Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 April 2022

Kelebihan Halia #1: Senang lawas dan rawat masalah angin

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaa sebut pasal lawas dan masalah angin, Mas memang akan hadapinya kalau salah makan atau tak jaga makan. Jadi Mas sangat berhati² bab makan terutamanya mengambil makanan yang boleh buatkan perut sebu dan berangin. Lagi satu kalau salah makan pun susah nak lawas tau!

Pastu bila perut dah berangin tu mulalah datang simtom² lain seperti perut kembung, rasa senak, perut rasa tak selesa dan berbunyi. Bila dah kena simtom camni, nak membuang pun rasa susah tau. Haaaa memang seksa rasa, mulalah perut nampak buncit macam orang mengandung je!

Biasanya bila kena serangan angin ni, Mas hanya sapu minyak panas je. Tapi nak tunggu angin tu keluar, Ya Allah rasa seksa oiii. Selagi tak keluar memang berguling², pergi tandas tu tak rasa nak membuang. Sebab itulah Mas takut sangat kalau kena tuju angin ni!


Kelebihan Halia #1: Rawat Masalah Angin

Halia rawat masalah angin, haaa sebelum ni Mas hanya tahu halia untuk sedapkan masakan je. Tak pernah pun Mas cuba amalkan minum air halia untuk rawat masalah angin. Tapi selepas ternampak Ben Ashaari selalu kongsi pasal kebaikan serbuk halia, terus teringin nak cuba. Terus beli dengan dia, dan bila dah cuba terus jatuh cinta.

Haaa sebelum Mas cerita lebih lanjut kenapa ia buat Mas jatuh cinta, mari baca dulu pasal kelebihan serbuk halia ni. Antara kelebihannya ialah:

1. 100% serbuk halia tulen.

2. Menggunakan halia mentah terpilih dari Banjaran Crocker dan Banjaran Titiwangsa. Ia ditanam oleh para petani yang menanam halia secara tradisional sejak berabad lama.

3. Halia ditanam di atas tanah yang tidak pernah ditanam apa² sebelumnya. Jadi tanah tersebut bebas daripada penggunaan bahan kimia.


4. Halia diproses dengan teknologi terkini bagi mengekalkan khasiat semulajadi.

5. Lebih kurang 12 kilogram halia segar digunakan dan dikisar untuk mendapatkan 1 kilogram serbuk halia. Jadi untuk setiap botol 40 gram memerlukan 480 gram halia segar.

Wahhhh bagus betul kelebihan serbuk halia asli ni, sebab tu Mas terus jatuh cinta bila dah cuba amalkan! 

Pengalaman Mas amalkan Halia #1

1. Mulanya Mas ingat rasa serbuk halia ni tak sedap, tapi bila dah cuba minum dengan campuran air lemon suam panas rupanya sedap. Rasa dia takdelah pedas sangat, just nice dan boleh ditelan. Pastu selain buat minum, Mas jugak tambahkan serbuk halia ni bila makan salad atau dalam masakan.


2. Memang lawas. Haaa ini paling Mas suka! Mas akan minum malam sebelum tidur, dan bila bangun esok pagi terus membuang dengan lawasnya. Perut pun dah slim dan rasa selesa sangat. Lagilah bila amalkan dalam bulan puasa ni, perut dah kempis tau!

3. Dah takde masalah angin dan perut sebu. Ya sejak amalkan Mas dah tak hadapi masalah angin dalam badan ni, kalau tak dulu bangun pagi je mesti perut kembung dan tak selesa. Angin payah betul nak keluar, tapi sekarang tak lagi. Angin keluar dengan jayanya, hahahaa!


4. Kurang rasa nak makan macam², hehehe ni boleh cepat kurus. Memang betul, setiap kali lepas minum air halia ni Mas rasa kurang nak makan. Jadi takdelah asyik nak mengunyah je. Makan sikit pun perut dah rasa penuh!

5. Badan rasa lebih segar, ringan dan bertenaga!

Testimoni Pengguna Halia #1

Bila baca semua testimoni ni korang tak perlulah ragu² dengan kebaikan dan khasiat serbuk halia ni. Serius puashati dan berbaloi untuk kesihatan!







Dah baca semua testimoni ni kan? Jadi korang jangan tunggu lagi tau, cepat² pergi beli. Benda bagus dan berkhasiat ni kita kena cuba demi jaga kesihatan diri. Nak beli, klik link whatsapp ni https://wa.link/ve4p9p.

Isnin, 7 Mac 2022

Mas dan suami positif Covid-19

Assalamualaikum...(^ ^)

Muncul kembali kat sini setelah sebulan tenggelam di lautan dalam, hahahaa! Hari ni terasa nak menulis sebab nak kongsi pengalaman Mas dan husband dijangkiti virus yang paling ditakuti iaitu Covid-19. 

Bermula pada 24/2 husband mengadu sakit badan masa dia bertugas syif malam, masa tu Mas dah rasa tak sedap hati sebab anggota kat balai dia ramai positif. Hari Jumaat sebelum balik kerja Mas suruh dia buat test, lega masa tu keputusan negatif. Tapi yang merisaukan Jumaat tu dia demam panas dan sakit² badan makin teruk.


Esoknya hari Sabtu, sebelum nak pergi kerja dia buat self test lagi sekali. Malangnya keputusan positif, akhirnya yang 2 tahun dielak datang jugak dalam keluarga kami. Maka bermula sesi kuarantin dia dari 26/2 sampai 4/3. Cuma husband masa disahkan positif tu dia dah tak demam dan sakit badan pun dah pulih, jadi gejala dia tak teruk sangat!

Mas dah anak² buat jugak test pada hari pertama tu dan alhamdulillah negatif. Mas asingkan anak² dari babah mereka, Mas terpaksa jugak ulang masuk bilik sebab nak uruskan hal rumah tapi memang jaga jarak, kerap basuh tangan, pakai hand sanitizer dan pakai facemask 24 jam!



Tapi orang kata kalau benda nak kena akan kena jugak kan? 28/2 iaitu hari Isnin Mas pergi kerja macam biasa sebab sekarang kan kontak rapat tidak bergejala tak perlu kuarantin, tapi Mas memang jaga jarak dan tak buka facemask. Sebelum pergi kerja buat test untuk kontak rapat hari ketiga, lega masih negatif! 

Hari Selasa macam biasa jugak Mas pergi kerja tapi sebelah petangnya dah rasa perit dan sakit tekak, batuk² dan badan rasa macam nak demam. Masa tu dah rasa macam akan kena Covid tapi tak nak fikir sangat, balik kerja terus buat test. Hurmm masa tu laju je naik double line, sah Mas positif Covid-19!



Malam tu dah mula demam mengigil, sakit tekak macam dihiris dengan pisau dan satu badan lenguh² dan sakit sendi. Batuk memang sangat menyeksakan sebab dada rasa macam nak pecah, badan pulak lemah sangat dan nak bangun pun tak larat. Ya Allah masa tu baru rasa sakit jugak Covid ni!

Tiga hari berturut² memang Mas agak teruk jugak, makan pun tak lalu sangat. Tapi husband paksa jugak untuk makan, kalau tak badan jadi lemah. Dia beli sup daging, pastu buatkan singgang ikan. Bolehlah makan sikit² je sebab tekak terlampau sakit kot, yelah batuk tak henti². 


Ubat-ubatan pulak Mas makan batuk, ubat demam, ubat sakit tekak, Cold Away dan vitamin C. Air lemon dan madu cengkih pun Mas amalkan untuk legakan batuk, tapi tak berkesan sangat pada Mas. Batuk tu paling teruk bila dari Maghrib bawak ke pukul 2-3 pagi, nak tidur pun tak boleh lena.

Alhamdulillah hari ni dah hari terakhir kuarantin, dah buat jugak test dan negatif. Walaupun tak perlu buat tapi nak puaskan hati kan, bila nampak satu line je naik baru boleh rasa lega. Mas pun dah makin sihat cuma batuk² ni masih berbaki lagi, Insya Allah akan sembuhlah nanti. Kena banyakkan ambik vitamin C!


Korang yang sihat tu tolonglah jaga diri yer, virus Omicron ni memang mudah berjangkit. Walau kita jaga camne pun bila dah kena memang sakit, jadi kena lebih jaga kesihatan!

Isnin, 24 Januari 2022

Gegar Vaganza 8: Konsert Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Juara GV8, Aliff Aziz!


Haaa 3 tahun berturut² dah juara GV dibolot oleh peserta lelaki, jadi sama rata dah dengan juara peserta wanita. Boleh buat Mega Gegar Vaganza dah ni, hehehee!

Kemenangan Aliff Aziz memang Mas tak jangka sebab awalnya Mas target Nikki atau Aweera jadi juara. Mas tak jangka sebab masa tengok konsert suku dan separuh akhir dia agak goyah, cuma Mas pernah kata dalam entri lepas kalau Aliff all out malam final dia boleh menang. Jadi dia buktikan, memang dia buat yang terbaik semalam. Paling best masa dia nyanyi lagu Dealova duet dengan Hafiz Suip dan masa pusingan battle, mantap sungguh rap dia. Selayaknya dia bergelar juara, bukan komplot dari juri atau Astro ye!


Suki pulak menepati ramalan dapat tempat ketiga sebab standard persembahan dia mendatar je, tiada kelebihan sangat. Cuma masa pusingan battle dengan Nikki tu best persembahan mereka, jelas sangat sebutan lirik mereka. Nikki pulak selayaknya dapat tempat kedua walaupun Mas target dia jadi juara! 

Untuk Adibah, Azan dan Aweera, Mas puashatilah dengan keputusan walaupun awalnya Mas target Aweera boleh jadi juara. Tapi bila tengok persembahan battle dia terus rasa takde peluang sebab Aliff lebih menguasai dan lebih bagus. 

Tapi secara keseluruhan Mas paling suka pusingan battle, semua peserta berikan yang terbaik. Macam batlle Adibah vs Azan bersaja je mereka nyanyi, lirik pun takde salah. Tengok persembahan mereka macam terasa yang mereka tu anggota 4U2C, hehehee!


Haaa juri dah buat keputusan, jadi bagi Mas tak perlulah ada isu pilih kasih ke atau dah rancang awal ke. Itulah lumrah sesuatu pertandingan, lagi pun juri lebih arif mengadili kan? Paling penting semua peserta dapat tonjolkan semula bakat menyanyi yang dah lama menyepi. Tahniah untuk semua peserta Gegar Vaganza 8, jumpa di GV9 nanti!

Juara: Aliff Aziz
Naib Juara: Nikki Palikat
Tempat Ketiga: Suki Low
Tempat Keempat: Adibah Noor
Tempat Kelima: Azan Scan
Tempat Keenam: Aweera

Ahad, 23 Januari 2022

Menu diet pilihan

Assalamualaikum...(^ ^)

Nak berdiet tu senang tapi nak kekalkan momentum dan sediakan menu² diet yang betul² sihat tu bukan mudah ye, kena rajin sediakan sendiri menu² tu. Bukan tak boleh beli kat luar tapi kadang kita tak tahu pengawalan garam, gula dan minyak jadi nak betul² clean masak sendiri adalah lebih bagus!


Macam Mas sejak berdiet dari tahun 2015 memang semua menu diet Mas sediakan sendiri, tak perlu menu² yang berat memadai menu yang sihat dan mengenyangkan. Nak masak tu kenalah korbankan masa tidur, yelah Mas seawal pukul 7 pagi dah keluar rumah jadi pukul 4.30 pagi atau 5.00 pagi dah bangun siapkan menu diet untuk bawak bekal. 

Lagu satu duit pun kenalah korbankan sikit, taulah kan biasanya makanan sihat ni agak mahal sikit. Contoh macam ikan salmon, memang agak mahal terutama kalau yang segar. Tapi Mas lebih suka beli yang frozen, harga murah sikit dan boleh beli lebih banyak. Sayur² segar pun agak mahal jugak macam pelbagai daun salad dan brokoli, tapi nak jaga pemakanan kena jugak beli kan?



Penyediaan menu pulak Mas buat yang mudah je, grill, rebus dan potong² sayur je. Untuk protein selalu Mas pilih telur, filet ayam dan salmon pastu untuk sayur biasanya romaine salad, timun jepun dan baby tomato. Haaa itu jelah yang mudah disediakan, janji kenyang

Selain sayur dan protein, Mas jugak banyakkan makan buah-buahan seperti jambu batu, epal merah, epal hijau, betik dan nenas. Buah memang menu wajib Mas sebelum makan apa² menu lain, bagus tau untuk perut dan sistem penghadaman kita. Perut tengah kosong kan jadi elok amalkan makan buah supaya perut kita tak terkejut! 



Karbo pulak kadang² Mas ambik jugak nasi tapi bila rasa teringin nak makan, tapi kalau tak makan nasi Mas lebih suka makan roti gandum, wrap atau kentang. Tiga menu ni kalau makan dengan protein dan sayur memang dah cukup kenyang, tak makan nasi pun takpe. Pelbagaikan cara penyediaan seperti buat sandwich, wrap ayam atau telur dan kentang grill dalam air fryer. Cubalah, pasti sedap!

Haaaaa apa pulak menu diet pilihan korang?



Selasa, 18 Januari 2022

Gegar Vaganza 8: Minggu Separuh Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum Mas cerita pasal konsert separuh akhir Ahad lepas, Mas nak ulas sikitlah pasal salah seorang juri GV8 ni. Siapa tak kenal Bonda Hetty kan, dia banyak pengalaman dalam industri muzik. Mas paling suka kalau dia jadi juri GV sebab bagi Mas setiap komen dan kritikan dia sentiasa membina, tak pernah nak jatuhkan dan aibkan para peserta.
 

Takde masalah pun dia nak mengajar walaupun peserta tengah nyanyi live, bagus sebab dia bagi banyak ilmu. Dia komen benda betul jadi semua peserta kenalah belajar dari otai industri dan terima kritikan dengan hati yang terbuka. Semua untuk kebaikan, untuk mereka lebih perbaiki mutu nyanyian!

Lagi pun setiap pendapat Bonda Hetty semuanya kritikan membina, korang tengok lagu tu boleh jadi sedap bila dia ajar. Cuma dia bukan pengajar tapi dia berkongsi pengalaman dan skill. Boleh nampak peserta yang dia ajar akan ada peningkatan di minggu akan datang, haaa mana salahnya!

Bonda Hetty ni dia cuma wanita yang sangat passionate terhadap muzik, tengok cara dia teriak dan nyanyi bila peserta sedang buat persembahan di atas pentas. Mana nak dapat juri macam ni, she is part of Gegar Vaganza!

Haaa panjang dah Mas ulas, hanya yang menonton Gegar Vaganza dari musim pertama sampai kelapan ni je tahu juri mana yang betul² beri komen dan kritikan terbaik, Bonda is the one.


Mengenai konsert separuh akhir Mas setuju Aweera dapat markah tertinggi dan dapat ke final sebab dia memang all out, lagu dia dapat pun sangat membantu. Memang Mas tertunggu nyanyian dia dan boleh nampak dia manfaat kan apa yang Bonda ajar dan bagi komen, terus dapat yang terbaik. 

Peserta lain yang berjaya ke pentas akhir bagi Mas ada yang layak dan ada yang tak, contohnya macam Azan Scan dan Adibah Noor. Maaflah cakap, Mas rasa mereka berdua kurang menyengat nyanyiannya di separuh akhir. Bukan tak sedap tapi tak entahlah mereka macam hilang taring, biasa je persembahan. Suki pun sama, terlampau tumpukan pada nada tinggi hingga nyanyian dia pun jadi kurang best, nasib ada peluang ke konsert akhir. Pastu memang Mas nak Adibah ke final tapi bila dibandingkan, rasanya Ani Mayuni lagi layak sebab dia banyak sangat peningkatan. Cuma takde rezeki Ani, dia tersingkir bersama Shidee!


Tapi Mas mampu ulas je, juri dah buat keputusan siapa yang layak jadi kita tunggu jelah persembahan mereka di pentas akhir nanti. Siapa pilihan juara yang Mas nampak ialah antara Aweera, Nikki atau Suki, Aliff pun ada potensi kalau dia cipta keajaiban di malam final. Susah nak ramal sikit di GV8 ni sebab 4 orang peserta ni sentiasa bersaing!

Jadi kita jumpa di pentas akhir GV8 yang bertemakan Akhirnya Kini Pasti dengan pilihan 1 lagu solo, 1 lagu duet dengan rakan artis dan 1 lagu battle.

Lagu Solo
1. Aweera | Beggin' (The 4 Seasons)
2. Nikki Palikat | Terasing (Dato' Sudirman)
3. Aliff Aziz | Sampai Syurga (Faizal Tahir)
4. Azan Scan | Seribu Tahun Takkan Mungkin (Bumiputra Rockers)
5. Adibah Noor | Seroja (S. Effendi)
6. Suki Low | Titanium (David Guetta ft Sia)

Lagu Duet
1. Aweera & Liza Hanim | Sepi (Aina Abdul) 
2. Nikki Palikat & Idayu | Mengapa (Nikki Astria)
3. Aliff Aziz & Hafiz Suip | Dealova (Once Mekel)
4. Azan Scan & Shiha Zikir | Dilema 03 (Nora & Vince)
5. Adibah Noor & Dato' Zainal Abidin | Kau Dihatiku (Dato' Zainal Abidin)
6. Suki Low & Shila Amzah | Jera (Agnes Monica)

Lagu Battle
1. Nikki Palikat vs Suki Low | Gangnam Style (PSY)
2. Aweera vs Aliff Aziz | Bangun (Aman Ra)
3. Adibah Noor vs Azan Scan | Kami Rappers (4U2C)

Isnin, 17 Januari 2022

Susah ke nak kekal bersenam?

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya bagi Mas susah selagi ada perkataan nanti dan malas dalam diri tu,macam Mas sendirilah!

Pengalaman Mas masa PKP dulu, memang malas sungguh nak bersenam. Ada jugaklah buat bila tetiba rajin, tapi sekali je seminggu. Pastu banyak masa habiskan dengan tengok TV je, makan pun tak jaga sangat. Hasilnya berat badan Mas naik sampai ke 75 kg, pertama kali naik ke angka tujuh lepas berjaya kuruskan badan dulu.


Masa puasa dan lepas raya tahun 2020, Mas kembali diet dan jaga makan. Dapatlah turun ke 70kg, tapi tup tup mengandung pulak. Hahahaa tu yang malas diet, bila kurus sikit terus lekat. Dah mengandung naik semula berat cuma takde banyak sangat, naik dalam 3kg. Tapi rezeki mengandung tak panjang, masa 11 minggu Mas keguguran!

Haaa lepas je habis pantang gugur tu barulah Mas nekad nak kembali bersenam dan konsisten, nak capai semula berat badan 67kg yang pernah Mas dapat. Jadi Mas mula dengan brisk walk dan slow jogging setiap petang, dapat dalam 3 km dah memadai masa tu. Dalam 2 minggu jugak Mas kekalkan bersenam cara tu, alhamdulillah badan rasa segar dan kembali bertenaga. 


Lepas dah rasa selesa dan badan pun dah boleh terima senaman setiap hari, Mas cuba running pulak. Mula² Mas lari perlahan dulu, dapatlah sehari dalam 4-5km. Mas konsisten setiap hari, memang tak skip langsung. Kalau berpuasa pun Mas lari jugak tapi ikut kemampuan dan kalau tak larat Mas jalan, janji berpeluh!

Alhamdulillah Mas mula bulan Ogos 2020 dan bulan November Mas berjaya dapat berat 68 kg, puashati sangat! Bila Mas kekal bersenam setiap hari dan jaga makan, hasilnya akan nampak. Jadi tak sia² segala penat lelah tu, hilang dah perkataan nanti dan malas tu. Mas akan rasa lain macam kalau tak lari, mesti nak lari jugak walaupun dapat 2-3 km je sehari!

Masuk bulan Disember 2020 dah mula musim hujan jadi nak keluar lari tak boleh, Mas pun ubah cara bersenam. Takdelah berhenti terus nanti hilang momentum, jadi Mas buat home workout macam kardio dan tabata. Mas target 1 jam setiap sesi dan target bakar 300 kalori!

 
Haaa Mas masih berjaya kekal bersenam sebab nak kekalkan berat 68kg tu, cuba turunkan ke 65kg cuma ambik masa sikit sebab bila dah berusia metabolisme kita dah rendah. Makan masa nak turun, jadi kena konsisten jaga makan dan senaman. Pastu lepas kaki sembuh dari cedera, Mas buat cardio workout dan running. Itu pun tak dapat setiap hari sebab Isnin hingga Khamis mesti balik kerja lambat, dapat senam hari Jumaat sampai Ahad je!
 
Mas puashati asalkan bersenam sebab kalau dah berhenti payah nak mula semula, nanti macam² alasan kan? Lagi pun bila kekal bersenam ni badan akan sentiasa segar, tidur pun lena dan lebih bersemangat nak mulakan kerja setiap hari! 

Jumaat, 14 Januari 2022

Tempat makan menarik di Langkawi

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sekarang ramai kan merancang nak jalan² ke Langkawi, maklumlah dah lama tak pergi bercuti. Jadi Mas kongsikan tempat² makan menarik yang pernah Mas cuba masa bercuti kat sana tahun 2019. Bagi Mas semua tempat makan ni menyajikan makanan yang sedap dengan harga berpatutan, kena dengan selera tekak Mas.

Mas kongsikan tempat makan menarik untuk sarapan pagi dan makan tengahari, nanti bolehlah korang cuba kalau datang ke Langkawi.

1. Restoran Atta Shooru
Restoran ni terletak di Jalan Lapangan Terbang, senang je nak cari. Korang google maps je nama restoran tu, pasti jumpa. Nama je restoran tapi kedainya ala² kedai makan tepi jalan yang berkonsep restoran. Tarikan istimewa kat sini ada Roti Bakar Telur Goyang, haaa dek kerana roti ni 3 pagi kami sarapan kat restoran ni. Harga untuk sekeping roti tu RM3, kena makan 2 keping baru puashati!


Menu² lain ada jugak seperti roti canai dan nasi lemak, menu untuk nasi campur pun ada. Ia dibuka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.


2. Kedai Nasi Dagang Pak Malau
Haaa kedai ni mesti ramai dah tahu kan, popular kedai ni di kalangan pengunjung. Mas pun baru pertama kali cuba makan kat sini walaupun dah banyak kali datang Langkawi. Terletak di Jalan Makam Mahsuri, kedai ini memang wajib singgah jika ke Langkawi. Ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang, tutup setiap hari Isnin.


Menu yang disediakan sudah tentunya Nasi Dagang dengan pilihan pelbagai lauk seperti Gulai Ayam, Gulai Ikan, Gulai Daging dan Ayam Goreng. Sepinggan berharga RM10 untuk apa saja pilihan lauk, haaa berbaloilah dengan nasinya yang sedap dan permandangan yang sangat cantik dan mendamaikan!




3. Warong Roti Canai Sedap Mak Som
Walaupun hanya kedai makan tepi jalan di dalam kampung tapi Warong Mak Som ni menyajikan pelbagai jenis roti canai yang sangat sedap. Rotinya yang lembut dan dimasak garing² sedap dimakan dengan kuah kari atau sambal, boleh jugak ditambah ayam rempah yang ada dijual.


Selain tu ada roti canai yang rare seperti Roti Kawin, Roti Milo Cheese, Roti Pisang Cheese dan Roti Sardin Cheese ada jugak Chapati dan Roti Nan.




4. Kedai Faathirah Tomyam & Seafood
Kalau nak makan masakan panas yang sedap dan harga berpatutan bolehlah ke kedai ni. Ia terletak kat Padang Matsirat berhadapan dengan Sekolah Menengah Tunku Putra, kalau korang google maps pasti jumpa. Kedai mula dibuka pukul 4 petang, kiranya sesuai untuk makan lewat petang atau makan malam.


Pelbagai pilihan menu masakan panas disediakan, semuanya menepati selera. Haaa kalau nak makan ikan siakap kat kedai ni dijual dengan harga yang berpatutan, boleh pilih Siakap Stim, Tiga Rasa atau Masam Manis.


5. Restoran Selera Kampung
Bagi korang yang suka makan tengahari lauk pauk kampung bolehlah cuba ke restoran ni. Restoran ni memang kedai makan selera kampung yang popular di kalangan pengunjung ke Langkawi. Ia terletak di Jalan Padang Matsirat, kalau google maps pasti jumpa di carian pertama.


Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, restoran ini menyediakan pelbagai pilihan masakan kampung yang sangat menyelerakan. Paling Mas suka lauk dan sayur yang dimasak semuanya segar², pastu ada macam² pilihan ulaman dan kerabu. Kalau tak silap Mas ada lebih 50 jenis lauk pauk, harganya pun sangat berpatutan!




6. Ayam Tempayan Abang Laris
Bagi peminat ayam boleh cuba makan di gerai Abang Laris, memang terkenal kat Langkawi. Ianya gerai tepi jalan yang terletak di Jalan Padang Matsirat, betul² kat jalan besar Kuah ke Airport! Gerai ni dibuka pukul 1 tengahari, jadi memang sesuai makan tengahari ayam tempayan panas².


Jadi bila makan kat sini kenalah cuba Nasi Ayam Tempayan dia, sumpah sedap dan portion pun banyak. Sambal cili dia pun sedap dan unik rasanya. Pilihan ayam tempayan pulak boleh pilih nak seekor, separuh atau suku. Harga dia Mas tak ingat dah, maklumlah dah lama kan. Tapi memang berpatutan dan berbaloi dengan rasanya.



Inilah antara tempat² makan menarik yang pernah Mas pergi masa bercuti ke Langkawi, masih beroperasi atau tidak di tahun 2022 Mas tak pasti sebab ini masa Mas pergi tahun 2019. Mungkin disebabkan pandemik ada yang dah berubah, tapi setakat hari ni Mas google semua masih ada lagi. Cuma harga makanan tu mungkin berubahlah, maklumlah dah 2 tahun kan?

Jadi sebelum pergi korang cuba google dulu ye!

Rabu, 12 Januari 2022

Gegar Vaganza 8: Minggu Suku Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Haihhh ramai jugak tak puashati Sa.Ya tersingkir di konsert suku akhir GV8, patutnya Shidee katanya. Ini pendapat Mas, Shidee tak tersingkir sebab vokal dia tetap tak sumbang walaupun tahap nyanyian dan persembahan dia biasa² je. Macam kumpulan Sa.Ya tu memang boleh dengar vokal mereka sumbang dan tak harmonis bila nyanyi bersama. Walaupun persembahan mereka menghiburkan tapi GV ni lebih utamakan vokal, jadi bagi Mas takde isu pun kenapa Sa.Ya tersingkir. 

Haaa dah habis bab penyingkiran, kita kena akur dengan juri sebab mereka lebih mahir mengadili tahap vokal peserta kan? Ni Mas nak ulas pulak pasal markah tertinggi untuk konsert suku akhir ni. Suki Low berjaya raih markah tertinggi, mungkin kelebihan dia sebab bermain alat muzik. Bonda Hetty pernah cakap jika peserta buat persembahan menggunakan kelebihan bermain alat muzik akan dapat markah lebih. Jadi sebab itulah agaknya dia dapat markah tertinggi, walaupun bagi Mas persembahan dan vokal dia biasa je di konsert kali ni.

Pada pandangan Mas persembahan Aliff Aziz lagi mantap, vokal sedap dan penghayatan bagus. Masa dia sampaikan lagu Rapuh tu memang kita boleh rasa kesedihan tu, jadi patutnya dia dapat markah tertinggi. Aweera pun best nyanyi di konsert suku akhir ni, vokal mantap dan dia nyanyikan lagu Dia tu dengan baik!

Jadi peserta² yang bakal bersaing sengit di konsert separuh akhir nanti untuk rebut tempat ke pentas final, pastinya dah tau siapa kan? Antara Aliff, Suki, Nikki dan Aweera, Adibah pun boleh pergi final jika dia all out di minggu depan. Mas nak dia masuk final dan sekurang² menang, tak kisahlah tempat keberapa!

Konsert separuh akhir nanti kita bakal saksikan lapan peserta bakal bersaing menyanyikan lagu dengan tema Laguku Untukmu. Haaa Mas suka tema minggu depan, sebab lagu yang diberikan adalah medley lagu perlahan dan rancak yang dipilih oleh juri. Ini baru tepat, memang sepatutnya pemberian lagu diberi oleh juri sebab mereka lebih tahu setiap peserta tu mampu nyanyikan lagu camne untuk hasilkan persembahan terbaik. 

Yeahhh mesti best, tak sabar tunggu! Lagu² yang diberikan pun semuanya best giler, tengoklah sendiri.

1. Suki Low | Khayalan (Black Dog Bone) & Tanpa Kekasihku (Agnes Monica)

2. Aliff Aziz | Lay Me Down (Sam Smith) & Sesuatu Janji (Taufik Batishah)

3. Aweera | Kerja Gila (Amy) & Fantasia Bulan Madu (Search)

4. Nikki Palikat | Puncak Kasih (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)

5. Adibah Noor | Night Fever (Bee Gees) & Sumpah (Naim Daniel)

6. Azan Scan | Permaidani (Aris Ariwatan) & Enigma (Wings)

7. Ani Mayuni | Let's Get Loud (Jennifer Lopez) & Sumpah (Aina Abdul)

8. Shidee | Sedetik Lebih (Anuar Zain) & Kerna Dia (Yasin Sulaiman)

Selasa, 11 Januari 2022

Penangan Drama Kisah Cinta Kita

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun drama Kisah Cinta Kita ni dah seminggu berakhir tapi Mas masih ulang tengok kat Disney Hotstar, yelah tak puas pulak rasanya tengok kemanisan pasangan sweet Amer dan Aleesa tu!

Haaa sebenarnya dah lama Mas tak layan drama Melayu ni selepas drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Tapi kali ni sanggup layan sebab Aedy Ashraf berlakon, Mas memang suka lakonan dia dari zaman kanak² lagi. Bagi Mas lakonan dia tak pernah mengecewakan, sentiasa beri kesan pada para penonton. Lagilah bila dia bawak watak kekasih yang sweet dan gentleman tu, cakap pulak soft spoken je. Boleh cair tengok, hahahaa!

Macam Amelia Henderson pulak Mas tak pernah lagi tengok drama lakonan dia, pertama kalilah tengok dalam KCK ni. Menarik jugak lakonan dia, pandai bawak watak dan nampak natural je lakonan dia. Kalau babak menangis dan marah² tu nampak real, takde macam lakonan sangat. Pastu suka bila dengar dia cakap, fasih sangat bahasa Melayu walaupun ada sikit² slang mat salleh tu! 

Haaa memang ramai yang cakap drama Kisah Cinta Kita ni ikut drama Korea sikit, tapi apa salahnya kan? Bukannya tiru sebulat sebijik, cuma ada beberapa babak yang mereka ikut. Macam Mas yang tak tengok KDrama ni memang tak kisah sangat, kalau Mas suka jalan cerita dan pelakon²nya Mas akan layan je drama tu. 

Macam drama Kisah Cinta Kita takdelah berat sangat, takdelah setiap episod asyik babak nangis², dera² dan gaduh² ke. Drama dia santai² je, banyak babak² sweet yang boleh buat kita senyum² simpul bila tengok. Mas suka tengok drama camni, takdelah rasa emo sangat kan? Pukul 7 malam tu rekod dulu kat Astro dan lepas solat Maghrib baru layan sambil santai², hilang jugaklah penat lepas kerja. 

Lagi satu yang bestnya layan KCK ni bila tengok peminat² drama ni siap wujudnya Squad Drama KCK kat Twitter. Mas takdelah ikut serta, tapi terhibur tengok diaorang siap tukar username Twitter kepada watak² dan props² dalam drama KCK tu. Heheheee memang kelakar dan buatkan kita lagi seronok nak tengok drama ni!

Pada korang yang minat drama sweet camni tapi tak sempat nak layan, boleh je marathon kat Disney Hotstar. Boleh layan terus 28 episod tanpa gangguan iklan, barulah syok! 

Dengar kata produksi drama ni nak buat Kisah Cinta Kita 2 pulak, haihhh tak sabar ni! 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com