Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 31 Oktober 2018

Snek sihat untuk diet

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun diet tapi kadang mulut ni teringin nak mengunyah sesuatu, terutama kat pejabat atau masa memandu. Yelah buat hilang ngantuk dan sebagai snek ketika perut tetiba rasa lapar. Ramai je kawan cadang sediakan gula² atau asam, tak nak Mas. Semua tu musuh diet tau, banyak gula tersembunyi!


Jadi untuk kekal sihat Mas pilih kekacang atau buah sebagai snek sihat, tak rasa bersalah nak kunyah² banyak mana pun. Lagi pun kekacang ni mengandungi lemak yang sihat dan bebas garam dan gula, sedap pun sedap kan. Buah pulak Mas suka pilih epal merah, epal hijau atau nenas. Walaupun buah pun ada gula tapi takdelah tinggi sangat, Mas biasa jadikan buah sebagai snek sebelum sarapan, lunch atau waktu malam.

Alaaa kacang yang bagus ni mahallah nak beli, ye memang pun tapi demi kesihatan apa salahnya. Mas biasa beli chesew nuts, kacang kuda dan biji bunga matahari. Setiap kali nak makan Mas akan ambik dalam segenggan je, boleh jimat 2-3 minggu. Memang tak perlu makan banyak kekacang ni, cepat penuh perut!

Tak susah sebenarnya nak amalkan snek yang sihat ni, janji kita cuba amalkan. Jangan rasa rugi kalau tak dapat makan potato chip ke, donut ke, kerepek ke, itu semua tak bagus untuk kesihatan. Kalau tak suka kacang buatlah jejari kentang ke, tapi jangan goreng tau. Kukus dan letak lada hitam dan chili flakes sikit, fuhhh memang snek yang sedap. Ataupun nak yang segar buatlah jejari lobak, kupas dan potong panjang² pastu makan camtu je. Sedap tau!



Macam² snek sihat untuk diet yang sedap tau, jangan ingat bila diet tak boleh makan sedap². Kenalah pelbagaikan menu tu dan rajin ye!

Selasa, 30 Oktober 2018

Nahas Lion Air JT610

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita sedih yang menyayat hati, pesawat Lion Air JT610 dilaporkan terhempas semalam. Allahuakbar bila baca kes sebegini terus teringat kes MH17 yang ditembak jatuh pada tahun 2015 tu, dan sudah tentulah kes MH370 jugak. 


JAKARTA: Agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan bahawa pesawat Lion Air yang dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke pulau Pangkal Pinang di Sumatera, terhempas sebentar tadi.

“Saya mengesahkan bahawa ia (pesawat Lion Air) terhempas.” kata jurucakap agensi, Yusuf Latif menerusi khidmat pesanan teks ketika diminta mengulas mengenai nasib pesawat Lion Air terbabit. Menurut pihak berkuasa, pesawat berkenaan dilaporkan putus perhubungan selama 13 minit selepas berlepas. - Berita Harian

Memang otak dok ligat berfikir camnelah keadaan mangsa² tu ketika menghadapi keadaan ni, tak terbayang kan. Hanya mampu berserah pada Tuhan je masa tu! Yang paling menyayat hati bila ada 2 orang bayi turut menjadi mangsa, sebak haihhh. Pastu setakat hari ni baru 24 mayat yang ditemui, semuanya berada dalam keadaan tidak sempurna. Pastu dikhabarkan jugak kebanyakan mangsa tidak timbul kerana terikat pada kerusi pesawat, sedihnya!

Tapi satu yang buat Mas terkilan bila ramai dok viralkan video dalam kapalterbang yang dikatakan melibatkan pesawat ni sebelum terhempas. Allah tak akanlah tengah saat² cemas camtu mereka sempat rakamkan video pulak, semua tengah bertarung nyawa tu. Patutnya sebelum viral pastikan dulu kesahihannya, kenalah sensitif dengan keluarga mangsa yang terlibat.

Apa pun Mas harap operasi mencari mayat mangsa berjalan lancar dan moga semuanya dapat ditemui.

Isnin, 29 Oktober 2018

Gegar Vaganza 5 : Minggu Kelima

Assalamualaikum...(^ ^)

Tiada peserta tersingkir, Zamani akhirnya selamat oleh imuniti penaja!


Serius cakap Mas layan jugak GV5 ni disebabkan ada Zamani je, peserta lain memang tak minat. Jadi setiap minggu memang teruja nak dengar suara lunak merdu dia menyanyi, lagi² lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta tu. Tapi bila tiba² suara Zamani tak keluar bila nak nyanyi memang terkejut jugak. Tertanya² kenapa dengan suara dia, rupanya suara dia hilang disebabkan tak sihat. Respeklah dengan dia, walaupun takde suara tapi berusaha jugak untuk menyanyi. Moga Zamani cepat sembuh dan dapat berikan persembahan terbaik minggu depan, jangan sia²kan imuniti yang diberi!

Berbalik pada persembahan peserta lain, bagi Mas minggu ni hanya Dia Fadila dan Noryn Aziz je yang menyerlah sikit. Memang mantaplah suara kedua²nya menyanyi lagu yang diberikan. Yang lain memang agak hambar dan vokal pun kurang menyengat, hanya terlebih menonjol bab pakaian je. Bila tengok kebanyakan pakaian peserta tu macam agak menganggu je persembahan mereka, patutnya biarlah simple janji cantik dan selesa. Jadi harap konsert minggu depan peserta lebihkan kualiti vokal dan persembahan dari kualiti pakaian.

9 perserta jugak bakal berentap minggu depan disebabkan Zamani dapat imuniti, dan temanya adalah Terbaik Boss. Ni koleksi lagu yang pernah mengungguli mana² carta dan lagu² yang pernah menang mana² anugerah. Haaa mesti lagu² best ni, tak sabar nak saksikan apa kejutan dari semua peserta, moga lebih gempak.

Meh tengok Ada Lagu Ada Lagi ni!
Dia Fadila | Bencinta (Dia Fadila)
Maya | Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
Noryn Aziz | Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
Forteen | Satu (Dato' SM Salim & Zainal Abidin)
Amelina | Seroja (Search)
Billy Zulkarnain | Back At One (Brian McKnight)
Farawahida | Ayat² Cinta (Rossa)
Hetty Sarlene | Korban Cinta ( Ziana Zain)
Zamani (Lagu akan diketahui semasa konsert)

Jumaat, 26 Oktober 2018

Rezeki Aiyra setahun je!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak pernah niat langsung nak susukan Aiyra dengan susu badan sepenuhnya sampai umur dia setahun je, memang Mas usaha selagi mampu untuk sampai 2 tahun. Tapi mungkin rezeki Aiyra hanya setakat umurnya setahun je, Mas struggle camne pun kalau susu dah tak banyak memang tak boleh buat apa dah.


Bila Aiyra masuk umur setahun Mas terus datang haid, bila dah mula period memang susu akan merundum. Setiap kali pam mampu dapat 2-3 oz je untuk 2 belah, jadi memang tak mampu nak sediakan stok untuk bawak ke taska. Jadi dengan berat hati terpaksalah campur susu tepung, serius Mas nangis masa mula nak bagi dia. Yelah setahun Mas struggle untuk berikan dia susu badan sepenuhnya, tapi akhirnya Mas tak mampu dah!

Bukan Mas tak usaha tau, jadi jangan pandai cakap bukan². Macam² Mas makan untuk tambahkan semula susu, pastu tetap pam setiap hari walaupun dapat sikit. Tapi kalau dah susu tak banyak, memang tak cukuplah bekalan untuk dia. Nak tak nak dan berat hati camne pun, memang kena campur susu tepung. Lagi pun dah setakat itu rezeki Allah bagi, jadi Mas redha jelah.

Sekarang ni di taska dan sebelah siang Aiyra dah minum susu tepung sepenuhnya, cuma malam masih susu badan. Pada awal ni Mas bagi dia susu Lactogen, alhamdulillah serasi dengan perut dia. Takde pulak kena cirit birit atau sembelit, lega Mas rasa. Pastu baru minggu lepas Mas tukar ke Lactogrow pulak, dan mujurlah serasi jugak dengan perut dia. Lagi satu bila dah mula minum susu tepung ni makin kuat lagi dia menyusu, kalau sebelah siang tu sampai 3-4 botol. Malam je dia tak mau, lagi syok ngempeng kat mama, hehehee!

Jadi korang yang senasib dengan Mas tu jangan rasa bersalah pulak kalau tak dapat susukan anak sehingga umur 2 tahun. Setakat mana pun kita susukan anak kita ia tetap pengalaman berharga bagi seorang ibu, janji merasa susukan anak dengan susu sendiri. Cuba fikir ibu yang langsung tak berpeluang susukan anak dia, jadi bersyukurlah setakat mana yang kita termampu.

Alhamdulillah perjalanan Mas susukan Aiyra sepenuhnya satu yang sangat indah walaupun hanya mampu setahun je!

Khamis, 25 Oktober 2018

Pemandu van sekolah cuai!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mesti korang dah tengok video viral kanak² berusia 5 tahun kena langgar dek van sekolah tu, meruntun jiwa kan? Sedih betul bila nyawa kanak² sekecil tu diragut oleh pemandu yang cuai, apalah perasaan mak ayah dia. 

Mas memang takde pengalaman anak² naik van sekolah ni, semua anak² Mas hantar dan jemput sendiri. Tapi Mas memang perasan segelintir pemandu van sekolah ni tak prihatin tentang keselamatan anak² yang mereka bawak, sentiasa nak cepat dan memandu dalam keadaan bahaya. Kat taman perumahan Mas tu selalu nampak van sekolah masuk, lepas turunkan budak sekolah berdesup mereka jalan. Haaa laju kemain, tak fikir langsung pasal keselamatan.

sumber gambar Berita Harian

Macam kes yang berlaku ni, memang nampak dari video tu pemandu nak cepat. Kanak² tu tak sempat melintas lagi, dia dah tekan minyak dengan laju. Pastu cara dia hantar kanak² tu pun tak selamat, selamba berhenti kat tengah² jalan je. Patutnya berhentilah dekat dengan pintu pagar rumah, pastu pastikan dah nampak anak tu masuk pagar barulah kau jalan kereta. Kalau nak berhenti tengah jalan pun kau pimpinlah budak tu menyeberang jalan, jangan biar budak besar tu lintas sendiri. 

Lagi satu yang tak boleh terima dek akal, dia hari² hantar kanak² tu kan? Mustahil dia boleh tak tahu kanak² tu akan lintas jalan setiap kali lepas turun dari van, janganlah dok fikir kanak² sebesar tu lintas laju je. Yang paling sadis dia boleh reverse semula van tu bila dah tau dia langgar kanak² tu, patutnya telefonlah polis atau bomba terus. Mungkin kalau tak reverse kanak² tu boleh selamat ke? 

Jadi bila dah berlaku perkara sebegini, kenalah tetapkan SOP pada pemandu² van sekolah ni. Jangan fikir nak untung dan nak cepat je, tapi tak fikir keselamatan penumpang yang mereka bawak. Mas tak cakap semua cuai camni, tapi ada segelintir memang bersikap begini. Bila dah viral akan busuklah nama semua pemandu van sekolah kan, jadi kenalah pihak berwajib ambik tindakan tegas dan pantas untuk elakkan perkara camni berlaku lagi.

Rabu, 24 Oktober 2018

Bumi kita makin binasa!

Assalamualaikum...(^ ^)


Haaa tengok gambar ni jangan terkejut tau sebab ini kat Malaysia, bukan di Indonesia atau negara luar yang lain. Berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam, ishhh menakutkan sangat!

IPOH: Beberapa rumah di Kampung Pawong, Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Jalan Cameron Highlands di sini mengalami keretakan selepas dipercayai berlakunya pergerakan tanah di kampung berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira² jam 3.03 petang sebelum sepasukan anggota diarahkan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan di kampung berkenaan.

Katanya, bomba mendapati memang benar berlaku pergerakan tanah sehingga menyebabkan beberapa rumah mengalami keretakan kecil dan pemantauan lanjut sedang dijalankan. Menurutnya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan kes itu selepas pemantauan dijalankan.



Haaa inilah akibat dari sikap rakus manusia yang sewenang² membinasakan muka bumi kita ni, tarah sana sini tanpa fikirkan akibat. Dah banyak kita tengok kejadian tanah runtuh disebabkan perkara ni tapi macam tiada kesudahan. Bila berlaku sesuatu kes barulah kelam kabut nak siasat tapi bila dah lama senyap camtu je, sudahnya tiada apa tindakan diambil. 

Macam kes tanah runtuh di Cameron Highlands tu, semuanya berpunca dari penerokaan hutan tanpa kawalan. Bila semua pokok dah ditebang, tanah pun dah tiada cengkaman jadi mudahlah runtuh. Lagilah dengan musim hujan ni, sana sinilah hakisan akan terjadi. Pastu tak mustahil kalau tidak dikawal di negara kita suatu masa nanti akan terjadi gempa bumi. 

Ambillah ikhtibar dari apa yang berlaku ni, kena ketatkan lagi penguatkuasaan undang². Hentikan serta merta pencerobohan hutan dan pembalakan yang tak terkawal ni, kalau tak lagi parah! 

Selasa, 23 Oktober 2018

Sarapan sihat dengan Dutch Lady PureFarm

Assalamualaikum...(^ ^)

Dulu Mas bukanlah penggemar susu, bau susu pun dah rasa loya apatah lagi nak minum. Bukan tak cuba untuk minum tapi tekak memang tak boleh telan, cuba jugak campur dengan milo tapi tetap tak boleh minum. Sehinggalah masa mengandung anak ketiga Mas disahkan ada GDM, pastu HB pun rendah. Jadi Pakar Pemakanan sarankan kena minum susu sebagai diet harian dan untuk tambah darah, kena minum susu rendah lemak setiap pagi. 

Bermula dari situlah Mas cuba dan berusaha untuk minum susu demi kesihatan diri dan anak. Pilih punya pilih susu apa yang boleh ditelan, akhirnya tekak Mas boleh terima susu Dutch Lady PureFarm Low Fat. Mas cuba minum dan terus suka, sebabnya rasanya tawar je dan takde bau. Sejak dari tu memang hari² wajib sarapan minum sekotak susu Dutch Lady  PureFarm Low Fat yang 200ml tu. Haaa rasa seronoklah jugak bila berjaya minum susu di usia 33 tahun masa tu, hahahaa!


Sekarang dah jadi rutin harian Mas minum susu setiap pagi sebagai sarapan, kat rumah wajib ada stok susu Dutch Lady PureFarm. Anak² pun suka jugak susu Dutch Lady ni, depa minum camtu je atau makan dengan cereal. Biasanya Mas beli yang Low Fat dan Full Cream je, yang ada perisa tu Mas kurang suka sebab terlalu manis. 

Bila dah suka minum susu ni barulah Mas sedar pentingnya pengambilan susu setiap hari untuk keperluan badan kita. Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada berkata, "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku kita, ia jugak memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian."


"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita, hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya lagi.

Jom tengok apa khasiat yang ada dalam susu Dutch Lady PureFarm ni, penting untuk kita tahu semua ni.
1. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;

2. Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak², dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;

3. Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;

4. Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;

5. Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.


Haaa korang yang tak suka susu tu bolehlah jadikan pengalaman Mas ni sebagai permulaan untuk berjaya minum susu. Jom sahut cabaran ini dengan menyertai peraduan sarapan pagi #DutchLadyBreakfastChallenge menerusi talian dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000. Fuhhh memang lumayan sangat tu! 

Pastu cara nak sertai mudah je, hanya perlu lengkapkan sarapan pagi korang bersama segelas susu Dutch Lady PureFarm yang bermula dari 8 Oktober 2018 sehingga 11 November 2018. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Dutch Lady Malaysia di:

atau 

"Start your day strong with protein from milk"


Isnin, 22 Oktober 2018

Gegar Vaganza 5 : Minggu Keempat

Assalamualaikum...(^ ^)

Alaaaaa tak sangka pulak Shafie Rio yang tersingkir, ingatkan Billy Zulkarnain sebab nyanyian mereka kurang menyengatlah. Harapkan ada Siti Nordiana, kalau tak ke laut  dah persembahan diaorang. Berbalik pada Shafie Rio, sebenarnya nyanyian dia bagus cuma dia agak gementar semalam. Itu yang terkucil sikit suaranya dan kurang memikat hati juri, tapi apa pun dia dah berikan yang baik.


Persembahan semalam pulak bagi Mas penyanyi wanita kebanyakannya konsisten vokal mereka, tengoklah top 3 pun dikuasai wanita. Macam Dia Fadila memang mantap vokalnya mungkin kelebihan pada dialah sebab dapat lagu sendiri, satu bonus tu. Tapi Noryn Aziz pun agak konsisten jugak dan vokal mantap, dah 2 minggu dia dapat markah tertinggi. Farawahida pun apa kurangnya, 2 minggu jugak dalam top 3. Jadi mereka bertiga ni bakal bagi saingan sengit!

Satunya penyanyi solo Zamani memang tak pernah mengecewakan, vokal dia sentiasa sedap. Cuma mungkin pasangan duetnya agak tak sesuai sangat, jadi lenggok lagu Ghazal Untuk Rabiah tu jadi lainlah. Mungkin kalau dengan Ameng ke tentu lagi best, dua² legend kan!

Pastu konsert minggu depan makin menarik sebab semua peserta akan nyanyikan lagu² lama, bertemakan Lama Tak Dengar. Haaa lagu² lama yang jarang dah kita dengar akan diberi nafas baru oleh peserta² GV, pasti Mas harapkan ada kelainan dari persembahan mereka. Yelah dah masuk minggu kelima kan, jadi mereka perlu berikan yang terbaik untuk kekal hingga ke konsert akhir.

Jom tengok senarai lagu² untuk mereka.

Noryn Aziz | One Night Only (Jennifer Holliday)
Maya | Sekadar Di Pinggiran (Francisca Peter)
Dia Fadila | Menghitung Hari (Salamiah Hassan)
Forteen | Hatiku Luka Lagi (Black Dog Bone)
Farawahida | Kau Merubah Segalanya (Fauziah Latiff)
Zamani | Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (The Flybaits)
Hetty Sarlene | Mawar Putih Untuk Mama (Datuk Sharifah Aini)
Amelina | Pelangi Petang (Dato' Sudirman)
Billy Zulkarnain | Antara Ayer dan Jakarta (Dato' Sheila Majid)

Jumaat, 19 Oktober 2018

Omellete Wrap

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap hari bawak bekal memang Mas buat menu yang mudah dan ringkas je, menu diet kan kenalah camtu. Lagi pun masa terhad sebab tulah kena masak yang senang dimasak, pastu menu camni lebih mengenyangkan!

Resepi pulak Mas reka sendiri je, ikut apa yang teringin nak makan dan masak ikut suka je. Janji sedap dan perut kenyang, tekak sendiri kan nak makan. Hari² Mas cuba jelah buat menu berbeza² supaya tak bosan.


Hari ni Mas cuba menu baru iaitu Omellete Wrap, takdelah susah pun nak buat. Mudah sangat, bahan² pun tak guna banyak. Jom tengok bahan²nya!

Bahan-bahan
2 bijik telur
2 keping Wrap jenama Mission
5 bijik tomato ceri
Salad butterhead
Serbuk cili dan lada hitam

Cara² membuatnya
1. Dadar telur sebijik² tau, dalam telur tu Mas cuma letak serbuk cili dan serbuk lada hitam.

2. Bila telur dah hampir nak masak letakkan sekeping wrap atas telur dadar tu. Pastu lipat menjadi bentuk segitiga, dan masak sehingga garing sikit.

3. Bila dah masak letakkan 3 keping salad butterhead dan tomato ceri dalam lipatan tu.

Haaa siap untuk sarapan dan makan tengahari, kenyang tau Mas makan seharian di pejabat. Yang penting sedap dan sihat. Selamat mencuba!

Khamis, 18 Oktober 2018

Halatuju Atikah lepas PT3

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni memang nak sangat kakak Atikah masuk Sekolah Berasrama Penuh, dari dia lepas UPSR lagi. Tapi takde rezeki dia masa tu, walaupun dah merayu tetap tak dapat. 


Sekarang dia dah lepas PT3, jadi Mas cadang nak suruh dia mohon SBP. Dah suruh mohon MRSM tapi dia tak berapa mahu, katanya syarat nak masuk sana kena 6A. Jadi Mas tak nak lah paksa, nanti diluar kemampuan dia pulak kan? SBP pun dah bagus bagi Mas, cerah jugak peluang nak ke universiti lepas SPM nanti. 

Mas dah cuba slow talk dengan dia pasal hal ni, tapi dia macam belum buat keputusan lagi. Macam tak yakin je Mas tengok, walaupun Mas dah jelaskan kebaikan serta kelemahan masuk SBP ni. Tapi Mas suruh dia pandang dari sudut positif je, yang negatif dia boleh elakkan dan perbaiki sendiri. Bukan apa bagi Mas lebih teratur pengurusan diri dan pembelajaran dia, sebab di asrama semua ikut jadual. Kalau di rumah faham² sendirilah kan?

Dia ada jugak cerita nak pilih aliran Sains, sebab dia minat nak jadi doktor. Cuma dia tak yakin dapat A untuk subjek Sains dan Matematik, pastu dia takut kalau pilih sekolah Sains pun dia tak dapat masuk aliran tu. Mas yakinkan dia cuba je mohon dulu, dapat tak dapat lain kira. Insyallah dia mampu dapat keputusan terbaik untuk PT3, dan layakkan dia masuk SBP.


Apa pun kena tunggu 1 November nanti untuk permohonan masuk, harap kakak Atikah bersedia. Mas harap sangat halatuju dia lepas PT3 nanti lebih bagus, harap dia mampu berjaya hingga ke peringkat universiti!

Rabu, 17 Oktober 2018

Urusan temujanji hospital Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah urusan temujanji Aiyra dengan Pakar Pediatrik semalam berjalan lancar, takde masalah serius pun. Keputusan darah pun dah normal, boleh baca sini sebab apa dia kena ambik darah. Cuma masih kena follow up lagi untuk doktor tengok perkembangan tumbesaran dia, 5 bulan lagi kena datang.


Bagi yang tak tahu Aiyra ni memang dari dia umur 2 bulan sehinggalah semalam kena jumpa doktor pakar, ni disebabkan masa lahir dulu dia ada masalah gula rendah dan masalah jantung. Temujanji dengan Pakar Pediatrik dah 3 kali, 3-5 bulan sekali kena datang. Dengan Pakar Jantung pulak baru sekali masa umur dia 2 bulan, nanti bulan 12 ada lagi sekali kena scan jantung. Kalau lubang tu dah tutup jadi tak perlu jumpa pakar dah. 

Ikutkan Aiyra sihat je, dari dia kecik sampailah sekarang dah umur setahun memang tiada masalah sakit yang teruk. Kalau malas bersesak² dan menunggu lama di hospital, boleh je nak skip temujanji tu. Tapi Mas tak maulah camtu, datang je bawak dia untuk dapatkan rawatan. Dengar apa kata pakar tentang tumbesaran dia, kalau takde masalah barulah kita rasa lega kan?

Yang pasal masalah jantung dia ada 2 lubang tu, memanglah masa scan 2 bulan tu lubang dah tutup. Tapi Mas tetap akan pergi jugak scan jantung dia bulan 12 nanti, ini untuk kepastian yang jantung dia dah 100% sihat. Barulah Mas akan rasa lega! 

Debar nak tunggu scan jantung bulan 12 ni pulak, harap lubang tu dah tutup sepenuhnya. Doakan Aiyra ye kawan²!

Selasa, 16 Oktober 2018

Neem and Tumeric Soap : Bagus untuk kulit alergik

Assalamualaikum...(^ ^)


Korang pernah tahu tak pasal produk Himalaya, dan pernah gunakan tak? Macam Mas memang pernah dengar nama produk ni tapi tak pernah guna, dan tak pernah tahu apa produk yang ada. Tapi Mas banyaklah baca pasal kebaikan produk² Himalaya ni, ada macam² jenis rupanya. 

Bila dah tahu kebaikannya Mas pernahlah amalkan supplemen dari Himalaya iaitu Shatavari untuk milk booster dan Bonnisan untuk tambah selera makan anak². Mas ada kongsikan entri pasal kelebihan dan keberkesanan menggunakan kedua² produk ni, boleh baca entri Shatavari Himalaya: Milk booster pilihan dan Bonnisan Himalaya : Tingkatkan selera makan anak².



Himalaya @ Farmasi Constant Kip Mall Kota Warisan
Kali ni Mas nak kongsikan lagi satu produk Himalaya yang Mas baru cuba guna. Sebelum Mas cerita panjang lebar mari Mas kongsikan sedikit pasal butik Himalaya yang Mas pergi. Mas pergi ke KIP Mall Kota Warisan sebab ia yang paling dekat dengan tempat Mas menetap di Sepang. Butik Himalaya di KIP Mall Kota Warisan ni terletak di dalam Farmasi Constant. Senang je nak cari farmasi ni, pergi je kat ground floor. Farmasi ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10.15 malam.

Sampai je kat situ mesti akan nampak produk² Himalaya tersusun rapi, macam² ada dari penjagaan rambut, penjagaan kulit, penjagaan gigi, supplemen, produk penjagaan bayi dan pelbagai lagi. 

Haaa sekarang Mas nak kongsikan pulak pasal satu lagi produk Himalaya yang Mas baru guna, iaitu Neem & Tumeric Soap. Mas nak sangat beli sabun ni sebab nak rawat masalah alergik kulit Airis, dah macam² ubat pakai tapi tak baik jugak. Katanya Neem & Tumeric Soap ni bagus untuk kulit alergik dan gatal². 



Himalaya Neem & Turmeric Soap
Himalaya Neem & Turmeric Soap merupakan sabun yang mengandungi bahan² semulajadi yang boleh memberi perlindungan kepada kulit kita sepanjang masa. Antara bahan² aktif yang bagus di dalam sabun ni ialah: 

1. Neem (Daun Semambu) dapat membantu melembabkan kulit kering dan mengurangkan kemerahan dan keradangan kulit. Ia jugak bertindak sebagai antibakteria yang mampu mengurangkan jerawat, ruam dan gatal².

2. Sabun ini jugak mampu mengurangkan parut² demam campak dan parut jerawat. Haaa yang kurangkan parut chicken pox tu memamg bagus tau, tak sabar nak cuba kat Airis sebab kat badan dia memang banyak parut chicken pox. Harap berkesan!



Turmeric (Kunyit) mempunyai fungsi sebagai anti-radang yang dapat melembutkan kulit dan mengurangkan kemerahan serta kerengsaan kulit.

Haaa menarik kan sabun ni, sesuai sangatlah untuk masalah alergik Airis. Moga berkesanlah untuk dia. Pastu kalau korang ada anak² yang punyai masalah alergik, bolehlah cuba Neem & Tumeric Soap ni. Jangan risau pada kesan sampingan sebab ianya 100% dari bahan semulajadi. Harga pulak hanya RM10.90 seketul.


Banyak lagi tau produk Himalaya yang menarik tau, korang bolehlah pergi ke butik² berhampiran dan dapatkan khidmat nasihat dari jurujual di sana. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal produk² Himalaya ni, boleh layari:


Isnin, 15 Oktober 2018

Gegar Vaganza 5 : Minggu Ketiga

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa memang dah jangka Elite akan tersingkir, vokal sangat ke laut dalam. Bukan mereka tak boleh nyanyi tapi macam tak buat persiapan mantapkan vokal sebelum masuk GV ni. Dulu kan mereka pernah terkenal dengan lagu² yang semuanya sedap² masa tu, vokal pun boleh tahan. 


Tapi dalam GV5 ni mereka kurang bernasib baik, mungkin sebab dah lama tak menyanyi kan? Cuma dari segi teknikal dan persembahan memang mereka berikan yang terbaik, vokal je kurang menyengat. Jadi juri pun tak dapat bantu berikan markah terbaik, yelah vokal dan persembahan kena seiring. Dua² mesti memikat hati juri!

Dari segi persembahan peserta lain malam tadi bagi Mas yang cukup menghiburkan adalah Shafie Rio, haaa kemain dia gelek dangdut lagu Yang Penting Hepi. Walaupun bukan genre dia dan vokalnya agak kurang mantap tapi dia tetap berikan yang terbaik. Semua penonton terhibur dan dia dapat pujian juri! Amelina pun bagus semalam, walaupun dia sakit tapi mampu berikan persembahan mantap dan vokal pun bagus. Mampu bagi saingan kepada peserta lain Amelina ni, jadi diaorang semua kena berjaga²!

Zamani pulak tetap menangi hati Mas, vokal dia memang tiada tandingan. Harap dia mampu kekal hingga ke pentas akhir! 

Haaa apa pulak cabaran minggu depan, nampaknya mereka bakal bergabung dengan artis² dari GV sebelum ni. Bertemakan GVBB iaitu "Gegar Vaganza Bergegar Bergabung" pasti mereka bakal berikan persembahan yang bisa mengegarkan pentas. Haihhh tak sabar nak tengok ni, lagu² pilihan pun semuanya menarik.

Amelina & Sam Inuendo | Tak Pernah Hilang (Amelya & Kaer) 
Farawahida & Ezad Lazim | Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti & Ajai) 
Noryn Aziz & Liza Hanim | Seksis (Anita Sarawak) 
Dia Fadila & Rahmad Mega | Tangisan Mahaenis (Dia Fadila & Hattan) 
Zamani & Mamat Exist | Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah & M. Nasir) 
Hetty Sarlene & Zarul | Aku Cinta Aku Rindu (Nurul & Ajai)
Shafie Rio & Azharina | Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslaw & Eric) 
Maya & Tia Jinbara | Bujang Senang (Wings) 
Forteen & Haiza | Seluruh Cinta (Dato' Seri Siti Nurhaliza & Cakra Khan)
Billy Zulkarnain & Siti Nordiana | Hanya Memuji (Shanty & Marcell)

Fuhhh ai tak sabar tengok gandingan Zamani dan Mamat serta Noryn Aziz dan Liza Hanim. Lagu menarik tu depa bawak!

Sabtu, 13 Oktober 2018

Pikat selera makan Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak masuk umur setahun 2/10 hari tu, selera makan Aiyra agak berkurangan. Dia dah pandai memilih makanan, Mas buat bubur nasi memang dia tak mau dah. Buntu jugak masa tu, nampak berat badan dia menyusut.


Macam² Mas cuba buat untuk pikat selera makan dia, tapi tak menampakkan hasil. Bila nampak je mangkuk makanan terus dia larikan diri, siap nangis² lagi. Bila suap dia akan buat loya² dan keluarkan semula makanan tu, kadang siap termuntah. Sedih tau tengok, buntu dok fikir apa lagi nak buat.

Pastu Mas cuba tukar ke pasta, mana tau dia berselera. Yelah mungkin dia dah bosan makan bubur nasi, dari umur 6 bulan makan camtu je. Mas rebuslah makaroni dan buat sup, nampaklah dia nak makan tapi 5-6 ketul je berjaya. Selebihnya dia dah mula loya², bila cuba suap lagi dia tak mau nganga mulut. Haihhh pening betul camne lagi cara nak bagi Aiyra berselera makan, risau tengok badan dia makin ringan.

Fikir punya fikir akhirnya Mas dapat idea, Mas masak nasi campur butter. Masa lembik² sikit, pastu bagi dia makan dengan sup ayam. Dalam sup tu Mas letak ayam segar, bawang putih, halia, kentang, lobak merah dan daun sup. Mas perasakan dengan sup bunjut. Alhamdulillah nampaklah dia berselera makan, walaupun tak banyak tapi takdelah dia nangis² lagi bila suap nasi tu.


Pastu suatu hari tu ternampak nasi impit mini dok dalam kabinet dapur, terus terfikir kalau rebus nasi impit tu lagi senang. Tak perlulah nak bangun pagi² masak nasi, lagi pun nasi impit tu dah hancur kan. Lagilah sesuai makan dengan sup. Haaa tak sangka idea Mas tu mendatangkan hasil, cikgu dia cakap berselera Aiyra makan. Setiap hari bekalkan 2 ketul nasi impit yang dibelah empat, dia akan makan seketul pagi dan seketul tengahari. Nanti malam makan lagi seketul.

Gembira sangat tau Mas dah berjaya pikat selera makan Aiyra, setiap hari seronok nak suap dia makan. Nampak dah badan dia makin berisi, berat pun dah bertambah semula. Setiap kali nampak mangkuk makanan tak sabar² dia nak makan, suap je nganga dan siap tak sabar nak suruh suap lagi. Lega sikit nak bawak dia check up setahun Isnin ni, moga timbang nanti bertambahlah berat dia.

Jumaat, 12 Oktober 2018

Bila anak² bergaduh!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa pernah tak anak² korang bergaduh sampai korang kena masuk campur, bukan gaduh main² tau tapi sampai pukul memukul. Camne korang nak tangani situasi tu, tak kan nak biarkan je!


Macam anak² Mas mereka ni rapat je di antara satu sama lain, boleh je berkongsi dan main sama². Cuma kekadang tu ada jugak perbalahan bila masing² tak mau mengalah, mulalah salahkan antara satu sama lain dan akhirnya terjadi perbalahan. Mula² dengan kata², tapi lama² dah angkat kaki tangan. Yang selalu sangat berbalah ni si Arfan dengan Airis, ada je yang nak digaduhkannya. Bila dah berlaku situasi camtu kenalah Mas atau husband masuk campur!

Kalau husband dia terus marah je dan masing kenalah pukul, pastu apa lagi jadilah tragedi airmata. Mas tak suka sangat cara husband ni sebab kadang²  hati anak² boleh terguris, terus cakap babah tak sayang dah. Hehehee bukannya husband tak sayang cuma dia sekali dah marah memang akan berkeras camtu, sebab tu Mas tak suka anak² buat babah diaorang marah!

Kalau cara Mas pulak, Mas akan panggil dua² dan marah keduanya. Kalau perlu rotan Mas akan rotan keduanya sekali, barulah adil kan? Tak kiralah Airis yang salah atau Arfan, nak adil biar dua² dapat hukuman setimpal. Pastu Mas akan berleterlah, bagi nasihat kat keduanya sekali. Mintak si abang mengalah sikit kalau dengan adik dan jaga percakapan, lagi pun Airis tu baru 6 tahun dan kurang memahami sangat. 

Pastu Mas suruh dua² bermaafan dan berjanji tak akan bergaduh lagi, walau hakikatnya tetap akan bergaduh jugak. Cuma bukanlah selalu depa bergaduh tahap extreme ni, biasa tu sekadar gurau² je. Tak sampai 5 minit kang kamcinglah semula, hehehee!

Khamis, 11 Oktober 2018

Bahaya makanan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa yang kita makan tak semuanya selamat, baik di luar atau pun di rumah. Sebab itulah kita kena pastikan kebersihaan makanan tu sebelum dimakan, mana tau ianya telah tercemar. 

Kalau masak sendiri di rumah jangan ingat kebersihan terjamin ye, kalau kita tak jaga betul² pasti akan dicemari jugak. Jadi sebelum masak cuci bersih² sayuran dan protein tu, guna cuka epal lagi bagus. Pastu masa membeli ikan misalnya, pastikan ianya masih segar dan tak busuk. Kalau dah tak elok, janganlah beli. Lagi satu kalau makanan dimasak tu dah agak² nak basi janganlah makan, tak mau membazir punya pasal sanggup makan!


Bila makan diluar pulak lagilah kita kena jaga lebih², sebab ianya mudah terdedah dengan pencemaran. Sebelum makan tu tengok tahap kebersihan gerai² tu, kalau betul memuaskan barulah makan kat situ. Ini khusus untuk gerai² tepi jalan yer, sebab gerai camni mudah terdedah dengan habuk, asap dan kuman melalui sebaran air dan angin. 

Pastu kalau bungkus makanan kat luar tu seeloknya panaskan dulu sebelum makan, boleh jugak hapuskan bakteria kan? Lagi satu janganlah simpan semalaman makanan yang dibeli tu, takut ada pencemaran bakteria pulak. Yelah kita tak tahu masa bila peniaga tu masak makanan tu, entah² dah lama. Kalau kita simpan lagi lama, lagi mudah ia tercemar. 

Jadi ambillah ikhtibar dari apa yang terjadi kat Kedah tu, baik peniaga atau pembeli. Peniaga kenalah 100% pastikan makanan yang nak dijual bersih dan selamat dimakan, jangan jual sekadar nak untung je. Pembeli pulak kena 100% berhati² sebelum membeli, kalau rasa was² tahap kebersihannya janganlah beli. Kedua² pihak kena main peranan untuk elakkan kes keracunan makanan camni berlaku. Bila dah ada yang maut tu buat kita lagi kena pandang serius hal ini!

Rabu, 10 Oktober 2018

Suasana baru, boss baru!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lumrah seorang PA memang selalu bertukar boss, nak tak nak kena akur dengan arahan jabatan. 15 tahun Mas berkhidmat ini boss yang ketujuh, boss lelaki yang keenam.

Sebenarnya Mas pernah jadi PA kepada big boss BSM ni, tahun 2013 hingga 2016. Pastu bila boss baru bertukar ke situ, dia bawak sekali PAnya. Jadi Mas kena jaga PA Timbalan, dari 2016 hingga ke 10.10.2018. Selepas 2 tahun kembali semula ke tempat ni, dengan suasana baru dan bos baru. 


Kalau ikutkan Mas tak nak jadi PA kat sini, bukan apa Mas ni jenis balik ikut masa. Tepat 4.30 ai dah cabut, rumah jauh dan jalan sesak jadi memang tak boleh balik lambat. Itupun balik 4.30 petang, pukul 5.30 jugak sampai rumah. Segan jugak dengan boss baru ni, tapi Mas tetap bagitau dia sebab apa kena balik awal. Nasiblah dia jenis memahami, lagi pun kalau husband Mas tak kerja syif siang Mas baliklah pukul 5 petang. 

Pastu serba salah jugak nak tukar dengan PA lama tu tapi apakan daya keadaan memaksa, dia kena ambik cuti separuh gaji sebab jaga suaminya yang sakit. Jadi pihak pentadbiran tak nak rumitkan keadaan, dahlah boss baru pastu PA pulak takde. Sebab itulah Mas kena akur jugak untuk bertukar ke situ! 


Jaga boss utama ni memang sibuk sikitlah dari biasa, kat situ surat dan folder masuk banyak. Pastu panggilan masuk pun bertalu², agak tak menang tangan jugaklah. Lagilah dengan boss baru ni, macam² kena uruskan. Dah 2 hari jadual makan Mas agak berterabur, maklumlah nak sesuai masa dan keadaan tu ambik masa sikit. Dah lama nanti baru alah bisa tegal biasa!

Boss baru pun baik orangnya, senang nak berurusan. Umurnya 56 tahun, jadi dalam 4 tahun jelah dia kat situ. Moga kami dapat bekerjasama dengan baik sebagai boss dan PA!

Selasa, 9 Oktober 2018

Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat KKM

Assalamualaikum...(^ ^)

Pernah tak korang buat pemeriksaan payudara, sama ada buat sendiri atau saringan di klinik. Jujur katakan bila Mas pergi seminar ni, sangat ramai kaum wanita kurang pendedahan pasal kanser ni. Ramai yang pandang remeh dan langsung tak buat pemeriksaan, sebab itulah bila dah dikesan kanser mereka dah tahap 3 atau 4.


Ini kanser pembunuh wanita nombor satu tau, sebab itulah Mas tertarik nak hadiri ceramah ni untuk gali ilmu dan kesedaran tentang kanser payudara. Pastu yang seronoknya bila para penceramah adalah dari cancer survivor, haaa insaf tau bila dengar pengalaman mereka boleh survive dari kanser pembunuh ni. Ada tu dah 20 tahun survivor dan masih mampu hidup sihat dan selamat!

Melalui ceramah banyak yang Mas dapat, antaranya kita kena buat pemeriksaan sendiri payudara sekurang²nya 3 bulan sekali. Yang ni Mas ada buat jugak tapi takdelah sekerap tu, biasa 6 bulan sekali atau setahun sekali je. Takde kesedaran dalam diri sangat tentang bahaya kanser ni, jadi lepas ni kena lebih kerap buat pemeriksaan. Pastu kena jugak dapatkan saringan pemeriksaan di klinik, dan bila dah usia 40 tahun ke atas digalakkan buat mamogram. 

Pastu ada jugak dapat ilmu apa yang perlu kita lakukan kalau dah disahkan mengidap kanser ni. Doktor pakar kanser payudara sendiri yang beri ceramah, agak takut jugak bila dia tunjuk gambar² orang yang dah disahkan pada tahap yang dah kritikal. Doktor ni cakap memang ramai pengidap yang camtu, lewat kesan sebab takde kesedaran dalam diri. Sebab tu penting tau korang kita wanita ni gali ilmu mengenai kanser payudara, tak perlu ada rasa malu!

Ini Mas kongsikan video Supporter Groups diberi nama Candy Girls, mereka ni semuanya cancer survivor tau! Mereka tubuhkan kumpulan ni untuk amalkan gaya hidup sihat selepas survive dari kanser ni. Semuanya dah berumur 40 tahun ke atas tau, tapi aktif dan ceria walaupun pernah mengidap kanser.


Lagi satu kena ingat jangan hanya dengar macam² mitos pasal kanser ni, tu yang doktor pakar tu pesan. Jangan buat andaian sediri sebalik dapatkan ilmu yang betul dari pakar, pastu pupuk kesedaran dalam diri betapa bahayanya kanser payudara ni!

Isnin, 8 Oktober 2018

Gegar Vaganza 5 : Minggu Kedua

Assalamualaikum...(^ ^)

Aman sikit rasa tengok GV5 ni, sebab si penganjur tu kurang  enterprem. Dia lebih suka duduk kat kerusi sambil layan persembahan je, takdelah nak tergedik² sana sini. Baguslah camtu kan, sebab penonton nak tengok persembahan artis² bukannya nak tengok merepek ntah apa²!

Persembahan artis pulak masih kurang menyengat minggu kedua ni, hanya 2-3 orang je yang nampak mampu berikan yang terbaik. Yang lain masih tercari rentak dan identiti persembahan, moga minggu² akan datang bertambah baik vokal dan persembahan mereka. Cuma di konsert kedua ni ada penyingkiran, memang tak disangka². Kalau tengok GV terdahulu minggu kedua masih selamat semuanya, minggu ketiga barulah 2 artis disingkirkan.


Tapi GV5 ni seawal minggu kedua dah ada penyingkiran, dan artis yang tersingkir awal adalah Safura. Haaa memang tak dijangka sangat, sebab bagi Mas vokal dia bagus dan dia nyanyikan lagu Diari Biru tu agak bagus jugak. Namun juri dah buat keputusan kan, mungkin bagi mereka Safura kurang bagus. Kalau ikut lagi sesuai Elite yang terkeluar sebab dari minggu pertama hingga ke minggu kedua ni vokal mereka agak tak konsisten, persembahan pun kurang menarik.

Tersingkirnya Safura maka 11 orang lagi artis bakal berentap di konsert ketiga yang bertemakan Lain Macam, iaitu lagu yang diberikan adalah di luar zon selesa mereka. Haaa lagu camnilah yang bakal menguji lagi vokal dan mutu persembahan mereka, mampukah berikan yang terbaik. Inilah senarai lagu yang diberikan pada para peserta:


Noryn Aziz | Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
Amelina | Segalanya Pasti (Aida Agil)
Shafie Rio | Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad) 
Hetty Sarlene | Pawana (Search)
Maya | I Have Nothing (Whitney Houston) 
Billy Zulkarnain | Mahakarya Cinta Faizal Tahir 
Dia Fadila | Dondang Dendang (Noraniza Idris)
Zamani | This Love (Maroon 5) 
Forteen | Suci Dalam Debu (Iklim) 
Farawahida | Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)
Elite | Ku Bahagia (Melly Goeslow)


Mencabar jugak kan lagunya, tak sabar nak saksikan persembahan mereka nanti.

Sabtu, 6 Oktober 2018

Annual Dinner BSM : Glam and Glitterz

Assalamualaikum...(^ ^)


Wahhh memang meriah betul majlis semalam, walaupun ada rasa sedih sebab boss nak bersara tapi kena jugaklah raikan dengan gembira kan? Bukannya seronok dia bersara tapi kami semua buat yang terbaik untuk mengenang jasa beliau, biar dia dapat memori indah untuk dijadikan kenangan.

Tema majlis malam tu Glam & Glitterz tau, haaa semua datang baju lip lap lip lap kau! Mas pun ikut jugaklah tema tapi takdelah semua glitter, tudung dan makeup je glitter² sikit. Baju pun Mas beli je, malaslah nak sewa. Kalau sewa RM100 bukan boleh pakai lama, habis majlis dah kena pulangkan. Beli ni boleh jugak pakai pergi pejabat atau kenduri kan, sebab baju pun bukan glamour sangat pun.

 OOTD Glam & Glitterz

Geng PA Vouge

Majlis pun diadakan kat hotel tau, pertama kali majlis persaraan boss buat kat hotel. Yelah boss ni orang paling lama tau kat BSM tu, 25 tahun kau dia berkhidmat. Jadi kenalah buat majlis meriah sikit untuk dia, menghargai jasa dia selama tu. Mas pun pernah jadi PA dia selama 7 tahun, dia boss yang baik dan sangat memahami. Memang terasa sedihlah atas persaraan dia, rasa kehilangan!

Jadi nak meraikan boss yang dah lama khidmatnya ni, kami PA dan timbalan boss kena buat persembahan. Haaa jenuh jugak memikirkan persembahan apa nak buat, maklumlah kami ni pandai jaga boss je. Nak berlakon ke, menari ke memang ke lautlah. Akhirnya kami sepakat baca sajak dan menyanyi je, itu yang paling mudah. Tapi walaupun mudah, jenuh jugaklah berlatih. Maklumlah bukan selalu kena buat persembahan gitu, khas untuk big boss ni!



Alhamdulillah masa majlis semua berjalan lancar, berjaya jugak kami dan boss buat persembahan. Walaupun pitching Mas nyanyi ke laut, hahahaa! Cuma sayangnya malam tu tak bertuah, dahlah hadiah semua menarik. Susah betul nak bertuah kalau ada majlis camtu. Tapi walau tak bertuah Mas tetap seronok, terhibur dengan persembahan rakan² sekerja yang gempak². Tak sangka semua berbakat! 

Selamat Bersara Encik Idris! 



Jumaat, 5 Oktober 2018

Mulakan dengan jaga pemakanan

Assalamualaikum...(^ ^)

"Ehhh Mas aku tengok lambat je kau kurus, padahal kau dah jaga makan dah! Mesti kau malas senaman kan?"


Hahahaa ada je yang tegur camtu, Mas terima jelah. Memang Mas jarang bersenam diet kali ni, kadang seminggu 2-3 kali dan kadang tu tak buat langsung. Bukannya malas tapi kekangan masa dan keadaan tu agak menghalang, kadang balik kerja si Aiyra dah terkam kita dulu. Bila dah melayan dia memang senaman pun ke laut lah, malam pulak kadang sibuk dengan kerja rumah sampai pukul 12 tengah malam. Pastu dah penat dan mengantuk, nak bersenam apa lagi kan?

Jadi hari minggu jelah ada masa, kalau tak kemana² sebelah petang tu pergilah jogging atau bersenam kat rumah je. Janji badan berpeluh lebih sikit, hari tak bersenam pun berpeluh jugak dok buat kerja rumah. Musim panas kan, dok sapu sampah dan mop lantai pun boleh berpeluh. Tu kira senaman ringan² ler!

Tapi takpe walau jarang bersenam Mas lebih ketat menjaga makan, bagi Mas itu permulaan yang lebih penting. Kalau kita rajin bersenam setiap hari pun tapi dok bedal gula, garam dan minyak berlebihan tak guna jugak kan. Nasi lemak, roti canai, fast food, aiskrim, kek dan macam² kita makan. Haaa tak bagus jugak untuk kesihatan, penat² senaman tapi makan tak jaga langsung. 


Setakat ni Mas memang jaga bab makan, takde dah nak bedal macam². Hari² masak sendiri makanan sihat, hari kerja bawak bekal masakan dari rumah. Gula, garam dan minyak memang tak guna langsung, 100% eat clean. Jadi dari situ Mas dapat kawal berat badan, walaupun tak turun banyak tapi ada penurunan. Yang penting badan rasa sihat dan bertenaga bila jaga makan ni, walaupun tidur lambat dan penat tetap segar bila bangun pagi. 

Jadi bagi Mas jaga pemakanan dulu, tu yang penting. Pastu kita tambahlah dengan senaman, 2-3 kali seminggu pun dah memadai bagi Mas. Ikut kemampuan badan dan masa kita, tak boleh janganlah paksa kan? 80% jaga pemakanan, 20% senaman kan? Janji kita amalkan gaya hidup sihat, itu lebih bagus!

Khamis, 4 Oktober 2018

Perginya 6 wira penyelamat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni kita dikejutkan dengan berita yang sangat menyayat hati, 6 orang anggota bomba telah terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas. Ya Allah, Mas sedih dan terkesan sangat dengan tragedi ni sebab husband Mas pun seorang anggota bomba.

Pukul 12 tengah malam husband kejutkan Mas tengah tidur dan cerita pasal tragedi ni, siap tunjuk video lagi. Memang berderau terus darah, automatik teringat dia selalu jugak pergi operasi menyelamat kalau ada kes lemas camni. Mulalah hati tak keruan, pastu otak dah dok fikir macam². Yelah Mas tahu camne bahayanya kalau operasi menyelamat mangsa lemas ni, bertarung nyawa tau!

kredit photo Berita Harian

Lagi pun video masa kejadian tu dah banyak tersebar di sosial media, Mas pun ada tertengok jugak. Ya Allah memang nangis tau, tak dapat bayangkan seksa mereka bertarung nyawa masa tu. Pastu lagi yang buat Mas sedih bila ada je natizen dok kondem pasal kejadian tu, siap cakap kenapa pergi menyelamat tak pakai scuba set lengkap. Kalau pakai mesti tak lemas!

Wahai natizen, husband Mas anggota bomba jadi Mas tahu camne cara dia menyelamat mangsa lemas ni. Kalau keadaan air cetek camtu memang tak boleh pakai scuba set tu, ditambah lagi dengan air laju. Memang mereka akan gunakan tali dan life jacket, pastu nak rasa mayat pun guna kaki je. 6 orang anggota tu memang dah ikut SOP tapi perkara dah nak terjadi kita tak boleh nak halang kan. Air laju dan berpusar² camtu sangat bahaya, orang yang expert berenang pun akan kecundang. Lagilah masa tu mereka dah terbelit dengan tali, lagilah sukar nak selamatkan diri.

Jadi cukuplah nak kondem bukan² dan buat spekulasi sendiri, semua yang terjadi tu dah ketentuan Allah. Yang lain tu asbab sahaja, hanya Dia Maha Mengetahui. Sedekahkan Al-Fatihah buat wira² tu dan doakan keluarga mereka tabah hadapi dugaan yang amat berat ni. Moga para² syahid ni ditempatkan di kalangan orang² beriman di syurgamu Ya Allah.

Al-Fatihah untuk semua wira² negara ni!

Rabu, 3 Oktober 2018

Gurauan terlampau!

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam dok kecoh viral pasal kes anak diletak dalam mesin basuh kat kedai dobi tu, dek kerana niat nak bergurau je. Tetapi siapa sangka gurauan itu membawa bahaya pada anaknya, tak pasal² terperangkap dalam mesin basuh tu. Nasiblah tak jadi apa² yang tak diingini, dan nasib jugaklah ramai yang bantu hingga anak tu dapat diselamatkan!

kredit photo majalahpama

Mas tak tahu siapa yang bertanggungjawab dok sumbat budak sekecil tu dalam mesin basuh. Kalaulah mak ayah dia yang buat walaupun hanya niat nak bergurau, memanglah depa ni bangang abadi. Pastu tak kisahlah siapa yang buat tapi fikirlah waras sikit, janganlah bodoh sangat nak bergurau camtu. Aniaya anak yang masih kecil dan bahayakan nyawa dia.

Cuba bayangkan mesin tu berputar ke atau tak boleh buka ke, apalah nasib anak tu. Mau mak ayahnya menyesal tak sudah! Seeloknya fikir dulu baik buruk sebelum gurauan terlampau camtu, tak berikan manfaat pun. Nak bergurau boleh cuma biarlah munasabah dan boleh diterima dek akal, janganlah yang membahayakan. 

Memang geram dan marah bila tengok video yang viral tu, dok fikir kenapalah buat kat anak camtu. Kalau Mas ada kat situ memang laporkan je pada pihak polis, tu dah kira kes aniaya anak. Biar mak ayahnya kena denda ke, tahan lokap ke? Haaa biar mereka rasa serik sikit dan rasa bersalah. Tak pun kalau nak lagi setimpal sumbat je depa jugak dalam mesin basuh tu, biar depa rasa sikit camne perasaan anak tu dok terkurung dalam tu. Haaaaa geram tau!

Haihhh Mas tak boleh hadamlah orang camni, apa dia fikir pun tak tau. Apa pun kita beringatlah dan jadikan kes ini pengajaran, jangan ikutkan nafsu sampai bertindak di luar kewarasan akal. Gurau tu biarlah berpada!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com