Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 24 Januari 2022

Gegar Vaganza 8: Konsert Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Juara GV8, Aliff Aziz!


Haaa 3 tahun berturut² dah juara GV dibolot oleh peserta lelaki, jadi sama rata dah dengan juara peserta wanita. Boleh buat Mega Gegar Vaganza dah ni, hehehee!

Kemenangan Aliff Aziz memang Mas tak jangka sebab awalnya Mas target Nikki atau Aweera jadi juara. Mas tak jangka sebab masa tengok konsert suku dan separuh akhir dia agak goyah, cuma Mas pernah kata dalam entri lepas kalau Aliff all out malam final dia boleh menang. Jadi dia buktikan, memang dia buat yang terbaik semalam. Paling best masa dia nyanyi lagu Dealova duet dengan Hafiz Suip dan masa pusingan battle, mantap sungguh rap dia. Selayaknya dia bergelar juara, bukan komplot dari juri atau Astro ye!


Suki pulak menepati ramalan dapat tempat ketiga sebab standard persembahan dia mendatar je, tiada kelebihan sangat. Cuma masa pusingan battle dengan Nikki tu best persembahan mereka, jelas sangat sebutan lirik mereka. Nikki pulak selayaknya dapat tempat kedua walaupun Mas target dia jadi juara! 

Untuk Adibah, Azan dan Aweera, Mas puashatilah dengan keputusan walaupun awalnya Mas target Aweera boleh jadi juara. Tapi bila tengok persembahan battle dia terus rasa takde peluang sebab Aliff lebih menguasai dan lebih bagus. 

Tapi secara keseluruhan Mas paling suka pusingan battle, semua peserta berikan yang terbaik. Macam batlle Adibah vs Azan bersaja je mereka nyanyi, lirik pun takde salah. Tengok persembahan mereka macam terasa yang mereka tu anggota 4U2C, hehehee!


Haaa juri dah buat keputusan, jadi bagi Mas tak perlulah ada isu pilih kasih ke atau dah rancang awal ke. Itulah lumrah sesuatu pertandingan, lagi pun juri lebih arif mengadili kan? Paling penting semua peserta dapat tonjolkan semula bakat menyanyi yang dah lama menyepi. Tahniah untuk semua peserta Gegar Vaganza 8, jumpa di GV9 nanti!

Juara: Aliff Aziz
Naib Juara: Nikki Palikat
Tempat Ketiga: Suki Low
Tempat Keempat: Adibah Noor
Tempat Kelima: Azan Scan
Tempat Keenam: Aweera

Ahad, 23 Januari 2022

Menu diet pilihan

Assalamualaikum...(^ ^)

Nak berdiet tu senang tapi nak kekalkan momentum dan sediakan menu² diet yang betul² sihat tu bukan mudah ye, kena rajin sediakan sendiri menu² tu. Bukan tak boleh beli kat luar tapi kadang kita tak tahu pengawalan garam, gula dan minyak jadi nak betul² clean masak sendiri adalah lebih bagus!


Macam Mas sejak berdiet dari tahun 2015 memang semua menu diet Mas sediakan sendiri, tak perlu menu² yang berat memadai menu yang sihat dan mengenyangkan. Nak masak tu kenalah korbankan masa tidur, yelah Mas seawal pukul 7 pagi dah keluar rumah jadi pukul 4.30 pagi atau 5.00 pagi dah bangun siapkan menu diet untuk bawak bekal. 

Lagu satu duit pun kenalah korbankan sikit, taulah kan biasanya makanan sihat ni agak mahal sikit. Contoh macam ikan salmon, memang agak mahal terutama kalau yang segar. Tapi Mas lebih suka beli yang frozen, harga murah sikit dan boleh beli lebih banyak. Sayur² segar pun agak mahal jugak macam pelbagai daun salad dan brokoli, tapi nak jaga pemakanan kena jugak beli kan?



Penyediaan menu pulak Mas buat yang mudah je, grill, rebus dan potong² sayur je. Untuk protein selalu Mas pilih telur, filet ayam dan salmon pastu untuk sayur biasanya romaine salad, timun jepun dan baby tomato. Haaa itu jelah yang mudah disediakan, janji kenyang

Selain sayur dan protein, Mas jugak banyakkan makan buah-buahan seperti jambu batu, epal merah, epal hijau, betik dan nenas. Buah memang menu wajib Mas sebelum makan apa² menu lain, bagus tau untuk perut dan sistem penghadaman kita. Perut tengah kosong kan jadi elok amalkan makan buah supaya perut kita tak terkejut! 



Karbo pulak kadang² Mas ambik jugak nasi tapi bila rasa teringin nak makan, tapi kalau tak makan nasi Mas lebih suka makan roti gandum, wrap atau kentang. Tiga menu ni kalau makan dengan protein dan sayur memang dah cukup kenyang, tak makan nasi pun takpe. Pelbagaikan cara penyediaan seperti buat sandwich, wrap ayam atau telur dan kentang grill dalam air fryer. Cubalah, pasti sedap!

Haaaaa apa pulak menu diet pilihan korang?



Selasa, 18 Januari 2022

Gegar Vaganza 8: Minggu Separuh Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum Mas cerita pasal konsert separuh akhir Ahad lepas, Mas nak ulas sikitlah pasal salah seorang juri GV8 ni. Siapa tak kenal Bonda Hetty kan, dia banyak pengalaman dalam industri muzik. Mas paling suka kalau dia jadi juri GV sebab bagi Mas setiap komen dan kritikan dia sentiasa membina, tak pernah nak jatuhkan dan aibkan para peserta.
 

Takde masalah pun dia nak mengajar walaupun peserta tengah nyanyi live, bagus sebab dia bagi banyak ilmu. Dia komen benda betul jadi semua peserta kenalah belajar dari otai industri dan terima kritikan dengan hati yang terbuka. Semua untuk kebaikan, untuk mereka lebih perbaiki mutu nyanyian!

Lagi pun setiap pendapat Bonda Hetty semuanya kritikan membina, korang tengok lagu tu boleh jadi sedap bila dia ajar. Cuma dia bukan pengajar tapi dia berkongsi pengalaman dan skill. Boleh nampak peserta yang dia ajar akan ada peningkatan di minggu akan datang, haaa mana salahnya!

Bonda Hetty ni dia cuma wanita yang sangat passionate terhadap muzik, tengok cara dia teriak dan nyanyi bila peserta sedang buat persembahan di atas pentas. Mana nak dapat juri macam ni, she is part of Gegar Vaganza!

Haaa panjang dah Mas ulas, hanya yang menonton Gegar Vaganza dari musim pertama sampai kelapan ni je tahu juri mana yang betul² beri komen dan kritikan terbaik, Bonda is the one.


Mengenai konsert separuh akhir Mas setuju Aweera dapat markah tertinggi dan dapat ke final sebab dia memang all out, lagu dia dapat pun sangat membantu. Memang Mas tertunggu nyanyian dia dan boleh nampak dia manfaat kan apa yang Bonda ajar dan bagi komen, terus dapat yang terbaik. 

Peserta lain yang berjaya ke pentas akhir bagi Mas ada yang layak dan ada yang tak, contohnya macam Azan Scan dan Adibah Noor. Maaflah cakap, Mas rasa mereka berdua kurang menyengat nyanyiannya di separuh akhir. Bukan tak sedap tapi tak entahlah mereka macam hilang taring, biasa je persembahan. Suki pun sama, terlampau tumpukan pada nada tinggi hingga nyanyian dia pun jadi kurang best, nasib ada peluang ke konsert akhir. Pastu memang Mas nak Adibah ke final tapi bila dibandingkan, rasanya Ani Mayuni lagi layak sebab dia banyak sangat peningkatan. Cuma takde rezeki Ani, dia tersingkir bersama Shidee!


Tapi Mas mampu ulas je, juri dah buat keputusan siapa yang layak jadi kita tunggu jelah persembahan mereka di pentas akhir nanti. Siapa pilihan juara yang Mas nampak ialah antara Aweera, Nikki atau Suki, Aliff pun ada potensi kalau dia cipta keajaiban di malam final. Susah nak ramal sikit di GV8 ni sebab 4 orang peserta ni sentiasa bersaing!

Jadi kita jumpa di pentas akhir GV8 yang bertemakan Akhirnya Kini Pasti dengan pilihan 1 lagu solo, 1 lagu duet dengan rakan artis dan 1 lagu battle.

Lagu Solo
1. Aweera | Beggin' (The 4 Seasons)
2. Nikki Palikat | Terasing (Dato' Sudirman)
3. Aliff Aziz | Sampai Syurga (Faizal Tahir)
4. Azan Scan | Seribu Tahun Takkan Mungkin (Bumiputra Rockers)
5. Adibah Noor | Seroja (S. Effendi)
6. Suki Low | Titanium (David Guetta ft Sia)

Lagu Duet
1. Aweera & Liza Hanim | Sepi (Aina Abdul) 
2. Nikki Palikat & Idayu | Mengapa (Nikki Astria)
3. Aliff Aziz & Hafiz Suip | Dealova (Once Mekel)
4. Azan Scan & Shiha Zikir | Dilema 03 (Nora & Vince)
5. Adibah Noor & Dato' Zainal Abidin | Kau Dihatiku (Dato' Zainal Abidin)
6. Suki Low & Shila Amzah | Jera (Agnes Monica)

Lagu Battle
1. Nikki Palikat vs Suki Low | Gangnam Style (PSY)
2. Aweera vs Aliff Aziz | Bangun (Aman Ra)
3. Adibah Noor vs Azan Scan | Kami Rappers (4U2C)

Isnin, 17 Januari 2022

Susah ke nak kekal bersenam?

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya bagi Mas susah selagi ada perkataan nanti dan malas dalam diri tu,macam Mas sendirilah!

Pengalaman Mas masa PKP dulu, memang malas sungguh nak bersenam. Ada jugaklah buat bila tetiba rajin, tapi sekali je seminggu. Pastu banyak masa habiskan dengan tengok TV je, makan pun tak jaga sangat. Hasilnya berat badan Mas naik sampai ke 75 kg, pertama kali naik ke angka tujuh lepas berjaya kuruskan badan dulu.


Masa puasa dan lepas raya tahun 2020, Mas kembali diet dan jaga makan. Dapatlah turun ke 70kg, tapi tup tup mengandung pulak. Hahahaa tu yang malas diet, bila kurus sikit terus lekat. Dah mengandung naik semula berat cuma takde banyak sangat, naik dalam 3kg. Tapi rezeki mengandung tak panjang, masa 11 minggu Mas keguguran!

Haaa lepas je habis pantang gugur tu barulah Mas nekad nak kembali bersenam dan konsisten, nak capai semula berat badan 67kg yang pernah Mas dapat. Jadi Mas mula dengan brisk walk dan slow jogging setiap petang, dapat dalam 3 km dah memadai masa tu. Dalam 2 minggu jugak Mas kekalkan bersenam cara tu, alhamdulillah badan rasa segar dan kembali bertenaga. 


Lepas dah rasa selesa dan badan pun dah boleh terima senaman setiap hari, Mas cuba running pulak. Mula² Mas lari perlahan dulu, dapatlah sehari dalam 4-5km. Mas konsisten setiap hari, memang tak skip langsung. Kalau berpuasa pun Mas lari jugak tapi ikut kemampuan dan kalau tak larat Mas jalan, janji berpeluh!

Alhamdulillah Mas mula bulan Ogos 2020 dan bulan November Mas berjaya dapat berat 68 kg, puashati sangat! Bila Mas kekal bersenam setiap hari dan jaga makan, hasilnya akan nampak. Jadi tak sia² segala penat lelah tu, hilang dah perkataan nanti dan malas tu. Mas akan rasa lain macam kalau tak lari, mesti nak lari jugak walaupun dapat 2-3 km je sehari!

Masuk bulan Disember 2020 dah mula musim hujan jadi nak keluar lari tak boleh, Mas pun ubah cara bersenam. Takdelah berhenti terus nanti hilang momentum, jadi Mas buat home workout macam kardio dan tabata. Mas target 1 jam setiap sesi dan target bakar 300 kalori!

 
Haaa Mas masih berjaya kekal bersenam sebab nak kekalkan berat 68kg tu, cuba turunkan ke 65kg cuma ambik masa sikit sebab bila dah berusia metabolisme kita dah rendah. Makan masa nak turun, jadi kena konsisten jaga makan dan senaman. Pastu lepas kaki sembuh dari cedera, Mas buat cardio workout dan running. Itu pun tak dapat setiap hari sebab Isnin hingga Khamis mesti balik kerja lambat, dapat senam hari Jumaat sampai Ahad je!
 
Mas puashati asalkan bersenam sebab kalau dah berhenti payah nak mula semula, nanti macam² alasan kan? Lagi pun bila kekal bersenam ni badan akan sentiasa segar, tidur pun lena dan lebih bersemangat nak mulakan kerja setiap hari! 

Jumaat, 14 Januari 2022

Tempat makan menarik di Langkawi

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sekarang ramai kan merancang nak jalan² ke Langkawi, maklumlah dah lama tak pergi bercuti. Jadi Mas kongsikan tempat² makan menarik yang pernah Mas cuba masa bercuti kat sana tahun 2019. Bagi Mas semua tempat makan ni menyajikan makanan yang sedap dengan harga berpatutan, kena dengan selera tekak Mas.

Mas kongsikan tempat makan menarik untuk sarapan pagi dan makan tengahari, nanti bolehlah korang cuba kalau datang ke Langkawi.

1. Restoran Atta Shooru
Restoran ni terletak di Jalan Lapangan Terbang, senang je nak cari. Korang google maps je nama restoran tu, pasti jumpa. Nama je restoran tapi kedainya ala² kedai makan tepi jalan yang berkonsep restoran. Tarikan istimewa kat sini ada Roti Bakar Telur Goyang, haaa dek kerana roti ni 3 pagi kami sarapan kat restoran ni. Harga untuk sekeping roti tu RM3, kena makan 2 keping baru puashati!


Menu² lain ada jugak seperti roti canai dan nasi lemak, menu untuk nasi campur pun ada. Ia dibuka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.


2. Kedai Nasi Dagang Pak Malau
Haaa kedai ni mesti ramai dah tahu kan, popular kedai ni di kalangan pengunjung. Mas pun baru pertama kali cuba makan kat sini walaupun dah banyak kali datang Langkawi. Terletak di Jalan Makam Mahsuri, kedai ini memang wajib singgah jika ke Langkawi. Ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang, tutup setiap hari Isnin.


Menu yang disediakan sudah tentunya Nasi Dagang dengan pilihan pelbagai lauk seperti Gulai Ayam, Gulai Ikan, Gulai Daging dan Ayam Goreng. Sepinggan berharga RM10 untuk apa saja pilihan lauk, haaa berbaloilah dengan nasinya yang sedap dan permandangan yang sangat cantik dan mendamaikan!




3. Warong Roti Canai Sedap Mak Som
Walaupun hanya kedai makan tepi jalan di dalam kampung tapi Warong Mak Som ni menyajikan pelbagai jenis roti canai yang sangat sedap. Rotinya yang lembut dan dimasak garing² sedap dimakan dengan kuah kari atau sambal, boleh jugak ditambah ayam rempah yang ada dijual.


Selain tu ada roti canai yang rare seperti Roti Kawin, Roti Milo Cheese, Roti Pisang Cheese dan Roti Sardin Cheese ada jugak Chapati dan Roti Nan.




4. Kedai Faathirah Tomyam & Seafood
Kalau nak makan masakan panas yang sedap dan harga berpatutan bolehlah ke kedai ni. Ia terletak kat Padang Matsirat berhadapan dengan Sekolah Menengah Tunku Putra, kalau korang google maps pasti jumpa. Kedai mula dibuka pukul 4 petang, kiranya sesuai untuk makan lewat petang atau makan malam.


Pelbagai pilihan menu masakan panas disediakan, semuanya menepati selera. Haaa kalau nak makan ikan siakap kat kedai ni dijual dengan harga yang berpatutan, boleh pilih Siakap Stim, Tiga Rasa atau Masam Manis.


5. Restoran Selera Kampung
Bagi korang yang suka makan tengahari lauk pauk kampung bolehlah cuba ke restoran ni. Restoran ni memang kedai makan selera kampung yang popular di kalangan pengunjung ke Langkawi. Ia terletak di Jalan Padang Matsirat, kalau google maps pasti jumpa di carian pertama.


Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, restoran ini menyediakan pelbagai pilihan masakan kampung yang sangat menyelerakan. Paling Mas suka lauk dan sayur yang dimasak semuanya segar², pastu ada macam² pilihan ulaman dan kerabu. Kalau tak silap Mas ada lebih 50 jenis lauk pauk, harganya pun sangat berpatutan!




6. Ayam Tempayan Abang Laris
Bagi peminat ayam boleh cuba makan di gerai Abang Laris, memang terkenal kat Langkawi. Ianya gerai tepi jalan yang terletak di Jalan Padang Matsirat, betul² kat jalan besar Kuah ke Airport! Gerai ni dibuka pukul 1 tengahari, jadi memang sesuai makan tengahari ayam tempayan panas².


Jadi bila makan kat sini kenalah cuba Nasi Ayam Tempayan dia, sumpah sedap dan portion pun banyak. Sambal cili dia pun sedap dan unik rasanya. Pilihan ayam tempayan pulak boleh pilih nak seekor, separuh atau suku. Harga dia Mas tak ingat dah, maklumlah dah lama kan. Tapi memang berpatutan dan berbaloi dengan rasanya.



Inilah antara tempat² makan menarik yang pernah Mas pergi masa bercuti ke Langkawi, masih beroperasi atau tidak di tahun 2022 Mas tak pasti sebab ini masa Mas pergi tahun 2019. Mungkin disebabkan pandemik ada yang dah berubah, tapi setakat hari ni Mas google semua masih ada lagi. Cuma harga makanan tu mungkin berubahlah, maklumlah dah 2 tahun kan?

Jadi sebelum pergi korang cuba google dulu ye!

Rabu, 12 Januari 2022

Gegar Vaganza 8: Minggu Suku Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Haihhh ramai jugak tak puashati Sa.Ya tersingkir di konsert suku akhir GV8, patutnya Shidee katanya. Ini pendapat Mas, Shidee tak tersingkir sebab vokal dia tetap tak sumbang walaupun tahap nyanyian dan persembahan dia biasa² je. Macam kumpulan Sa.Ya tu memang boleh dengar vokal mereka sumbang dan tak harmonis bila nyanyi bersama. Walaupun persembahan mereka menghiburkan tapi GV ni lebih utamakan vokal, jadi bagi Mas takde isu pun kenapa Sa.Ya tersingkir. 

Haaa dah habis bab penyingkiran, kita kena akur dengan juri sebab mereka lebih mahir mengadili tahap vokal peserta kan? Ni Mas nak ulas pulak pasal markah tertinggi untuk konsert suku akhir ni. Suki Low berjaya raih markah tertinggi, mungkin kelebihan dia sebab bermain alat muzik. Bonda Hetty pernah cakap jika peserta buat persembahan menggunakan kelebihan bermain alat muzik akan dapat markah lebih. Jadi sebab itulah agaknya dia dapat markah tertinggi, walaupun bagi Mas persembahan dan vokal dia biasa je di konsert kali ni.

Pada pandangan Mas persembahan Aliff Aziz lagi mantap, vokal sedap dan penghayatan bagus. Masa dia sampaikan lagu Rapuh tu memang kita boleh rasa kesedihan tu, jadi patutnya dia dapat markah tertinggi. Aweera pun best nyanyi di konsert suku akhir ni, vokal mantap dan dia nyanyikan lagu Dia tu dengan baik!

Jadi peserta² yang bakal bersaing sengit di konsert separuh akhir nanti untuk rebut tempat ke pentas final, pastinya dah tau siapa kan? Antara Aliff, Suki, Nikki dan Aweera, Adibah pun boleh pergi final jika dia all out di minggu depan. Mas nak dia masuk final dan sekurang² menang, tak kisahlah tempat keberapa!

Konsert separuh akhir nanti kita bakal saksikan lapan peserta bakal bersaing menyanyikan lagu dengan tema Laguku Untukmu. Haaa Mas suka tema minggu depan, sebab lagu yang diberikan adalah medley lagu perlahan dan rancak yang dipilih oleh juri. Ini baru tepat, memang sepatutnya pemberian lagu diberi oleh juri sebab mereka lebih tahu setiap peserta tu mampu nyanyikan lagu camne untuk hasilkan persembahan terbaik. 

Yeahhh mesti best, tak sabar tunggu! Lagu² yang diberikan pun semuanya best giler, tengoklah sendiri.

1. Suki Low | Khayalan (Black Dog Bone) & Tanpa Kekasihku (Agnes Monica)

2. Aliff Aziz | Lay Me Down (Sam Smith) & Sesuatu Janji (Taufik Batishah)

3. Aweera | Kerja Gila (Amy) & Fantasia Bulan Madu (Search)

4. Nikki Palikat | Puncak Kasih (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)

5. Adibah Noor | Night Fever (Bee Gees) & Sumpah (Naim Daniel)

6. Azan Scan | Permaidani (Aris Ariwatan) & Enigma (Wings)

7. Ani Mayuni | Let's Get Loud (Jennifer Lopez) & Sumpah (Aina Abdul)

8. Shidee | Sedetik Lebih (Anuar Zain) & Kerna Dia (Yasin Sulaiman)

Selasa, 11 Januari 2022

Penangan Drama Kisah Cinta Kita

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun drama Kisah Cinta Kita ni dah seminggu berakhir tapi Mas masih ulang tengok kat Disney Hotstar, yelah tak puas pulak rasanya tengok kemanisan pasangan sweet Amer dan Aleesa tu!

Haaa sebenarnya dah lama Mas tak layan drama Melayu ni selepas drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Tapi kali ni sanggup layan sebab Aedy Ashraf berlakon, Mas memang suka lakonan dia dari zaman kanak² lagi. Bagi Mas lakonan dia tak pernah mengecewakan, sentiasa beri kesan pada para penonton. Lagilah bila dia bawak watak kekasih yang sweet dan gentleman tu, cakap pulak soft spoken je. Boleh cair tengok, hahahaa!

Macam Amelia Henderson pulak Mas tak pernah lagi tengok drama lakonan dia, pertama kalilah tengok dalam KCK ni. Menarik jugak lakonan dia, pandai bawak watak dan nampak natural je lakonan dia. Kalau babak menangis dan marah² tu nampak real, takde macam lakonan sangat. Pastu suka bila dengar dia cakap, fasih sangat bahasa Melayu walaupun ada sikit² slang mat salleh tu! 

Haaa memang ramai yang cakap drama Kisah Cinta Kita ni ikut drama Korea sikit, tapi apa salahnya kan? Bukannya tiru sebulat sebijik, cuma ada beberapa babak yang mereka ikut. Macam Mas yang tak tengok KDrama ni memang tak kisah sangat, kalau Mas suka jalan cerita dan pelakon²nya Mas akan layan je drama tu. 

Macam drama Kisah Cinta Kita takdelah berat sangat, takdelah setiap episod asyik babak nangis², dera² dan gaduh² ke. Drama dia santai² je, banyak babak² sweet yang boleh buat kita senyum² simpul bila tengok. Mas suka tengok drama camni, takdelah rasa emo sangat kan? Pukul 7 malam tu rekod dulu kat Astro dan lepas solat Maghrib baru layan sambil santai², hilang jugaklah penat lepas kerja. 

Lagi satu yang bestnya layan KCK ni bila tengok peminat² drama ni siap wujudnya Squad Drama KCK kat Twitter. Mas takdelah ikut serta, tapi terhibur tengok diaorang siap tukar username Twitter kepada watak² dan props² dalam drama KCK tu. Heheheee memang kelakar dan buatkan kita lagi seronok nak tengok drama ni!

Pada korang yang minat drama sweet camni tapi tak sempat nak layan, boleh je marathon kat Disney Hotstar. Boleh layan terus 28 episod tanpa gangguan iklan, barulah syok! 

Dengar kata produksi drama ni nak buat Kisah Cinta Kita 2 pulak, haihhh tak sabar ni! 

Isnin, 10 Januari 2022

Persiapan Aiyra ke Pra Sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa awal tahun 2021 tu, tahu je ada permohonan untuk pra sekolah memang laju² Mas mohon. Cuba nasib je untuk pra 5 tahun dan tak berharap pun sebab tahu agak susah nak dapat. Biasanya SK Salak tu jarang ambik untuk usia 5 tahun kecuali ramai yang mohon dan boleh bentuk 1 kelas. 

Jadi memang Mas tak sangka sangat Aiyra diterima masuk ke pra sekolah, agaknya ramai yang mohon dan cukup untuk wujudkan kelas 5 tahun. Alhamdulillah rezeki Aiyra, lega sangat sebab Mas memang nak dia masuk pra sekolah. Mudah sikit sebab sama sekolah dengan kakak Airis, pastu sesi persekolahan 2022 nanti abang kakak dia dah sekolah pagi jadi mudahlah sekali jalan je. 

Persiapan untuk dia Mas dah belilah 3 helai seluar track dan 3 helai tshirt putih, sekarang memang itu uniform lengkap untuk pra sekolah. Kasut hitam pun dah ada 2 pasang, satu beli dan satu lagi kasut review dari Pallas. Beg sekolah pun dah ada, cuma alat tulis je belum beli lagi untuk dia.

Persiapan lain takde apa dah, cuma tunggu sekolah panggil hadir taklimat je untuk tahu yuran dan keperluan yang kena beli. Biasanya untuk pra sekolah ni tak mahal sangat kena bayar rasanya, entahlah Mas pun dah lupa sebab dah lama tinggal anak masuk pra ni. Hehehee rupanya ada lagi sorang!

Sementara tunggu sesi persekolahan 2022 bulan Mac nanti, sekarang Aiyra dok kat rumah dengan abang Arfan dan kakak Airis dia lah. Ikutkan dia memang nak sangat dah pergi sekolah baru, hari² tanya bila sekolah buka. Harapnya bolehlah dia sesuaikan diri dengan suasana sekolah baru, moga takdelah babak airmata dan drama queen. Hahahaa manalah tau kan, bukan boleh jangka si Aiyra ni!

Moga dipermudahkan urusan Aiyra kat pra sekolah nanti, dapat sesuaikan diri dan belajar untuk ke alam persekolahan sebenar. Haihhh Mas kena ambik cuti ni masa hari pertama, maklumlah dah lama tak hantar anak baru pertama kali masuk sekolah jadi mamanya teruja sikit lah. Hehehee jangan dia drama pulak bila mama ada nanti, kes naya namanya! 

Rabu, 5 Januari 2022

Gegar Vaganza 8: Minggu Ketujuh

Assalamualaikum...(^ ^)

Konsert ketujuh menyaksikan penyingkiran Bandi Amuk, memang dah jangka dari awal sebab langsung tiada perubahan dalam persembahan dia setiap minggu. Tak dinafikan suara dia sedap tapi kalau dia nyanyi buka mulut besar sikit, mungkin sebutan dia akan lebih jelas dan vokal dia akan lebih power lagi. 

Markah tertinggi pulak sekali lagi diungguli oleh Nikki dan diikuti oleh Aliff Aziz. Hurmm Mas agak tak puashati, bagi Mas Suki dan Aweera lagi bagus persembahan mereka dan vokal lagi mantap, patutnya Suki dapat markah paling tinggi dan diikuti oleh Aweera. Bukan nak kata Nikki dan Aliff nyanyi tak bagus, cuma kredit lebih patutnya pada Suki dan Aweera. 

Haaa yang paling kontroversi persembahan Adibah Noor, memang Mas agak kecewa. Ikutkan nyanyian dari Adibah lah yang paling ditunggu², lagilah lagu yang dinyanyikan tu best sangat. Tapi bila mula je persembahan terus macam terkejut, terfikir kenapa dia dikir barat kan lagu tu. Boleh nampak muka juri Bonda Hetty lain sangat, yelah tetiba dengar lagu dia dinyanyikan dengan melodi camtu. 

Ikutkan boleh je Adibah nak masukkan eleman dikir barat tapi jangan terlalu nak tunjuk kelainan dan kreatif sangat, memang hancurlah lagu tu. Patutnya gaya nyanyian yang lebih ditonjolkan instead of beria ubah susunan muzik. Vokal dia dah power, cucuk sikit elemen lain dan kekalkan rentak asal pasti lagi kebabom persembahan dia. 

Lagu tu bukannya tak sesuai diubah ke versi dikir barat, best kalau kena dengan caranya. Tapi Adibah tak ngam dengan nyanyian dikir, suara dia takde cengkok dan feel dikir. Memang tak masuk langsung cara pembawakan lagu dengan vokal dia. Yer sebelum ni ada je artis yang ubah melodi ke dikir barat contohnya Datuk Siti, menjadi je dan sedap didengar. Jadi bagi Mas bukan salah gubahan muzik, ia lebih kepada penyanyi tu yang tak variasikan nyanyiannya.

Tapi takpe Adibah dah bagus dan ada peluang ke pentas final, dia kena jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran untuk dia mantapkan lagi vokal dan berikan persembahan yang mampu memukau juri dan penonton. Mas tahu dia boleh buat dan boleh cipta kelainan yang menjadi untuk lagu hindustan di konsert suku akhir nanti!

Konsert suku akhir bertemakan Ku Petik Bintang-Bintang, iaitu lagu² dari OST Filem atau Drama dan  Bahasa atau Loghat. Jom tengok lagu² nya, haaa agak mencabar jugak kan untuk semua peserta! 

1. Nikki Palikat | Zheng Fu (Na Ying

2. Aliff Aziz | Rapuh (Nastia)

3. Suki Low | You Are My Everything (Gummy)

4. Azan Scan | Right Here Waiting (Richard Mark)
 
5. Ani Mayuni | Ngajat Tampi (Noraniza Idris)

6. Shidee | Di Ambang Sore (S. Affendi)

7. Aweera | Dia (Qody Rani)

8. Adibah Noor | Dhoom Machale (Sunidhi Chauhan)

9. Sa.Ya | Blues Terengganu Kita (Iklim)

Selasa, 4 Januari 2022

Aiyra tamat taska

Assalamualaikum...(^ ^)

30/12/2021 secara rasminya Aiyra tamat taska, mulai bulan Mac 2022 nanti dia akan masuk pra sekolah. Alhamdulillah rezeki dia dapat pra, biasanya umur 5 tahun susah nak dapat!

2 tahun Mas hantar dia kat Taska KKM ni, banyak yang dia belajar dan dah pandai. Jadi memang takde masalah nak masuk pra sekolah nanti, lagi pun dia memang dah tak sabar nak sekolah baru. Hari² tanya bila Aiyra boleh pergi sekolah baru!


Sebenarnya last day Mas hantar dia ke taska pada 23/12 sebab mulai 24/12 Mas dah cuti rehat dan balik kampung. Cuma masa majlis akhir tahun pada 30/12 tu Mas hantar jugak dia, bagi dia seronok raikan dengan cikgu dan kawan² buat kali terakhir. Dia pun gembiralah dapat jumpa kawan², dapat makan kek dan yang penting dapat banyak hadiah!

Buat masa sekarang dia duduk di rumah dulu dengan abang Arfan dan kakak Airis sementara nak tunggu sesi persekolahan 2022 buka pada 21/3/2022 nanti. Jadi memang kena letakkan tanggungjawab dekat Arfan dan Airis untuk jaga dia, yelah kakak dah masuk universiti. Cuma Mas pening fikir kalau giliran abangnya sekolah pada 10/1 nanti, nak tinggal dia berdua dengan Airis tu yang tak yakin. Lagilah kalau masa tu babahnya kerja syif siang! 

Bukan Mas tak percayakan Airis untuk jaga adik dia, tapi biasalah 2 orang tu kalau dah bergabung maka macam² lah dibuatnya. Mungkin masa Arfan sekolah dan babahnya syif siang, Mas kena bawak Aiyra ke pejabat. Sementara je, sampai sekolah sesi 2022 dah mula. Nanti dah mula sekolah tak susah dah sebab semua sekolah pagi, lepas sekolah Arfan boleh jaga adik² nya.


Haaaa itulah, cepat sungguh masa berlalu. Tak sangka Aiyra dah tamat taska, nak masuk sekolah dah. Terima kasih pada semua cikgu taska yang jaga, didik, beri kasih sayang dan tunjuk ajar pada Aiyra!

Isnin, 3 Januari 2022

Kakak Atikah masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah hari semalam dengan rasminya kakak dah masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris, sebelum ni semester pertama belajar online je. Sekarang semester kedua barulah betul² jadi pelajar universiti!

Kakak Atikah ni ambik Diploma Teknologi Makmal, memang itu bidang yang dia minat dari dulu lagi. Pada awalnya dia nak ambik Ijazah Sains Forensik tapi disebabkan kena masuk matrikulasi 2 tahun, dia kata lebih baik ambil diploma dulu. Sama je tempoh belajarnya, 2 tahun jugak. Nanti dah habis diploma boleh terus sambung ijazah yang dia minat tu!


Hari Sabtu kami dah sampai di Tanjong Malim, lebih kurang 2 jam je perjalanan dari Salak Tinggi. Kami menginap di hotel bajet je kat sana, hari Ahad barulah urusan pendaftaran kakak di UPSI. 

Urusan pendaftaran dimulakan dengan ujian saliva dulu untuk pelajar, yelah sekarang ujian ni memang wajib buat kan. Ujian dilakukan di dalam kereta, memang tak boleh keluar. Selepas 15 minit hanya pelajar yang boleh turun untuk tunjukkan result test, seterusnya mereka mendaftar untuk kolej kediaman.


Dah selesai teruskan memandu ke kolej, urusan penyerahan kunci bilik pun semua dilakukan secara pandu lalu je. Sampai kat blok kolej yang dah ditetapkan hanya pelajar je boleh turun, ibu bapa memang tak dibenarkan turun dari kereta. Bonet pun pelajar bertugas yang bukakan, mereka angkatkan barang turun dari kereta dan tolong angkat ke bilik. 

Haaa memang Mas tak berpeluang nak tengok bilik dia, nak tolong angkat barang pun tak boleh. Nasiblah kakak dapat bilik kat aras 2 je, takdelah penat sangat angkat barang. Nak salam dan peluk cium pun dari dalam kereta jugak, memang tak boleh jejak kaki keluar kereta langsung!


Mas nangis ke? Tipulah kalau tak nangis kan, berpisah dengan anak sendiri kot. Nak tahan airmata pun tak boleh, saat dia salam cium tangan pun Mas dah berjurai airmata. Kakak memang nampak rilek je, tapi dia tahan sedih dan airmata. Cuma dia tak mahu nangis, mungkin dia tak nak Mas lagi sedih kot. Kang mama dia drama airmata pulak kat situ, hahahaa!

Haaa lega dah bila selesai urusan dia, Mas dengan husband doakan moga dipermudahkan urusan dia dekat sana. Dapat belajar dengan tenang dan dapat dia capai cita² nya nanti. Pastu harap jugak dia dapat kolej setiap semester, lebih mudah sikit urusan dia nak belajar. Cuma nak kekal di kolej ni kena aktif, jadi Mas memang dah pesan awal² supaya dia aktif dalam apa program sekali pun!

Good luck Kakak!



Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com