Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 3 Januari 2022

Kakak Atikah masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah hari semalam dengan rasminya kakak dah masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris, sebelum ni semester pertama belajar online je. Sekarang semester kedua barulah betul² jadi pelajar universiti!

Kakak Atikah ni ambik Diploma Teknologi Makmal, memang itu bidang yang dia minat dari dulu lagi. Pada awalnya dia nak ambik Ijazah Sains Forensik tapi disebabkan kena masuk matrikulasi 2 tahun, dia kata lebih baik ambil diploma dulu. Sama je tempoh belajarnya, 2 tahun jugak. Nanti dah habis diploma boleh terus sambung ijazah yang dia minat tu!


Hari Sabtu kami dah sampai di Tanjong Malim, lebih kurang 2 jam je perjalanan dari Salak Tinggi. Kami menginap di hotel bajet je kat sana, hari Ahad barulah urusan pendaftaran kakak di UPSI. 

Urusan pendaftaran dimulakan dengan ujian saliva dulu untuk pelajar, yelah sekarang ujian ni memang wajib buat kan. Ujian dilakukan di dalam kereta, memang tak boleh keluar. Selepas 15 minit hanya pelajar yang boleh turun untuk tunjukkan result test, seterusnya mereka mendaftar untuk kolej kediaman.


Dah selesai teruskan memandu ke kolej, urusan penyerahan kunci bilik pun semua dilakukan secara pandu lalu je. Sampai kat blok kolej yang dah ditetapkan hanya pelajar je boleh turun, ibu bapa memang tak dibenarkan turun dari kereta. Bonet pun pelajar bertugas yang bukakan, mereka angkatkan barang turun dari kereta dan tolong angkat ke bilik. 

Haaa memang Mas tak berpeluang nak tengok bilik dia, nak tolong angkat barang pun tak boleh. Nasiblah kakak dapat bilik kat aras 2 je, takdelah penat sangat angkat barang. Nak salam dan peluk cium pun dari dalam kereta jugak, memang tak boleh jejak kaki keluar kereta langsung!


Mas nangis ke? Tipulah kalau tak nangis kan, berpisah dengan anak sendiri kot. Nak tahan airmata pun tak boleh, saat dia salam cium tangan pun Mas dah berjurai airmata. Kakak memang nampak rilek je, tapi dia tahan sedih dan airmata. Cuma dia tak mahu nangis, mungkin dia tak nak Mas lagi sedih kot. Kang mama dia drama airmata pulak kat situ, hahahaa!

Haaa lega dah bila selesai urusan dia, Mas dengan husband doakan moga dipermudahkan urusan dia dekat sana. Dapat belajar dengan tenang dan dapat dia capai cita² nya nanti. Pastu harap jugak dia dapat kolej setiap semester, lebih mudah sikit urusan dia nak belajar. Cuma nak kekal di kolej ni kena aktif, jadi Mas memang dah pesan awal² supaya dia aktif dalam apa program sekali pun!

Good luck Kakak!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com