terkini dan sensasi

Rabu, 11 Julai 2018

Temujanji Pakar Pediatrik

Assalamualaikum...(^ ^)

Selepas 6 bulan semalam lagi sekali Aiyra ada temujanji dengan Pakar Pediatrik di Hospital Serdang, kali terakhir pergi bulan Februari. Aiyra takde masalah serius pun, cuma kena terus ada follow up dengan Pakar sehingga umur dia setahun. 


Mas nak pastikan dia 100% sihat dan membesar dengan baik, jadi wajib pergi temujanji tu. Walaupun ada yang cakap tak perlu sebab anak sihat, pastu leceh nak kena pergi hospital ni. Tapi bagi Mas takpe, biarlah anak nampak sihat janji kita bawa dia diperiksa oleh doktor yang lebih pakar. Kalau doktor bagitau anak kita takde masalah dan betul² sihat baru kita lega kan?

Check up semalam tumbesaran dan kesihatan Aiyra baik, berat dah 7.6kg dan tinggi 70cm. Nampak je badan kecik, tapi doktor kata tumbesaran dia bagus, BMI pun normal. Cuma bila doktor tengok semula rekod perubatan dia dalam sistem, ada penurunan sikit bacaan darah merah dia. Rekod tu masa dia kena demam campak bulan April lepas, bacaan darah merah dia 10 je. Doktor cakap agak menurun, mungkin sebab virus demam tu agaknya. 

Tapi doktor tak nak abaikan perkara ni, dia risau dalam keadaan sihat pun kemungkinan bacaan darah tu akan rendah. Jadi kena datang temujanji lagi bulan Oktober nanti masa dia umur setahun, kena ambik darah lagi sekali. Ini untuk pastikan samada bacaan darah merah Aiyra normal atau tidak, jika tiada masalah tak perlu jalani ujian lagi. Jadi Mas ikut je nasihat doktor demi kesihatan Aiyra, jalani je ujian darah tu supaya Mas tahu keputusan yang tepat kan? Tak nak buat tak tahu atau abaikan je, kita tak tahu jika betul² ada masalah kan? Lebih baik cegah dan bersedia, kalau dia sihat dan normal barulah Mas akan rasa lega!

Mas harap dan doa moga dipermudahkan dan Aiyra baik² je, moga dia terus membesar dengan sihat!

4 ulasan:

  1. semoga cepat sembuh dan membesar dengan sihat.

    BalasPadam
  2. dah besar ayra. semoga ayra terus membesar dengan sihat

    BalasPadam
  3. Hai aiyra, tak jumpa lagi dengan aunty kan..eee geram

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com