Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 28 Januari 2020

Dugaan awal tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Haihhh lama jugak tak menulis kat sini, bukannya malas tapi banyak betul kekangan. Bila dah mula bekerja dan anak² bersekolah, memang rasa tak cukup masa je. Jadi agak terhad sikitlah masa nak menulis blog!


Pastu ditambah pulak dengan dugaan awal tahun yang berselang seli, faktor jugak untuk mood menulis tu nak datang. Dugaan pertama masa minggu ketiga Januari tu, Aiyra kena jangkitan kuman kat tonsil dia. Mulanya dia hanya batuk dan selsema je, Mas ingat benda biasa sebab dia kan baru tukar taska. Tapi dari selsema batuk tu dia mula demam, suhu badan pulak agak tinggi hingga cecah 39.5. Walaupun dah makan ubat dan sentiasa basahkan badan, suhu tetap tak turun.

13/1 tu Mas bawak dia ke klinik, kena ambik darahlah sebab demam dah 3 hari. Lega masa tu sebab result darah negatif untuk denggi dan influenza, cuma ada jangkitan kuman kat tonsil dia. Kenalah makan antibiotik selama 5 hari, pastu hari² bagi dia aiskrim vanila sebab nak bagi ulser kat tonsil tu cepat baik. Alhamdulillah sekarang dia dah makin sihat, pergi taska pun tak meragam dah.


Bila Aiyra dah sihat, dugaan kakak Atikah pulak jatuh motor masa mula² cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina tu. Haihhh gigil jugaklah Mas bila makcik kawan dia whatsapp bagitau dia dengan Intan kemalangan, masa tu Mas masih kat pejabat. Dia dengan kawannya Intan jatuh dari motor masa balik dari kedai, langgar lubang katanya.

Masa jatuh tu Atikah pengsan, sedar² dah ada kat klinik orang hantar. Kawan dia takde apa², cuma luka sikit je. Bila dah kemalangan sampai pengsan tu, klinik terus refer ke hospital sebab risau ada kecederaan serius. Pergi hospital pun kena naik ambulan sebab medik nak pantau keadaan dia, jadi kami tunggu dia kat hospital je.


Jadi kenalah buat ct scan dan x-ray dada sebab risau ada kecederaan dalaman. Alhamdulillah result scan dan x-ray takde yang serius, cuma bengkak kat dahi je. Tapi kena jugak tahan kat wad pemantauan sampai pukul 11 malam, doktor risau takut dia pengsan lagi atau kena sakit kepala yang teruk. Sekarang dia dah beransur pulih dan luka pun dah kering, hari ni pun dah mula sekolah.

Itulah dugaan besarkan anak², semuanya membuatkan Mas kena lebih sabar dan berikan yang terbaik dalam menjaga mereka. Janji anak² sihat seperti sediakala, Mas dah syukur sangat!

Selasa, 14 Januari 2020

Hotel OYO Kuala Melaka Inn Langkawi

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali bercuti Mas memang suka memilih hotel bajet, sebabnya keluarga Mas besar jadi kenalah betul² pilih. Bagi Mas tak salah pun pilih hotel bajet ni janji biliknya selesa dan harganya  pun berpatutan. 


Semasa bercuti ke Langkawi tahun lepas kami pergi selama 6 hari 5 malam, jadi kenalah Mas pilih hotel yang bersesuaian dengan bajet. Seperti biasa Mas lebih suka tempah melalui booking.com, mudah dan tak perlu bayar terus. Pilih punya pilih terus berkenan dengan Hotel OYO Kuala Melaka Inn ni. Harga untuk 5 malam bagi bilik family ialah RM695, jadi untuk satu malam hanya RM139

Bilik memang luas dan selesa, dilengkapi 2 katil queen dan 1 sofa bed. Pastu ada disediakan TV, wifi percuma, cerek elektrik dan water heater. Cuma iron je takde dalam bilik, kalau nak guna ada disediakan di tempat khas di luar bilik. Parkir kereta pulak ada disediakan di ruang basement dan di depan hotel, boleh pilih mana yang sesuai. 




Hotel OYO Kuala Melaka Inn ni terletak di Padang Matsirat, kiranya lokasinya tengah² di antara Pantai Cenang dan pekan Kuah. Jadi lokasi hotel ni strategiklah, memudahkan kami nak kedua² tempat tersebut. 

Jadi kalau korang yang pergi ke Langkawi dengan percutian bajet, bolehlah pilih Hotel OYO Kuala Melaka Inn ni. Hotel dia takdelah bertaraf 3 atau 5 bintang tapi selesalah untuk berehat dan tidur. Lagi pun bagi keluarga yang ramai seperti Mas ni memang sesuai dah pilih hotel bajet camni, harganya mampu dibayar dan berpatutan.

Isnin, 13 Januari 2020

Ragam Aiyra ke taska baru

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau ikutkan minggu ni dah minggu ketiga Aiyra ke taska baru, tapi baru nak serasi dah dia tak sihat pulak. Nampaknya minggu depan kena biasakan dia semula, harap dia takdelah meragam sangat.


Aiyra ni sebenarnya jarang meragam, dari umur 6 bulan dia dah ke taska. Sepanjang di taska lama dia takde meragam walaupun bercuti lama, bila hantar takde pun menangis. Tapi bila di taska baru ni dia kena cuba biasakan diri dengan kawan² yang ramai, suasana yang baru, cikgu baru dan kena ikut jadual. 

Lagi satu dia dah biasa babahnya yang hantar setiap hari ke taska, jadi bila mama hantar banyaklah ragam dia. Dia ingat mama nak bawak pergi jalan² kot sebab naik kereta, tak pun dia ingat mama nak bawak dia ke office. Hehehee bijak sangat budak ni!

Setiap hari memang kelam kabut jugaklah mama nak pujuk dia, nangis sedu sedan. Bila dia nampak je bangunan taska tu dia dah tahu, siap tak nak turun dari kereta. Pastu menangis kaw² punya sambil panggil babahnya, hahahaa segan mama orang dok pandang. Bila pujuk diamlah sekejap sampai masuk, pastu salam cium semua. Cikgu nak ambik je menangis semula, siap panggil mama mama! 

Haihhh kalau ikutkan hati memang kesian, tapi Mas kena keraskan hati je. Kalau pujuk lebih² memang tak ke taskalah jawabnya, jadi biarlah dia menangis. Cikgu pun cakap dia menangis sekejap je, lepas Mas pergi dia diamlah. Pastu seronok tengok TV dan main, haaa pandai kau drama kan dik! 

Harap sangatlah bila dia dah sihat ni, dia tak meragam dah bila ke taska. Mungkin dah sihat dia lebih ceria dan seronok nak jumpa cikgu dan kawan². Mudah-mudahan!

Jumaat, 10 Januari 2020

Hotel Savana Kuala Perlis

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa bercuti ke Langkawi bulan Disember tahun lepas Mas ada menginap di Kuala Perlis. Biasanya memang kami akan pergi awal sehari dan menginap di sana, sebabnya feri kami pada hari esoknya seawal jam 10 pagi. 

Di Kuala Perlis kami menginap di hotel berhampiran kawasan jeti, ini untuk memudahkan kami sampai lebih awal ke jeti. Di situ memang banyak hotel, ada hotel bertaraf 3 bintang dan ada jugak hotel bajet. Mas hanya pilih hotel bajet sebab nak tidur satu malam je, yang penting selesa dan harga pun murah.


Mas memilih Hotel Savana Kuala Perlis, tempahan dibuat melalui booking.com je. Mas suka guna booking.com sebab boleh pilih hotel tanpa buat bayaran terus, hanya tempah dan bayar semasa hari check in. Pastu kalau nak batalkan tempahan pun tidak dikenakan sebarang caj, tapi mestilah sebelum tarikh yang diberikan. Kalau lagi 2 hari nak pergi baru nak buat pembatalan, memang caj akan dikenakan. 



Hotel Savana ni terletak 2km dari jeti Kuala Perlis, lokasinya agak strategik kerana berhampiran dengan mini market, kedai makan dan ada jugak kedai Eco kat situ. Kami memilih bilik family dengan dilengkapi 2 katil queen, ada TV, wifi percuma, ada mini bar, seterika dan iron board, cerek elektrik dan water heater. Harga bilik ini untuk 1 malam adalah RM198, biliknya luas dan selesa untuk kami sekeluarga.


Pastu di lobi hotel ada disediakan mini cafe, jadi kalau lapar tengah malam tu boleh beli makanan kat situ. Ada jual air, roti, biskut, maggi cup dan makanan ringan. Lagi satu di lobi jugak ada disedikan port untuk caj telefon atau laptop, jadi bolehlah lepak kat situ untuk layari internet. Ruang sofa untuk lepak² dan santai bersama keluarga pun selesa dan cantik kat lobi tu. Parkir kereta jugak banyak disediakan di hadapan hotel.

Jadi kalau korang sampai ke Kuala Perlis dan nak cari tempat penginapan, bolehlah pilih Hotel Savana ni. Serius puashati, dahlah harga murah!



Khamis, 9 Januari 2020

Persekolahan 2020

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa baru ada masa nak menulis di tahun baru ni, hari² sibuk je. Urusan kerja, urusan anak², dengan masih tak sihatnya, jadi ke laut jugaklah mood menulis. Untuk entri pertama di tahun 2020 nak coretkan kenangan persekolahan anak², nanti boleh mereka baca. 


Tahun ni Mas tak ambik cuti pun uruskan anak² sekolah, masing² dah besar dan pandai uruskan sendiri. Kakak Atikah dah Form 5 jadi haruslah urus sendiri, bangun pagi pun takde dah mama nak kejut. Abang Arfan pulak dah Form 2 dan Airis dah Darjah 2, dua orang ni sekolah sesi petang jadi babahnya yang uruskan. 

Hari pertama sekolah tu babahnya cuma pergi sekolah Airis je sekejap, nak tanya pasal yuran. Pastu selesailah, bab bayaran kami kirim je kat anak² untuk bayar sendiri kat cikgu. Dah besar jadi dah pandai pegang duit elok², kalau hilang jugak potong duit belanja sekolah tiap hari. Heheheee!

Yuran untuk 3 orang tu cecah jugaklah RM500, macam² kena bayar bukan sekadar PIBG je. Untuk Arfan Airis dah selesai bayar, cuma kakak Atikah je belum lagi sebab dia beli buku modul dulu. Dah masuk Form 5 kan macam² buku kena beli, seawal tahun pun dah mula belajar. Minggu ni pun dah mula kelas tambahan, sebab tu kena beli buku awal. 


Si kecik Aiyra pun masuk taska baru jugak tahun 2020 ni, dapat Taska KKM dekat dengan pejabat Mas ni. Jadi pagi² memang Mas lah uruskan hantar dia ke taska, barulah masuk pejabat. Ragam dan drama ke taska baru biasalah mesti ada punya, sampai hari ni pun masih menangis lagi bila hantar pagi². 

Hari pertama hantar kemain cemerlang, takde menangis pun tapi masuk hari kedua dan seterusnya hari² drama airmata. Puas jugak kadang tu pujuk dia masa dalam kereta, cakap macam² supaya tak nangis pergi taska. Haaa dalam kereta semua dia cakap ok, tapi sampai je taska mulalah berderai airmata. Tapi takpelah, Mas bagi dia masa. Biasalah taska baru dan suasana baru, susahlah sikit nak biasakan diri. 

Moga anak² Mas seronok bersekolah dan cemerlang dalam pelajaran di tahun 2020 ni! 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com