Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 25 Julai 2019

Hilang 5kg dengan GM Diet

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa semalam tamatlah misi 7 hari GM Diet yang Mas cuba buat kali pertama, alhamdulillah berjaya ikut menu² yang ditetapkan. Bagi Mas senang dan mudah je nak amalkan, janji kita disiplin dan bersemangat nak mulakan. Nanti bulan depan Mas akan buat lagi, best!


Best sebab tak sangka dapat hilang 5kg dalam masa 7 hari, memang satu yang tak disangka. Kalau Mas diet biasa agak susah nak hilang sebanyak tu dalam masa 7 hari, sebab kadang makan ada yang terbabas. Bila buat GM Diet ni memang disiplin sangat bab makan, sebab itu boleh turun banyak dalam masa seminggu. 

Senaman Mas buat jugak selepas hari ke-4, buat kardio je kat rumah. Pastu badan Mas ni memang lagi cepat turun berat kalau jaga makan, tak senaman sangat pun tak apa. Sebab itulah kalau Mas tak kawal makan, memang berat mudah sangat naik. 


Tau tak lepas raya tu memang takut nak timbang, sebab rasa berat memang naik banyak. Tapi nak mula GM Diet memang kena timbang, yelah nak compare berat sebelum dan selepas. Sekali naik penimbang, 74kg kooooo! Haaa rasa nak nangis tau, sebab lepas Mas mula diet tahun 2015 dulu tak pernah naik semula seberat tu. Paling berat 70kg je!

Bila dah tengok berat camtu, memang tekad dan nekad nak buang sekurangnya 4-5kg dengan GM Diet. Alhamdulillah tak sangka berjaya buang 5kg, dari 74kg sekarang dah 69kg. Lega nampak angka 6 kat depan tu! Inci pun dah kurang dalam 2-3 inci dan perut pun takdelah nampak buncit sangat. Lepas ni target nak capai 63kg pulak, akan konsisten setiap bulan buat GM Diet ni! 

Dah habis 7 hari GM Diet, Mas akan konsisten jaga makan. Akan cuba eatclean setiap hari, dan amalkan IF jugak. Tak nak dah cecah sampai 74kg tu, seram woiii naik penimbang! Pastu nak cuba kecilkan lengan dan peha ni, banyak sangat lemak degil! Yelah berat berkurangan pun kalau lemak masih banyak tak guna jugak kan?

Isnin, 22 Julai 2019

7 hari GM Diet Plan

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak raya hari tu berat badan agak susahlah nak kekal, sekejap naik ke 70kg dan sekejap turun ke 68kg. Masa puasa elok je turun 5kg, sebab amalkan menu eatclean sepanjang puasa. Tapi bila raya makan tak kawal sangat, maka naiklah semula 2-3kg.

Senaman pulak takde dah buat setiap hari akibat kekangan masa, kadang balik kerja dah lambat jadi mood nak bersenam dah ke laut. Bila rasa tak penat sangat buatlah jugak kardio 30 minit, janji keluar peluh. Haaa makan tak jaga sangat, senaman pun ke laut camnelah berat nak kekal ideal kan? Dietlah camne pun!


Hari 1

Jadi bermula dari 18/7 Mas mulakan dengan 7 hari GM Diet Plan, diet ni hanya buat 7 hari berturut² sebulan sekali. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal GM Diet ni bolehlah google, Mas cuma nak cerita dari apa yang Mas faham dan amalkan. Kiranya diet ni macam kita detox badan kita sebab hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran pada 4 hari pertama, pastu pada hari kelima barulah ambik protein dan hari ketujuh baru ambik karbo iaitu nasi.

Inilah senarai menu² yang Mas ikut seperti disarankan, menu² ni Mas rujuk kat google je. 

Hari 1: Buah-buahan kecuali Pisang
Hari 2: Sayur-Sayuran
Hari 3: Sayuran + Buah-Buahan
Hari 4: 8 biji Pisang + Low Fat Milk
Hari 5: Ikan/Daging + Tomato
Hari 6: Protein + Sayuran
Hari 7: Nasi + Sayuran + Jus Buah


Hari 2 & 3

Menu² ni boleh ambik mengikut waktu makan kita, dan kuantiti yang diambil tu terpulang pada kita. Macam Mas biasanya waktu sarapan Mas akan ambik portion yang banyak sikit, pastu waktu lain Mas kurangkan portion. Selang seli antara waktu sarapan, makan tengahari dan minum petang Mas minum 3 liter air masak dan teh hijau. Malam pulak Mas memang jarang makan, minum teh hijau dah mencukupi.

Hari ni dah hari kelima Mas amalkan 7 hari GM Diet Plan ni, setakat ni perut rasa selesa je sebab tak makan berlebihan kan? Pastu takdelah rasa lapar yang extreme sangat, yelah buahan dan sayuran kan banyak serat jadi buat kita rasa lebih kenyang. Berapa kg yang berkurang Mas belum timbang lagi, selepas hari ketujuh baru nak timbang.

 Hari 4 & 5

Mas takdelah nak kurangkan kg dalam tempoh mendadak, yang penting nak jaga kesihatan. Dapat kurus tu satu bonus bagi Mas, yang penting Mas dah usaha untuk lebih sihat. Lepas habis 7 hari GM Diet ni, Mas akan amalkan makan secara bersih dan sihat! Pastu senaman pun kena lebih konsisten!

Isnin, 15 Julai 2019

Kisah Aiyra jatuh motor!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah seminggu kejadian ni berlaku, tapi Mas nak jugaklah cerita kat sini sebagai peringatan dan pengajaran. Yelah bercakap tentang kecuaian ni kadang kita tak duga, berhati² camne pun kalau benda nak jadi ia akan jadi jugak. Semua tu dah ketentuan Allah!


Kisah ni berlaku pada 6/7/19, masa tu husband bekerja jadi Mas di rumah dengan anak² je. Pastu si kakak nak pergi kedai, jadi Mas pun suruhlah dia belikan barang jugak. Atikah ni memang dah biasa pergi kedai naik motor dan kadang tu bawak jugak adik dia, jadi Mas beranilah biarkan dia pergi. Cuma sebelum dia pergi Mas dah pesan suruh pergi kedai yang biasa pergi, kedai tu dekat je dengan rumah. Kalau kedai tu tutup Mas pesan tak perlu ke kedai lain. Tapi entah kenapa hari kejadian tu dia berani ke kedai yang lebih jauh!

Masa nak pergi tu memang Aiyra nak mengikut, Mas nak larang sebenarnya tapi entah kenapa mulut tak tercakap. Mas biar je dia pergi ikut kakaknya, Arfan pun ikut jugak. Nasiblah si Airis tengah mandi, kalau tak mesti dia pun nak ikut. Tapi sebelum mereka pergi Mas sempat pesan jangan bawak motor laju², cuma lepas mereka pergi tetiba hati rasa tak sedap je!

Lepas ½ jam mereka pergi Mas dah rasa lain, kenapalah pergi kedai dekat je tapi lambat sangat balik. Mas telefon Atikah banyak kali tapi dia tak jawap, haihhh masa tu hati dah risau sangat. Tengah dok kalut tu sekali dengar orang buka pintu, terus Mas meluru keluar dari bilik. Sekali nampak Atikah dok dukung Aiyra yang dah lembik dan cakap "Mama kami jatuh motor!"

keadaan luka hari 1 dan 2

Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan Mas masa tu. Mengigil satu badan tengok keadaan Aiyra, dengan muka dan tangan berdarahnya. Terjerit² dok tanya kakak kenapa boleh jadi camtu, dia pun dok gigil² nak jawap! Tak fikir panjang dah masa tu, terus telefon husband suruh balik. Pastu terus bawak Aiyra ke kecemasan KK Salak, tapi disebabkan keadaan hidung Aiyra nampak macam patah KK suruh refer ke hospital. Mereka buat refer letter dan cepat² kami ke kecemasan Hospital Putrajaya.

Sampai kat sana memang tak tunggu lama, lepas daftar terus dapat jumpa doktor. Lega lepas doktor bagitahu takde kecederaan serius, hidung Aiyra tak patah dan takde pendarahan dalaman. Cuma luka yang agak teruk kat siku tangan kiri dan luka terkoyak kat tepi hidung. Kakak dan Arfan pun alhamdulillah takde luka yang serius jugak, cuma luka² kecik je kat kaki.


Mas syukur sangat, Allah lindungi anak² Mas. Apa yang dah jadi Mas tak salahkan Atikah, Mas tahu dia pun terkejut dan trauma dengan apa yang dah jadi. Yelah adiknya cedera paling teruk kan, mana dia tak trauma. Nak marah dia pun tak guna, benda dah nak jadi kan? Janji mereka 3 beradik selamat dan takde perkara yang serius terjadi. Cuma lepas ni Mas dan dia kena lebih berhati² dan beringat!

Sekarang Aiyra dah pulih, luka kat muka dan tangan pun dah baik sepenuhnya. Nasiblah luka kat muka dia tak berparut teruk, cuma kat tangan jelah berparut besar sikit sebab lukanya agak teruk. Aiyra pun dah ceria dan takde alami trauma! 

hari ke 9, dah makin baik lukanya


Jumaat, 5 Julai 2019

Permulaan baru di pejabat baru!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni dah 5 hari bertugas di tempat baru, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan baik. Cuma nak biasakan diri dengan suasana, cara kerja dan urusan dengan boss pengurusan tertinggi. 



Perasaan memanglah sedih nak tinggalkan BSM KKM tu, 16 tahun dah Mas berkhidmat kat situ. Dari mula lantik 16/4/2003, dari KKM masih di Jalan Cenderasari KKM lagi. Banyak dah susah senang Mas lalui dan bermacam ragam rakan kerja dan boss yang hadapi, tapi semua tu adalah kenangan bermakna buat Mas. 

Sepanjang di BSM, Mas dah jaga 9 orang boss. Jadi memang banyak pengalaman pahit manis yang Mas lalui bersama² boss² ni, pastu tukar dari aras 9 ke aras 10 dan sebaliknya dah banyak kali dah. Semuanya Mas hadapi dengan lapang dada walaupun ada jugak rasa sedih dan tak puashati, tapi demi amanah kerja semua tu kenalah hadapi kan?

Kalau nak demand lebih dan nak protes pun tak guna jugak, nanti lagi rumitkan keadaan. Sebab tu Mas ambik je langkah menurut sahaja walaupun terpaksa pindah randah banyak kali dari bawah ke atas dan sebaliknya. Semua tu Mas jadikan sebagai pengalaman dan cabaran dalam melaksanakan tugas, jadi bila dah kena keluar dari BSM ni semua tu adalah kenangan terindah!



Waupun hakikat Mas sedih dan berat hati nak tinggalkan BSM tapi demi kelangsungan "saya yang menjalankan amanah" Mas terima pertukaran ni dengan hati terbuka. Mungkin ini satu permulaan baru yang lebih baik untuk kerjaya Mas! Lagi pun di pejabat baru ni Mas dapat boss yang sangat baik, dan rakan sekerja yang sangat sempoi dan baik jugak. Haaa satu permulaan yang positif kan?

Moga lepaskan janjikan yang positif² dan baik² je, serta Mas akan dapat momen yang indah seperti Mas di BSM selama 16 tahun!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com