Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 30 Jun 2018

Nur Aiyra Annasya : 9 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

9 bulan dah Aiyra, lagi 3 bulan je nak melangkah ke umur 1 tahun. Tak sabar aihhh!

Alhamdulillah Aiyra membesar dengan sihat, takde masalah pun proses tumbesaran dia. Memang nampak je badan kecik comel camtu tapi semangat tau bila dukung dia, lenguh jugak rasa tangan. Pastu lasak jangan cakaplah, kalah baby lelaki. Hehehee tulah mama dok asyik kata lelaki masa mengandungkan dia, sekali keluar perempuan. Haaa tu lasak semacam!


Di usia 9 bulan ni bukan setakat lasak je tapi dah pandai protes kalau orang tak bagi apa dia nak, siaplah dia jerit. Pastu kalau kita nak ambik apa yang ada kat tangan dia jangan haraplah, memang dia tak bagi. Cubalah rampas, siaplah dia mengamuk. Kadang boleh menangis melalak tau, puaslah nak pujuk bagi diam. Hehehee sebab tu kalau dia dapat sesuatu kat tangan kena ambik elok², tak boleh Mas nak rampas camtu je.

Perkembangan tumbesaran dia takde masalah, berat pun dah nak cecah 8kg. Memang dia nampak kecik tapi takdelah terbantut pembesaran dia, elok je ikut umur. Janji dia nak makan dan minum susu, pastu takde apa² masalah itu dah memadai. Tubuh badan kecik tu bukan ukuran kan? Kesihatan pulak baik² je, takde pun apa yang serius. Cuma 10/7 ni kena jumpa Pakar Pediatrik untuk doktor tengok tahap kesihatan dia, yelah masa lahir kan dia ada beberapa masalah. Takde apa yang serius pun cuma check up biasa 3 bulan sekali je.

Makan pulak masih bubur nasi yang dikisar, makin berselera makan dia sekarang. Hari² mama seronok masak untuk dia. Susu pulak masih susu Mas sepenuhnya, ada lagi rezeki dia. Moga mencukupi hingga umur dia 2 tahun!

Jumaat, 29 Jun 2018

Ada lagi rezeki Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah tak tahu nak gambarkan camne perasaan bila stok susu anak kau tinggal sebotol je, macam² perasaan bercampur baur. Automatik aura² negatif meresap, mula dok fikir takde dah ke rezeki anak aku nak menyusu susu aku lagi.

Haaa itulah yang Mas alami selepas cuti raya ni dan bila mula hantar Aiyra ke taska, risau susu tak cukup. Salah Mas jugak sebab masa raya tu hanya pam sekali sehari je, sibuk beraya. Lagi pun bila bercuti ni Aiyra tak kerap sangat menyusu, sebab dia lebih banyak makan. Jadi sehari kadang 1-2 botol je susu, stok memang jimatlah. Bila camtu terus rasa tak kisah hanya mengepam sekali sehari je!


Sekali bila dah mula kerja dan nak hantar Aiyra ke taska, tengok² stok susu ada 8 botol je. Terus panik kau, cukup untuk 2 hari punya bekal je tu. Apa lagi terus menyesal tak sudah sebab masa raya tak konsisten mengepam. Tapi menyesal pun tak guna kan, terus istiqomah dan ikut semula rutin mengepam 3 sesi setiap hari tu. Kena disiplin, kalau tak camne Aiyra nak menyusu!

Mula² nak kembali ke rutin asal tu memang agak mencabar, susu macam berkurangan je. Satu sesi pam tu susah betul nak dapat 3oz lebih, kadang kena sampai sejam mengepam satu sesi. Nak putus asa dah, sampai nangis² tengok susu keluar sikit je. Sampai husband dah nak beli susu tepung dah, dia kesian tengok Mas stress. Pastu milk booster bukan tak ambik, cuma mungkin ia tak berkesan bila kita pun stress kot. Hormon jadi tak menentu!

Tapi Mas kembali bersemangat bila dok tengok gambar Aiyra setiap kali mengepam, terus positif yang Mas masih mampu susukan dia dengan air susu Mas. Alhamdulillah bila Mas positif, terus susu kembali meriah dan Mas mampu sediakan stok yang cukup untuk bekal ke taska walaupun setiap hari stok dalam peti tinggal satu botol je. Ya Allah syukur sangat, ada lagi rezeki Aiyra! 

Lepas ni memang tak boleh skip waktu pam walau sesibuk mana pun, kena disiplin!

Khamis, 28 Jun 2018

German tumpas!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa saja nak cerita pasal bola hari ni, sebab kat rumah tu ada yang tengah bersedih atas kekalahan German semalam. Bermuram durja lah pasukan pilihan tak dapat ke final, hehehee sedih ye bang! 


Nasiblah Mas tak tengok sampai habis perlawanan German vs Korea semalam, tertidur. Kalau tak pagi tadi mesti tak boleh tahan gelak punya, hahahaa bukan apa sebab orang tu fanatik sangat dengan pasukan German dia tu. Kalau German lawan, games pukul 2 pagi pun sanggup bersekang mata nak tengok. Sekali kalah awal, haaa kempunan ko!

Mas memang tak sefanatik tu, walaupun ada jugak pasukan pilihan Mas macam Brazil, Portugal dan Spain. Kalau games diaorang ni jam 2 pagi, tak sanggup aihhh nak berjaga tengok. Tidur lagi best, esok pagi tengok jelah keputusan secara online. Kalau kalah tak sakit hati sangat sebab tak tengok kan, redha jelah. Tapi setakat ni 3 pasukan yang Mas sokong tu layak ke pusingan 16 terbaik, moga ada satu yang layak ke final. Baru syok nak tengok nanti!


Tapi ramai yang cakap, semalam German main terlalu stress sebab nak sangat menang. Macam Korea main rilek je sebab mereka tahu menang atau kalah tetap tak layak ke pusingan 16 terbaik, jadi mereka main untuk kalahkan German je. Bila dah main dalam keadaan tertekan dan nak menang sangat memang jadi kelam kabutlah, strategi pun tak menjadi. Takde rezekilah nak ke pusingan seterusnya. 

Pada penyokong German jangan sedih sangat ek, tunggu 4 tahun lagi!

Rabu, 27 Jun 2018

Sawan membeli di kedai RM2 Eco

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa suka membeli belah di kedai RM2, sila angkat kening! Hehehee rasanya mesti ramai suka kan, masuk cadang nak tengok je tapi habis beringgit² walaupun hanya di kedai RM2. 

Mas memang suka membeli kat kedai RM2, terutamanya alat tulis untuk anak². Jimat beli kat situ, takdelah rasa terkilan kalau barang² tu hilang kan? 5 kali beli baru RM10, haaa berbaloi! 


Tapi sejak adik beradik Mas dok cerita pasal kedai RM2 Eco, sawan membeli tu semakin menjadi². Kat kawasan Salak Tinggi ni takde kedai ni, kedai lain banyaklah. Cuma ianya tak semenarik kedai Eco, kadang barang terhad dan takde stok. Pilihan pun tak sebanyak macam kat kedai Eco ni. Masuk dalam tu memang macam² nak beli, rancangan asal nak beli RM10 je tapi membeli kat Eco ni akan jadi RM50. 

Memandangkan kedai tu takde di Salak Tinggi Mas pun sawan membelilah masa balik Temerloh raya tu, kebetulan kat sana kedai Eco ni besar. Haaa dekat RM100 jugak Mas habis, kali ni banyak beli peralatan dapur je. Bekas kuih raya ni pun Mas beli kat situ, satu bekas baru RM2. Kaca tau bukan plastik, pastu design pun nampak macam bekas mahal kan? Apa lagi terus beli 10 biji.


Pastu beli jugak bekas² untuk simpan bahan basah kat peti ais, murah dan ada macam² jenis. Rasa nak beli semua je, tapi nasib baik husband dah dok jeling. Kalau tak satu Eco tu Mas shopping, rambang mata oiii! Tapi serius kedai RM2 Eco ni berbeza dengan kedai RM2 yang lain, banyak pilihan barang² yang menarik. Nasiblah kat Salak Tinggi ni takde, kalau tak mahu setiap hari Mas membeli. 

Takpe balik Temerloh cuti Raya Haji nanti Mas nak memborong lagi, hehehee simpan duit dulu.

Selasa, 26 Jun 2018

Akibat cuti 2 minggu

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam dan hari ni bila ambik je Aiyra kat taska cikgu terus cakap, "Haaa Aiyra asyik nak berdukung je, bila letak terus nangis!" 

Hehehee mama dah agak perkara camni akan berlaku, maklumlah balik je kampung husband ramai sangat yang tukang dukung. Nak buat camne, itulah pertama kali keluarga belah mak mertua jumpa Aiyra, jadi semualah geram kat dia. Memang tak dok bawah sangatlah, lepas orang ni orang tu pulak dukung dia. Aiyra tu suka sangatlah, menyengih je!


Bila dah asyik berdukung je, balik kat rumah sendiri dia meragamlah. Pantang letak mulalah dok melalak, nak buat kerja pun susah. Bukan Mas tak halang masa kat kampung tu, tapi biasalah kan orang dok geram kat dia. Dia dok diam main pun ada je yang akan ambik dan dukung, dah tu syoklah dia kan?

Pastu nasib baiklah Mas tak susukan dia direct walaupun bercuti, kalau tak lagi naya. Waktu siang Mas tetap bagi botol jugak, malam baru bagi dia menyusu direct. Mas tak nak bila dia dah syok dengan kita, dia terus tak mau botol. Lagi kes naya kalau jadi camtu, haru cikgu kat taska! Kalau ikut husband dia suruh direct je sebab nak jimat stok, tapi Mas tak nak. Biarlah Mas susah payah mengepam, janji Aiyra tak reject botol bila di taska.

Harap keadaan ni akan pulih dalam minggu ni, minggu depan mesti dia dah ok dah. Kat rumah sekarang ni pun Mas larang kakak abangnya dok dukung, biar dia main je. Lainlah kalau dia meragam atau mengamuk sangat, baru dukung untuk pujuk. Pastu kena letak semula!

Isnin, 25 Jun 2018

Juara Travel : Agensi pilihan untuk Pakej Umrah

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebut je pasal umrah hati terus terdetik, mampukah aku jejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Haaa memang impian setiap umat Islam kan, moga rezeki Mas pun ada untuk ke sana nanti. Tapi sebelum nak merancang ke sana, perkara paling penting kenalah cari agensi yang betul² terbaik untuk aturkan perjalanan umrah kita.

Bukan sahaja terbaik tapi yang diyakini, dipercayai dan dikenali oleh ramai pengguna. Bila pilih agensi yang tepat barulah tiada kes penipuan seperti camni berlaku, nanti kita yang naya. Dah berhabisan wang ringgit tapi ibadah umrah tak dapat ditunaikan, sedihnya kan? Sebab tu bagi Mas sebelum rancang apa², penting cari dulu agensi yang dipercayai dan boleh beri jaminan terbaik pada kita!


Juara Travel: Agensi Pilihan Untuk Pakej Umrah
Pernah dengar pasal Juara Travel & Tours Sdn. Bhd, haaa katanya agensi ni pilihan terbaik untuk pakej umrah. Ramai dah dok sebut² dan rekemenkan Juara Travel ni. Buka website mereka di www.juaratravel.com.my memang banyak pakej² umrah yang ditawarkan, ada macam² pakej. Pilih saja mana satu yang kita nak, semuanya berikan harga yang sangat berpatutan. Yang menariknya harga pakej² ni boleh dibayar secara ansuran, haaa mudah kan? Takdelah kita perlu keluarkan duit sekaligus, sebelum pergi boleh selesaikan bayaran secara ansuran. Bila nak pergi dah selesai buat bayaran!


Pastu kat website Juara Travel tu ada jugak pakej ziarah dan pelancongan seperti ke negara Turki, Balkan, China, Indonesia, Vietnam, Korea dan banyak lagi. Pakej yang ditawarkan tu termasuk harga tiket penerbangan tau, siap ada tour guide. Lagi satu kalau buat tempahan awal di website mereka, korang boleh dapat diskaun RM100 tau. Huishhh memang berbaloi ni, rugi tak pilih Juara Travel. Selain itu ada jugak disediakan pakej pelancongan secara berkumpulan, harga pulak memang promosi kaw². Haaa cepat layari www.juaratravel.com.my tu, mesti rambang mata nak pilih promosi yang menarik.


Promosi Pakej Umrah Juara Travel 2018
Pastu kalau korang ada bercadang nak pergi Umrah tahun 2018 dalam bulan Oktober, November atau Disember nanti, bolehlah pilih Juara Travel. Mana tau ada kawan², keluarga, geng taman, geng surau, geng mengaji, geng pejabat atau korang sendiri yang nak pergi umrah, bolehlah segera daftar dengan Juara Travel sebab tengah ada tawaran menarik pakej Umrah:

1. Pakej bermula dari RM6,290;
2. Pakej termasuk: Tiket penerbangan Etihad/Oman/Saudi/Malaysia Airlines. (Bergantung kepada tarikh yang akan dipilih);
3. Penginapan hotel 3/4/5 bintang;
4. Barang kelengkapan seperti beg Juara Travel 1 set ada 4 jenis (beg besar, luggage beg, beg telekung dan sling beg untuk pakej selain pakej ekonomi);
5. Penyediaan kursus umrah secara berjadual sebelum berangkat;
6. Mempunyai muassasah sendiri dengan mengeluarkan visa umrah;
7. Mutawwif/Pembimbing Umrah Yang Berilmu
8. Program kuliah di tanah suci;
9. Jadual penerbangan yang CONFIRM terbang;
10. Penggunaan alat bantuan komunikasi RECEIVER semasa pelaksanaan ibadah umrah PERTAMA;
11. Jarak hotel yang dekat/sederhana; dan
12. Mempunyai barisan staf di Madinah dan Makkah yang professional.


Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat beri manfaat pada semua, dan jadikan Juara Travel agensi pilihan untuk umrah korang. Insya Allah ianya pilihan tepat dan boleh bantu perancangan umrah korang dengan sebaiknya. Info lanjut mengenai Juara Travel & Tours Sdn. Bhd:


Nombor untuk dihubungi
Pejabat: 03-92267105
Whatsapp: www.wasap.my/601156511424
Whatsapp: www.wasap.my/60193888710


Jumaat, 22 Jun 2018

Rezeki di Hari Raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Kebetulan husband masih bercuti hari ni, jadi Mas ajaklah dia beraya ke rumah mak saudara di Palong 14. Mak saudara ni adik kepada arwah mak Mas, sejak mak dah meninggal kami tumpang kasih sayang dengan mak saudara je. 


Dah lama tak pergi ziarah dia, kali terakhir datang masa anaknya kahwin 2 tahun lepas. Bukan tak ingatkan mak saudara tapi kekangan masa dan keadaan tak mengizinkan nak pergi, ini dah ada masa Mas ziarahlah dia. Lagi pun dia je mak saudara yang ada berdekatan. 

Nak ke Palong 14 dari Salak Tinggi makan masa 1½ je, kami ikut Bahau lagi dekat. Sampai je kat sana mak ndak dah tunggu kami kat simpang jalan, dia tahu anak saudaranya lupa jalan dah sebab lama tak datang. Hehehee itulah kan, jarang dapat ke sana memang lupalah. 



Beraya kat rumah mak ndak Mas ni memang tak pernah tak seronok, macam² makanan dia akan hidangkan. Datang kali ni ada Gulai Lemak Cili Api Daging Salai, Ketupat Palas, Rendang Ayam Cili Api dan kuih raya. Yang paling bestnya siap ada dodol yang mak ndak masak sendiri, fuhhh sedap giler dah lama tak makan dodol. 

Lagi satu bila datang rumah dia mesti sentiasa murah rezeki, balik je mesti ada kiriman buah tangan. Kali ni diberinya buah mangga manis, memang banyak buahnya. Satu karung jugaklah dia bagi pada Mas, haaa boleh buat masker mangga ni. Pastu dibagi jugak satu plastik buah pisang untuk diperam, dah masak bolehlah makan pisang goreng. Haaa murah rezeki Mas, dan moga rezeki mak ndak makin murah. Tahun depan Mas datang beraya lagi!



Khamis, 21 Jun 2018

Happy Birthday Kakak Atikah

Assalamualaikum...(^ ^)

15 tahun dah usia dia, tak sangka besar dah anak dara Mas. Lagi 10 tahun dah boleh dapat menantu, hahahaa mama pulak yang over. Yelah sebelum mama tutup mata, naklah tengok anak kahwin dan merasa timang cucu. Moga sempat dengan rezeki tu. 


Mas takde buat sambutan apa² pun, memang tak pernah amalkan dari anak² kecil lagi. Cukup sekadar ingatan dan ucapan, pastu belanjalah anak² makan kat luar. Pastu ada rezeki lebih belikan kek, makan je sesama. Macam untuk Atikah ni, Mas belanja dia makan kat luar dan belikan kek Secret Recipe je. Kebetulan masa tarikh hari jadi dia, SR buat jualan untuk 3 slice kek RM21.

Hadiah pulak bukan setiap tahun Mas bagi, kalau ada rezeki barulah Mas beli. Biasanya beli yang boleh digunakan atau jadikan kenangan, baru berbaloi beli. Macam tahun ni ada lah rezeki nak beli hadiah untuk dia, lama dah tak bagi hadiah kat anak². Harap kakak sukalah dengan hadiah dari mama.

Selamat Hari Lahir Kakak!


Rabu, 20 Jun 2018

Layan jugak bola!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa layan jugaklah, sementara masih cuti kan? Tapi Mas layan perlawanan pukul 8 malam dan 11 malam je, yang pukul 2 pagi tu memang tak lah. Walaupun kadang yang perlawanan pagi tu pasukan best tapi mata tak gigihlah nak berjaga. 

Jangan ingat Mas ni tak fanatik bola tau, ada jugak pasukan pilihan yang Mas suka. Tahun 2018 ni Mas sokong Portugal, Brazil dan Spain. Harap ada lah pasukan pilihan tu layak ke akhir nanti, hehehee!


Syok tau tengok perlawanan bola luar negara ni, best tengok skill diaorang main. Kadang tak sangka tetiba je boleh gol, padahal sikit je sepaknya. Lagi satu aksi gol diaorang tu memang best, tak sangka je. Mas ni bukanlah tahu banyak sangat pasal bola ni, tapi bila dah selalu tengok jadi mahirlah jugak. Pastu banyak bertanya dengan husband, terutama nama² pemain yang Mas tak kenal.

Pastu Mas ni kalau layan bola emo semacam, hahahaa tu yang syok. Kadang sampai dok marah², haaa geram tengok pemain tu. Sampai husband pun boleh jadi mangsa kena tepuk tampar kalau terlebih geram tu, hahahaa over betul. Tapi nasib husband layankan je sebab dia tahu dah bininya ni camne, tengoklah sukan apa pun emo tu tetap terlebih!

Haaa korang layan tak Piala Dunia ni, apa pasukan pilihan. Kongsilah sikit, mana tau kita geng!

Selasa, 19 Jun 2018

Penerimaan duit raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh sakan korang beraya ye, anak² pun seronok kumpul duit raya. Tapi kadang tu bukan anak² yang terlebih seronok dapat duit raya, mak ayah pun ada yang terlebih kisah pasal duit raya anak² ni. Sampaikan ada yang tak puashati anak dia dapat duit raya RM1 je!


Haaa bab duit raya ni janganlah kita pertikaikan sangat, terima je seikhlas hati apa yang orang bagi. Dia pun niat bersedekah dengan seikhlas hati jugak, jadi bersangka baiklah. Jangan pulak bila anak kita dapat duit raya RM1 je, kita pulak yang tak keruan. Dok bising orang bagi anak² sikit duit raya, alahai rezeki jugak tu bang oiii!

Macam Mas selalu pesan kat anak², apa saja jumlah duit raya yang orang bagi jangan lupa ucap terima kasih. Bersyukur ada jugak rezeki dapat duit raya walaupun hanya RM1, duit jugak tu. Pastu jangan buka sampul duit raya tu depan² si pemberi, bila orang tu bagi sikit kau tarik muka. Cakap perkara kurang menyenangkan, haaa perkara ni pantang bagi Mas. Kalau cakap memang kena marah dan penampar kat situ jugak, haaa gitu!

Sebab tu anak² Mas setiap kali dapat duit raya, diaorang tak berani buka terus sampul. Dah masuk kereta atau sampai kat rumah baru dibuka, barulah kira berapa yang dapat. Jadi bila kita dah pesan camtu, anak² tak kan buat punya. Tapi kalau kita pun beria sangat nak tahu berapa RM duit anak dapat, maka anak pun akan tak sabar jugak. 

Isnin, 18 Jun 2018

Maskulin di Hari Raya dengan Dashing 2in1

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa korang tu, raya raya jugak tapi kebersihan diri jangan dilupa tau! Dah penat beraya sana sini seharian mesti badan penat dan berpeluh², kena gunakan sesuatu untuk segarkan semula badan kita. Mari Mas nak perkenalkan sesuatu yang Mas dah bagi husband guna, ternyata dia pun dah jatuh hati!


Kekal maskulin dengan Dashing 2in1
Haaa inilah pilihan husband Mas, mandian Dashing 2in1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka kekal maskulin di Hari Raya. Ia diformulasi khas untuk membersihkan muka dan badan sekaligus. Senang tau bagi husband guna 2in1 camni, lepas mandi dia boleh cuci muka terus. Kalau tak selamba je dia cuci muka pakai sabun je! Hehehee, lelaki memang sempoi kan?


Dashing 2in1 ini memberi kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan serta menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk. Ia didatangkan dalam 4 variasi iaitu Cool, Hattrick, Active dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi Dashing Eau De Toilette (EDT) ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

Variasi Cool dan Hattrick mempunyai formula dwi aksi 3 kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan membersihkan wajah serta menjadikan tona kulit sekata. Pada tubuh pulak, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro dapat melembapkan kulit agar lebih sihat dan segar.


Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pulak, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri² detox dan pembersihan yang mendalam, ia jugak membantu membersihkan habuk dan kotoran harian pada tubuh badan. 

Buih mandian Dashing 2in1 Muka & Badan ini boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700ml. Haaa berpatutan harganya, pastu dapat manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan badan jugak. Cepat beli korang, baunya wangi sangat! Barulah husband korang nampak macho dan maskulin di Hari Raya!


Ahad, 17 Jun 2018

Happy Birthday Abam Bomba

Assalamualaikum...(^ ^)


Alalala abam bomba punya birthday ek hari ni, Selamat Hari Lahir Abang. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi keberkatan dunia dan akhirat. 

Takde buat sambutan apa² pun, dah berusia ni tak perlulah kan? Cukup sekadar ucapan, itu pun dah bermakna. Hadiah pun tak belikan apa² pun, tunggu bajet lepas raya ye. Hehehee, kalau ikutkan husband tak nak pun tapi nak jugaklah bagi sesuatu kat dia sebagai tanda ingatan dan kenangan. 


Pastu setiap tahun hari jadi husband diraikan bersama dengan Hari Bapa, haaa senang boleh raikan bersekali je. Cuma kami memang takdelah buat pun, dah rasa benda tu tak perlu. Bagi ucapan pun cukuplah, Mas tahu dia babah yang terbaik dah untuk anak². Tapi nanti nak jugaklah keluar makan² satu keluarga, masa raya ni payah sikit sebab anak² sibuk nak beraya. 

Selamat Hari Lahir dan Hari Bapa Babah!

Sabtu, 16 Jun 2018

Rezeki dusun

Assalamualaikum...(^ ^)

Sampai je kampung hari Rabu lepas disambut dengan rezeki buah-buahan yang menunggu masa je nak masak, alhamdulillah syukur sangat. Paling syok bila tengok pokok durian pun berbuah, banyak jugaklah pokok yang menjadi kali ni. 


Memang dah lama pokok² kat dusun ni tak berbuah, rasanya lepas banjir besar 2014 tu. Yelah lepas banjir tu banyak pokok yang mati terutama pokok durian, pastu nak hasilkan buah semula macam payah je. Ambil masa yang lama untuk pulih kot? Lagi satu pokok² ni takde orang yang jaga, jadi mungkin itu salah satu ia payah nak hidup subur dan hasilkan buah.

Agaknya tahun ni dia kesian kat tuannya kot, tu yang semua berbuah. Hehehee rezeki! Durian, manggis, rambutan, petai dan ciku, semuanya ada hasil. Rasanya manggis yang akan masak dulu, dalam sebulan lebih je lagi. Pastu barulah durian dan rambutan, yang dua ni mungkin masa Raya Haji dah boleh makan hasilnya. Haaa wajib balik kampung Raya Haji nanti!



Cuma harap² sempatlah makan buah² ni semua, sebab bukan apa risau dihabiskan dek kera je dulu. Maklumlah takde orang jaga kan, jadi si kera² ni bersuka ria lah kerjakan buah² tu. Kami harapkan makcik jiran sebelah rumah tu je yang tengok²kan dan halau kera² tu. Moga² dapatlah kutip buah² durian yang gugur, ini paling tak sabar tau! 

Yeayyy kita kenduri buah pulak lepas raya!

Jumaat, 15 Jun 2018

Riang ria Raya 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Aidilfitri semua!

Wahhh kemain korang, berseri² di pagi raya. Macam² tema warna yang ada, semuanya cantik². Macam Mas tahun ni tema merah vs hijau, walaupun mula² cadang nak tema merah vs kelabu. Tapi disebabkan tak dapat warna tu, hijau emerald jadi pilihan. Cantik jugak bila dipadankan dengan merah kan, nampak sangat kontra dan berseri!



Tahun ni tak semuanya adik beradik Mas dapat berkumpul beraya bersama, cuma Mas dan kakak je yang ada. Yang lain giliran beraya kat rumah mertua, jadi kuranglah sikit meriah. Kalau tak mahu riuh rendah rumah arwah mak tu, mana taknya 17 orang cucu mak abah yang ada. Tak campur lagi tekak mak masing² dok jerit kat anak, haaa lagi riuhlah. 

Walaupun Mas dan kakak je yang ada, juadah raya tetap kami masak. Tapi buat yang ringkas je, hanya masak Rendang Daging dan Pulut Kuning je. Pastu beli Lemang 2 batang, jadilah janji dapat makan kan? Lagi pun lepas sembahyang raya dan sesi bergambar, Mas dah gerak ke rumah mak mertua. Tinggallah kakak dan anak²nya je, sebab tu tak nak masak banyak.



Lagi satu sebab tahun ni alhamdulillah husband dapat beraya bersama², kalau ikutkan dia tak dapat cuti pun tahun ni. Tapi ada orang yang nak gantikan dia bekerja, jadi dapatlah balik sekali. Pastu kalau dia ada, kenalah Mas masak juadah jugak kan? 

Haaa satu lagi jangan makan terlebih sangat tau, kang tak pasal² berat yang dah turun 5kg tu naik balik. Makan rendang, lemang dan ketupat tu boleh je, tapi kena berpada². Bukan setakat risau berat naik tapi takut jugak kena sakit perut, maklumlah macam² makan dari siang bawak ke malam.




Khamis, 14 Jun 2018

Demam bola dah melanda!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa bahang Piala Dunia sudah bermula!

Lepas ni ramailah yang sanggup berjaga sampai pukul 2-3 pagi, demi nak tengok pasukan kegemaran mereka beraksi. Tapi dah berjaga tu jangan pulak tak pergi kerja ye, dah mengantuk terus jadi malas. Patutnya kalau sanggup berjaga maka sanggup jugaklah tahan mengantuk tu kat pejabat ye, jangan jadikan alasan malas pergi kerja. 


Mas minat jugaklah nak tengok, ada lah pasukan pilihan yang Mas suka. Tapi kalau nak tengok tu Mas akan pilih perlawanan yang awal macam pukul 9 atau 10 malam. Kalau yang pukul 2-3 pagi tu memang tak lah, kang tak pasal tidur je kat pejabat. Cuma kalau hari cuti Mas gagah jugaklah berjaga, nak pulak pasukan yang best. Haaa sanggup jugak, hehehee!

Tapi kalau perlawanan akhir kena pukul 2-3 pagi, haaa yang ni Mas sanggup berjaga walaupun esoknya kena kerja. Takpelah mengantuk kat pejabat pun, janji dapat tengok pasukan kegemaran. Macam malam esok ada perlawanan best, Portugal vs Spain. Fuhhh dua² pasukan Mas minat tu, tak tahu mana nak sokong. Harap tak mengantuk awallah, nak tengok ni!

Lagi satu kena ingat jugak, sekarang musim raya. Janganlah dah asyik dengan bola lupa pulak yang ziarah raya, kenalah seimbang kan?

Rabu, 13 Jun 2018

Macam nak pindah je!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa bila letak je gambar ni kat IG dan FB semalam, banyaklah dapat komen². Semua kata banyak betul bawak barang, macam nak pindah rumah je. Ada jugak yang dok perasaan tong beras dalam gambar tu, heheheee memang itu tong beras pun! 


Ni Mas nak bagitau, setiap kali balik beraya memang akan bawak barang² banyak camtu. Sebabnya rumah kat kampung ni dah takde orang, jadi semua barang² dapur, toto, bantal dan barangan lain memang takde. Bila balik beraya kenalah angkut barang dapur macam beras, minyak, gula, garam, tepung dan lain². Bukannya tak boleh membeli tapi kalau bawak sendiri tu jimat sikit kan?

Pastu selimut dan bantal wajib bawak, kat sana ada tilam je. Bukannya kami tak nak letak siap² semuanya kat kampung, tapi fahamlah rumah kosong camne. Kang tak pasal² jadi bahan makanan tikus je! Kalau ramai yang balik, lagilah dengan toto sekali kena angkut, kang tak pasal² kena tidur atas lantai. Tilam ada 3 bijik je kat rumah kampung ni.

Lagi satu belum campur pakaian kami 6 beranak, memang bertong² lah. Mas lebih suka bawak tong camtu sebab senang nak susun baju, pastu jimat ruang bila susun dalam kereta. Boleh lapis² kan, selesa sikitlah ruang nak duduk dalam kereta. Haaa Mas rancang tau sebelum bawak barang banyak² camtu, bukan main sumbat je. Siap ada senarai lengkap apa nak bawak tau!

Dah bagi penjelasan kan, jadi jangan hairanlah kalau tengok Mas macam nak pindah je bila balik beraya kat kampung, hehehee!

Selasa, 12 Jun 2018

Hati² balik beraya

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni, esok dan lusa mesti ramai dah yang berpusu² nak balik ke kampung, tak kiralah ke negeri mana. Mas pun sama, esok seawal jam 9 pagi akan gerak balik ke Temerloh. Harap jalan tak sesaklah waktu tu, sebab rasanya orang dah ramai gerak selepas sahur. Kalau ikut pengalaman Mas balik waktu camtu memang jalan lancar je, biasanya sesak sikit lepas tol Bentong tu. 


Nak pesan sikitlah, pada yang memandu tu pastikan cukup rehat dan cukup tidur. Kalau rasa mengantuk sangat berhenti dulu, tidur dalam ½ jam camtu baru mulalah perjalanan semula. Bahaya wooo memandu kalau ngantuk sangat ni, boleh kena microsleep tu. Sekurang²nya kalau kita dah lelapkan mata sekejap, pasti badan lebih segar dan bertenaga semula kan? Pastu cuci muka dulu pun bagus, bagi lagi cerah sikit biji mata tu.

Macam Mas kalau balik kampung memandu sendiri memang akan berhenti sekejap kalau ngantuk sangat, lelap 15 minit pun dah ok. Lepas tu barulah lebih segar mata nak memandu kembali. Kalau husband memandu pulak Mas akan pastikan dia cukup tidur, pastu Mas tak akan tidur kalau dia memandu. Mas akan layanlah borak dengan dia supaya dia tak mengantuk. Macam² ceritalah keluar, janji boleh kurangkan rasa ngantuk dia tu. 

Lagi satu pastikan kereta dah diservis sebelum gerak balik tu, ini nak elakkan sebarang kemungkinan yang tak baik. Kalau dah rosak tengah lebuhraya tu kan susah, jadi jangan sayang duit untuk servis kereta tu. Pastu bila kereta dah elok servis tu janganlah memandu melebihi had laju pulak, sampai bahayakan pemandu lain. Ikutlah had laju yang dah ditetapkan, dan jangan lupa bagi signal tau kalau nak memotong atau nak masuk simpang.

Haaa jika kita semua berhati² dan patuhi undang² jalan raya serta cukup rehat, pasti perjalanan ke kampung tu lancar dan kita selamat sampai!

Isnin, 11 Jun 2018

Reka Personalized Gifts hanya di Printcious

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila hari jadi nak beli hadiah!
Bila ulangtahun perkahwinan nak beli hadiah!
Bila dapat bayi baru nak beli hadiah!

Camtulah kan, apa saja hari istimewa pasti korang nak belikan hadiah untuk yang tersayang. Haaa untuk memudahkan korang nak cari atau pilih hadiah tu, ni Mas nak kongsikan satu website dimana korang boleh reka sendiri hadiah² tersebut mengikut desigan yang disukai. Menarik kan, jom baca untuk ketahui lebih lanjut.


Inilah website tu, www.printcious.com. Dalam web ni korang boleh reka sendiri hadiah² menarik untuk dihadiahkan kepada yang tersayang, pastu tak perlu pening kepala nak fikir hadiah apa nak bagi sebab Printcious dah bagi personalized gifts ideas untuk dipilih. Daftar je sebagai ahli, terus dah boleh reka hadiah. Korang boleh reka graphic tee, colour mug, magic mug, cushion, canvas, ceramic tile, puzzle dan macam². Fuhhh best betul kan, macam² pilihan ada.

Yang lagi menarik pada hadiah² yang korang reka tu boleh letak gambar sendiri bersama yang tersayang, wahhh boleh cipta memori indah bersama ni. Contoh customized gifts ideas ada diberi supaya korang dapat idea rekaan apa nak buat, seronok betullah.





Lagi satu pilihan hadiah² yang nak direka terdapat untuk pelbagai kategori. Ada hadiah untuk lelaki, untuk wanita, untuk hari jadi, untuk ulangtahun perkahwinan dan pelbagai lagi. Memang sah tak buntu korang nak pilih dan pastu akan seronok korang dok reka² sendiri hadiah untuk yang tersayang. Pastu nak reka hadiah tu mudah sangat, ikutkan je 3 langkah mudah ni dan hadiah korang siap untuk diposkan. Yang syoknya sekarang ada diskaun 30% dan penghantaran percuma atas belian RM50.


Pastu kalau korang nak buat name badges for university, boleh hubungi buttonbadge2u.com. Atau pun jika korang nak buat parti hari jadi dan nak beri kelainan pada para tetamu boleh sediakan prom night photo booth. Haaa memang pilihan terbaik tu, bolehlah para tetamu abadikan kenangan terindah mereka.

Apa tunggu lagi korang, cepat² pilih hadiah mana nak berikan kepada yang tersayang. Mas pun nak pilih jugak untuk hadiah pada suami dan anak Mas, hari jadi diaorang bulan Jun ni. Memang banyak pilihan menarik, tak perlu dah Mas nak pening nak beli hadiah apa untuk diaorang. Printcious kan ada, untuk maklumat lanjut boleh layari:

Contact: 019-3232502

Ahad, 10 Jun 2018

Selasai akhirnya persiapan raya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh selesai jugak akhirnya!

Tahun ni memang agak lewat sikit buat persiapan raya, maklumlah bulan April baru kerja dan ada gaji. Jadi kenalah kumpul sikit² bajet untuk raya, dah cukup baru Mas pergi shopping sekali harung je.

Bajet tahun ni memang ala kadar je, beli pun lebih kepada anak² je. Untuk diri sendiri dan husband cukuplah sekadar baju di pagi raya, pastu adalah sikit barang² lain. Shopping pun kami pergi merata tempat, tapi takdelah pasaraya macam Parkson atau Aeon ke. Mas nak jimat bajet tahun ni, tak nak terlalu taksub nak membeli belah yang ada jenama.


Baju anak² ada yang Mas beli kat bundle je, haaa jangan ingat kat bundle takde baju lawa² tau. Banyak tau, harga pun berpatutan dan murah. Yang penting kainnya elok, selesa dipakai dan nampak macam baju baru je. Pastu ada jugak kami beli kat Uptown Mines, haaa kat situ pun banyak pilihan dan murah². Mas beli jeans, tudung dan kasut raya kat situ je, puashati sangat!

Baju raya pulak hanya cari yang Arfan je sebab Mas, husband, Atikah, Airis dan Aiyra dan ada baju. Baju Arfan kami beli kat Bangi Gateway je, sini pun banyak pilihan jugak. Puas jugaklah pusing² cari yang sesuai, sebab banyak sangat kedai. Harga² yang dijual pun murah dan berpatutan.

Korang camne, selesai dah ke persiapan raya? Ingat jangan shopping berlebihan sangat, ingat nak belanja lepas raya nanti. Beli yang perlu sahaja walaupun raya setahun sekali ye, kena jimat cermat zaman sekarang ni. Walaupun ala kadar tapi tetap boleh beraya kan?

Sabtu, 9 Jun 2018

Bufet Ramadan @ Hype Motorsports Hotel

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah penghujung Ramadan ni mesti buntu kan nak masak apa, hari² jenuh dok fikir menu apa nak makan. Jadi nak selesaikan masalah tu Mas nak kongsikan satu tempat buka puasa yang harganya berpatutan serta pilihan menunya pelbagai.


Bufet Ramadan @ Hype Motorsports Hotel
Haaa semalam Mas dapat jemputan berbuka puasa di Hype Motorsports Hotel yang terletak di Seri Kembangan. Hotel ni baru saja dibuka lebih kurang setahun, dulu tapak hotel ni adalah Nouvelle Hotel. 

Bertemakan Cahaya Ramadan Hype Hotel, tahun ini mereka menyajikan 2 hidangan istimewa iaitu Nasi Bukhari dan Kambing Bakar. Ada jugak pelbagai menu yang terdiri dari masakan melayu seperti Lemak Cili Api Ketam + Udang, Kari Ikan + Bendi, Kurma Daging, Ayam Percik Kelantan, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Daging Bakar Black Pepper dan Gulai Kawah. Pastu ada jugak Pecal, pelbagai pilihan Kerabu, pelbagai jenis ulaman, kuih muih tradisional, Rojak Buah dan aneka pilihan buah-buahan. 






Selain daripada tu ada disediakan pilihan makanan seperti Pasta, Roti, Sup Cendawan, Roti Canai, Nasi Impit + Kuah Kacang, Mee Rebus, Char Kuew Tiaw, ABC, Aiskrim dan ada jugak Kids Counter. Memang banyak sangat pilihan makanan, rasanya lebih 50 jenis. Gerenti puashati dapat cuba semua menu² ni!




Harga bufet pulak sangat berpatutan, berbaloilah dengan pilihan menu yang ada. Harganya ialah RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak² berumur 6-12 tahun, haaa murah kan? Jadi kalau berminat nak cuba bufet ni boleh buat tempahan dengan menghubungi talian 03-89395555 / 017-3831034.


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com