Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 8 Jun 2015

Pulau Santap Janda Baik : Tempat perkelahan best!

Assalamualaikum...(^ ^)


Kawan² pernah ke Janda Baik tak? Kalau belum pernah kena pergi ke Pulau Santap, Janda Baik kerana ia adalah tempat perkelahan yang sangat seronok dan menarik.

Tarikan berkelah di Pulau Santap, Janda Baik
Setiap kali nak berkelah Mas dan adik beradik yang lain mesti akan pilih Pulau Santap, Janda Baik. Selain mudah untuk dikunjungi kerana ia berhampiran dengan Kuala Lumpur, kawasan persekitaran dan sungainya sangat bersih. Memang takde sampah sarap di merata tempat seperti yang biasa kita lihat jika berkelah di kawasan sungai atau air terjun yang lain. Ini kerana tong sampah ada disediakan bagi menjaga kebersihan sungai. Kawasan Pulau Santap ini dijaga oleh pihak Riverside Homestay.

Di sepanjang sungai ada disediakan pondok untuk beristirehat. Pondok tersebut boleh disewa dengan harga serendah RM15. Selain pondok ada disediakan tempat untuk BBQ. Ini pondok yang disewa dengan harga RM20 termasuk tempat BBQ, selesa dan luas. Boleh solat dan berehat, nak baring dan tidur pun boleh.



Selain sewaan harian, pondok ini boleh jugak disewa untuk bermalam. Harga sewaan untuk bermalam bermula dari RM35 mengikut saiz pondok. Jika ingin menggunakan lampu untuk bermalam boleh hubungi pihak Riverside sebelum jam 6.00 petang. Selain bermalam di pondok para pengunjung boleh jugak menyewa homestay yang disediakan untuk lebih selesa. 


Bukan sahaja boleh berkelah di Pulau Santap ni, kalau nak adakan Family Day pun boleh. Pihak Riverside ada menyediakan kemudahan kawasan yang selesa dan luas. Selain itu disediakan jugak camping site bagi yang ingin merasai pengalaman bermalam di dalam khemah.


Aktiviti water tubing di Pulau Santap
Ini tarikan yang pasti menyeronokkan bila berkelah di Pulau Santap. Tiub boleh disewa dengan harga RM5 dan deposit RM5. Deposit akan dikembalikan jika tiub dipulangkan dalam keadaan baik. Anak² Mas memang seronok main water tubing ni. Lebih 20 kali ulang alik naik tiub menyusuri sungai.

Gambar keseronokan kami berkelah disini.











Seronok kan? Jangan lupa bawa keluarga datang berkelah disini. Bagi mereka rasai keseronokan, menikmati keindahan alam semulajadi dan kesejukan air sungai yang sangat menyegarkan.

Untuk maklumat, tempahan dan pertanyaan:

No. Telefon: 017-9158002 atau 019-9483100

8 ulasan:

  1. wahhh seronoknya mas... I is jelly...he he he...

    BalasPadam
  2. kakak dkna dah pernah pergi..patutla dia duk ajak dkna p sana.. best tempatnya

    BalasPadam
  3. wah nampak best.... kita tak pernah g sungai2 ni sbb sejukkkk hihi

    BalasPadam
  4. Memang teringin nak pergi sin bawak family. Pergi ramai ramai baru seronok.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com