Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 22 Mei 2018

Rajinnya buat kuih!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa rajin tak rajinlah, tapi Mas gigih demi anak² nak makan. Kalau diaorang tak nak, memang takdelah Mas nak buat. Tak memadai jugak buat kalau Mas makan sorang je lebih baik beli kan?


Anak² Mas ni ikut tekak mama dia, suka kuih muih tradisional. Setakat ni apa saja kuih tradisional yang Mas buat, mereka akan makan. Macam bulan puasa ni wajib setiap hari ada kuih, setiap hari mereka akan suruh Mas buat kuih apa yang nak makan. Diaorang tahu setiap kali puasa je mama akan rajin buat kuih, jadi masa itulah peluang nak suruh buat kuih yang diaorang suka.

Yelah bulan puasa je nak layan anak² makan kuih ni, kalau bulan lain takdelah nak buat hari². Pastu Mas buat kuih yang biasa² je, yang anak² suka makan. Kalau rajin terlebih buatlah kuih yang diaorang tak pernah makan, resepi pulak cari kat google ke atau tanya adik Mas je.


Macam semalam, tetiba si Arfan suruh buat Kuih Badak Berendam. Haaa dah lah mama kau ni tak pernah buat, risau jugak tak menjadi. Tapi Mas cuba jugak demi anak nak malam, gigih google resepi. Sekali dah siap buat dan anak² makan, mereka cakap sedap! Apa lagi berbunga² lah hati mama, tak sangka buat untuk pertama kali terus menjadi. Pastu tengok anak² makan sampai habis lagilah seronok, siap berebut² diaorang.

Jadi kerajinan dan kegigihan Mas nak buat tu akan sentiasa membuak bila tengok anak² suka makan, barulah rasa seronok!

2 ulasan:

  1. Sedapnya , sejenis tak rajin ni beli kat param je huuu

    BalasPadam
  2. memang seronok bila anak anak makan ni. Boleh asah skill sekali..ehehe.Bukan selalu kan.. lagipun,memang puashati sangat bila buat sendiri. Ibarat terapi mak mak lah.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com