ada kejohanan dunia pun memang tak pernah menonton. Tapi Mas minatlah pemain² tenis handal dunia seperti Pete Sampras, Roger Faderer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic . Selalu jugaklah ikuti perkembangan mereka walaupun tak pernah menonton mana² perlawanan tenis.

Pastu ada sekali tu husband ajak Mas menonton perlawanan tenis. Dia cakap seronok main tenis ni, sekali dah tonton mesti akan minat. Betullah kata husband, sejak dia ajak tengok tu terus terminat. Lagi² bila dah faham cara permainan tenis ni, camne mata dikira dan corak permainannya. 


Salah satu kejohanan yang Mas suka tengok ialah Terbuka Perancis di gelanggang tanah liat Roland Garros. Dikatakan gelanggang ini adalah yang tersukar buat pemain berbanding gelanggang biasa. Hanya yang mahir dan berpengalaman sahaja mampu bertahan hingga ke peringkat akhir. Dan pemegang juara terbanyak di Roland Garros ini adalah Rafael Nadal, 9 kali dia menjuarai Terbuka Perancis (tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014).

Pastu semalam dia telah menjuarai Terbuka Perancis buat kali ke-10 setelah berjaya mengalahkan Stan Wawrinka di peringkat akhir. Mas tak ketinggalan menontonnya, dari mula hingga akhir. Ternyata Nadal memang hebat beraksi di gelanggang tanah liat tu, 3 set berturut² dia menang. Fuhhh memang terbaiklah dia, bukan senang nak pegang gelaran juara sebanyak 10 kali di gelanggang yang sama. 

Tahniah Rafael Nadal, moga terus cemerlang! 


Ahad, 11 Jun 2017

Pembuka selera : Masak Tempoyak Pucuk Ubi + Petai

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh dah lama tak buat masak tempoyak ni, bukan apa susah betul nak cari pucuk ubi, petai dengan tempoyak. Semalam satu Nilai dengan Salak Tinggi husband cari nak beli barulah jumpa, tapi harga jangan cakaplah memang mahal sikit. Benda susah nak cari kan? 


Mas memang suka buat Masak Tempoyak Pucuk Ubi + Petai ni, kira menu wajib jugaklah kalau bulan puasa. Itulah pembuka selera yang boleh bertambah nasi 2-3 pinggan, husband dan anak² pun suka. 

Jadi Mas nak kongsikan resepinya, mana tau korang takde idea nak masak apa hari ni kan? Bolehlah cuba masak tempoyak ni, senang je!

Bahan-bahan
Seikat pucuk ubi kayu (dihiris kasar)
3 papan petai
3 batang serai (sebatang diketuk dan 2 batang dihiris nipis)
Sebiji lada besar (dihiris)
Segenggam ikan bilis
Semangkuk santan pekat
3-4 sudu tempoyak 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
Garam, kunyit dan asam keping


Cara² membuatnya
1. Celur pucuk ubi kayu dan serai lebih kurang 5 minit sehingga layu. Kemudian bila dah agak layu daunnya buangkan air rebusan. Pastu masukkan cili api, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus bersama. 

2. Kemudian masukkan petai, lada besar, serai yang diketuk, ikan bilis, tempoyak, semangkuk santan dan sesudu kecil kunyit. Gaul sebati dan masak di atas api sederhana. Bila dah menggelegak, masukkan garam dan asam keping. Perasakan supaya ada rasa masin dan masam. Masak sehingga kuah sedikit pekat. 

Tips: Kalau ada daun kaduk pun boleh diisi dalam 10 helai, sedap! Tapi semalam Mas cari tak jumpa, susah nak cari kat kawasan bandar ni.

Selamat mencuba!

Jumaat, 9 Jun 2017

Jumpa Pakar Pemakanan gara² HB rendah

Assalamualaikum...(^ ^)

5/6/17 lepas Mas kena jumpa Pakar Pemakanan untuk diberi kaunseling pasal pemakanan sihat untuk ibu hamil, lagi pun Mas kan ada sejarah GDM masa mengandung Airis dulu. Jadi doktor suruh jumpa jugak untuk Mas lebih kawal pemakanan masa hamil ni, supaya sejarah GDM tak berulang. 

Pastu masa check up 4 bulan hari tu Mas perasan yang HB turun agak drastik dari 13.1 ke 10.6, tapi masa jumpa doktor dia tak cakap apa² pun pasal HB tu. Jadi Mas andaikan takde apa²lah kot sebab Mas memang tak pernah ada masalah HB masa mengandung.


Tapi bila jumpa jururawat kat kaunter untuk ambil tarikh temujanji dengan Pakar Pemakanan dia kata kena jumpa jugak pasal HB rendah tu. Katanya dah rujuk doktor dan memang kena dapatkan kaunseling dari pakar sebab HB turun agak rendah. Hurmmm akur jelah, mungkin masa jumpa doktor dia tak perasan sangat result HB Mas tu. 

Jumpa Pakar Pemakanan 5/6 tu dapatlah 2 kaunseling, satu pasal GDM dan satu lagi pasal HB rendah. Memang kena betul² jaga pemakanan, dan pasal HB rendah kena amalkan makan banyak protein dan sayuran hijau. Mas akui hamil kali ni memang Mas kurang suka makan ikan, ayam dan sayur. Tekak memang susah nak terima, lagi² masa 4 bulan pertama mengandung. Agaknya sebab itulah HB boleh turun mendadak!

Tapi alhamdulillah sekarang dah boleh makan sikit² ikan, ayam dan sayur, takde dah rasa loya². Pastu Mas banyakkan makan hati ayam dan sayur bayam, katanya boleh tambah darah dan HB akan kembali normal. Vitamin Obimin memang doktor ada bekalkan tapi alahai susah betul nak makan, bukan apa kalau makan mesti pening dan loya². 

15/6/17 ni ada temujanji untuk check up 5 bulan, haraplah masa tu HB dah kembali normal. Kalau tak mesti kena bising dengan doktor ni! 

Khamis, 8 Jun 2017

Husband dapat cuti raya

Assalamualaimkum...(^ ^)

Masa nak mohon cuti raya Mas pilih bercuti dari 22/6 hingga 30/6, pastu bos pun terkejutlah kenapa cuti lama sangat. Terus jawab, "Tahun ni husband saya dapat cuti raya bos, jadi kena cuti lama sikit!" 

Yelah dari tahun 2014-2016 husband Mas tak balik raya tau, dah 3 tahun. Kalau ikutkan dia diberi cuti raya 2 tahun sekali, sepatutnya tahun lepas dia memang balik beraya. Tapi tetiba sehari sebelum raya dia bagitau tak dapat balik sebab cuti dibatalkan kerana kekurangan anggota. Masa tu dah siap² kemas beg tau nak balik, Mas dan anak² dah ada kat kampung. Memang dia kecewa sangat masa tu sebab dah teruja nak balik jumpa mak ayah setelah 2 tahun tak balik raya, tapi demi tugas terpaksa akur. Akhirnya jadilah 3 tahun tak balik, menangis mak dia pagi raya tu. Sob³ sedih!


Mas pulak mestilah sedih bila dengar tetiba tak boleh balik, yelah kita dan anak² pun dah seronok dia ada raya bersama. Tapi nak buat camne, kena redha demi tugas dia sebagai anggota bomba. Memanglah dah terbiasa dia takde di pagi raya kalau tak bercuti, cuma bila cuti dibatalkan saat akhir tu yang sebak. Dengan dah siap²kan baju raya dia pastu dah rancang nak raya kemana, tetiba semua tu takde. Mau tak sedih kan?

Jadi tahun ni dia dapat bercuti dari 24/6 hingga 30/6, seminggu jugaklah. Macam biasa 23/6 Mas akan balik dulu dengan anak², pastu 24/6 dia akan balik naik bas. Bolehlah beraya di kampung Mas kat Temerloh dan kampung dia di Kuantan. Kami pun dah tak sabar nak beraya dengan mak ayah dan adik beradik husband setelah 3 tahun tak raya bersama. 

Doa dan harapan Mas moga cuti husband dipermudahkan, janganlah tetiba saat² akhir cuti dibatalkan. Bukan minta ia berlaku tapi takut sangat kalau terjadi macam tahun lepas. Jadi nak tak nak kami kena bersedia dengan apa kemungkinan lebih awal supaya tak terlalu kecewa. 

Rabu, 7 Jun 2017

Dapat jugak Nokia 3310 baharu

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila tahu Nokia ada keluarkan model 3310 baharu terus cakap kat husband, "Jom beli untuk Atikah!". Hehehee, memang menggamit memori betul Nokia 3310 ni. Dulu Mas pernah guna, masa tu memang peminat koleksi handphone Nokia. 

Pastu yang menarik minat Mas nak beli sebab Nokia 3310 baharu ni boleh install aplikasi whatsapp, jadi senang sikit nak mesej dengan anak² kalau Mas dan husband bekerja. Pastu nak buka Facebook pun boleh tapi kena buka melalui Google Chrome. Oklah kan, sesuailah untuk Atikah nak guna. 

Takde banyak beza pun Nokia 3310 baharu ni dengan yang lama, cuma ianya lebih nipis, ringan dan boleh Dual SIM. Pastu skrinnya pun lebih besar dan berwarna. Memori dalaman pulak cuma 16MB tapi ada disediakan slot untuk microSD sehingga 32GB. Jadi kalau nak install aplikasi whatsapp memang kena beli SD Card dulu, barulah boleh guna. 


Kamera pun ada tau, tapi takdelah canggih mana pun cuma 2MP je. Nak selfie atau wefie ke memang tak boleh ye, takde kamera depan. Apa lagi fungsinya ek, haaaaa ada FM Radio, bolehlah nak dengar waktu bosan². Lagi satu yang menarik Nokia 3310 baharu ni masih kekalkan games seperti dalam nokia lama dulu, terutamanya game klasik Snake. Haaaaa memang syoklah dapat main semula games ni yang telah dimodenkan sikit. Berebut² anak² Mas nak main!

Beli kat mana? Mula² puas jugak kami survey kat mana ada jual, semua kedai telefon kami tanya. Kebanyakkan kedai memang takde stok, laku macam pisang goreng panas! Akhirnya semalam husband dapat beli kat kedai di Seremban, haaa jauh tu cari. Itu pun ada satu je lagi stok, nak warna merah tapi dapat warna blue black. Harga kami dapat RM120, ada telefon, charger dan earphone serta warranty selama 1 bulan. Jadi puashatilah dapat beli!

Kalau korang berminat nak beli kenalah pandai cari. Yang jual online pun ada cuma kena tengok betul², pastikan mereka jual yang original. 

Selasa, 6 Jun 2017

Pembuka selera : Tumis Nenas Cincang

Assalamualaikum...(^ ^)

5 Ramadhan hari tu Mas ada kongsikan juadah berbuka puasa di Instagram dan salah satu menunya ialah Tumis Nenas Cincang. Ini memang menu wajib Mas buat setiap kali berpuasa atau hari² biasa. Sebab menu sebeginilah yang boleh membuka selera kita untuk makan ketika berpuasa ni. Lagi pun juadah berbentuk sambal tumis ni lebih sedap dimakan dan jugak mudah disediakan. 


Macam Mas memang suka sediakan menu tumis², sambal atau goreng² dalam bulan puasa ni. Di samping ringkas dan mudah disediakan itulah yang boleh memikat selera untuk makan. 

Jadi Mas nak kongsikanlah resepi Tumis Nenas Cincang ni, mana tau boleh dijadikan menu berbuka puasa korang hari ni. Mudah sangat nak sediakan, ½ jam dah boleh siap dan bahan² pun tak banyak.

Bahan-bahan
Sebiji nenas masak (dicincang kasar)
2 genggam ikan bilis
10 biji cili kering (dikisar)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebatang serai (diketuk)
2 keping asam gelugur
Garam, gula dan serbuk Pasti Sedap


Cara² membuatnya
1. Tumiskan bawang putih dan bawah merah sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga cili sedikit garing. 

2. Pastu masukkan nenas yang telah dicincang. Masak sehingga air dari nenas tersebut kering sedikit. Kemudian masukkan ikan bilis dan serai. Tambahkan asam gelugor, garam secukup rasa dan serbuk Pasti Sedap. Gula boleh masukkan sedikit, jangan banyak sangat sebab nenas pun dah rasa manis.

3. Masak sehingga sedikit kering. Kalau suka ada kuah bolehlah tambah sedikit air. 

Itu saja bahan² dan cara² membuatnya, mudah kan? Selamat mencuba.

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com