Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 6 Jun 2016

Photoshoot KBBA9 : Versi Raya 2016

Assalamualaikum...(^ ^)


4 Jun 2016 dengan tabah dan gagah Mas ke Matic KL untuk turut memeriahkan Photoshoot KKBA9 yang bertemakan Raya 2016. Walaupun kesihatan tak berapa baik, tapi teruja punya pasal nak jumpa kawan² KBBA Mas kuatkan semangat. 

Lokasi photoshoot ditaja oleh pihak Matic KL. Memang lokasi yang strategik dan sesuai untuk adakan photoshoot. Kawasannya cantik dengan landskap yang menarik! 


Sampai je terus pilih baju untuk dipakai. Semuanya cantik², memang rambang mata dibuatnya. Dah pilih baju yang berkenan dihati, pilih pulak MUA yang akan cantikkan Mas untuk photoshoot nanti. MUA pilihan Mas ialah Liza dari _violetgrape. Mas suka sangat hasil sentuhannya, muka nampak lain sangat walaupun Mas ni dah biasa make-up. Tapi hasilnya buat Mas lebih cantik dari biasa, haaaaa gitu! Memang naik seri ala² pengantin.

Inilah hasil sentuhan Liza, suka dan cantik sangat!


Selesai make-up dan pakai baju cantik terus bergaya sakan di hadapan lensa kamera. Semua para bloggers tak lepaskan peluang beraksi persis model gitu. Memang cantik dan kacak bergaya! 





Jubah yang Mas gayakan ini ditaja oleh Deea Boutique. Memang cantik dan selesa dipakai. Kalau tengok semua koleksi baju dari butik ni semuanya cantik. Kalau nak tengok sendiri koleksi baju dari Deea Boutique bolehlah pergi sendiri ke butik mereka di Plaza Massalam, Shah Alam. Boleh beli untuk pakai di hari raya nanti!


Selain tajaan baju, shawl dan hijab pin, makan tengahari kami jugak ditaja oleh Cafe Cerita Kambing. Menu hari tu ialah Nasi Beryani Ayam Masak Merah dan Nasi Beryani Kambing Masala. Fuhhh memang sedap! Husband dan anak² Mas pun suka, habis licin mereka makan. Siap tapau bawak balik.



Alhamdulillah photoshoot berjalan lancar dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh team KBBA9. Memang tak sabar nak tengok gambar² dari jurufoto, mesti semuanya cantik! 



Terima kasih untuk semua para penaja!

Lokasi: MATIC | www.matic.gov.my

Banner & Props: Dalizgrafix | FB: Dalizgrafix | IG: Dalizgrafix

Makanan: Cafe Cerita Kambing | FB: Cafe Cerita Kambing | IG: Cafe Cerita Kambing 

Pakaian Wanita: Deea Boutique | FB: Bhaju Deea | IG: Bhaju Deea

Pakaian Lelaki: Emin Madrosa | FB: Emin Madrosa | IG: Emin_Medrosa

Aksesori: Vonaish | FB: Vonaish | IG: Vonaish

Make Up Artis: Rita Rahman | FB: Rita Rahman MUA | IG: Rita Rahman MUA

IG Artistic Team: @zanazack | @put3ratnasari | @makeupbywinwin | @fetriany | @farizha_mua | @alkazamdacute | @makeup_mimiezoll | @raihana.basar | @iamizuansani | @aresue86 | @syuhada_said | @wearemarymary | @makeup_byel | @_violetgrape | @farinabasneemakeup | @byfidaramli | @wanie_touch

Jumaat, 3 Jun 2016

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadhan! 


Bulan mulia yang memang dinanti²kan oleh umat Islam. Mas pun teruja dan seronok nak sambut puasa sebab dapat luangkan masa masak untuk keluarga, sebab kalau bukan bulan puasa memang jarang memasak. Macam biasa tiap kali Ramadhan, Mas akan cuba masak setiap hari. Gagahkan diri dan kuatkan semangat. Mungkin sekali atau 2 kali bolehlah bawak anak² makan diluar kan?

Tiap hari nak membeli makanan di luar memang tak mampu, maklumlah sekarang semua harga barang melambung naik. Makanan di bazar Ramadhan pun sah²lah semakin mahal. Sian jugak kat para peniaga sebab mereka terpaksa bayar sewa tapak bazar dengan harga yang mahal, pastu harga bahan² basah dan kering pun mahal. Jadi nak marah peniaga pun tak boleh jugak! Cuma kualiti dan kebersihan makanan biarlah setimpal dengan harga. 


Yang seronok tahun ni diberi kelonggaran oleh pihak Kerajaan, dapat balik ½ jam lebih awal sempena Ramadhan. Macam Mas sebelum ni balik pukul 4.30 petang diawalkan ke pukul 4 petang. Waktu rehat dipendekkan jadi ½ jam je, dari pukul 1 hingga 1.30 tengahari. Bagus jugak buat macam ni, dapat sampai awal sikit kat rumah! 

Jadi Selamat Berpuasa pada semua rakan dan pembaca blog Mas. Moga puasa kita diberkati dan diredhai Allah SWT. Mohon maaf atas salah dan silap! 

Niat puasa jangan lupa pulak ye.

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com