Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 3 Januari 2014

Persekolahan 2014

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah sesi persekolahan 2014 dah bermula. Kembali semula rutin harian menghantar dan menjemput anak² di sekolah.


Tapi tahun ni berbeza sikit sebab ada 2 sesi persekolahan, pagi dan petang. Atikah sekolah pagi dan Arfan sekolah petang. Memang penat sikitlah sebab Arfan balik pukul 6.40 petang setiap hari Isnin hingga Khamis dan pukul 6.10 petang setiap hari Jumaat. Tiap petang memang rutin Mas akan ambil dia kat sekolah lepas waktu kerja. Semalam pun pukul 7.15 malam jugak sampai rumah, nampaknya keluar gelap balik gelaplah.

Jadi begitulah setiap hari, nak buat camne kan itulah pengorbanan kita sebagai ibu bapa untuk memberikan pendidikan sempurna kepada anak². Harapan moga mereka belajar bersungguh² dan jadi anak yang cemerlang!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com