Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 17 Januari 2022

Susah ke nak kekal bersenam?

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya bagi Mas susah selagi ada perkataan nanti dan malas dalam diri tu,macam Mas sendirilah!

Pengalaman Mas masa PKP dulu, memang malas sungguh nak bersenam. Ada jugaklah buat bila tetiba rajin, tapi sekali je seminggu. Pastu banyak masa habiskan dengan tengok TV je, makan pun tak jaga sangat. Hasilnya berat badan Mas naik sampai ke 75 kg, pertama kali naik ke angka tujuh lepas berjaya kuruskan badan dulu.


Masa puasa dan lepas raya tahun 2020, Mas kembali diet dan jaga makan. Dapatlah turun ke 70kg, tapi tup tup mengandung pulak. Hahahaa tu yang malas diet, bila kurus sikit terus lekat. Dah mengandung naik semula berat cuma takde banyak sangat, naik dalam 3kg. Tapi rezeki mengandung tak panjang, masa 11 minggu Mas keguguran!

Haaa lepas je habis pantang gugur tu barulah Mas nekad nak kembali bersenam dan konsisten, nak capai semula berat badan 67kg yang pernah Mas dapat. Jadi Mas mula dengan brisk walk dan slow jogging setiap petang, dapat dalam 3 km dah memadai masa tu. Dalam 2 minggu jugak Mas kekalkan bersenam cara tu, alhamdulillah badan rasa segar dan kembali bertenaga. 


Lepas dah rasa selesa dan badan pun dah boleh terima senaman setiap hari, Mas cuba running pulak. Mula² Mas lari perlahan dulu, dapatlah sehari dalam 4-5km. Mas konsisten setiap hari, memang tak skip langsung. Kalau berpuasa pun Mas lari jugak tapi ikut kemampuan dan kalau tak larat Mas jalan, janji berpeluh!

Alhamdulillah Mas mula bulan Ogos 2020 dan bulan November Mas berjaya dapat berat 68 kg, puashati sangat! Bila Mas kekal bersenam setiap hari dan jaga makan, hasilnya akan nampak. Jadi tak sia² segala penat lelah tu, hilang dah perkataan nanti dan malas tu. Mas akan rasa lain macam kalau tak lari, mesti nak lari jugak walaupun dapat 2-3 km je sehari!

Masuk bulan Disember 2020 dah mula musim hujan jadi nak keluar lari tak boleh, Mas pun ubah cara bersenam. Takdelah berhenti terus nanti hilang momentum, jadi Mas buat home workout macam kardio dan tabata. Mas target 1 jam setiap sesi dan target bakar 300 kalori!

 
Haaa Mas masih berjaya kekal bersenam sebab nak kekalkan berat 68kg tu, cuba turunkan ke 65kg cuma ambik masa sikit sebab bila dah berusia metabolisme kita dah rendah. Makan masa nak turun, jadi kena konsisten jaga makan dan senaman. Pastu lepas kaki sembuh dari cedera, Mas buat cardio workout dan running. Itu pun tak dapat setiap hari sebab Isnin hingga Khamis mesti balik kerja lambat, dapat senam hari Jumaat sampai Ahad je!
 
Mas puashati asalkan bersenam sebab kalau dah berhenti payah nak mula semula, nanti macam² alasan kan? Lagi pun bila kekal bersenam ni badan akan sentiasa segar, tidur pun lena dan lebih bersemangat nak mulakan kerja setiap hari! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com