Terkini dan Sensasi

Selasa, 20 Jun 2017

Persiapan balik raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh esok hari terakhir kerja, khamis dah cuti. Yahuuu mood raya, mood raya! 


Tahun ni Mas rasa seronok nak raya, yelah tahun lepas raya dalam keadaan alahan mengandung yang teruk jadi memang takde mood langsung. Pastu lepas raya keguguran pulak, lagilah takde rasa nak raya. Tahun ni sekali lagi diberi rezeki mengandung dan alhamdulillah dalam keadaan dah takde alahan, jadi rasalah keseronokan nak raya tu. Pastu husband pulak dapat cuti raya setelah 3 tahun tak cuti, mestilah lagi bermakna raya tu kan?

Persiapan nak balik raya memang tak buat apa² lagi, Khamis ni mula cuti barulah nak mula mengemas beg. 3 orang anak dah 3 beg, campur beg laki bini dah jadi 4 beg. Belum masuk bantal, toto, kipas dan macam² lagi, memang penuhlah bonet kereta. Setiap kali balik raya memang kena angkut semua tu sebab adik beradik ramai, mesti tak cukup tilam, bantal dan kipas. Lagilah tahun ni semua 7 beradik beraya di Temerloh, memang penuhlah rumah arwah mak abah!


Pastu kereta pun husband dah siap servis, ini wajib sebab nak balik jauh kan. Lagilah Mas balik dengan anak² je, benda inilah kena utamakan. Kalau husband ada sekali tu tak risau sangat, ni dia balik kemudian. Bab servis kereta ni memang penting sebab kita tak tau apa bakal berlaku. Jangan sayang duit nak hantar servis, kang tersadai tepi lebuhraya lagi haru kan?

Lagi satu waktu nak balik raya tu kena rancang jugak supaya tak tempuh kesesakan yang agak extreme. Mas memang jenis suka gerak pagi² dalam pukul 8.30 atau 9.00 pagi sebab waktu tu cuaca belum panas dan kesesakan jalanraya agak kurang. Biasanya waktu sahur dan pukul 4 petang ke atas tu memang akan jammed teruk sebab ramai nak balik waktu boleh makan. Mas akan gerak balik ke Temerloh Jumaat pagi, keadaan sesak tu memang tetap ada tapi waktu tu tak teruk sangat. Biasa akan sesak kat tol Bentong dan Genting Sempah, pastu jalan dah lancar. Ini ikut pengalaman balik tahun² lepas, sebab itulah Mas suka gerak waktu pagi!

Kepada korang yang nak balik raya Khamis atau Jumaat ni harap bersedia dari segi mental dan fizikal. Mental sudah tentu nak hadap jammed kan, jadi kena banyak sabar dan janganlah potong di laluan kecemasan. Fizikal pulak dari segi keadaan diri kita, biar cukup rehat dan tidur. Kalau mengantuk berhenti dulu, biar lambat sampai janji selamat. 

3 ulasan:

  1. lah org temerloh gak ke..same la kite

    BalasPadam
  2. betul tu..mmg kena mentally prepared ni..walaupun sy bukan driver,tp nak tempuh perjalanan jauh ni dengan sarat lagi mmg berdebar jugaklah..nasib xde sesiapa tumpang..bleh buat apa-apa aktiviti bebas..hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com