Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 31 Ogos 2017

Raikan 15th Anniversary @ Cameron Highlands

Assalamualaikum...(^ ^)

Baru tahun ni dapat raikan ulangtahun perkahwinan tepat pada tarikhnya iaitu 30 Ogos, kalau tak selalu lewat sehari atau 2 hari sebab husband bekerja. Biasanya Mas takdelah buat sambutan yang meriah sangat, hanya keluar makan dengan anak² dan buat outdoor photoshoot sebagai kenangan. Biarlah ringkas je kan, janji ada memori untuk anak² kenang bila kami dah takde nanti.


Tapi kali ni perancangan nak raikan ulangtahun perkahwinan ke-15 di Cameron Highlands telah dibuat saat² akhir. Tetiba nak sangat pergi jalan² kat sana dan teringin nak makan strawberi coklat, macam² mak yong ni kan? Hehehee gagah lagi ni nak berjalan jauh walaupun kandungan dah sarat, husband pulak yang naik risau bininya aktif sangat!

Kami mulakan perjalanan seawal jam 8.00 pagi, bukannya apa tak nak sampai lewat sangat kat atas, lagipun gerak pagi cuaca tak panas. Tiba di Cameron Valley jam 12.00 tengahari setelah melalui jalan berliku², sampai je cuaca sejuk berangin menyambut kami. Perghhh syok betul suasana sejuk camtu, jadi kami bercadang nak bergambar kenangan di ladang teh. Tapi sekarang nak masuk ke ladang teh dah dikenakan bayaran RM2 untuk yang berjalan kaki dan RM10 kalau naik tram yang disediakan. Kami pilih nak jalan kaki je, haaaaa gigih kau mak yong ni turun naik tangga ke ladang teh tu. Fuhhhhh semput, rasa macam nak terberanak je.





Dah puas bergambar kami ke Kea Farm untuk borong sayuran dan strawberi, tapi makan masa sikit ke sana sebab biasalah jalan sesak. Pastu kami ke Big Red Strawberry Farm untuk tengok ladang strawberi dan anak² nak merasa sendiri petik strawberi. Sekali masuk ke ladang tu kena petik strawberi sebanyak ½ kilo dengan harga RM25, memang agak mahal tapi anak² nak rasa pengalaman kan jadi pejam mata jelah bayar. Airislah paling seronok dapat petik strawberi, siap cakap semua buah tu dia yang punya.




Kemudian kami masuk sekejap ke Cactus Valley untuk tengok pokok² kaktus yang dijual dan ditanam disitu. Sepasu kaktus yang berbunga dijual dengan harga RM7 manakala kaktus yang tak berbunga dijual dengan harga RM11 untuk 6 pasu. Memang geram tengok pokok² kaktus yang cantik tu tapi Mas tak beli pun sebab takut tak pandai jaga. Kalau mati nanti, rugi je beli. Pastu teruja tengok pokok² kaktus yang ditanam disitu, semuanya hidup subur dan besar² pokoknya. Cantik sangat!




Puashati dapat petik strawberi dan tengok kaktus kami pun gerak nak balik, dalam perjalanan tu singgahlah kat papan tanda I Love Cameron Highlands ni untuk bergambar kenangan. Itu sajalah kisah raikan 15th Anniversary kami di Cameron Highlands, walaupun biasa² je tapi memori tu tetap manis. Sampai di Salak Tinggi jam 9.30 malam, memang agak penatlah tapi seronok. Lepas ni husband siap pesan mak yong tak boleh jalan jauh² dah, tunggu nak bersalin je.


Hehehee, baiklah! Terima kasih abang sudi penuhi permintaan dan raikan ulangtahun perkahwinan kita di Cameron Highlands. Walaupun nampak biasa je tapi Mas tetap gembira, kenangan terindah sangat!

Rabu, 30 Ogos 2017

15th Anniversary | Mengimbau kenangan 21 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum berkahwin kami dah bercinta selama 6 tahun, dari tahun 1997 hingga ke tahun kami dinikahkan pada 2002. Kiranya dah 21 tahun kami bersama, dan alhamdulillah jodoh tu kuat sehingga ke ulangtahun perkahwinan yang ke-15 ni. 

Mengimbau kembali ke 21 tahun yang dulu, bagaimana kami berkenalan seterusnya bercinta dan akhirnya bertunang serta berkahwin. Detik berjumpa kali pertama masa tu, Mas baru lepas habis SPM dan bekerja sebagai kerani di kedai buat wiring. Kebetulan pulak tempat Mas bekerja tu bersebelahan dengan bengkel welding dia.


Haaa masa tulah mata bertentang mata, hati tergoda dan terpikat cinta pandang pertama, hahahaa kemain kan? Tapi masing² takde nak luahkan perasaan terus, kami cuma bertegur sapa dan berkawan macam biasa. Sehinggalah suatu hari Mas nak balik kerja, tunggu bas dan teksi punyalah lama tapi takde. Sekali dia ajak tumpang naik kereta, mula² malu tapi dalam hati mahu sebenarnya. Hehehee kenalah kawal sikit kesopanan tu kan, kang nampak sangat Mas yang terhegeh². 

Sepanjang perjalanan tu memang kami tak bercakap pun, Mas dok pandang luar tingkap je dan dia khusyuk memandu. Tak tahu nak cakap apa weihhh, malu aihhh sebab pertama kali naik kereta dengan lelaki. Bila dah sampai tu tiba² dia cakap, "Nak nombor telefon awak, boleh tak?" "Haaa minta nombor telefon, nak bagi ke tak bagi ni." Kalau tak bagi nanti melepas, jadi dengan tersipu² malu tu bagi jelah. Masa tu takde handphone lagi, bagi jelah nombor telefon rumah. Dia siap pesan lagi, "Malam nanti saya telefon." Fuhhhhh berbunga² hati masa tu, hehehee nampak sangat gatal kan?


Malam tu dia telefon dan kebetulan pulak malam merdeka, macam² kami bualkan dan tak kekok pulak berbual dalam telefon. Masa tengah syok berborak tu tiba² dia tanya, "Awak suka saya ke?" Haaaaa sudah, tetiba tanya soalan camtu! Nak mengaku kang macam Mas pulak yang terhegeh², tapi kalau tak mengaku kang melepas pulak. Jadi dengan segan silu terus Mas cakap, "Ya saya suka awak!". Fuhhhhh masa tu lega rasa sebab dah luahkan perasaan yang terpendam di hati, malu pun malulah janji dapat. Pastu dia pun mengaku sukakan Mas jugak, elehhhh baru nak mengaku kan? Masa tu jugak baru tahu yang dia tak pernah bercinta dan berkawan dengan perempuan, patutlah malu² ngaku dia sukakan Mas. Nasib ai buat muka tak malu mengaku dulu, kalau tak abang melepas tau. Hahahaa!

Dari situlah kami rapat dan terus bercinta sehinggalah Mas sambung belajar di UiTM, dan masa tu bercinta jarak jauhlah. Lepas dekat 3 tahun bercinta, barulah mak ayah kami dapat hidu perhubungan tu dan alhamdulillah mereka merestui. Tahun 2000 mak ayah dia ambil keputusan suruh kami bertunang sebab dah lama sangat kenal, lagi pun mereka nak kami serius dalam perhubungan tu. Walaupun masa tu Mas masih belum habis belajar, kami tetap bertunang sebab keluarga dah suruh kan? Jadi kenalah bertunang selama 2 tahun sehingga Mas habis belajar, sebab Mas tak nak nikah masa tengah belajar lagi. Lepas bertunang tahun 2001 dia masuk kadet bomba, berpisah lagi kami.


Akhirnya tanggal 30 Ogos 2002 selamatlah kami diijabkabulkan setelah tempuhi pelbagai suka duka, pahit manis  dan dugaan sepanjang 4 tahun bercinta dan 2 tahun bertunang. Kami pilih tarikh 30 Ogos tu sebab tarikh itulah kami mula luahkan perasaan cinta masing², yang Mas mengaku dulu sukakan dia tu. Hehehee, kira tarikh keramatlah tu! Haaaaa itulah kenangan 21 tahun Mas dan husband, harap ia akan jadi kenangan seumur hidup kami berdua.

Alhamdulillah hari ini 30 0gos 2017, Allah masih panjangkan jodoh kami dan dapat raikan ulangtahun perkahwinan yang ke-15. Moga Allah sentiasa pelihara ikatan ini agar ia kekal hingga ke akhir hayat.


Selasa, 29 Ogos 2017

Belajar Scuba Diving bersama Muck Dive Scuba

Assalamualaikum...(^ ^)


Salah satu benda yang Mas nak sangat belajar iaitu Scuba Diving, walaupun pada hakikatnya Mas tak pandai berenang. Tapi husband ada beritahu sebab dia mahir Scuba Diving ni, orang tak pandai berenang pun boleh belajar katanya. Cuma perlu belajar di dalam kolam dulu, kalau nak diving di laut agak berisiko dan perlukan orang yang berpengalaman untuk jadi jurupandu. Moga hasrat Mas nak belajar tu akan kesampaian.

Pastu masa Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort tu kami diberitahu akan ada kelas Scuba Diving oleh orang yang berpengalaman. Masa tu dah teruja nak ikuti tapi tetiba kaki kram masa mandi kolam, langsung tak boleh bergerak dan berjalan. Jadi terbantutlah hasrat nak ikuti, hanya mampu tengok dari jauh je. Seronok tengok rakan² blogger yang lain merasai sendiri pengalaman pakai peralatan scuba dan diving di dalam kolam.


Kelas Scuba Diving ni dianjurkan oleh Muck Dive Scuba yang sememangnya cukup dikenali di Kuantan, mereka beroperasi di Legend Cherating Beach Resort dan De Rhu Beach Resort. Sebelum mencubai sendiri pengalaman tu, mereka diberi penerangan lengkap mengenai apa peralatan yang digunakan, cara nak gunakannya, cara bagaimana nak diving di dalam air dan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan ketika diving. Tak perlu risau sebab kelas ni dikendalikan oleh orang yang cukup berpengalaman iaitu Encik Hazrine.

Bila dah faham dengan penerangan dan apa yang perlu dilakukan, tibalah masa untuk cuba sendiri pulak. Memang satu pengalaman yang berharga bagi mereka yang dapat rasainya, walaupun kena pakai peralatan yang berat tu. 



Bagi korang yang berminat nak belajar, ini antara pakej yang disediakan oleh pihak Muck Dive Scuba:

1. Lesen Open Water : RM1200 (theory class, confine water pool, 4 open water dan instructor fees).

2. Leisure Diver : RM350 untuk 3 boat dive, belajar dan merasai pengalaman menyelam di kawasan perkampungan nemo pada kedalaman 10 meter. 


Ada banyak lagi pakej yang disediakan, untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Facebook: Muck Dive
Emel: muckdive@jomdive.com.my
No. Telefon: 013-2861620

Isnin, 28 Ogos 2017

Legend Cherating Beach Resort : Janjikan percutian terindah

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebut je Cherating ramai yang dah bayangkan percutian di tepi pantai dengan bunyi deruan ombak dan tiupan angin yang nyaman, syok kan? Mas dah 2 kali pergi bercuti ke Cherating dan kebiasaannya hanya menginap di chalet² atau hotel² bajet sahaja. Tapi minggu lepas lagi sekali Mas ke Cherating kerana ada Family Day KBBA9, dan kali ni berpeluang menginap di Legend Cherating Beach Resort, Pahang. 


Legend Cherating Beach Resort
Pertama kali Mas jejak kaki ke resort ni, dan sebelum pergi tu Mas tengok dulu website dia. Wahhh resortnya terletak di tepi pantai, pastu ada kolam renang yang besar dan luas, ada pulak sediakan pelbagai aktiviti menarik serta kemudahan bilik penginapan yang selesa. Haaaaa terus tak sabar nak jejakkan kaki ke sana!

Legend Cherating Beach Resort ni terletak di sepanjang pantai Cherating dan menawarkan 205 buah bilik dan suite yang luas serta selesa. Bilik²nya yang menghadap pemandangan taman, kolam renang dan Laut China Selatan memang begitu indah. Setiap bilik mempunyai kemudahan balkoni peribadi dan sambungan WiFi percuma.



Di resort ini jugak terdapat 2 kolam renang besar iaitu Kolam Renang Hijau dan Kolam Renang Biru dengan kedalaman sehingga 6 kaki dan kolam renang khas untuk kanak² yang menjanjikan keseronokan tak terhingga. Mana taknya anak² Mas setiap pagi dan petang berendam 2 jam di dalam kolam tu, nak ajak naik pun puas!

Pastu ada jugak disediakan kemudahan untuk mesyuarat dan penganjuran majlis dan acara. Untuk acara ini ia mampu menampung sehingga 2,000 tetamu dalam suasana gaya Outdoor Cocktail dan mempunyai beberapa bilik fungsi dan 2 buah dewan yang sesuai untuk bengkel, seminar dan makan malam dalam pelbagai kapasiti.

Pastu pihak resort jugak boleh uruskan BBQ Dinner dalam pelbagai tema, pilih je yang kita suka. Masa Family Day KBBA9 tu, BBQ Dinner kami bertemakan Pirates Night. Memang cantik dekorasi yang disediakan oleh mereka, terbaiklah!

 kredit gambar: website Legend Cherating


Kemudahan bilik penginapan di Legend Cherating
Di resort ini terdapat 7 jenis bilik penginapan yang cantik dan selesa untuk para pengunjung, pilih je mana suka ikut bajet kita. Ada bilik Superior Room, Deluxe Room, Grand Deluxe Room, Junior Suite, Cherating Suite, Legend Suite dan Penthouse. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan² asas seperti WiFi percuma, TV, cerek elektrik, mini bar, IDD telefon dan kemudahan lain mengikut jenis bilik. 

Semasa di sana Mas dan rakan² blogger berpeluang melihat jenis² bilik yang ada di resort ni, memang selesalah. Terutama bilik yang mengadap laut, tenang dan damai sangat. Harga bilik pun berpatutan dengan kemudahan yang disediakan. Ini beberapa gambar² bilik yang dapat Mas rakamkan.

Deluxe Room

Grand Deluxe Room

Junior Suite

Penthouse

Aktiviti menarik di Legend Cherating
Kenapa Mas cakap di sini janjikan percutian terindah, sebab adanya aktiviti menarik yang boleh korang ikuti. Memang tak akan menyesal punya, semuanya seronok dan berikan pengalaman berharga. Terdapat 4 kategori pilihan iaitu Team Building/Children Activities, Indoor Games, Daily Tours dan WaterSport Activities. Pastu di setiap kategori tu ada pelbagai aktiviti yang boleh dipilih. Sebelum nak pilih aktiviti ni bolehlah berbincang dahulu dengan pihak resort kerana ada aktiviti yang mengikut musim dan keadaan cuaca. 

Semasa kat sana ada beberapa aktiviti yang Mas dan rakan² blogger ikuti, jadi memang Mas sarankan korang sertai jika ke Legend Cherating. Antara aktivitinya ialah:
1. Firefly Tour
2. Telematch
3. Demo Muck Dive Scuba
4. Cara² membuat keropok lekor di Kedai Keropok Lekor Intan
5. Melawat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu
6. Mangrove River Cruise
7. Aktiviti lepaskan anak penyu ke laut
8. Sea Rafting



Pastu satu lagi tarikan menarik di sini ialah setiap pagi dan petang dapat melihat keindahan sunrise dan sunset di tepi pantai. Memang cantik sangat, Mas dah saksikannya sendiri. Jadi kalau ke Legend Cherating jangan lupa tengok dan rakamkan gambar sebagai kenangan.



Haaaaa teruja tak baca? Kena cuba bercuti, menginap dan ikuti aktiviti di sini dulu baru tau rasa keterujaan tu. betul tak? Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dapatkan di sini.


Contact Person: Encik Meor (013-3319822)

Alamat resort:
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Sabtu, 26 Ogos 2017

Hafiz's Cherating Activities : Firefly Tour dan Mangrove River Cruise

Assalamualaikum...(^ ^)

Dua aktiviti ni yang tak dapat Mas sertai masa Family Day KBBA9 di Cherating Beach Resort tu, sedih sangat rasa! Masa tengok tentatif program memang teruja dah nak sertai, tapi bila tau aktiviti tu kena naik bot dan menyusuri sungai terus husband tak izinkan. Yelah dengan keadaan Mas yang dah sarat 8 bulan tu, memang jangan haraplah dia nak bagi. Puas pujuk merayu pun tetap tak jalan, hahahaa! Jadi Mas hanya mampu tengok gambar² keseronokan rakan² blogger lain yang pergi.


Walaupun tak pergi dan rasai sendiri pengalaman tu, Mas nak kongsi jugak cerita tentang aktiviti berdasarkan pengalaman kawan² yang sertai. Boleh baca cerita mereka di Melihat Kelip² di Sungai Cherating dan Hafiz's Cherating Firefly and Mangrove Tour. Kedua² aktiviti ini dikendalikan oleh pihak Hafiz's Cherating Activities, dengan bayaran RM70 korang berpeluang sertai aktiviti menarik ni. 

Sebelum ikuti aktiviti Firefly Tour mereka diberi sedikit taklimat dan penerangan oleh Encik Hafiz mengenai kitar hidup kelip², bagaimana habitatnya, kenapa kelip² berkelip dan banyak lagi. Khabarnya Encik Hafiz ni dah punyai bertahun² pengalaman mengendalikan kelip². Seronoknya mereka dapat ilmu yang berguna dan jugak pengalaman yang berharga.



kredit gambar: Blogger KBBA9

Aktiviti ini hanya dilakukan pada sebelah malam sahaja, mereka dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Cherating untuk melihat sendiri habitat kelip². Semasa berada di situ mereka tidak dibenarkan merakam atau mengambil gambar, telefon dan lampu suluh pun tidak dibenarkan. Ini kerana takut kelip² akan rasa terancam dan tidak selesa. Jadi hanya saksikanlah keindahan tu dengan mata dan abadikan kenangan tu di dalam ingatan.


Satu lagi aktiviti ialah Mangrove River Cruise, iaitu pengalaman menyusuri Sungai Cherating untuk melihat sendiri keindahan paya bakau serta hidupan di sana. Dari gambar² yang Mas tengok memang tenang dan damai sangat, sejuk mata memandang keindahan alam semulajadi yang menghijau tu. Jadi dari situ kita kena sentiasa ingat dan sama² jaga serta pelihara alam semulajadi supaya ia kekal hingga ke anak cucu kita.

Tengoklah betapa berharganya pengalaman yang mereka dapat ni.



kredit gambar: Blogger KBBA9

Jadi kalau korang datang ke Cherating wajib tau ikuti kedua² aktiviti ni, memang berbaloi dan puashati. Untuk maklumat lanjut boleh layari:


Jumaat, 25 Ogos 2017

Zing+ Detergent Film : Mudah, jimat dan selamat

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang ada masalah tak dengan sabun pencuci baju yang digunakan sekarang? Contohnya kena guna banyak baru baju bersih atau alergik pada kulit korang. Haaaaa masalah tu akan selesai dengan sabun pencuci baju yang Mas nak perkenalkan kat korang ni, mari baca sampai noktah terakhir tau!


Zing+ Detergent Film : Mudah, jimat dan selamat
Ia adalah kombinasi serbuk pencuci, pencuci dalam bentuk cecair, pewangi pakaian dan pelembut pakaian yang diproses menjadi detergent film menggunakan teknologi khas dari Jerman. Ia selamat digunakan dan mesra alam kerana bebas fosfuros, tiada bahan peluntur dan biodegradasi. Pastu berat sekeping Zing+ Detergent Film ni hanyalah 4gram dan ketebalannya pulak ialah 0.1cm sahaja. Dalam satu pek ni mengandungi 30 keping film dengan berat 120gram.


Haaa sebab itulah Mas kata ianya mudah, jimat dan selamat. Mudah sebab peknya yang kompak dan ringan memudahkan kita bawa ke mana saja, kalau nak pergi bercuti pun boleh bawa. Jimat sebab sekeping film tu adalah gabungan pencuci dan pelembut, jadi tak perlulah nak beli asing² dah lepas ni. Pakai je Zing+ baju dah bersih dan wangi. Selamat pulak sebab ianya tidak langsung mengandungi bahan kimia, jadi kalau pegang tu tangan tak rasa panas, tiada alergik dan tiada iritasi kulit berlaku.


Keistimewaan Zing+ Detergent Film
1. Jimat masa dan air
Semasa mencuci pakaian tu memang jimatkan masa sebab tak perlu nak letak sabun pastu letak pelembut pulak. Hanya campak je 2-3 keping Zing+ dah siap. Pastu ia sangat mudah larut dalam air dan jugak mudah dibilas. 


2. Lembut pada tangan dan kulit
Zing+ ni PH Neutral, jadi ia tak akan datangkan masalah pada kulit. Takdelah kulit kita mengelupas atau panas bila pegang detergent film ni. Anak² pun boleh gunakannya dengan selamat!


3. Tiada masalah tompokan sabun
Mas selalu hadapi masalah tompokan putih sabun melekat pada baju terutamanya baju berwarna hitam. Tapi Zing+ ni sangat mudah larut dalam air, jadi bila basuh baju tu memang tiada langsung tompokan sabun melekat. Baju semua bersih je!

Pengalaman guna Zing+ Detergent Film
Sangat mudah sebab anak² pun boleh gunakannya, tiada masalah sabun tumpah ke atau buih sabun merata dalam bilik air. Kalau nak rendam baju sekolah tu suruh je dia ambil sekeping, campak dalam baldi pastu letak air. Haaaaa dah siap! 


Pastu sangat berkesan nak sental kotoran degil pada leher baju, lengan baju dan poket baju sekolah anak. Ambil sekeping, celup dengan air sikit pastu sental pada tempat yang kotor tu. Kemudian rendam dalam ½ jam dan basuh seperti biasa, memang nampak kelainan. Kotoran degil tu mudah hilang berbanding Mas gunakan peluntur sebelum ni.

Haaa dah baca, menarik kan Zing+ Detergent Film ni. Nak guna pun senang je, hanya ikut saja arahan yang tertera di belakang pek. Berminat dan mana nak beli? Mudah sahaja, hanya hubungi Cik Ros Farina di talian 012-2350657. Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Website: www.zingaplus.com
Harga 1 pek Zing+ : RM45


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com