Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 30 Jun 2019

Penutup raya di BSM!

Assalamualaikum...(^ ^)


Jumaat baru ni adalah jamuan raya terakhir di BSM, cawangan boss Mas lah penutupnya. Tahun ni kami di BSM tak buat jamuan raya untuk satu BSM tapi mengikut cawangan, ada 3 cawangan jadi ada 3 jamuan raya. Haaa syok jugak bila buat asing² camni, buat pergi 3 kali jamuan. Nampak seronok sikit!

Cawangan boss Mas ni ada 3 unit, jadi setiap unit tu bahagi²lah juadah apa nak buat. Pastu semua pegawai dan staf akan bagi sumbangan untuk sediakan juadah, haaa dapat macam² juadah bila berkongsi camni. Memang meriah menu hari tu, ada Nasi Kukus, Laksam, Laksa, Lemang + Rendang, Satay + Nasi Impit, Kuih Muih, Buah-buahan dan pelbagai jenis air. 



Pastu ada jugak mereka buat sesi cabutan bertuah, ada 50 hadiah semuanya. Pastu yang menariknya ada 2 hadiah duit raya, RM50 tau. Tapi Mas tak bertuah nak dapat duit raya, dapat hadiah biasa je. Takpelah janji bertuah kan, walaupun nama terakhir yang dicabut. Hehehee tak sangka bertuah jugak!

Cuma ada yang sedih sebab itu jamuan raya terakhir Mas di BSM, haaa kenapa lak yer? Nantilah esok Mas cerita, sebak dan sedih ni!


Isnin, 24 Jun 2019

S Great Grain : Menu sarapan dan diet sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa mesti korang dah baca entri yang Mas kongsi pasal Surya S Great Grain, minuman kesihatan berkhasiat. Kali ni Mas nak kongsi pulak review Mas amalkan minum S Great Grain ni sebagai sarapan sihat dan sebagai menu sahur sepanjang berpuasa hari tu. 



Jom sarapan dengan S Great Grain
Bila dah habis bulan puasa, Mas tetap amalkan minum S Great Grain untuk kekalkan berat badan. Yelah sepanjang bulan raya kan banyak open house dan jemputan makan² dari kawan², jadi untuk elakkan terlebih makan Mas akan ambil secawan S Great Grain sebagai sarapan setiap pagi. 

Kandungan serat yang tinggi di dalamnya mampu buat Mas kekal kenyang lebih lama, jadi bila nak makan kat open house tu memang tak lalu sangat sebab perut rasa penuh je. Kalau tak makan sangat pun boleh kenyang tau sehingga waktu petang! 


Kekal bertenaga sepanjang puasa
Kalau berpuasa Mas memang jarang bersahur dengan makanan berat, dah biasa minum air kosong dan makan 3 ulas kurma je. Tapi sejak Mas tahu S Great Grain ni bagus dijadikan menu bersahur, terus Mas amalkan. Kandungan 18 jenis bijirin dan 5 bahan istimewa di dalamnya mampu membuat Mas kenyang lebih lama sepanjang berpuasa. Pastu badan rasa lebih bertenaga dan kurang rasa letih. 

Lagi pun ia mudah disediakan, sebab itulah ianya menu sahur yang sangat sesuai. Hanya perlu bancuh dengan segelas air suam, dah boleh terus diminum. Rasanya jugak sedap dan  berbau wangi, serta tinggi kandungan protein!


Selain sebagai menu berkhasiat semasa sahur, S Great Grain jugak sesuai untuk Mas yang berdiet ni. 18 jenis bijirin di dalamnya merupakan sumber serabut diet dan dapat membantu pengurusan berat badan yang sihat. Haaa terbukti ianya membantu Mas turunkan berat badan semasa puasa hari tu sebanyak 6kg!

Haaa untuk korang yang terlebih makan di bulan raya ni pastu nak diet semula, Mas sarankan sangat minum Surya S Great Grain. Memang bagus sebab ianya mengandungi kebaikan 18 jenis bijirin sebagai sumber serabut diet dan kebaikan 5 jenis bahan istimewa sebagai sumber antioksidan, sedap dan berkhasiat tau!



Jadi cepat² korang pergi beli Surya S Great Grain ni, ia boleh didapati di semua butik Himalaya dan Watsons serta nak beli online di Shopee pun boleh. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini pulak boleh layari laman sosial Surya Malaysia.

Facebook: Surya Malaysia
Instagram: Surya Malaysia

Jumaat, 21 Jun 2019

Selamat Ulangtahun Kakak

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat Hari Lahir Kakak!


Mama, Babah dan adik² doakan semoga kakak panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta berjaya dalam pelajaran. 

Tahun ni 16 tahun dah umur dia, dah anak dara sunti dah. Di umur camni lah sebagai ibu Mas kena lebih bagi perhatian, yelah remaja zaman sekarang banyak pengaruh. Kita pun kena seimbangkan, tak boleh terlalu mengongkong dan tak boleh biar bebas sangat. Kena beri didikan agama yang cukup, beri pelajaran yang bagus dan beri nasihat supaya mereka tak alpa dengan duniawi je. 

Hari jadi dia tahun ni Mas raikan macam biasa, ringkas dan sederhana je. Takdelah nak buat birthday party ke, memang tak pernah buat pun untuk anak². Cukup sekadar belanja makan dan beli kek, itu pun dah buat dia gembira. Pastu ada jugaklah small gift untuk dia, Mas beli mana yang mampu je. Yang penting ingatan dan kasih sayang tu. 

Rabu, 19 Jun 2019

Ziarah raya 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Camne raya korang, makin sakan beraya ke? Mas tahun ni memang kurang sikit pergi beraya, maklumlah cuti sekejap je. Pastu husband pulak sibuk bekerja, jadi nak ajak raya kemana² pun kena ikut masa dia. 

Masa kat kampung pun hanya 3 buah rumah je Mas pergi beraya, maklumlah husband cuti sekejap je. Bila dah balik ke Salak Tinggi, dah sibuk kerja jadi hari minggu je ada masa. Ahad lepas dapatlah pergi ziarah raya 2 buah rumah, nanti weekend minggu ni kalau takde aral akan sambung lagi. Mas pun dah nak selesai puasa ganti, tinggal esok je lagi sehari jadi barulah seronok nak beraya kan?


Rumah pertama yang Mas ziarah Ahad tu ialah rumah ex boss Mas, memang setiap kali raya Mas akan ziarah raya ke rumah dia. Tak tahulah kenapa Mas paling selesa dengan dia dalam semua boss yang pernah Mas jaga, walaupun dia dah pencen tapi silahturrahim tu masih rapat. Mungkin sebab sikap dia yang seperti sangat ayah² tu buat Mas selesa, takde pun rasa segan sebab Mas rasa macam beraya bersama abah Mas je. 

Terima kasih sangat Tn Hj sudi terima ziarah raya kami setiap tahun, kami hargai sangat. Pastu terima kasih jugak untuk duit raya, hehehee dah jadi bekas PA pun masih dapat duit raya. Setiap tahun pulak tu bagi, naik segan Mas tau! Sayang Tn Hj dan keluarga, moga panjang umur dan murah rezeki selalu! 


Rumah kedua pulak Mas beraya ke rumah geng membawang, hehehee ni geng PA kat BSM lah. Tapi dia dah bertukar ke Jabatan lain jadi jaranglah dapat jumpa, bila ada masa raya ni Mas ziarahlah dia. Pastu ada jugak geng PA lagi sorang, haaa menjadi sangatlah membawangnya. Hahahaa 3 jam tau berborak, kalau husband Mas tak sibuk nak kerja malam tu memang lagi lama kot kami berborak. Maklumlah dah jarang jumpa, bila dah jumpa tak ingat ke masa lah! 

Terima kasih Bibi sudi terima ziarah raya kami, sedap mee goreng kau masak! Ada masa kita gather² lagi sebab anak² pun seronok dapat main sama², sampai habis bersepah rumah kau. Hehehee jangan serik tau jemput kami! 

Selasa, 18 Jun 2019

Surya S Great Grain: Minuman kesihatan berkhasiat

Assalamualaikum...(^ ^)

Nak jaga makan memang agak susah kan, terutamanya untuk kita yang berusaha untuk diet dan amalkan pemakanan sihat. Apa pun memang tak mudah, cuma kita perlu lebih berdisiplin dan ambil makanan atau minuman yang berkhasiat.


Surya S Great Grain
Haaa mari Mas perkenalkan produk terbaru dari Surya iaitu S Great Grain, ia merupakan minuman kesihatan yang sangat berkhasiat. Bukan saja berkhasiat tapi ia mengandungi kebaikan 5 bahan istimewa iaitu Jintan Hitam, Buah Zaitun, Buah Ara, Madu dan Buah Delima.

Kelima² bahan ini merupakan sumber antioksidan yang bagus dan dapat membantu meningkatkan imuniti, membantu melindungi kesihatan jantung serta membantu mengekalkan kesihatan kulit. Haaa jangan tak tahu, 5 bahan istimewa ni merupakan makanan sunnah yang diyakini mampu memberikan pelbagai manfaat kesihatan.


Kebaikan 18 jenis bijirin
Selain 5 bahan istimewa kandungan S Great Grain jugak terdiri daripada kebaikan 18 jenis bijiran yang merupakan sumber serabut diet. 18 jenis bijirin itu adalah Beras Merah, Kacang Merah, Kacang Hijau, Kacang, Benih Coix, Biji Bunga Teratai, Biji Rami, Bijan Hitam, Kacang Walnut, Kacang Aprikot, Kacang Hitam, Benih Chia, Beras Pulut, Beras Perang, Jagung, Kacang Soya, Gandum dan Sekoi.


Haaa semua bahan² semulajadi yang mempunyai kandungan serat dan protein yang tinggi. Jadi ianya dijamin 100% halal dan tiada bahan pengawet. Pastu kebaikan 18 bijirin ini dapat membantu pengurusan berat badan yang sihat, membantu mengawal keseimbangan glukosa darah dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan.

Jadi Mas sarankan sangat setiap rumah ada minuman berkhasiat S Great Grain ni, sebabnya ia memenuhi keperluan nutrien harian kita dari semua kumpulan makanan terutamanya karbohidrat kompleks. All in 1 gitu, semua bahan berkhasiat dah cukup lengkap!


Pastu S Great Grain ni mempunyai tekstur yang halus dan mudah dibancuh. Aroma baunya jugak wangi dan rasanya enak, yang penting sangat mengenyangkan. Bancuh suam² dan nikmati bersama keluarga, fuhhh nikmat!

Surya S Great Grain ni boleh didapati di semua butik Himalaya dan Watsons, pastu nak beli online di Shopee pun boleh. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini pulak boleh layari laman sosial Surya Malaysia.

Facebook: Surya Malaysia
Instagram: Surya Malaysia


Isnin, 17 Jun 2019

Selamat Ulangtahun Sayang

Assalamualaikum...(^ ^)

Halah halah halah birthday dia hari ni, Selamat Ulangtahun Sayang. Moga abang sentiasa sihat, sentiasa bahagia, sentiasa diberkati Allah SWT dan panjang umur. Nak bagi hadiah ayang tak mampu, bagi kasih sayang yang tak berbelah bahagi pun dah cukup kan? Hehehee!


Sebenarnya di usia kami ni dah tak kisah sangat pasal nak raikan hari jadi, cukuplah sekadar ingatan dan kasih sayang je. Bab hadiah memang husband Mas tak berapa suka sangat, membazir je bagi dia kalau bagi barang yang dia dah ada. Tapi Mas ni kalau ada bajet, Mas belikan jugak walau dia tak nak.

Cuma birthday husband tahun ni ada lah anak² ajak belikan kad dan coklat, mereka nak kongsi 4 beradik. Sanggup tu bagi duit raya, RM10 sorang. Haaa Mas pun setuju jugaklah dengan idea mereka, esok pergi kerja Mas akan belikan. Nak beli hari ni tak sempat sebab Mas cuti, Aiyra tak berapa baik lagi demamnya. Jadi lewat seharilah bagi kad dan coklat, takpelah janji pemberian bermakna dari Mas dan anak². 

Lagi satu kad dan coklat tu boleh jugak dijadikan pemberian sempena Hari Bapa Ahad lepas, haaa senang 2 dalam 1 kan? 

Selamat Hari Lahir dan Hari Bapa Babah!

Khamis, 13 Jun 2019

Jaga makan semasa raya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Raya memang setahun sekali tapi dalam sakan beraya tu janganlah lupa jaga makan, nanti tak pasal² 5kg turun masa puasa dibalas dengan 10kg naik masa raya. Haaa nanti mulalah salahkan lemang ketupat rendang, padahal korang yang tak kawal makan.


Bagi Mas nak makan boleh tapi kena berpada, jangan makan melebihi had walaupun raya setahun sekali kan? Kena ingat badan kita jugak, dah sebulan dia rehat sebelah siang dari makan, tetiba bila raya kita makan macam tak boleh nak rehat. Lagi satu air manis yang berwarna warni tu, cubalah elakkan minum. 

Macam Mas raya tahun ni memang tak makan langsung lemang ketupat rendang, mahu pun kuah kacang + nasi impit. Selain nak jaga makan sebab dah jaga kaw² masa puasa, perut Mas ni jenis tak tahan makan macam² kalau raya. Ingat lagi tahun 2017 dan 2018 kena sakit perut teruk sebab rakus sangat makan rendang daging. Masa makan memang sedap tapi lepas tu seksa menanggung sakit tu yang tak tahan, nak pergi beraya pun tak larat. 


Mas masa puasa dah turun 5kg++ , sebab tu masa raya Mas jaga makan betul². Mas banyakkan makan buah² dan minum air masak je, setiap kali pergi beraya bawak bekalan air masak. Pergi beraya rumah orang pun Mas tak makan sangat, makanlah sikit kuih sikit². Pastu lepas habis cuti raya Mas puasa ganti terus, supaya dapat kawal perut kita dari makan macam².

Jadi dengan cara kawal makan ni, alhamdulillah setakat ni berat Mas kekal. Takdelah naik mendadak, naik dalam 100-200gram tu adalah. Sebab itulah jaga makan ni penting, ianya 80% berbanding bersenam hanya 20%. Lagi satu Mas jenis tak mudah terliur kala tengok makanan sedap², Mas lebih pentingkan jaga perut punya pasal.
         

Selasa, 11 Jun 2019

Aidilfitri 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat Hari Raya semua! Haaa belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya, hari ni baru 7 Syawal kan? Mood raya pun masih berkobar² lagi, pergi kerja pun rasa macam pergi beraya. Hahahaa over ai kan?



Hari ni Mas nak ceritalah kisah hari raya tahun ni, walaupun sederhana je tapi kenangan tu tetap indah kan? Tahun ni alhamdulillah dapat jugak Mas beraya bersama husband di pagi 1 Syawal walau hakikatnya dia tak dapat cuti raya pun. Tapi macam biasalah dapat balik sekejap je, pagi raya tu dalam pukul 5 pagi dia sampai sebab 1 Syawal dia off day. Petang raya dalam pukul 6.30 petang dia dah kena balik semula, raya kedua dah kerja. Dapatlah sekejap balik ke Kuantan jumpa mak abah dan adik beradik dia. 

Walaupun sekejap janji ada dapat minta ampun maaf dengan dia di pagi raya, pastu dapat gambar kenangan beraya bersama. Nak buat camne, itulah rutin tugas dia sebagai anggota bomba. Tak dapat cuti raya tu perkara biasa, 2 tahun sekali tu wajib. 



Pastu tahun ni lebih meriah sikit dari tahun lepas, 5 orang adik beradik Mas dapat beraya bersama di kampung. Jadi dari 1/6 tu memang seronoklah dapat berbuka beramai², riuh rendah rumah dengan gelagat 14 orang cucu arwah mak abah. Macam nak roboh rumah kayu arwah tu, hahahaa! Kalau arwah mak abah masih ada pasti mereka seronok dok layan cucu² yang ramai tu.

Tema raya pulak, tahun ni Mas pilih warna pink belacan + mustard. Haaa itu pun pilihan last minit tau, sebab awalnya nak warna lain. Tapi bila dah beli baju dan matchy², cantik pulak kombinasi warna ni. Nampaklah menyerlah kami sekeluarga di pagi raya! 


Juadah raya pulak macam biasa mesti ada lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang. Pastu tahun ni kakak Mas yang kat Penang tu buat pulut dakap, pertama kali dia buat tapi menjadilah. Lemang abang Mas yang beli, nak buat ketua lemang pagi raya baru sampai. Hehehee husband ai lah tu!

Gambar juadah berbuka memang takde sebab tahun ni Mas memang tak makan langsung semua tu. Bukan tak nak makan tapi serik nak makan sebab perut jenis tak tahan, kalau makan beria sangat alamatnya jadi teman tandas sepanjang hari. Serik dah pernah kena tahun 2017, memang seksa oiii!



Haaa itulah kisah raya Mas tahun 2019 ni, sederhana tapi tetap meriah bila dapat berkumpul ramai² bersama adik beradik. 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com