terkini dan sensasi

Khamis, 12 Julai 2018

Perancis vs Crotia, siapa Juara?

Assalamualaikum...(^ ^)

Piala Dunia 2018 sudah hampir ke penghujung, 15 Julai nanti kita bakal menyaksikan Perancis akan bertemu dengan Crotia di gelanggang akhir. Fuhhh siapakah bakal bergelar juara Piala Dunia 2018, kena saksikan nanti. Satu perlawanan hebat bakal berlangsung!


Perancis memang menepati ramalan apabila dengan mudah menundukkan Belgium 1-0 di peringkat separuh akhir. Walaupun ramai yang dah tahu Perancis bakal menang tapi Mas pilih Belgium, sebab Mas saksikan jugak perlawanan yang melibatkan Belgium. Mereka ada teknik dan taktik tersendiri untuk mengalahkan lawan, tapi nasib tak menyebelahi pasukan ini.

Crotia pulak tak dijangka menang, sebab ramai yang dok kata England akan menang mudah Tapi Mas memang pilih Crotia dari awal untuk mengalahkan England. Siap cakap lagi, kalau England pergi ke akhir memang Mas tak tengok perlawanan akhir, takde fight dengan Perancis nanti. Nasiblah Crotia menang, barulah semangat nak tengok games final nanti. Mas undi Crotia untuk menjulang Piala Dunia, walaupun ramai cakap Perancis bakal menang. 

Crotia ni nampak je pasukan tak popular tapi mereka ada bisa tau, asakan minit akhir mereka tu bakal mengecewakan lawan. Pihak lawan leka sikit dan buat silap, mereka terus asak bertalu². Tapi kalau Crotia menang mereka bakal jadi negara kecil pertama yang menjuarai Piala Dunia, haaa bakal cipta sejarah tu! 

Kita jumpa 15 Julai nanti, siapakah juara?

4 ulasan:

  1. keputusan2 sblm ni bnyk yg mengejutkan. x mustahil croatia mengejutkan kali ni :)

    Jemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
    1. 20% Discount La'Beyla di Shopee
    2. Firul Collections
    3. Indok Chanteq Kuching

    Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
    1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ


    BalasPadam
  2. kita tak tau..tengok jela malam ni..hehee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com