terkini dan sensasi

Isnin, 13 Januari 2020

Ragam Aiyra ke taska baru

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau ikutkan minggu ni dah minggu ketiga Aiyra ke taska baru, tapi baru nak serasi dah dia tak sihat pulak. Nampaknya minggu depan kena biasakan dia semula, harap dia takdelah meragam sangat.


Aiyra ni sebenarnya jarang meragam, dari umur 6 bulan dia dah ke taska. Sepanjang di taska lama dia takde meragam walaupun bercuti lama, bila hantar takde pun menangis. Tapi bila di taska baru ni dia kena cuba biasakan diri dengan kawan² yang ramai, suasana yang baru, cikgu baru dan kena ikut jadual. 

Lagi satu dia dah biasa babahnya yang hantar setiap hari ke taska, jadi bila mama hantar banyaklah ragam dia. Dia ingat mama nak bawak pergi jalan² kot sebab naik kereta, tak pun dia ingat mama nak bawak dia ke office. Hehehee bijak sangat budak ni!

Setiap hari memang kelam kabut jugaklah mama nak pujuk dia, nangis sedu sedan. Bila dia nampak je bangunan taska tu dia dah tahu, siap tak nak turun dari kereta. Pastu menangis kaw² punya sambil panggil babahnya, hahahaa segan mama orang dok pandang. Bila pujuk diamlah sekejap sampai masuk, pastu salam cium semua. Cikgu nak ambik je menangis semula, siap panggil mama mama! 

Haihhh kalau ikutkan hati memang kesian, tapi Mas kena keraskan hati je. Kalau pujuk lebih² memang tak ke taskalah jawabnya, jadi biarlah dia menangis. Cikgu pun cakap dia menangis sekejap je, lepas Mas pergi dia diamlah. Pastu seronok tengok TV dan main, haaa pandai kau drama kan dik! 

Harap sangatlah bila dia dah sihat ni, dia tak meragam dah bila ke taska. Mungkin dah sihat dia lebih ceria dan seronok nak jumpa cikgu dan kawan². Mudah-mudahan!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com