Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 31 Disember 2018

Corat coret 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Pejam celik pejam celik, 2018 dah sampai penghujungnya. Sekejap je rasa 365 hari tu berlalu, pelbagai dugaan pahit manis pasti semua lalui kan? Bagi Mas 2018 ada coretan gembira dan ada jugak coretan sedih, namun Mas hadapi dengan tabah bersama husband dan anak².


Yang sedih tu Mas tak nak kenang, Mas jadikan ia cabaran dan dugaan dari Allah SWT. Mungkin itu sebagai ingatan untuk Mas lebih ingatkan Dia dan dekatkan diri dengan Dia. Pastu untuk Mas lebih utamakan keluarga dan anak², lebih luangkan masa dengan mereka. Sedih camne pun hidup perlu diteruskan, moga semua dugaan jadi penguat semangat untuk Mas tempuhi 365 hari lagi di tahun baharu nanti.

Yang gembira memang Mas bersyukur sangat, Allah bagi peluang untuk kecapi semua tu. Paling gembira bila anak² berjaya dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan penting yang mereka hadapi, dua² lulus setiap subjek. Seronok tak terkata bila saat tahu keputusan periksa mereka, lega mereka berjaya dan boleh teruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 



Pasal kerja pulak ada permulaan baru dalam kerjaya Mas, harap ia terus beri yang terbaik untuk Mas hadapi lagi 20 tahun untuk bekerja. Memang pernah Mas rasa give up sangat nak kerja, masa tu tak terasa langsung dah keseronokan bekerja. Sampai ada masa Mas nak mohon pencen je tau tak, mood nak pergi kerja langsung takde. Tapi bila Mas diberi peluang untuk bekerja dengan boss baru dan suasana baru, sedikit sebanyak mood itu kembali. Rasa nak terus berkhidmat makin seronok, dapat rasakan khidmat Mas masih diperlukan di BSM KKM tu. 


Pasal kerjaya sebagai blogger separuh masa pulak, alhamdulillah masih ada rezeki untuk Mas. Walaupun tak selumayan rakan blogger lain tapi bolehlah nak bantu sedikit sebanyak pendapatan keluarga, dapatlah Mas buat belanja untuk diri sendiri dan anak² serta buat tabungan sikit. Terima kasih sangat pada client yang masih percayakan penulisan Mas di blog untuk review produk² dan servis mereka. Itu jadi penguat untuk Mas terus menulis di blog, perbaiki mutu penulisan dan naikkan trafik blog Mas. Moga rezeki blog ni terus ada!


Haaa itulah corat coret 2018 dalam kamus hidup Mas selama 365 hari ni, walaupun banyak lagi tapi inilah yang terpenting. Moga 2019 lebih janjikan yang terbaik dan terindah buat Mas sekeluarga!

Ahad, 30 Disember 2018

Jalan² Melaka 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Perancangan saat akhir dibuat untuk percutian singkat ni, memang tak sangka dapat jugak bawak anak² jalan² sebelum cuti sekolah berakhir. Kalau ikutkan destinasi lain nak pergi tapi disebabkan husband pun hanya dapat pelepasan sehari maka Melaka je jadi pilihan.


Walaupun Mas tahu nak ke Melaka tu sesak kalau hari cuti, tapi redha jelah untuk tempuh jammed demi percutian ni. Kami tiba dia Melaka jam 1 tengahari, sampai je terus cari kedai makan yang ada jual Asam Pedam. Fuhhh memang teringin sangat nak makan Asam Pedas Melaka! Mas pilih Restoran Asam Pedas Selera Kampung, banyak pilihan menu Asam Pedas kat situ. Ada Asam Pedas Daging, Ayam, Telur dan pelbagai jenis ikan. Pastu menu² lain pun banyak, dan makanannya pun sedap serta harga pun berpatutan.


Penginapan pulak Mas hanya pilih hotel bajet, yelah anak dah ramai kan memang tak mampu nak pilih hotel² mewah. Lagi pun Mas tak kisah sangat, janji hotel tu selesa untuk kami tidur anak beranak. Mas memilih K3 Formosa Hotel yang terletak di tengah² bandar Melaka, nak cari pun senang hanya google maps dan ia terletak berhampiran Hang Tuah Mall. Mas tempah melalui booking.com dan pilihan Family Room hanya RM239 untuk 2 malam, murah kan? Dalam bilik ada 1 katil queen dan 2 katil single, pastu ada sofa, TV, aircond dan bilik air pun selesa.


Kali ni kami tak jalan² kat banyak tempat pun sebab masa agak terhad, dan keadaan sesak memakan banyak masa di perjalanan je. Hari pertama kami melawat Kota A Famosa, lama dah Mas tak naik ke A Famosa ni. Jadi bawaklah anak² naik untuk tengok sejarah Bandar Melaka, seronok mereka dapat tahu tentang peninggalan sejarah ni.

Pastu sebelah malam kami naik Menara Taming Sari, nak tengok permandangan cantik bandar Melaka pada waktu malam. Harga tiket menggunakan MyKad adalah RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak² berumur 2-12 tahun. Masa yang diperuntukkan untuk berada atas menara adalah selama 10 minit, dan masa kat puncak menara tu akan berpusing perlahan². Jadi dapatlah tengok keindahan bandar Melaka pada waktu malam, cantik dan penuh warna warni.



Hari kedua pulak kami pergi ke Pantai Tanjung Bidara, haaa ni Mas yang beria nak pergi. Sebab apa, sebab terpengaruh dengan drama Cinta Tiada Ganti tu. Hahahaa nak tengok set pengambaran yang Riz Ara sesat kat pulau tu, husband pun layankan je. Dapatlah bergambar kekonon ai pun sesat kat pulau dan tunggu Riz datang selamatkan, hehehee! Tapi syok jugak jalan² kat pantai ni, cantik dan nak mandi pun seronok. Anak² memang sibuk ajak mandi, tapi sebab tak bawak baju jadi jalan² ambik gambar jelah.

Pastu kami pergi ke Klebang, tempat wajib dituju ni bila sampai ke Melaka. Sudah tentulah nak cari Coconut Shake Klebang dan Keria Antarabangsa, beratur panjang pun sanggup tau. Cuma agak kecewa dengan rasanya, Coconut Shake pun kurang sedap berbanding dulu dan Keria pulak banyak sangat minyak. Hurmmm rasa macam tak berbaloi beratur panjang, tapi dah beli kenalah makan jugak. Mungkin lain kali datang tak teruja dah nak membeli.



Dah penat beratur kami pergi ke Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang. Mas pernah pergi masa muzium ni mula² buka, masa tu tak banyak tarikan sangat. Sekarang dah berbeza dan harga tiket masuk pun dah berbeza, RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak². Ada jugak disediakan perkhidmatan photographer, nanti bolehlah beli gambar kalau berkenan. Pastu boleh masuk dalam kapal selam tu, dapatlah rasa pengalaman dok dalam kapal selam. Sesak nafas bila masuk dalam tu, luar je nampak besar tapi dalam tu sempit dengan enjin dan kelengkapan kapal.

Sebelah malam pulak kami pekena makanan laut di Alai Crystal Bay, kat sini memang banyak gerai². Memang ramai sangat pengunjung, sampai kena tunggu giliran untuk dapat tempat duduk. Kami pilih gerai Warisan De' Muara, banyak jugak pilihan seafood dia dan makanan pun sedap. Malam tu kami pilih Ikan Siakap Tiga Rasa, Ketam Telur Masin, Sotong Goreng Tepung dan Kailan Ikan Masin, semuanya habis RM150. Bagi Mas agak mahal jugaklah, tapi puashati makan sebab semuanya sedap!



Hari terakhir kami tak kemana pun, lepas check out hotel terus balik. Alhamdulillah dapat penuhi permintaan anak² nak jalan² sebelum sekolah buka, walaupun dekat je tapi mereka tetap seronok. Kita cuti² tahun depan pulak ye!

Khamis, 27 Disember 2018

Lazz Susu Kambing : Penghantaran cepat, susu berkhasiat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebagai ibu bekerjaya yang masih menyusukan anak, Mas kena pastikan Mas minum susu yang mencukupi setiap hari. Seperti korang maklum, susu adalah minuman paling berkhasiat untuk ibu menyusukan anak kan? Khasiat susu boleh dijadikan milk booster semulajadi untuk menggalakkan penambahan susu badan secara konsisten dan selamat. 


Lazz Susu Kambing Sebagai Milk Booster
Jadi untuk teruskan bagi khasiat buat Mas dan Aiyra, sudah semestinya Lazz Susu Kambing menjadi pilihan. Ia sememangnya milk booster terbaik, bukan setakat jadi milk booster tapi susu kambing jugak bersifat alkali yang membantu mengurangkan simptom angin dan sejuk jika ibu menyusu termakan makanan sejuk dan berangin. Jadi takdelah dia beri kesan sampingan pada anak yang menyusu, perut dia pun akan selesa je. 


Selain tu bila minum Lazz Susu Kambing ni, badan akan rasa lebih bertenaga, kurang rasa mengantuk dan lebih kenyang walaupun sebelah malam Aiyra sentiasa menyusu. Setiap pagi dan malam Mas memang amalkan minum secawan campuran Lazz Cafe dan Lazz Kurma, sedap tau! Rasanya lemak berkrim dan tak manis sangat, hanya bancuh dengan air panas dan tak perlu tambah gula pun. 

Penghantaran Cepat dan Mudah
Haaa yang paling best nak beli Lazz Susu Kambing ni mudah sangat, tak perlu tunggu lama tau. Hanya layari www.lazzdelivery.com dan buat tempahan, pastu susu akan dihantar terus ke depan pintu rumah korang. Penghantaran pantas sangat, kalau korang order pagi waktu tengahari agen Lazz dah terpacak depan rumah korang. 


Haaa memang tip top kan servis mereka, kita hanya order secara online dan tunggu je dalam rumah. Sepantas kilat agen² Lazz berhampiran tempat tinggal korang akan hantar. Cepat, mudah dan selamat!

Pek Yang Mudah Dibawa
Pilihan Lazz Susu Kambing ni ada 4 perisa iaitu Lazz Asli, Lazz Choco, Lazz Kurma dan Lazz Cafe. Setiap daripadanya ada khasiat tersendiri, dan kalau korang nak beli boleh pilih perisa mana yang disukai. 


Macam Mas suka pilih set kombo Lazz Cafe, Lazz Kurma dan Lazz Choco. Mas pilih set ni sebab untuk Lazz Cafe dan Lazz Kurma dah ada pek  baru berbentuk sachet yang mudah dibawa ke mana saja, nak bawak pergi travel pun senang. Macam Mas bawak bekal tiap² hari ke pejabat, tak perlu bekas besar² hanya campak je 2-3 sachet ke dalam handbag. Harga set kombo ni sangat berpatutan tau, hanya RM120 sahaja. 

Lazz Susu Kambing Untuk Anak²
Selain Mas minum sebagai milk booster, Lazz jugak dijadikan pilihan susu setiap hari untuk anak². Mereka paling suka Lazz Choco, setiap pagi dan malam mesti minum secawan. 


Sebab apa Lazz ni sesuai sangat untuk anak² sebab ianya mempunyai kandungan total sugar paling rendah (kategori less sugar below 5g) dan rasanya jugak paling tidak manis berbanding susu FM. Satu lagi konsep Lazz Susu Kambing ni adalah natural, bukan formula. Ia memang kekalkan khasiat semulajadi susu kambing sebenar, jadi khasiatnya lebih pantas diserap oleh anak². Pastu kalau anak² korang alah dengan susu lembu memang sesuai sangat berikan mereka Lazz Susu Kambing ni!

Haaa memang pilihan yang tepatlah Mas jadikan Lazz Susu Kambing sebagai minuman berkhasiat setiap hari. Bukan saja berkhasiat, nak beli pun mudah sangat. Korang tak terpikat ke nak minum Lazz Susu Kambing ni? Untuk maklumat lanjut boleh layari dan hubungi: 

Instagram: @lazzsusukambinghq
No. Telefon: 013-3083354
Lazz Careline: 1-800-88-5299


Rabu, 26 Disember 2018

Gaji 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa senarai ni yang ditunggu² setiap tahun, bukannya tak sabar nak dapat gaji setiap bulan tapi senang nak buat perancangan duit setiap bulan.

Mas suka tengok senarai pembayaran gaji tahun 2019 nanti, sebab takde gaji dibayar terlalu awal sangat macam awal² bulan. Majoriti dibayar antara 23hb ke 25hb, haaa mudah camni. Mudah nak rancang perbelanjaan bulanan, perbelanjaan untuk perayaan, untuk balik kampung, untuk anak² atau untuk nak pergi melancong. Semua tu kena buat perancangan tau, barulah bajet setiap bulan tu mencukupi.

Kalau gaji awal sangat sebelum 15hb Mas cukup tak suka, sebabnya bila nak tunggu ke gaji bulan depan yang 25hb tu sangat seksa. Memang kena susun bajet betul², kalau tak nanti tengah² bulan seksa jugak. Tak pasal kena keluarkan simpanan sebelum dapat gaji bulan depannya, tak syoklah camtu kan? Sebolehnya kita nak duit gaji tu mencukupi sebelum gaji bulan depan, tapi kalau dah gaji tu awal sangat Mas akan risau terlebih bajet pulak terutama bila nak raya.

Tapi nasiblah gaji untuk raya tahun ni dapat 2 minggu sebelum raya dan 2 minggu selepas habis raya dah dapat gaji baru pulak. Haaa camnilah Mas suka, takdelah tak cukup belanja bila lepas raya. Walaupun Mas tetap selesaikan semua bil² penting sebelum belanja raya, tapi fahamlah kan kalau dah raya mesti banyak belanja. Kadang kita dah set bajet pun tapi ada jugaklah yang terlebih kan?

Moga gaji kita semua untuk tahun 2019 lebih berkat dan kita sentiasa murah rezeki. Yang penting jangan lupa menabung dan bayar zakat, baru syok terima gaji setiap bulan kan? Nak bajet untuk cuti² pun mesti ada rezeki!

Selasa, 25 Disember 2018

Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal

Assalamualaikum...(^ ^)

Wanita memang obses dengan kecantikan, tanpa mengira usia dan rupa kan? Cuma kalau setakat muka lawa, pakaian cantik tapi badan berbau memang terus semuanya jadi hodoh kan? Haaa sebab itulah kita sebagai wanita bukan sahaja kena jaga penampilan rupa tapi bau badan pun kena jaga, kena sentiasa wangi dan segar sepanjang masa. 


Bila badan kita berbau wangi dan segar kita akan rasa lebih yakin nak berhadapan dengan orang, dan orang lain pun akan selesa nak mendampingi kita. Sebab wangian ni boleh mengubah mood seseorang tahu, contohnya orang tu tengah stress tapi terhidu bau badan seseorang yang kurang menyenangkan pasti dia akan makin stress. Betul tak?

Pastu kalau nak memilih wangian yang hendak dipakai ni janganlah yang terlalu kuat baunya, kadang ia boleh melemaskan deria bau orang lain. Pilihlah wangian yang berbau lembut, segar dan selesa bila dibau. Wangian yang buat orang lain selesa dan kita pun rasa selesa. Haaa Mas dah jumpa tau wangian yang camtu, memang dah jatuh cinta lah bila pertama kali menghidunya!


Body Sparkling Mist oleh Althea x Titi Kamal
Inilah wangian yang paling Mas suka sekarang, serius baunya sangat wangi dan menyegarkan. Bila disembur ke seluruh badan rasa tenang dan selesa je, pastu paling penting baunya tidak terlalu kuat dan ianya tahan lama. 

Body Sparkling Mist ini mengandungi ekstrak dari pelbagai jenis bunga dan buah-buahan antaranya Sweet Orange, Fresh Peach dan Elegant Roses. Sebab itulah baunya sangat wangi dan segar, kerana ia digabung secara harmonis untuk memberi keselesaan kepada si pemakai. Yang paling best ianya tidak melekit dan tidak memberi kesan sampingan jika disembur pada pakaian. 


Ini adalah antara bahan utama yang terdapat dalam Body Sparkling Mist oleh Althea ni:

1. Damask Rose Water - Ia memberikan aroma yang cukup lembut kepada kulit

2. Sweet Orange Oil - Baunya yang cukup menyegarkan membuatkan pemakai rasa selesa

3. Elder Flower Extract - Memberikan bau yang feminin, menyejukkan serta melegakan kulit

Kolaborasi Althea x Titi Kamal
Kalau korang nak tahu wangian Body Sparkling Mist ini ada kolaborasi terbaru Althea dan Titi Kamal. Titi Kamal merupakan pelakon dan penyanyi Indonesia yang sangat cantik, berbakat dan pandai berfesyen. Beliau jugak merupakan ikon kecantikan di seluruh Asia Tenggara. Dek kerana keanggunan dan keperibadian Titi Kamal maka Althea memilih beliau sebagai ikon yang mewakili Body Sparkling Mist ni. Memang sesuai sangat beliau dengan wangian yang cukup wangi, segar dan elegan ni. 


Pilihlah Body Sparkling Mist Althea
Korang kena beli tau wangian ni sebab ianya sangat sesuai untuk teman kecantikan wanita. Botolnya yang comel dan bersaiz kecil memudahkan untuk dibawak ke mana saja, campak je dalam handbag dan korang boleh pakai bila² masa sahaja untuk kekal segar. Harganya pun sangat berpatutan iaitu RM35 untuk botol 100ml. 

Haaa apa lagi cepatlah beli, mesti korang akan suka dengan baunya yang wangi dan segar tu. Layari website https://my.althea.kr untuk pembelian.


Isnin, 24 Disember 2018

Review filem Bumblebee

Assalamualaikum...(^ ^)

Bagi peminat filem Transformers pasti tertunggu² filem Bumblebee ni kan, yelah dia watak Autobots yang mula² diperkenalkan dalam filem Transformers. Jadi Mas pun sama, tak lepaskan peluang menonton filem ni.


Filem Bumblebee ni mengisahkan robot B-127 yang merupakan pemberontak Autobots yang berjuang menentang Decepticons dari menguasai planet Cybertron. Pihak Autobots hampir tumpas dalam pertempuran di Cybertron dan mereka terpaksa melarikan diri. B-127 diarahkan untuk ke planet Bumi dan mewujudkan sebuah pangkalan pihak pemberontak Autobots, dan dia jugak ditugaskan untuk mempertahankan bumi dari ancaman Decepticon.

Namun semasa pertempuran di bumi dia tercedera dan terpaksa dimatikan untuk menjamin keselamatannya. Tapi sebelum mati tu dia sempat bertukar menjadi sebuah kereta VW Beetle. Kemudian pada tahun 1987, seorang remaja perempuan bernama Charlie Watson telah menjumpainya di pusat barangan lusuh. Pastu pemilik pusat tu telah hadiahkan kereta tu kepada Charlie sebagai hadiah hari jadinya. Dari situlah bermula perkenalan Charlie dengan B-127, dan Charlie yang berikan nama Bumblebee kepada dia.


Review Bumblebee
Bagi Mas filem ni memang menarik dan seronok ditonton, dan sangat sesuai untuk anak². Jalan ceritanya pun agak teratur dan mudah difahami, jadi 2 jam lebih tu tak terasa bosan langsung. Lagi pun terdapat babak² lucu yang sangat mencuit hati, memang satu panggung gelak besarlah. Anak² Mas pun seronok sangat!

Pastu kisah persahabatan di antara Charlie dan Bumblebee sangat menarik ditonton, kita boleh tengok betapa eratnya hubungan mereka walau hanya manusia dan kereta. Mereka sangat memahami di antara satu sama lain!


Babak aksi jugak sangat menarik, memang tak berkelip mata menontonnya. Semua aksinya sangat mudah difahami dan tidak keterlaluan, jadi anak² pun seronok menontonnya. 

Jadi bagi Mas filem ni memang wajib ditonton, sebabnya masa inilah kita akan tahu.bagaimana Bumblebee sampai ke bumi dan bermulanya filem Transformers. Haaa Mas bagi 9 bintang!

Khamis, 20 Disember 2018

Rawat lingkaran gelap dengan Gel Rawatan Mata Cosmoderm

Assalamualaikum...(^ ^)

Lingkaran gelap bawah mata, arghhh mesti korang tak suka kan? Yelah kalau lingkaran gelap tu makin ketara, mesti nak bergaya pun tak berapa yakin. Tak kisahlah lelaki atau wanita, mesti perkara ni menjadi masalah serius kan?

Mas pun sama, masalah lingkaran gelap bawah mata ni memang makin ketara. Kalau tak cukup tidur, mesti lingkaran tu semakin gelap dan muka nampak sembap je. Dah cuba jugaklah produk gel mata, tapi tak memberikan kesan yang bagus. Tapi sekarang Mas dah jumpa penyelamat, barulah lebih yakin nak bergaya dan make-up cantik².


Gel Rawatan Mata Cosmoderm
Inilah dia penyelamat tu, pastinya produk Cosmoderm jadi pilihan hati. Mas memang dah guna banyak produk Cosmoderm yang lain, jadi Mas yakin nak cuba gel ni. Lagi pun produk Cosmoderm ni diyakini halal serta tiada paraben dan tiada SLS/SLES. Pastu produk ini jugak hanya berasaskan tumbuh-tumbuhan, jadi Mas boleh guna tanpa was².

Gel rawatan mata Cosmoderm ini diperkaya dengan Co-Enzyme Q10 dengan Vitamin A yang boleh membantu mengurangkan kesan penuaan yang berpunca daripada cahaya matahari. Ia jugak dapat membantu menganjalkan struktur kulit dan mengurangkan sembap serta lingkaran gelap di sekeliling mata.



Gel ini sangat sesuai untuk kulit lembut mahupun kulit sensitif di sekeliling mata. Gelnya yang tidak melekit dan mudah diserap untuk melembapkan lapisan epidermis, jadi bila disapu keliling mata tu rasa selesa je. Gel ini jugak sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita dari peringkat remaja hingga dewasa. Satu tiub bolehlah kongsi seisi keluarga kan? 

Keberkesanan guna Gel Rawatan Mata Cosmoderm
Mas baru seminggu gunakan gel ni, setakat ni kesannya memang positif pada Mas. Lingkaran gelap tu dah beransur² hilang, mata pun dah tak sembap dan kulit sekeliling mata pun makin licin. Jadi Mas selesa dan suka sangat gunakan gel ni setiap hari, moga lingkaran gelap tu akan hilang. 


Nak gunakan pun mudah je, hanya sapukan secara lembut di sekeliling mata secara pusingan dan urut dari dalam ke arah luar kawasan mata. Tapi pastikan kulit muka dibersihkan terlebih dahulu sebelum guna. Untuk kesan yang lebih cepat, disarankan guna 2 kali sehari pada waktu pagi dan waktu malam.

Harganya pulak sangat berpatutan, hanya RM32.90 untuk tiub 20ml. Nak beli pun mudah jugak, hanya layari laman web rasmi Cosmoderm. Kalau ada promosi boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah tau! Untuk maklumat terkini pasal promosi dan produk, boleh layari laman sosial Cosmoderm.



Rabu, 19 Disember 2018

Perginya seorang hero!

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya dia pergi jua setelah hampir sebulan bertarung dengan nyawa, Allah lebih sayangkan dia. Haihhh Mas memang tak bolehlah baca cerita kalau akibatkan anggota bomba terkorban ni, rasa hati tak keruan. Demi tugas mereka ni terpaksa berkorban nyawa untuk selamatkan nyawa orang lain, besar pengorbanan anggota bomba ni. 


Husband Mas kan anggota bomba, sedikit sebanyak apa yang berlaku beri kesan pada dia dan jugak Mas. Mana tak risau kan jika perkara sebegini mungkin dia jugak akan hadapi ketika bertugas, nak tak nak kena hadapi kan? Jadi doa je yang mampu Mas beri untuk lindungi keselamatan dia semasa bertugas, moga semuanya selamat!

Memang sedih sangat semalam bila tengok upacara pengebumian arwah, menangis Mas. Lagi sebak bila tengok muka tunang arwah, sepatutnya dia bakal bahagia dengan arwah tak lama lagi. Tapi dia terpaksa relakan pemergian Adib, tak kesampaian dia nak jadi isteri arwah. 

Apa yang menimpa Adib ni sangat terkesan kat semua rakyat Malaysia, semua orang berduka bila kenangkan nasib dia. Harap sangat semua pelaku² tu dihadapkan ke muka pengadilan dan dapat balasan setimpal, biar mereka terima pembalasannya. Tak adil sangat kalau kes ni dipandang remeh je kan, tak adil buat Adib dan tak adil jugak buat keluarga arwah. Sekurangnya jika pelaku² tu terima hukuman setimpal, keluarga arwah akan sedikit tenang.

Al-Fatihah untuk arwah Adib, moga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang² beriman. Dia adalah hero di hati semua!

Selasa, 18 Disember 2018

PONS Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa sini pengguna minyak zaitun, angkat tangan! Tapi tahukah minyak zaitun jenama apa yang terbaik, tulen dan betul² berkhasiat. Haaa kalau tak tahu ni Mas nak kongsikan minyak zaitun yang bagus dan betul² tulen, Mas dah amalkan tau!


PONS Extra Virgin Olive Oil
Pernah dengar jenama PONS tak, Mas pun baru je tahu pasal minyak zaitun jenama ni. Sebelum ni pernahlah guna jenama lain yang beli kat pasaraya, tapi bila amalkan jenama PONS ni baru Mas tahu ia minyak zaitun yang terbaik.

PONS adalah jenama minyak zaitun tulen yang diimport khas dari negara Spain, serta ada lebih kurang 1000 jenis pokok zaitun di seluruh dunia dan salah satunya di Spain. Minyak zaitun dari Spain ini berkualiti tinggi serta mendapat pensijilan HALAL dari Neatherland dan diiktiraf oleh JAKIM. Ia mempunyai tahap acidity terendah di Malaysia iaitu ~0.3%. Produk ini ada kelebihannya tersendiri iaitu ia boleh diamalkan sebagai supplemen kesihatan setiap hari dan jugak boleh digunakan dalam masakan.


Haaa bagus kan, 2 dalam 1 gitu. Mas dah amalkan tahu minum sesudu 2 kali sehari, memang dapat rasa perubahan pada sistem pencernaan dan kulit wajah. Korang tak perlu risau pasal rasa minyak ni tau, sebab ia tak rasa apa² pun dan memang boleh ditelan dan diminum. Cara nak amalkannya pun mudah je, ikut cara² ni.

1. Amalkan minum 2 kali sehari iaitu 1 sudu sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.

2. Jangan minum air selama 3 minit selepas minum untuk kesan yang lebih bagus.

3. Boleh dicampur dalam makanan seperti dalam sup atau sebagai dressing untuk salad.

4. Boleh jugak disapu pada kulit untuk hilangkan kesan parut, masalah kulit kering, masalah ekzema, masalah sakit sendi dan lutut serta bagus untuk lebat dan hitamkan rambut. 


PONS Babies and Kids Extra Virgin Olive Oil
Haaa ini yang paling menarik tentang produk PONS ni, ianya ada minyak zaitun yang khas untuk bayi dan kanak². Boleh digunakan pada bayi seawal usia 6 bulan dan keatas. Mas ada jugaklah guna minyak zaitun kalau buat bubur untuk Aiyra tapi bila dah tahu PONS ada minyak yang khas untuk bayi memang terus amalkan. Selain guna untuk Aiyra, boleh jugak gunakan untuk anak² yang lain.

Yang paling suka bila Mas gunakan untuk masalah kulit Airis, berkesan tau tak. Dah elok dah kulit dia, takde dah masalah gatal² dan kulit kering. Atikah pulak ada masalah kulit muka berjerawat dan kering, dia pun amalkan sapu kat muka setiap hari. Sekarang dah nampak kulit dia makin licin dan tak kering dah. Haaa memang bagus tau PONS EVOO untuk bayi dan kanak² ni, korang kena cuba amalkan untuk anak².

Khasiat dia jangan cakaplah, memang banyak. Antaranya dapat meningkatkan sistem imunisasi, membantu sistem penghadaman, membantu masalah sembelit dan gastrik serta ianya antioksidan yang bagus. Nak amalkan pun mudah je, boleh dicampur dalam masakan anak² dan minum camtu je pun bagus. 



Haaa banyak dah Mas kongsikan pasal kelebihan PONS EVOO ni, sekarang Mas nak kongsikan pulak mengenai tips pemilihan yang betul jika nak beli minyak zaitun. Sebelum ni Mas tak tahu jugak, tapi bila dah dapat penjelasan barulah Mas tahu. Seperti kita maklum manfaat utama dalam minyak zaitun adalah untuk kesihatan dan kecantikan, jadi kita kena pilih minyak yang betul² tulen, bagus dan berkualiti. 

Ini tips pemilihan yang betul, pilih yang tulen tau!
1. Jangan beli botol kaca warna cerah, ini kerana kandungan khasiatnya akan hilang disebabkan oleh proses photo oxidation kerana terdedah kepada sinaran UV.

2. Jangan beli botol plastik kerana kandungan bahan kimia di dalam plastik akan bertindak balas dan bercampur dengan minyak zaitun.

3. Jangan beli minyak zaitun jenis softgel atau kapsul, ia tidak digalakkan kerana minyak zaitun akan kehilangan khasiat semasa proses memasukkan minyak ke dalam softgel atau kapsul.

4. Disyorkan beli minyak zaitun di dalam botol kaca gelap dan dibotolkan secara nitrogen injection.

5. Pastikan minyak zaitun yang dibeli ada pensijilan organik dan fair trade serta pensijilan ISO2200.

6. Pastikan ianya minyak Extra Virgin Olive Oil (EVOO) yang dikeluarkan dari negara pengeluar asal seperti negara Spain.


Harga PONS Extra Virgin Olive Oil
Harganya sangat mampu milik dan murah, hanya RM25 untuk botol saiz 250ml. Untuk PONS Babies & Kids harganya pulak RM45 untuk botol saiz 250ml. Korang boleh beli minyak zaitun jenama PONS ni di Al Masoud Trading Shah Alam, nak beli online di Shopee pun boleh (free postage)

Untuk maklumat lanjut mengenai PONS EVOO ni korang boleh layari laman media sosial mereka.


Alamat
AL MASOUD TRADING
No.G-33A, Blok 5, Laman Seri Business Park
Persiaran Sukan, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55245570


Isnin, 17 Disember 2018

Persiapan persekolahan anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Lebih kurang 2 minggu je lagi anak² nak kembali ke sekolah, jadi persiapan persekolahan dah kena sediakan sekarang. Kalau lambat² nanti kelam kabut pulak, lagi pun anak² ramai kan?


Macam Mas tahun depan 2 orang anak akan masuk sekolah baru, Arfan ke tingkatan 1 dan Airis masuk tahun satu. Jadi bila dah sekolah baru tu mesti banyak persiapan dan perbelanjaan pun lebih jugak. Sebab itulah kena beli sikit² dari awal supaya tak terasa sangat duit tu keluar dengan banyak. Pastu kalau kakak Atikah dapat masuk asrama penuh, lagilah kena sediakan duit lebih.

Jadi minggu ni Mas mulakan dulu beli baju dan kasut sekolah dulu, nanti baru beli peralatan sekolah kat koperasi dan beli alat tulis. Tahun ni Mas beli baju kat kedai Bintang Fashion je, baju kainnya murah dan berkualiti. Semuanya Mas beli 3 pasang sorang, sebab ada hari yang kena pakai baju sukan dan baju kokurikulum. Kasut pulak Mas beli kasut hitam, sebab kat sekolah mereka dah boleh pakai kasut hitam. Kali ni Mas beli jenama Pallas Jazz, haaa tahan lasak dan lama sikit. Lagi pun Mas dapat harga murah, RM35++ je untuk sepasang. 

Haaa senang bila dah selesai beli semua, takde dah nak pening fikir. Nanti dapat bonus boleh selesaikan pulak urusan kelengkapan di koperasi sekolah dan alatulis. Macam sekolah Airis memang dah mula jual buku², esok bolehlah mula beli. Sekolah Atikah dan Arfan lambat lagi, lepas cuti Krismas baru buka. Alatulis pulak memang tiap tahun kena beli, faham²lah kan anak² ni. Ada je barang yang hilanglah, tak cukuplah dan macam² lagi.

Kos pulak memang Mas bajet lebih dari RM1k untuk kesemua sekali, yelah anak dah 3 orang sekolah jadi kenalah bajet lebih. Korang camne pulak, dah selesaikan persiapan persekolahan anak².

Khamis, 13 Disember 2018

Tahniah kakak Atikah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Habis dah debaran anak² ambik keputusan periksa, hari ni Atikah dah selamat ambik result PT3 dia. Seperti biasa Mas tak dapat nak temankan dia, sebab atas tuntutan kerja. Jadi kenalah dia pergi sendiri je, Mas cuma doakan agar dia dapat keputusan cemerlang. 


Mas pun dah standby pukul 10 pagi nak semak melalui SMS, debar jugak masa tu. Tapi belum sempat nak tengok, husband dah hantar gambar melalui whatsapp. Ingatkan gambar apa, rupanya keputusan PT3 Atikah. Bila tengok je terus laju airmata mengalir, tak sangka dia boleh dapat keputusan sebaik itu. Dia pun tak percaya sebab dia tak target dapat A sebanyak tu, sebab memang ada subjek yang susah masa periksa tu.

Memanglah keputusan tu bukan semua A dan tak secemerlang orang lain, tapi 6A4B tu dah cukup cemerlang bagi Mas. Mas bangga sangat dengan pencapaian dia, bolehlah dia mohon asrama penuh. Lagi pun dia berminat nak masuk sekolah sains, jadi keputusan tu memang sangat sesuai untuk dia mohon. Harap sangat dia dapat sekolah berasrama penuh tu, senang sikit dia nak fokus untuk persiapan SPM pulak.

Lega sebenarnya bila anak² dah capai keputusan terbaik dalam peperiksaan mereka, dan apa pun keputusannya Mas tetap bangga. Takde Mas nak bandingkan anak², semua Mas sokong dan Mas percaya mereka dah lakukan yang terbaik. 

Sebagai ibu bapa kita kena bagi kata² semangat dan dorongan, pastu kena bangga dengan apa sahaja keputusan anak² dapat. Kalau tak seperti kita impikan janganlah melatah, janganlah marah dan bermasam muka. Itu dah rezeki anak² kita dan mereka dah buat yang termampu, jadi banggalah dengan semua tu. 

Tahniah anak² mama!

Rabu, 12 Disember 2018

Final pertama yang mendebarkan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Nasib tak hilang suara hari ni, haaa ni dek kerana final bola semalam lah. Hahahaa gitulah bila tengok bola, mesti emo semacam dan jerit tak ingat dunia.

Perlawanan semalam memang cukup mendebarkan, fuhhh boleh luluh jantung dibuatnya. Lagi berdebar bila pasukan kita ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Masa tu Mas memang dah takde mood nak tengok, rasa dah hancur harapan Harimau Malaya nak menjulang piala AFF Suzuki tu. Yelah banyak kesilapan dilakukan terutama oleh penjaga gol, sehingga buka ruang dan peluang pada pihak Vietnam untuk menyumbat 2 gol. 


Namun dek semangat para pemain dan penyokong pasukan kita bangkit dengan menjaringkan gol pertama, haaa masa tu Mas kembali bersemangat untuk terus menonton. Pastu lagi sekali Malaysia berpeluang nak dapatkan gol apabila kita dapat sepakan percuma kerana pemain dikasari pihak lawan. Masa Safawi nak buat tendangan tu, fuhhh dia punya rasa berdebar lain macam tau. Memang harap sangat gol dapat dijaringkan, yelah Malaysia kena menang untuk bekalan ke Vietnam nanti. 

Akhirnya gol berjaya dijaringkan berkat sokongan padu dari penyokong, haaa puashati sangat. Dapat jugak Harimau Malaya menyamakan kedudukan dengan Vietnam, barulah berbaloi tengok sampai habis. Cuma pasukan kita tak berjaya nak jaringkan gol lagi, tapi takpe 2 gol tu dah jadi penaik semangat untuk mereka terus berjuang di Vietnam Sabtu ni. Mereka perlu jaringkan 2 gol lagi untuk menang, dan perlu main bersungguh². Kena lebih konsisten dan jangan buat banyak sangat kesilapan. Minit² awal tu kena main all out dan dapatkan gol awal untuk kekal hingga ke akhir. 

Moga kemenangan milik kita, dan dapat bawak pulang piala AFF Suzuki. Good luck Harimau Malaya!

Selasa, 11 Disember 2018

Moga temujanji terakhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Esok sekali lagi ada temujanji untuk Aiyra di Hospital Serdang, kena scan jantung lagi sekali. Sebenarnya masa lahir doktor ada bagitau kat jantung dia ada 2 lubang, masa umur 2 bulan dah scan buat kali pertama. Scan masa tu doktor cakap lubang tu dah hampir nak tertutup, tapi masa umur dia setahun kena datang lagi sekali.


Jadi kenalah Mas datang follow up esok, nak pastikan lubang tu dah betul² tertutup. Sebenarnya kalau ikutkan Aiyra ni aktif dan sihat je, tak pernahlah dia hadapi masalah berkaitan keadaan jantung tu. Cuma apa pun Mas kena jugak bawak dia scan dan jumpa doktor, demi tahap kesihatan dia. Memang luar nampak normal tapi Mas tak tahu keadaan dalaman dia, jadi lebih baik jumpa pakar kan?

Ikutkan memang malas nak bersesak dan menunggu lama kat hospital tu, tapi demi anak kenalah gigih kan. Tak bolehlah bila tengok keadaan anak sihat je, Mas abaikan temujanji dengan doktor tu. Kalau ada masalah kemudian nanti, Mas yang susah. Jadi biar susah sekarang dari anak hadapi masalah kemudian nanti. Sebagai ibu bapa kita kena prihatin hal² camni, tak boleh pandang remeh walaupun kita tengok anak² sihat je.

Moga urusan esok dipermudahkan Allah, moga 2 lubang kat jantung Aiyra tu dah tutup sepenuhnya. Jadi tak perlulah nak kena repeat scan jantung lagi, harap sangat ini temujanji terakhir untuk masalah jantung dia. Moga lepas ni dia akan membesar dengan sihat sehingga dewasa.

Isnin, 10 Disember 2018

Diet yang mudah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ramai jugak kawan² bertanya camne Mas kekalkan berdiet, seperti bab pemilihan makanan. Yelah bagi mereka bukan mudah nak jaga makan ni, nak pulak ada pelbagai jenis makanan sedap² keliling kita.


Haaa Mas akui memang payah, sebab bila kita dah mula tak boleh nak kawal makan ia akan jadi payah. Payah untuk kita bermula kembali, yelah tekak dah sedap makan macam² makanan. Sebab Mas dah pernah alami masa lepas bersalin hari tu, terbabas untuk kawal segalanya. Makan macam² tanpa rasa bersalah, tapi bila badan dah naik kembali baru nak insaf.

Sebenarnya kalau kita nak mula konsisten jaga makan ni kena mulakan dengan diet yang mudah. Tak perlu sediakan menu susah², buat yang ringkas janji perut kita kenyang. Yang paling penting sediakan menu² tu sendiri, barulah rasa semangat dan seronok. Yelah hari² kita makan apa yang kita masak, mesti rasa lebih berkobar² nak diet kan. Lagi pun menu sihat ni tak rumit langsung nak disediakan.


Macam Mas memang takde nak beria² sangat, hari² masak yang simple dan mudah. Tak perlu dah habis banyak masa kat dapur, ½ jam je nak siap menu untuk sarapan dan makan tengahari. Mas rasa seronok dan rasa berselera je makan, sebab tahu menu tu sihat untuk diet Mas. Jadi takdelah Mas rasanya susah sangat nak diet, melalui menu yang dimasak Mas boleh enjoy diet yang Mas amalkan. 

Lagi pun nak berdiet ni kita jangan fikirkan susahlah, rumitlah, memang tak akan menjadi punya. Cuma amalkan dan jaga pemakanan, pasti berhasil. Mas ni tak buat senaman sangat tau, hanya jaga pemakanan je. Alhamdulilah Mas mampu berdiet dengan cara baik dan sihat. Langsung tak memudaratkan diri sendiri!


Apa yang penting jaga dan jaga apa yang kita makan, barulah fikir dan aktifkan diri. Kalau bab makan pun gagal, bab senaman pun akan gagal. Percayalah!

Khamis, 6 Disember 2018

Tahniah Harimau Malaya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Harimau Malaya, layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Fuhhh memang mendebarkan sungguh perlawanan semalam, boleh bikin sakit jantung dibuatnya.


Masa pemain Malaysia lakukan kesilapan dengan menjaringkan gol sendiri tu, Mas fikir memang tipis dah harapan. Walaupun masa tu baru lagi permainan bermula, tapi risau gol tu akan buat pemain Malaysia lagi banyak lakukan kesilapan. Yelah mereka pasti tertekan, kena kerja keras untuk cari gol penyamaan. Namun tuah berpihak pada kita apabila Syahmi menjaringkan gol penyamaan, fuhhh cantik gol dia tu. Kalau tengok semula memang tak sangka boleh gol. 

Pastu sekali lagi kesilapan berlaku, Mas tengok memang kelam kabut sangat masa tu. Kekasaran pemain kita membolehkan Thailand dapat sepakan percuma dan ianya tidak disiakan oleh mereka. Haaa masa ni Mas dah mula emo, hahahaa ai memang tak boleh tengok bola ni memang emo semacam. Tapi emo tu bertukar gembira bila Mat Yo menjaringkan gol kedua buat Harimau Malaya, fuhhh lega! Jadi dah terbuka luas peluang Malaysia nak ke final

Namun malang tidak berbau, kesilapan yang tak dijangka berlaku. Tangan pemain kita terkena bola dan sepakan penalti diberikan kepada Thailand, haaa memang tepuk dahi lah. Dahlah masa tu tinggal 2 minit je lagi masa tambahan nak habis, memang murunglah semua penyokong. Kalau gol maka musnahlah harapan kita nak ke final, Mas pun tak harap apa² dah masa tu.


Bila sepakan penalti tu nak dilakukan perasaan masa tu jangan cakaplah, senak perut, sesak nafas dan sakit jantung dibuatnya. Debar oiii, tak senang duduk dibuatnya. Sekali bila pemain Thailand sepak, bola melayang ke atas. Haaa apa lagi, jerit sampai nak terkeluar anak tekaklah Mas. Fuhhhhh lega sangat, akhirnya impian Harimau Malaya jadi kenyataan untuk beraksi di pentas final. Tahniah sekali lagi, Malaysia Boleh!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com