Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 31 Mei 2018

Sekali berbuka di luar

Assalamualaikum...(^ ^)

Dek kerana buntu betul nak masak apa semalam, Mas dan husband ambik keputusan berbuka kat luar je. Husband kata sekali sekala bagi Mas cuti masak, hehehee! 

Mula² nak makan masakan panas je, tapi kedai yang biasa pergi tu tak buka pulak. Jadi Mas serahkan je kat husband nak makan kat mana, dia pun carilah restoran yang ada bufet murah². Dia tanya Mas, "Nak makan Nasi Arab tak?" Katanya ada bufet murah serendah RM19.90 sekepala di Cyberjaya. Mas ikut jelah, memang jenis tak memilih.


Restoran Al-Mehran jadi pilihan kami, bufet yang disediakan ada pilihan Nasi Briyani, Nasi Arab Kambing dan Nasi Arab Ayam. Ada jugak pilihan buah-buahan, kuih muih dan hidangan sampingan yang lain. Air sirap dan buah kurma diberi percuma. Bagi Mas berbaloilah dengan harga RM19.90 sekepala, puashati dan kenyang sangat. Pastu anak² nak Nan Cheese, ambiklah 2 keping. Yang ni tak termasuk dalam bufet tau, kalau nak air lain pun dikenakan harga lain. 

Semuanya kami kena RM92 untuk 5 orang, haaa lepas belanja masak untuk 3 hari tu. Tapi takpelah, bagi Mas murah dah tu. Janji anak² makan kenyang dan gembira dapat berbuka di luar dah memadai. Sekali atau 2 kali bolehlah, nak selalu memang tak mampu. Jadi bila sekali sekala nak makan di luar memang Mas pilih bufet Ramadan yang murah camni.

Lagi pun kalau pilih makan bufet kat hotel yang mahal² tu kita bukan makan semua makanan pun, terlalu banyak. Rasa tak berbaloi bayar ratus² tapi makan sikit je. Jadi kalau yang murah ni kita makan ala kadar je, sebab menu tak banyak sangat. Setimpallah dengan harga!


Kalau nak cuba bufet kat Restoran Al-Mehran ni boleh whatsapp nombor kat banner tu.

Rabu, 30 Mei 2018

Nur Aiyra Annasya : 8 bulan

Assalamualaikum...(^ ^) 

8 bulan dah si comel mama, kenapa cepat sangat besar ni. Bukan apa, mama rindu masa Aiyra baby dulu. Hehehee, sekarang makin lasak. Pegang sikit je meronta tak nak, nak lepas bebas ke sana ke sini. Heeeee geram mama tau!


Perkembangan dia di usia 8 bulan ni memang makin lasak, semalam dah baca kan kisah dia dah pandai memanjat tu. Kemain lagi dia, berdiri sendiri pun tak pandai tapi dah terer bab memanjat. Memang cepat pandai Aiyra ni berbanding kakak abangnya. Tu belum dapat kaki, lagi letihlah mama nak kawal. 

Gigi bawah pun dah tumbuh 2 batang, yang atas baru rasa² kat gusi. Seram sikitlah mama bila dia dah ada gigi ni, seriau dia mengigit bila menyusu. Hahahaa, setakat ni belum lagilah. Bila dah ada gigi ni dia pun dah tak mau sangat bubur kisar hancur, mungkin dia dah rasa nak mengigit kot. Jadi Mas bagi dia biskut yang boleh gigit² tu, yang sesuai untuk bayi baru tumbuh gigi. Sukalah dia dapat gigit²!

Tahap kesihatan dia baik² je, lepas kena demam campak hari tu berat dia pun dah naik ke 7.2kg. Makan dan minum susu pun sentiasa berselera, makin semangat badan tu walaupun badan nampak kecik. Imunisasi pun dah lengkap sampai umurnya 6 bulan, 9 bulan pulak nanti ada injection. 

Alhamdulillah Aiyra ni tak susah sangat jaga dia, takde meragam beria sejak dari baby. Lagi pun dia ada kakak² dan abang yang suka melayan, lepas sorang² nak dukung. Kadang Aiyra pulak yang rimas, lagilah dah makin besar ni dia tak suka sangat orang pegang. Menyusu pulak masih susu Mas sepenuhnya, lega susu masih mencukupi untuk dia!

Haaa ni Mas tak sabar nak tunggu dia berjalan pulak! 

Selasa, 29 Mei 2018

Dah pandai memanjat

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh mama babah geleng kepala tengok si kecik Aiyra ni, buas aihhh anak bomba sorang ni. Umur baru 8 bulan, jalan pun tak pandai lagi tapi memanjat sofa dah terer tau. Bukan setakat sofa je, kabinet TV pun dia panjat. Mengucap panjang mama, sedar² dah ada atas kabinet tu.


Dia pandai memanjat ni baru 2-3 hari ni, tak padan dengan kecik tu. Mula² babahnya yang perasan, masa tu dia berdiri kat sofa. Sekali dia naikkan lutut atas sofa dan terus panjat, dah dia buat tu kemain seronok lagi. Ada sekali tu Mas tinggalkan kejap dia dengan Airis, Mas pergi ke dapur sekejap je. Sekali pandang je ke ruang tamu tengok dia dah berdiri atas sofa, apa lagi berlari mama ke ruang tamu. Kakak Airis leka main, tak sedar adik dah panjat sofa.

Yang si Aiyra kemain seronok, siap jerit² lagi. Mama kau yang cuak, bukan apa tak padan dengan umur tu. Kecik sangat lagi nak buat kerja panjat memanjat ni, haihhh memang anak bomba sangat ni. Kakak dan abang dia dulu bila dah pandai berjalan baru tau bab memanjat ni. Ini dia baru merangkak dah terer!


Pastu ni kejadian malam ni, sedar² dia dah ada atas kabinet TV ni. Laju betul dia panjat, langsung tak takut. Mama letak bantal kat depan kabinet tu sebab nak halang dia dari tarik dekoder Astro, tapi dia lagi bijak. Dia jadikan bantal tu sebagai tempat pijak untuk panjat ke atas kabinet tu, bijak²! Mama pun tak terfikir dia akan buat camtu. 

Nampaknya lepas ni kena lebih beri tumpuan pada si kecik Aiyra ni, tak boleh leka. Kecik² cili api ni! 

Isnin, 28 Mei 2018

ESP Shaklee sangat membantu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang tahu kan, ibu yang menyusukan anak ni perlukan banyak tenaga ketika berpuasa. Jadi kena makan secukupnya, terutama dalam bulan puasa ni. Nanti kalau tak makan, tak cukup pulak keperluan kalori. Mulalah badan letih dan tak bertenaga, pastu hasil susu pun pasti akan berkurangan.

Itulah yang paling Mas takuti bila mula berpuasa, risau sangat keperluan susu untuk Aiyra merosot. Dahlah Mas ni jenis bila sahur tak boleh makan nasi, biasa makan kurma 3 ulas dan air masak je telan banyak². Tapi bila berpuasa dalam keadaan menyusukan Aiyra ni, Mas kena cari alternatif lain untuk kekal kenyang dan bertenaga walaupun kena mengepam susu setiap hari. 


Jadi pilih punya pilih Mas berminat nak cuba ESP Shaklee ni, sejak 1 Ramadan Mas amalkan minum. Lagi pun katanya ESP ni boleh dijadikan milk booster, haaa tu yang seronok dengar. Bila dah amalkan tak sangka Mas mampu mengepam susu 2-3 sesi setiap hari sepanjang puasa ni, pastu tetap kekal bertenaga dan tak lapar sangat walaupun dah pam susu. Fuhhh rasa lega sangat, dan alhamdulillah ESP Shaklee banyak membantu!

Pastu badan memang tak penat langsung, yelah Mas ni berulang kerja 60km jugak pergi balik. Nak hadap jalan jammed lagi, sampai rumah nak berperang memasak kat dapur pulak. Kalau ikutkan mesti penat giler kan, dengan berpuasa, mengepam susu, memandu jauh dan memasak lagi. Tapi dengan amalkan ESP Shaklee ni, Ya Allah tenaga macam ajaib je. 


ESP ni Mas minum ketika sahur je, biasanya bancuh dengan 2 sudu milo dan susu low fat. Pastu kalau ada stok buah mangga Mas akan buat ESP Mango Blended, haaa yang ni serius sedap dan sangat mengenyangkan! Tu Mas kongsikan videonya.

Ahad, 27 Mei 2018

Terkesan dengan hutang negara

Assalamualaikum...(^ ^)

Terkesan sangat rasa bila dengar hutang negara dah cecah berbillion, haihhh tak dapat bayangkan betapa banyaknya. Simpati jugak dengan Tun M sebab terpaksa hadapi semua tu, dengan umurnya yang dah berusia kena kerja kuat demi selamatkan negara. Sama² kita doa moga Tun M diberi kesihatan yang berpanjangan untuk selesaikan masalah ini.


Jadi bila dah tau negara kita sedang hadapi masalah camni, jangan kita pulak boros berbelanja. Nak² dekat nak raya ni, shopping sakan sampai tak ingat dunia. Semua kita nak tukar baru, raya setahun sekali kononnya. 

Patutnya dengan keadaan negara camni kita kena lebih berjimat cermat, kena urus wang dengan bijak. Manalah tahu keadaan makin melarat dan ekonomi makin gawat, haaa kita takde persediaan untuk hadapi semua tu. Jadi belanja berhemahlah raya ni, beli ala kadar dan setakat termampu je. Duit yang lebih tu simpan untuk kegunaan masa kecemasan. 

Macam Mas sekarang memang lebih sayangkan duit, terkesan wooo dengan masalah hutang negara kita ni. Belanja raya tahun ni memang Mas kurangkan bajet, beli untuk anak² je. Pastu cadang nak cari baju bundle je, walaupun murah tapi kainnya tetap tahan dan cantik. Dengan duit bonus yang belum tentu lagi dapat berapa kan, jadi kena berjimat. Kalau dapat pun duit tu nak simpan untuk belanja lepas raya. 

Jom sama² kita ubah ye, jangan ingat raya setahun sekali kita pun setahun sekali nak semua baru. Ingat negara sedang hadapi hutang berbillion tu, tak kan kita pulak nak hidup gaya mewah kan? Cukuplah yang 2 orang tu dok bermewah² dengan duit kita sebagai rakyat!

Sabtu, 26 Mei 2018

Samosa Inti Sardin Kentang

Assalamualaikum...(^ ^)

10 hari dah kita berpuasa, rasa sekejap je kan? Mas setakat ni masih memasak setiap hari, kuih pun buat sendiri jugak. Selagi larat dan termampu Mas akan buat, puashati makan berbanding beli. Jadi hari² memang dok fikir kuih apa nak buat, tanya jugak kat anak² nak makan kuih apa. 


Semalam diaorang nak makan Samosa, jadi Mas cubalah buat Samosa Inti Sardin Kentang. Macam biasa kalau pertama kali nak buat kuih tu, Mas akan rujuk dengan adik. Dia memang pakar bab² buat kuih ni. Dah tahu resepinya maka terhasillah, alhamdulillah menjadi buat dan anak² puji sedap. Meh Mas kongsi resepi untuk buat rujukan nanti!

Bahan-bahan
10 keping kulit popia (setiap satu dipotong kepada 3 bahagian)
Satu tin besar sardin
3 biji kentang (dipotong dadu)
Sebiji bawang besar (dipotong dadu halus)
5 biji bawang putih (ditumbuk hancur)
Satu peket kecil serbuk kari ikan
Garam secukup rasa



Cara² membuatnya
Tumis bawang putih dan bawang besar, bila dah naik bau masukkan kentang. Kacau rata dan masukkan serbuk kari, secawan air dan sesudu kecil garam. Masak sehingga kentang betul² empuk barulah masukkan sardin. Biar sehingga kering barulah tutupkan api. 

Dah sejuk sikit inti tu barulah boleh buat samosa, cara lipat tu Mas pandai² sendiri je dan nasiblah menjadi. Pastu dah siap bolehlah goreng sehingga garing kekuningan. Pastu kalau ada lebih boleh frozenkan, nanti nak makan goreng je! 


Selamat mencuba!

Jumaat, 25 Mei 2018

Terkubur impian julang Piala Thomas

Assalamualaikum...(^ ^)

Kecewalah, takde peluang nak tengok skuad badminton Piala Thomas beraksi di peringkat akhir. Nampaknya rekod kemenangan tahun 1992 bakal berkubur camtu jelah, susah dah nak diperbaharui. Dato' LCW pun nak bersara dah, harapan tinggal harapan jelah. 


Memang geram tengok game suku akhir semalam, banyak kesilapan di pihak pemain Malaysia. Mereka ni bergantung harap pada Dato' LCW untuk menang tapi tak nak usaha menang jugak. Ikutkan 2 pasukan beregu tu boleh menang, bagus mereka main semalam. Cuma banyak buat silap bila nak main di set ketiga tu, terlebih yakin boleh menang. 

Mas siap tengok sampai habis tu, masih menaruh harapan untuk Malaysia ke separuh akhir. Mula dah nampak harapan beregu kedua tu akan menang, tapi bila masuk ke set ketiga terus banyak buat silap. Main dah tak tentu hala, pihak lawan pun apa lagi terus hentamlah. Mas tengok masa tu beregu Malaysia macam dah terlebih yakin boleh menang, sampai lupa nak atur strategi permainanan lebih baik. Akhirnya kecundang jugak!


Sian jugak kat Dato' LCW, pasti sedikit dia rasa kecewa kan? Dia main berhempas pulas untuk menang, tapi pemain lain tak dapat nak raih kemenangan. Dahlah kejohanan Piala Thomas kali ni yang terakhir untuk dia, tak dapat nak lakar memori indah. Tak dapat nak julang Piala Thomas buat kali terakhir. 

Moga lepas ketiadaan Dato' LCW, pihak BAM mampu lahirkan pelapis beliau. Moga ada harapan untuk kita rangkul kembali Piala Thomas yang dah diidam sejak 26 tahun selepas kemenangan tahun 1992. Dato' LCW pun boleh dipilih jadi jurulatih lepas dia bersara, boleh dia tunjuk ajar pemain muda supaya jadi macam dia. Moga maju jaya skuad badminton negara!

Khamis, 24 Mei 2018

Hutang tetap hutang

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas bukan nak ulas panjang lebar pasal isu bayar hutang PTPTN tu, kang tulis lelebih ada pulak yang dok panas hati. Bagi Mas senang je, apa keadaan sekali pun hutang tetap hutang. Wajib dilangsaikan sebelum korang tutup mata, berat hukum kalau abaikan hutang ni.


Mas dulu bila dapat je kerja, perkara pertama yang difikirkan nak bayar hutang pinjaman pelajaran. Walaupun gaji pokok sikit tapi Mas tak nak jadikan alasan untuk tangguh buat pembayaran. Mas bincang dengan pihak Yayasan Pahang, mintak nak bayar RM100 sebulan sebab itu je yang termampu.

Alhamdulillah, mula bayar tahun 2003 dan selepas 5 tahun hutang sebanyak RM6000 habis dibayar. Masa tu gaji pokok Mas baru RM900, campur elaun semua dapatlah RM1k lebih sebulan. Tapi hutang tetap Mas dahulukan, takde nak culas membayar. Takde nak tunggu gaji dah RM4k baru terhegeh² nak bayar, boleh selesaikan awal kita selesaikan. Sikit² lama² habislah!

Jadi pada peminjam PTPTN tu tak perlulah nak tunggu gaji dah RM4k baru nak bayar, sebab lagi besar gaji lagi banyak tanggungan. Memanglah kerajaan dah luluskan tapi pokok pangkal pada kita sendiri, pandai hutang pandailah bayar. Tak mampu bayar banyak, RM100 sebulan pun dah memadai. Nak senang buat potongan gaji terus, haaa lagi mudah camtu. Tau² dah habis bayar separuh dari pinjaman, sedar tak sedar je kan?

Kerajaan tu bagi cadangan je untuk ringankan beban kita tapi bab uruskan kewangan sendiri kitalah kena pandai. Abaikan dulu kehendak tu, utamakan keperluan dan hutang. Insya Allah pasti cukup kalau kita dahulukan yang wajib tu!

Rabu, 23 Mei 2018

Seminar Keibubapaan Putrajaya

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa bagus jugak diadakan seminar camni dalam bulan puasa, selain dapat ilmu boleh jugak hilangkan rasa mengantuk walaupun masa seminar ai tidur jugak. Hahaha tak boleh tahan wooooo!


Hari ni Mas berpeluang hadiri Seminar Keibubapaan Putrajaya, bagus seminar ni. Banyak dapat ilmu tentang cara² nak didik perkembangan mental dan emosi anak². Cara didik tu kena penuh perhatian dan kasih sayang tapi dalam masa yang sama ada ketegasan. Sebab anak² ni dia belajar dari sikap kita sebenarnya, kalau kita suruh dia buat sesuatu sambil marah² dia akan memberontak. Dia tengok maknya marah dengan kasar jadi dia balas dengan kasar jugak!

Jadi nak marah kena ada cara supaya emosi anak tak terganggu, supaya dia akan akur dengan kata² kita. Haihhh nampaknya Mas pun kena ubah cara marah anak sekarang, tak boleh terlalu ikut perasaan. Kena kawal marah tu dan lebihkan pada nasihat yang ada ketegasan, penceramah tu kata anak² pasti akan akur dan ikut.


Walaupun Mas ni anak dah 4 tapi terasa masih cetek ilmu tentang keibubapaan, jadi kenalah hadir seminar camni. Sedikit sebanyak ia membantu Mas untuk didik anak dengan lebih baik, bukan saja dari pengalaman tapi dari pengetahuan dan ilmu jugak penting. Kita ni kan role model pada anak², baik yang kita didik baiklah anak² kita akan didik anak² mereka nanti.

Pastu dari seminar Mas dapatlah perbaiki diri dalam cara² nak didik anak, sebab bukan semua cara Mas betul. Ada jugak salahnya, jadi ilmu inilah dapat bantu Mas jadi ibu yang lebih baik untuk anak².

Selasa, 22 Mei 2018

Rajinnya buat kuih!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa rajin tak rajinlah, tapi Mas gigih demi anak² nak makan. Kalau diaorang tak nak, memang takdelah Mas nak buat. Tak memadai jugak buat kalau Mas makan sorang je lebih baik beli kan?


Anak² Mas ni ikut tekak mama dia, suka kuih muih tradisional. Setakat ni apa saja kuih tradisional yang Mas buat, mereka akan makan. Macam bulan puasa ni wajib setiap hari ada kuih, setiap hari mereka akan suruh Mas buat kuih apa yang nak makan. Diaorang tahu setiap kali puasa je mama akan rajin buat kuih, jadi masa itulah peluang nak suruh buat kuih yang diaorang suka.

Yelah bulan puasa je nak layan anak² makan kuih ni, kalau bulan lain takdelah nak buat hari². Pastu Mas buat kuih yang biasa² je, yang anak² suka makan. Kalau rajin terlebih buatlah kuih yang diaorang tak pernah makan, resepi pulak cari kat google ke atau tanya adik Mas je.


Macam semalam, tetiba si Arfan suruh buat Kuih Badak Berendam. Haaa dah lah mama kau ni tak pernah buat, risau jugak tak menjadi. Tapi Mas cuba jugak demi anak nak malam, gigih google resepi. Sekali dah siap buat dan anak² makan, mereka cakap sedap! Apa lagi berbunga² lah hati mama, tak sangka buat untuk pertama kali terus menjadi. Pastu tengok anak² makan sampai habis lagilah seronok, siap berebut² diaorang.

Jadi kerajinan dan kegigihan Mas nak buat tu akan sentiasa membuak bila tengok anak² suka makan, barulah rasa seronok!

Isnin, 21 Mei 2018

Buka Puasa Set @ Hugo's KL, Hotel Ramada

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah masuk 5 Ramadan, camne buka puasa korang? Masih masak di rumah atau ada bawak keluarga buka puasa di luar, sekali sekala takpe kan. Bagilah isteri tu cuti masak sehari, raikan dia dengan berbuka kat hotel ke? Haaa barulah berbaloi penat dia masak setiap hari.

Jangan risau dengan harga bufet yang mahal, ni Mas nak kongsi satu tempat yang tawarkan harga berpatutan, bagi Mas sangat berbaloilah. Kalau keluarga besar macam Mas ni lagilah berbaloi, takde pun kena bayar sampai puluhan ringgit untuk satu kepala. Nak tahu kat mana tempatnya, jom baca!


Buka Puasa Set @ Hugo's KL, Hotel Ramada
Sempena bulan puasa ni, pihak Hotel Ramada ada menyediakan Buka Puasa Set di restoran Hugo's KL. Restoran ni terletak di lobi hotel, ruang makan yang disediakan pun selesa dan kemas. Kemudahan surau jugak ada disediakan di Aras 10 hotel, kalau nak guna boleh berurusan dengan pihak hotel. Kemudahan parkir kereta pun banyak disediakan di ruang basement hotel. 



Untuk tahun ini 5 pilihan menu masakan melayu tempatan disediakan oleh chef mereka iaitu Chef Bahar. Kata chef "Set menu ini direka khas untuk tetamu bagi mengenang kembali waktu berbuka puasa bersama keluarga di kampung, sambil menikmati hidangan tradisional Melayu." Haaa mengamit nostalgia gitu! Inilah 5 set menu tersebut:

1. Nasi Kerabu with Ayam Percik

2. Sambal Udang with Rice & Vegetables

3. Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi

4. Nasi Briyani Ayam

5. Nasi Tomato with Ayam Merah

Lima set pilihan ini disediakan bersama Sup Ayam, pilihan Samosa atau Murtabak Daging, Buah Kurma, Buah-Buahan dan pilihan Air Sirap Bandung atau Teh Tarik. Yang menariknya harga set ini hanyalah RM25 sahaja, diulangi RM25 sahaja! Haaa mana nak dapat harga set buka puasa murah camni, hanya di Hugo's KL Hotel Ramada. Kalau makan satu keluarga besar yang ada 5-6 orang pun baru RM150 sahaja kena bayar, berbaloi² sangat!


Jadi bagi korang nak teringin sangat berbuka puasa di hotel, boleh ke Hotel Ramada ni. Promosi ini hanya sah dari 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018, dari jam 6 petang hingga 8 malam. Untuk tempahan boleh hubungi talian 03-23869288 samb 9218. 


Ahad, 20 Mei 2018

Menyusukan anak di bulan puasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun ni lagi sekali Mas menyusukan anak di bulan puasa, sebelum ni pernah masa Airis. Sejujurnya sebelum mula berpuasa tu Mas rasa agak risau jugak, yelah takut sangat susu tak meriah seperti biasa. Maklumlah seharian berpuasa kan, sedangkan tak berpuasa pun kadang² susu akan merundum jugak. Jadi sebelum puasa tu Mas cuba kumpulkan stok susu lebih dari 10 botol, sekurangnya keperluan susu Aiyra tak terputus.


Setakat hari ini dah 4 hari berpuasa, alhamdulillah hasil susu masih ada. Walaupun bulan puasa ni Mas hanya pam 2 sesi sahaja, tapi tetap boleh dapat 9oz untuk 2 kali pam tu. Kalau sebelum puasa Mas pam 3 kali iaitu jam 7 pagi, 11 pagi dan 3 petang, hasilnya akan dapat 12oz. Cuma puasa ni Mas ubah sikit ke jam 7 pagi dan 2 petang sahaja, cuma hasil tu berkurang 3 oz lah. Tapi takpe, setakat ni stok masih cukup untuk bekalan Aiyra setiap hari.

Camne Mas banyakkan susu badan walaupun berpuasa? Haaa ni Mas takde tips pun, cuma waktu sahur tu wajib makan kurma, minum susu dan air masak kena lebih. Nasi memang Mas tak makan, tak sanggup aihhh nak telan nasi pepagi buta tu. Supplement pulak Mas kekal ambil VCO dan Shatavari Himalaya, pastu sekarang Mas cuba minum ESP Shaklee tu. Setakat ni semuanya membantu penambahan susu badan walaupun Mas berpuasa. 

Tapi bagi Mas yang paling penting kena sentiasa positif dan jangan langkau waktu pam. Walaupun berpuasa, pam tu wajib tau. Jangan jadikan alasan perut lapar dan badan penat, nanti kalau pam lagi tak bertenaga. Salah tu, nak kekalkan susu sentiasa banyak mesti ada demand and supply tau. Kalau kita nak je susu banyak tapi tak pam, memang tak akan menjadi. Jaga makan dan jaga kesihatan, insya Allah susu pun akan meriah.

Moga hasil susu Mas terus kekal meriah sehingga penghujung puasa!

Sabtu, 19 Mei 2018

Kuih Ketayap

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa, camne puasa korang? Masak sendiri setiap hari ke, membeli kat bazar ke atau makan kat luar je. Mas setakat 3 Ramadan ni masih dapat memasak setiap hari untuk keluarga, kuih pun buat sendiri tau. Kena gigih dan rajin sebab anak² suka makan kuih.

Hari ni diaorang suruh buat Kuih Ketayap, katanya mama tak pernah buat. Memang tak pernah pun walau suka makan, jadi hari ni gigih buat demi anak². Resepi dan cara nak buat macam biasalah, Mas mintak dengan adik. Dia memang pandai bab² buat kuih tradisional ni.


Oleh kerana pertama kali buat kuih ni, Mas nak kongsilah resepi kat blog ni. Boleh jadikan rujukan bila nak buat lagi kan, kot lah tak ingat. Hehehe jom tengok bahan² dan cara buat!

Bahan² untuk inti
Sebiji kelapa parut (kelapa muda lagi sedap)
2 senduk gula pasir
2 senduk gula merah
2 cawan air
Sesudu tepung gandum

Bahan² untuk kulit ketayap
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
Sebiji telur
Secubit garam
Pewarna hijau (kalau rajin kisarlah daun pandan)


Cara² membuat inti
Masakkan gula pasir dan gula merah sehingga jadi gula hangus, pastu masukkan kelapa dan air. Masak atas api perlahan sehingga kering, bila dah hampir nak kering tu jangan lupa masukkan sesudu tepung gandum. Letak jugak sehelai daun pandan supaya baunya wangi.

Cara² membuat kulit ketayap
Bancuh tepung, telur sehingga sebati. Kemudian masukkan 2 cawan air dan kacau hingga sebati, jangan lupa masukkan secubit garam dan pewarna hijau. Ingat bancuh tu jangan terlalu cair atau pekat, ikut sukatan tu mesti jadi!

Selamat mencuba!

Jumaat, 18 Mei 2018

Latih anak berpuasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang tak pernah nak paksa anak² untuk berpuasa masa mereka seusia Airis ni, biarlah mereka faham dulu apa itu puasa. Bila dah faham barulah mereka dapat berpuasa penuh, pastu akan rasa seronok nak puasa setiap hari.

Tapi Mas ajar jugak mereka berpuasa seawal usia 6 tahun, cuma takdelah nak mereka berpuasa penuh kalau tak larat. Mas latihlah mereka puasa setengah hari dulu, bagi biasakan diri tahan lapar dan dahaga. Sahur pun Mas suruh bangun walaupun tak nak puasa, biar mereka rasa camne bersahur. Nanti kalau dah biasa pasti mereka akan rasa seronok, pastu terus rasa nak puasa setiap hari. Haaa kan dari ajar tu akan jadi amalan!


Atikah Arfan dah lepas, sekarang giliran Airis pulak. Dah masuk 2 hari puasa ni memang dia bangun bila sahur, siap makan nasi lagi. Bila tanya, "Airis nak puasa tak?". Dia akan cakap nak, tapi balik sekolah terus mintak susu sebotol. Hehehee takpelah, janji dia dah mampu tahan lapar dan dahaga dari jam 6 pagi hingga 12 tengahari. Lama kelamaan bila dah biasa dia akan tahan seharian berpuasa, bak kata pepatah sikit² lama² jadi bukit kan?

Waktu berbuka pun Mas akan ajak dia makan bersama, supaya dia rasa keseronokan berbuka tu. Dia akan tahulah kalau berpuasa dapat makan sedap² dan dapat makan sama². Dari situ mesti dia akan rasa nak puasa, haaa satu kejayaan jugak nak latih dia puasa penuh. 

Jadi kalau nak latih anak² kecil ni mula berpuasa tak perlu dengan paksaan, cukup sekadar kita buat mereka rasa seronok berpuasa. Bila seronok mesti tiap hari nak buat kan? 

Khamis, 17 Mei 2018

Ramadan datang lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, tiba dah kita ke 1 Ramadan. Moga ibadah puasa dan amal ibadah kita sentiasa diberkati Allah SWT, pastu dipermudahkan urusan puasa kita. 


Sahur pertama kami anak beranak berjalan lancar, walaupun pagi tadi diduga dengan gas habis. Hohohoo kelam kabut ai, nasib bangun seawal jam 4.30 pagi. Terus telefon husband yang kerja, nasib baiklah dapat beli gas. Kalau tak anak² sahur air masak dan kurma je. Ada rezeki dapatlah masak Nasi Goreng untuk diaorang sahur. Dugaan betul!

Pastu Mas tahun ni lagi sekali berpuasa semasa masih menyusukan anak, sebelum ni masa Airis. Nervous pulak rasa, risau sangat hasil susu akan merundum. Jadi tekad setiap kali sahur kena minum susu kurma dan minum air masak lebih, nasi memang Mas tak boleh telan kalau pepagi ni. Lega hari ni mengepam 2 sesi hasil susu dapat seperti biasa, cuma lepas pam tu perut berkeroncong lah. Fuhhh automatik lapar dan dahaga, tapi Mas masih mampu bertahan. 

Bab juadah berbuka, seperti biasa Mas akan masak setiap hari. Harap tahun ni gigih seperti tahun lepas, setiap hari ada kuih. Yelah anak dah makin membesar, lebih jimat kalau Mas buat kuih sendiri. Kalau nak beli banyak jugak belanja dan tak puas makan, haaa buat sendiri kau makanlah puas². Menu dan jenis kuih nak buat tu macam biasalah tanya apa husband dan anak² nak makan dulu, kalau tak tahu jawabnya Mas masak jelah apa yang terfikir dek akal.

Lagi satu bulan puasa ni Mas pilih balik seawal jam 4 petang, sama macam tahun lepas. Yelah balik pukul 4 pun tetap sampai rumah jam 5 lebih, kalau lagi lambat jawabnya kena membeli menu kat bazar jelah. Memang tak sempat nak memasak! 

Ok jom fikir menu hari pertama berbuka!

Rabu, 16 Mei 2018

Akhirnya GST kadar sifar

Assalamualaikum...(^ ^)

"Bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia serta diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun ini. Kementerian Kewangan memaklumkan, langkah pengenaan GST pada kadar sifar itu akan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

Katanya, penetapan berkenaan tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan daripada GST." (berita penuh di Harian Metro)


Alhamdulillah, berita baik sempena nak sambut Ramadan ni kan? Legalah sikit lepas ni, takdelah kita terbeban sangat dengan harga barang² yang agak mahal. Yelah peniaga pun terbeban dengan GST kan, jadi pembeli turutlah jadi mangsa. 

Lepas 1 Jun ni harap² takde dah yang dok sibuk pasal GST lagi, Tun dah tunaikan janjinya. Terbaik Tun, pantas bertindak demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara. Tun pun ada kata "Dakwaan kononnya hasil pendapatan negara akan merosot sekiranya GST dihapuskan tidak benar kerana kekurangan dana dalam kerajaan sekarang bukan disebabkan kekurangan hasil sumber pendapatan tetapi akibat salah guna dan pembaziran!"

Haaa bagus betul Tun ni kan, pengalaman dia yang dah lama tu sangat membantu. Lepas ni seronoklah sikit nak membeli belah sebab GST dah takde, terutama kat kedai RM2. Takde dah nanti 12 sen tu, haihhh makin syok arrr membeli. Tapi kena ingat untuk berjimat jugak tau sebab ekonomi masih belum pulih sepenuhnya, hutang negara banyak. Kita kenalah bijak berbelanja walau GST dah sifar ye!

Selasa, 15 Mei 2018

Hentikanlah sebar berita palsu

Assalamualaikum...(^ ^)

Haihhh sejak dipimpin oleh kerajaan baharu dan PM baharu ni, macam² pulak berita palsu muncul. Ada je cara mereka nak keruhkan keadaan, terutama bab 10 janji 100 hari tu. Masing² tak sabar sangat nak janji tu ditunaikan, padahal Tun baru je 4 hari bergelar PM. Memanglah Tun tu bijak dan pantas bertindak tapi bukan senang nak laksanakan semua tu dalam masa yang singkat, dia kena kaji betul².


Kalau tak kaji nanti, bila pelaksanaannya pincang mulalah masing² dok bising. Terutamanya pasal pemansuhan GST tu, semua pakat tak sabar aihhh! Benda tu akan dilaksanakan tapi makan masa sikitlah, Menteri Kewangan pun tak angkat sumpah lagi. Kenapa bertahun kita boleh tahan dan dok hadap je GST tu, tak kan sekarang tak boleh sabar sikit. Ingat hari ni jadi PM esok terus terlaksana semua 10 janji tu. Pastu pakat² sebar berita palsu, nak buat semua rakyat menggelupur tak sabar!

Lagi satu pasal penamatan perkhidmatan anggota kontrak, semalam kecoh kata semua pekerja kontrak akan diberhentikan kerja. Sebar berita palsu supaya orang naik resah, pastu macam² status keluar kutuk kerajaan. Haihhh mentang² bebas bersuara sekarang, macam² nak dijadikan cerita. Kan Tun dah cakap tak akan berhentikan pekerja camtu je, akan serap mereka ke agensi lain atau agensi swasta. Takdelah dia kejam sangat nak buat camtu, dia tahulah apa yang dia buat. Korang nak sangkal pengalaman dia 22 tahun tu ke?

Jadi seeloknya sebelum kita viral berita palsu ni pastikan dulu kesahihannya, tak sahih baca je dan jangan viralkan. Tau kan sekarang kerajaan baharu, memang banyaklah cara orang buat untuk gugat kepercayaan rakyat. Makin banyak baca berita palsu makin orang tak sabar dan tak percaya pada kerajaan, itu yang bahaya. Mas pun kadang baca hampir nak percaya tapi Mas tak akan sebarkan sesuka hati, tunggu pengesahan dari yang selayaknya. Kalau sahih baru kongsi!



Isnin, 14 Mei 2018

Fikir² menu berbuka

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh makin panas sejak Tun jadi PM ni, ramai dah yang letak jawatan dan bakal disarakan. Takpe kita tengok je, Tun tahu apa yang dia lakukan. Moga lepas ni kerajaan kita bertambah stabil kan?

Laaa ni Mas nak cerita pasal nak puasa pulaklah, lagi 2 hari je nak puasa. Tak sabar betul rasa, bulan mulia yang paling dinantikan. Bila masuk puasa ni Mas sebagai ibu bekerjaya ni mulalah pening nak fikir juadah berbuka, hari ni je dah dok fikir menu apa nak makan sahur pertama dan buka puasa pertama. Tanya anak² macam biasalah, sahur nak nasi goreng. Pastu buka puasa mereka tak kisah makan apa pun, janji mama yang masak!


Alahhh mama yang pening nak fikir menu, laaa ni dok belek² Instagram. Tengok menu² tahun lepas dan tahun sebelumnya, bolehlah jadikan menu pilihan. Setahun sekali je masak sedap² gitu, jadi kalau masak lagi sekali tak semesti rasa sama. Lagi pun Mas ni masak ringkas² je, biasa makan untuk berbuka. Sahur tak lalu dah makan lauk berbuka, goreng telur ngan ikan bilis je lauk paling best. 

Kalau dah bosan masak lauk pauk makan dengan nasi, Mas buatlah Nasi Goreng ke atau Bihun Goreng. Sekali sekala ubah selera, makan nasi tiap hari bosan jugak. Atau pun ada lebih rezeki bawak anak² makan kat luar, 2-3 kali bolehlah kan? Nak selalu tak mampulah, anak ramai kos pun bertambah jugak! 

Haaa korang dah fikir ke juadah sahur dan berbuka pertama? Biasalah yang pertama tu nak lah istimewa sikit kan, pastu hari seteruanya menu biasa² je. Janji perut kenyang dan tak membazir tau!

Ahad, 13 Mei 2018

Mama cuai sangat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai baru je siang tadi gembira dengan anak² sebab hari ibu, gurau² dengan diaorang. Tapi malam ni rasa macam seorang mak yang cuai sangat, terleka sampai Aiyra jatuh katil. Baru sangat je berlaku, jam 9 lebih tadi! Haihhh Mas masih kesal lagi ni, cuai pulak hari ni. Memang kebiasaan kalau husband kerja malam Mas akan tidur dalam bilik, tak berani nak tidur luar dengan Aiyra je. Pastu sekarang kan musim panas, jadi Aiyra lebih selesa tidur dalam bilik ada aircond. 

Nak dijadikan sebab, malam ni dia tidur agak awal sebab siang tadi tak tidur sangat. Jam 7.30 camtu dia dah lena, jadi Mas terus letak dia atas katil dalam bilik. Kiri kanan atas bawah semestinya Mas letak bantal, selamat sikit kalau dia terjaga. Mas pun duduk kat sofa luar sambil buat kerja tapi pintu bilik Mas buka, supaya dapat dengar kalau dia terjaga. 

lepas jatuh, besar benjol


Masa Mas dok kat sofa tu intai jugak dalam bilik, tengok dia lena je tidur. Sekali Mas bangun ke dapur sekejap, tak sampai 5 minit kat dapur terdengar dia melalak dalam bilik. Berlari terus Mas, tengok dia dah terbaring atas lantai, dahi dah benjol camtu. Ya Allah mengucap panjang Mas, nak meraung sama bila tengok Aiyra dok melalak. Terus ambik ais dan tuam dahi benjol tu, dia jangan cakaplah melalak sekuat²nya. Lama jugak nak tenangkan dia, yelah mesti sakit! Pastu memang tak dengar langsung dia merengek, sebab biasa kalau terjaga dia akan merengek dulu. Hurmmm benda nak jadi camnilah kan?

Laaa ni nampak surut dah sikit benjol tu dan tak nampak lebam, cuma bengkak sikit je. Nasib tak panik sangat, dan cepat tuam dengan ais. Kalau lambat memang lebam dan benjol makin besar! Pastu nasiblah kat kepala dan tempat lain takde luka, lega sikit hati mama ni. 

lepas tuam ais selama sejam lebih

lega benjol dah berkurangan


Pastu Mas pun cuai sangat sampai lupa nak letak toto kat tepi katil, kalau letak mesti dia tak jatuh atas lantai mozek tu. Kuranglah sikit risiko dahi nak benjol atau luka kat mana². Itulah kan kalau Allah nak lupakan kita, sekejap je perkara camni boleh jadi. Nak dijadikan sebab je semua tu dan peringatan untuk kita lebih berhati² dan beringat!

Maafkan mama ye Aiyra, mama cuai sangat malam ni. Lepas ni mama janji akan lebih berhati² dan tak leka, saat kamu lasak nilah mama kena lebih beri perhatian!

Sabtu, 12 Mei 2018

Baju raya dah siap!

Assalamualaikum...(^ ^)

Cerita pilihanraya biarlah Mas tutup ye, kita doakan Tun Mahathir yang banyak pengalaman tu mampu mentadbir negara ke arah yang lebih baik. Kita doa yang baik² je!

Ni nak cerita pasal baju raya pulak sebab lagi beberapa hari kita nak puasa kan? Belum puasa dah sibuk cerita pasal raya ke, alahhh tak salah pun. Buat persiapan awal ni lagi bagus, nanti dah puasa boleh kita tumpukan pada amal ibadat je. Macam Mas baju raya untuk Mas + 3 anak gadis dah siap, hari tu Mas ada cerita hantar tempah je baju raya kali ni. Tak sangka pulak sebelum raya dah siap semuanya! 


Dah lega satu perkara, cuma tinggal nak beli baju raya untuk husband dan Arfan je. Mereka pilih nak kurta tahun ni, senang dan ringkas. Dah tengok dah kedai online, ada jugak yang Mas berkenan dan harga pun berpatutan. Tapi belum tunjuk kat husband lagi, kang tetiba dia tak berkenan pulak jadi wajib suruh dia tengok dulu. Sebab husband Mas ni cerewet sikit bab pemilihan baju raya, susah sangat nak berkenan dengan pilihan Mas. 

Pastu nak shopping baju raya yang lain untuk anak² kena tunggu baki bonus RM500 tu, dah dapat bolehlah pergi beli. Tahun ni tak bercadang lagi nak beli kat mana, kena cari tempat yang ada buat jualan. Yelah, anak dah 4 orang kan jadi Mas kena lebih berjimat cermat. Dapat beli sorang 2 helai seluar dan 2 helai baju pum dah memadai. Kalau Tun M nak tambah bonus raya tu barulah boleh beli lebih, hahahaa mana tau kan?

Bajet pulak biasanya Mas tak letak tinggi sebab takut terlebih shopping, cukuplah RM500 je. Kalau tak cukup barulah Mas tambah kemudian, bukannya apa kalau letak RM1k pasti dok nak beli macam². Memanglah nampak tak cukup RM500 tu, tapi kalau Mas cari kedai jual harga murah dan bukan berjenama pasti akan cukup. Kena belanja berhemah jugak walaupun GST akan dihapuskan!

Jumaat, 11 Mei 2018

Tahniah Tun M!

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya sah Tun Dr Mahathir Muhamad menjadi Perdana Menteri Ke-7!


Walaupun lama menunggu semalam tapi rakyat Malaysia tetap setia menanti, yelah nak saksikan sejarah tercipta bukan mudah kan? Sedangkan bertahun² kita sanggup menanti dan bersabar inikan boleh seharian kan, berbaloi kita tunggu tau! Mas semalam memang tak berganjak dari depan TV sejak jam 9.30 pagi sampailah ke malam.

Tapi kan semalam serius detik yang paling sebak saat Tun M mengangkat sumpah tu, dengar je suara dia rasa bergetar jiwa. Masa dia tandatangan watikah perlantikan tu tetiba airmata Mas mengalir, sebak sangat rasa tengok muka Tun. Demi sayangkan negara dan rasa tanggungjawab dia sanggup korbankan masa rehat dan berkhidmat di usianya yang dah 93 tahun tu. Pastu tengok muka dia terus rindu dan teringat kat arwah abah sebab muka mereka ada iras².

Haihhh memang sejarah dalam hidup Mas tengok pelantikan PM sampai menangis, sebelum ni tak pernah. Sebab Mas hargai sangat kesanggupan dan susah payah Tun demi nak baikpulih negara kita, ikutkan di usia dia tu tak perlu dah dia nak berpolitik. Tapi dia gagah jugak tanpa kenal erti penat dan putus asa, dia bukan nak rampas kuasa pun cuma lebih kepada nak selamatkan negara. Jadi sama² kita hargai pergorbanan dia dan doakan dia mampu mentadbir negara hingga ke PRU akan datang. 

Lagi satu jangan terlalu mendesak Tun nak selesaikan semua dalam masa terdekat, beri dia masa untuk perbaiki satu persatu. Bangkai kot yang ditinggalkan, jadi nak hilangkan baunya bukan mudah. Kita beri 100 hari dan lepas tu barulah boleh nak menilai baik atau buruk! 

Moga Allah panjangkan umur Tun Dr Mahathir!

Khamis, 10 Mei 2018

Aura Malaysia Baharu

Assalamualaikum...(^ ^)

Syukur Ya Allah, lega sangat undi tahun ni tak sia². Berbaloi rasanya tunggu 5 tahun dengan penuh sabar, akhirnya jadi kenyataan.


Semalam memang panas sangat, pertama kali dalam sejarah keputusan PRU tamat jam 5 pagi. Fuhhh rabak bijik mata menunggu, tapi demi nak tahu Mas gagah jugak. Mula dah terlelap jam 12 tengah malam, tak larat ngantuk sangat. Terjaga jam 2 pagi terus tengok TV9 sampai habis keputusan diumumkan kat semua negeri. Nak nangis rasa bila Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU14, sesebelum ni tak pernah rasa sebak camni. 

Pastu hari ni pun terasa aura baru tu, rasa macam segar je. Aura Malaysia Baharu tu memang dah lama dinantikan, dah lama rakyat nak kan perubahan. Mas pun nak kan perubahan, dah lama rasa terbeban sangat! Tak sia² rasa pergi mengundi semalam pakai baju + gincu merah. Hahahaa ai like merah! 

Sekarang ni tak sabar nak tunggu Tun M mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-7. Respek sangat kat dia sebab di umurnya yang dah lanjut dia berusaha sedaya upaya nak ubah negara kita kepada yang lebih baik. Moga kita semua hargai pengorbanan Tun, sebab sepatutnya sekarang dia berehat je. Tapi semangat yang kuat untuk selamatkan negara buat dia tekad untuk bertanding di PRU14. Pengalaman beliau selama 22 tahun tu memang sangat diperlukan! 

Moga kerajaan baharu beri sinar baharu pada kehidupan rakyat! 

Rabu, 9 Mei 2018

Selesai mengundi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tamat sudah proses pembuangan undi bagi PRU14, malam ni berdebar² aihhh nak tunggu keputusan. Moga ada perubahan yang baik pada negara kita, moga Allah makbulkan doa kita dan moga undi kita dapat membantu pembentukan Kerajaan yang adil!



Mas ni dari semalam lagi dok berdebar² nak mengundi, memang lain macam rasa mengundi tahun ni. Tapi sebab Mas dah bersedia dan tekad nak pangkah calon mana satu, jadi masa melangkah kaki ke tempat mengundi tadi memang bersemangat, tak sabar rasa nak pangkah calon pilihan. 

Tadi pergi mengundi pun dah dekat jam 4 petang, saja malas pergi awal pagi sebab mesti beratur panjang. Ramai kawan yang update kata beratur sampai 2-3 jam, Mas 3 minit je dah siap. Mas pergi tadi pakailah baju blogger yang ada lambang KBBA9, siap ada pakcik ni tegur logo tu parti mana. Hahahaa, Mas gelak je! Kang cakap logo kelab blogger takut dia tak faham pulak. 


Dah daftar nama kat kaunter semakan, terus ke tempat mengundi nombor 4. Sampai situ hanya 4 orang je tengah beratur, haaa sebab tu 3 minit je dah siap. Tapi yang kelakarnya masa kerani bertugas tu tengok IC Mas dia siap tanya lagi, kenapa gambar kat IC tak pakai cermin mata. Tergelak Mas dan terus jawab, "Gambar tu pakai contact lens kak, hari ni malaslah nak diva sangat pergi mengundi dok pakai lens!" Gelak jugak akak tu. 

Masa memangkah tu memang Mas ambik masa yang lama sikit, tengok satu² calon yang betul untuk dipangkah. Yelah kalau tergopoh² takut tersalah pangkah je, siap jadikan IC sebagai pembaris lagi. Risau tu kalau undi rosak, satu undi membawa sejuta makna! Dah siap pangkah semak lagi sekali, betul tak calon yang Mas pangkah tu. Dah puashati baru masukkan dalam peti undi, masa ni pun Mas tengok jugak betul tak label kat peti undi tu. Takutlah SPR tersalah letak label, kang tak pasal ai ngamuk macam divaAA tu. Hahahaa tak memasal viral akak nanti!


Fuhhh lega dah tunaikan kewajiban pada negara, melangkah dengan hati senang. Moga terbela nasib negara dengan undian tu, moga yang baru terbentuk! 

Selasa, 8 Mei 2018

Si bujang mama!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dia sorang je bujang dalam rumah tu, nak bagi adik lelaki takde rezeki. Nak tunaikan pun mama tak mampu dah, jadi dikelilingi lah oleh 3 dara. 

Tapi walau takde adik lelaki, Arfan ni sayang adik² dia. Bolehlah diharap kalau Mas mintak dia jagakan Aiyra, walau kadang tu banyak main. Dulu masa Airis pun dia banyak bantu jaga adiknya, tapi sekarang banyak gaduh je dengan Airis tu. Kadang benda sikit pun nak gaduh, pening haihhh mama tengok. Cuma gaduh tu takdelah berpanjangan, kejap je akan baik semula. Biasanya Airislah pandai pujuk dan ambik hati abangnya selalu. 


Cuma bab gaduh ni si bujang yang selalu kalah, kadang sampai menangis. Aduhai nak tergelak Mas tengok, dia lelaki pun boleh kalah dengan adik perempuan. Macam pagi tadi, hal remeh je Airis buat kat dia tapi boleh dia menangis dalam bilik. Mulanya Mas ingat kenapalah dia dok menangis, bila tanya rupanya marah Airis dok ambik nasi lemak dia. Alahai abang Arfan oiii, tak akan itu pun nak nangis. Gelak besar Mas dengan husband! 

Arfan ni memang camni, hati tisu sikit. Pantang gaduh sikit dengan Airis tu, mesti berlinang airmata. Kadang benda remeh temeh je, tapi dia punya nangis macam Airis tu dok pukul dia. Sebab tu sekarang kalau dia buat salah Mas jarang dah pukul, Mas cakap je benda yang boleh buat dia sedih. Haaa mesti akan nangis punya dan sedar dia dah buat mama marah, terus mintak maaf. Haaa Mas main psiko gitu je sekarang, tak perlu nak pukul marah sebab cara tu lagi berkesan.

Airis pulak dia bukan kisah, buat tak tahu je. Siap cakap "Alah itu pun nak nangis ke?" Amboi kemain lagi dia, kalau abang tu dok buat dia sama jugak dia dok melalak. Haihhh 2 orang ni memang macam², celik mata je mulalah. Kadang mama pagi² dah jadi singa lapar!

Isnin, 7 Mei 2018

Mama undi parti mana?

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun ni tahun ketiga Mas mengundi, memang rasa teruja setiap kali nak membuang undi. Mana taknya itu tanggungjawab kita kan, satu undi tu banyak maknanya. Mas umur 21 tahun memang dah mendaftar sebagai pengundi, sepatutnya undi pertama Mas pada tahun 2003. Tapi masa tu tak dapat balik kampung, sebab husband kena on call pada hari mengundi tu. Pastu tahun 2008 dan 2013 kewajipan tu dapat Mas tunaikan!

Tahun ni mengundi anak² dah besar, sedikit sebanyak mereka dah faham apa itu mengundi. Jadi bila dapat soalan cepu emas dari Arfan, "Mama nak undi parti mana?" Haaa, apa Mas nak jawab. Mula² Mas cakaplah undi itu rahsia, tak boleh bagitau sesiapa walaupun suami, anak dan ahli keluarga sendiri. Padahal Mas tau dah husband mengundi parti mana, hahahaa! 

kenangan mengundi tahun 2013


Bila Mas cakap camtu Arfan ni tak puashati, dia tanya lagi. "Kenapa kena rahsia pulak, apa salahnya Arfan nak tahu!" Mas jawaplah secara berhemah, kenalah rahsia sebab takut ada perselisihan faham sesama ahli keluarga. Sebab dek kerana satu parti orang boleh bertelagah dan bermasam muka, walaupun ahli keluarga sendiri. Jadi lebih elok kita rahsiakan, jadi takdelah selisih faham walaupun laki bini dok sokong lain² parti. 

Pastu dia dok tanya lagi, ehhhh Arfan ni banyak pulak soal selidiknya. Hahahaa apa pulak kau nak tanya ni, debar mak nak jawab ni nak! "Parti mana yang paling sesuai kita nak undi mama?" Haaa kau soalan, kalah soalan KBAT ni. Apa mak kau nak jawab ni, mencabar betul soalan. Tapi Mas rilek je walau berpeluh nak susun ayat bagi elok didengar, hehehee!

Mas cakap kat dia, kenalah undi parti atau pemerintah yang boleh bantu rakyat dan negara. Jangan undi parti yang hanya tahu tabur janji tapi tak laksanakan apa yang dijanjikan. Kalau kita nampak pemerintah sekarang kurang sesuai, kita kena ubah. Kita undi yang lebih sesuai dan mampu selamatkan negara kita. Undi tu di tangan kita dan kitalah yang kena memilih mana yang betul! Haaa kemain bersemangat waja mak kau jawab ni, harap takde soalan dah lepas ni. 

Terus Arfan cakap dia faham, dan terus cakap tak sabar nak mengundi nanti. Fuhhh bersemangat betul dia! Mas pun lega dapat jawab soalan dia dan lega dia tak tanya soalan dah. Hahahaa, tapi itulah bila anak² tanya soalan camni kita jawablah dengan berhemah. Jangan berbaur menghasut atau merancuni fikiran mereka, sebab kita pun nak anak kita tahu pemerintah mana yang terbaik untuk negara kita kan?

Ahad, 6 Mei 2018

Bantu setakat termampu

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun ni 2 orang anak nak periksa penting, sorang PT3 dan sorang lagi UPSR. Mas macam biasa sudah tentu ada sindrom mak² tu, risau memanjang je. Kadang anak rilek je, tapi mama je yang terlebih risau!


Sekarang ni banyak masa tumpukan pada pelajaran diaorang je, bantu apa yang termampu. Macam Atikah, sekarang dia dah sibuk dengan kajian Sejarah. 25/5 ni dah nak bentangkan untuk markah PT3 nanti, fuhhh memang banyak benda dia kena buat. Buat masa ni dalam proses edarkan borang soal selidik untuk penduduk taman, pastu nanti nak temuduga penduduk pulak. Mas dengan husband bantulah sedikit apa yang termampu!

Arfan pulak hanya sibuk dengan kelas tambahan dan sebelum raya nanti nak periksa pertengahan tahun pulak. Pastu boleh dikatakan setiap minggu ada ujian latih tubi, haaa kena sentiasa bersedia dan rajin ulangkaji. Tapi Arfan ni biasalah, kena pantau sepanjang masa dan kena paksa ulangkaji. Kalau biar memang dia banyak main je, buku pun tak pandang. Mas bukanlah nak paksa dia dapat semua A, janji lulus dah memadai. 

Dengan anak ni camnilah, kita kena bantu apa yang termampu. Janganlah biarkan mereka buat semua sendiri, bantuan kita tu boleh buat mereka lebih yakin tau. Memang cikgu dah banyak bagi tunjuk ajar kat sekolah, tapi kalau kita bantu jugak lagi bagus. Mungkin apa yang kita ajar tu ada sedikit penambahan yang bermanfaat, haaa kan berguna untuk anak². Jangan cakap tak pandai atau tak tahu, sebaliknya kita cuba yang termampu. Sedikit sebanyak ada jugak ilmu dari kita ibu bapa kan?

Moga anak² terus diberi kesihatan untuk menghadapi peperiksaan nanti, dan diberi kelapangan fikiran dan hati untuk terus menerima ilmu yang dipelajari!

Sabtu, 5 Mei 2018

Mana dapat idea?

Assalamualaikum...(^ ^)

Mana kau dapat idea update setiap hari ni?

Haaa bukan senang tau nak cari idea tu, kadang kita kejar pun dia lari nyorok entah kat mana. Maka muncullah entri tu dah lewat petang atau pun dah dekat nak tengah malam. Mas lah selalu kena camni, nak buat camne idea dok tak mahu muncul. Seru sampai langit ke tujuh pun dia tak nak mai, hahahaa!

Tapi Mas tak putus asa, Mas cuba jugak dapatkan idea sebab nak blog ni ada entri setiap hari. Yelah Mas ni takde banyak dapat entri kerja, jadi memang kena usaha cari idea kalau nak ada entri setiap hari. Kalau malas, jawaplah seminggu sekalilah baru update. Jangan haraplah nak trafik bertambah masa tu.


Lagi satu sejak dari Januari Mas memang tak pernah tertinggal satu hari pun update, jadi kalau takde entri rasa tak lengkap je. Biasanya Mas jadikan cerita anak² sebagai entri, itu yang paling mudah. Anak ada 4, kalau setiap seorang ada entri dah boleh dapat 4 entri untuk 4 hari. Haaa kan mudah, cuma entri tu kena pandai tangkap minat pembaca. Tulis pasal anak tapi selitkan sikit tips camne kita uruskan hal anak², barulah entri ada manfaatnya kan?

Kalau dah takde cerita nak tulis pasal anak, Mas tulis je pasal resepi. Tapi resepi yang Mas baru cuba buatlah, boleh kongsi pengalaman kan camne boleh buat sampai menjadi. Pastu selitlah sikit petua atau cara camne kita olah resepi tu, setiap orang masak tak sama kan? Pastu Mas suka baca entri² lama untuk dapatkan idea menulis, sedikit sebanyak memang membantu. Walaupun entri tu kadang agak sama dengan yang lama tapi olahan ayat dan jalan cerita berbeza mampu hasilkan satu entri lain.

Cuma satulah, nak menulis ni kena rajin jugak sebenarnya. Bukan setakat ada idea sahaja, tapi kalau malas tak terhasillah entri tu. Misalnya blogger yang banyak entri kerja tapi malas nak menulis, asyik dok tangguh je. Haaa tak guna jugak camtu kan, pokok pangkal pada diri kita yang nak menulis ni! 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com