terkini dan sensasi

Selasa, 19 Jun 2018

Penerimaan duit raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh sakan korang beraya ye, anak² pun seronok kumpul duit raya. Tapi kadang tu bukan anak² yang terlebih seronok dapat duit raya, mak ayah pun ada yang terlebih kisah pasal duit raya anak² ni. Sampaikan ada yang tak puashati anak dia dapat duit raya RM1 je!


Haaa bab duit raya ni janganlah kita pertikaikan sangat, terima je seikhlas hati apa yang orang bagi. Dia pun niat bersedekah dengan seikhlas hati jugak, jadi bersangka baiklah. Jangan pulak bila anak kita dapat duit raya RM1 je, kita pulak yang tak keruan. Dok bising orang bagi anak² sikit duit raya, alahai rezeki jugak tu bang oiii!

Macam Mas selalu pesan kat anak², apa saja jumlah duit raya yang orang bagi jangan lupa ucap terima kasih. Bersyukur ada jugak rezeki dapat duit raya walaupun hanya RM1, duit jugak tu. Pastu jangan buka sampul duit raya tu depan² si pemberi, bila orang tu bagi sikit kau tarik muka. Cakap perkara kurang menyenangkan, haaa perkara ni pantang bagi Mas. Kalau cakap memang kena marah dan penampar kat situ jugak, haaa gitu!

Sebab tu anak² Mas setiap kali dapat duit raya, diaorang tak berani buka terus sampul. Dah masuk kereta atau sampai kat rumah baru dibuka, barulah kira berapa yang dapat. Jadi bila kita dah pesan camtu, anak² tak kan buat punya. Tapi kalau kita pun beria sangat nak tahu berapa RM duit anak dapat, maka anak pun akan tak sabar jugak. 

2 ulasan:

  1. Yang pertikaikan jumlah duit raya tu dia terlupa, tak ada rm1 maka tak adalah rm10..

    BalasPadam
  2. betul berapa saja orang kasi terima. kalo orang tak kasi pun tak apa sebab bukan 1 kemestian. kalau dapat tu bonus rezeki =D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com