terkini dan sensasi

Isnin, 30 Mei 2016

Royal Floria Putrajaya 2016

Assalamualaikum...(^ ^)


Jejak jugak kaki kat Floria walaupun dengan keadaan kesihatan diri yang tak berapa baik. Tapi teringin nak pergi punya pasal, tabahkan hati dan kentalkan semangat. Akhirnya sampai jua!

Mas sampai dalam pukul 4 petang, saja tunggu cuaca redup sikit baru jejak kaki kat situ. Tak larat nak pergi waktu matahari tengah terik tu. Sampai je kat kaunter tiket, fuhhh panjang giler barisan. Husband cakap ini dalam sejam lebih jugak kena beratur. Huhhhh lama sungguh! Jadi Mas pun terus semak macam mana cara nak beli tiket online, mudah je rupanya. Hanya install apps Putrajaya Mobile, pastu dah boleh beli tiket menggunakan online banking. Hanya RM1.50 online fee dikenakan kepada seorang dewasa, kanak² percuma. 

Jadi Mas nasihatkan kawan² yang nak pergi belilah tiket online, lebih mudah. Lebih RM2 ke RM3 je, janji tak perlu beratur panjang. 



Melangkah masuk ke tapak Floria suasana dia macam biasa, seperti tahun² sebelumnya. Tak banyak beza dan tiada perubahan sangat. Ada pelbagai jenis lanskap dan replika² dari negeri² dan badan berkanun. Corak dan gubahan lanskap tetap sama, menggunakan bunga² dan bahan terpakai. Tapi pengunjung tetap ramai! 

Kali ni Mas tak ambil banyak gambar pun, hanya yang menarik minat dan cantik dimata je! Pastu tak habis pun tawaf seluruh tapak Floria tu, tak larat! Rumah yang mempamerkan gubahan bunga-bungaan tu pun Mas tak masuk.








Magic Of The Night
Haaaa ini memang tarikan utama dan dinanti² oleh para pengunjung. Semua seronok nak tengok bot berhias dari negeri² di Malaysia. Ini saja gambar bot berhias yang sempat Mas ambil, selebihnya tak sempat sebab bateri handphone dah mati. Memang cantik dan unik bot² yang masuk bertanding. 






Keseluruhan Floria 2016 tidak membosankan, berbaloilah untuk dikunjungi. Cuma pihak Perbadanan Putrajaya kena lakukan penambahbaikan pada masa akan datang untuk Floria lebih kelihatan menarik dan menyeronokkan.

Jumaat, 27 Mei 2016

Masih trauma

Assalamualaikum...(^ ^)

Tipulah kalau tak trauma kan? Rasanya sesiapa yang terlibat dalam kemalangan baik cedera atau tidak pasti akan trauma. Melibatkan nyawa tu, kenderaan memang boleh ditukar ganti tapi nyawa tiada galang ganti. 


Ini kali kedua Mas kemalangan, pertama kali tahun 2014. Kedua² kemalangan ni memang memberi kesan pada diri terutama bila nak memandu kembali. Resah, gelisah, gigil, tak sedap hati dan macam² rasa bila pegang stereng kereta. Terbayang² lagi kemalangan yang berlaku! Dahlah hari² kena ikut laluan yang Mas kemalangan tu, mesti terimbas semula dalam kepala hotak.

Ramai kawan² tanya, "Kau tak trauma ke Mas?" Boleh lagi memandu sendiri pergi kerja lepas beberapa hari kemalangan. Habis nak buat macam mana, hidup kena diteruskan. Mas tetap kena memandu sendiri ke tempat kerja. Lainlah ada banyak duit, boleh jugak upah pemandu kan? 

Jadi Mas doa, tawakal dan yakin! Trauma memang trauma tapi niat nak pergi kerja dan moga Allah lindungi. Kalau nak jadi kemalangan itu dah takdir, yang penting Mas lebih berhati² dan ambil ikhtibar dari kemalangan yang lepas.

Nak memandu balik kerja ni nanti mesti berdebar² punya, huhuhuu!

Rabu, 25 Mei 2016

Kemalangan

Assalamualaikum...(^ ^)


Kalau tengok keadaan kereta memang akan terfikir apalah nasib pemandunya kan? Mas bila tengok balik pun rasa seram dan ngeri. Tapi alhamdulillah Mas selamat dan tak cedera, cuma masih trauma dan emosi terganggu! 

Sejurus selepas kemalangan pun mengigil satu badan, tak mampu nak bergerak. Apa yang terfikir masa tu hanya capai handphone dan telefon husband. Cakap pun tergagap²!


Bagaimana boleh berlaku? Hurmm Mas pun kalau boleh tak mahu ingat, anggap ia ketentuan dan qada qadar Allah. Mungkin dari kecuaian sendiri atau sebaliknya tapi benda nak jadi tetap akan jadi kan? Jadi Mas kena ambil ikhtibar dan lebih berhati² lepas ni. 

Hari Isnin tu memang sebijik tayar pecah dan terpaksa guna tayar spare. Niat memang nak tukar tayar baru, tapi tunggu semalam baru gaji. Jadi pagi tu tawakal pergi kerja bawak kereta dengan tayar spare, walaupun tak sedap hati.


Pastu terjadilah kemalangan ni, kereta berpusing semasa kat selekoh lalu terbabas. Mungkin sebab jalan licin dek hari hujan, pakai pulak tayar spare kan? Nasib Mas tak panik sangat, sempat pusing stereng untuk elak hentam pokok besar tu. Kalau tak Mas pun tak tahu nasib Mas camne!

Urusan laporan polis pun dah selesai dan kereta pun dah selamat masuk bengkel. Hari ni cuma uruskan hantar salinan lesen, kad pengenalan dan geran kereta. Siap tu mungkin dalam 3-4 minggu jugak. Aduhhh patah kakilah, fikir pulak lepas ni camne nak pergi kerja. Nangis!


Selasa, 24 Mei 2016

Floria 2016

Assalamualaikum...(^ ^)


Acara wajib setiap tahun di Putrajaya selain belon panas. Bagi peminat bunga-bungaan macam Mas ni memang Floria dinantikan setiap tahun. Tak sah kalau tak pergi, seronok dan teruja nak tengok rekaan lanskap dari bunga-bungaan yang cantik²!

Floria 2016
Tahun ini musim cuti sekolah masih dijadikan tarikh pilihan untuk Floria. Waktu inilah tarikan pengunjung lebih menggalakkan. Maklumlah ramai ibu bapa nak habiskan masa cuti sekolah untuk hiburkan anak². Dengan tema Magical World of Floria pasti ia menjanjikan sesuatu tarikan yang menarik! Mari kita lihat tarikh, masa dan tempat Floria 2016.

Tarikh: 
27 Mei 2016 hingga 4 Jun 2016

Masa: 
9.00 pagi - 10.30 malam (Isnin - Khamis)
9.00 pagi - 12 tengah malam (Jumaat - Ahad)

Tempat: 
Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya

Harga Tiket: 
RM6.00 Dewasa (dengan Mykad)
RM2.50 Kanak² (dengan Mykid) | Warga Emas | OKU

Website: www.floriaputrajaya.com
Facebook: Floria Putrajaya

Ini pula acara² dan aktiviti² yang bakal diadakan, semuanya menarik! 


Haaa dah ada aktiviti untuk bawak anak² jalan² cuti sekolah, takdelah mereka bosan terperap di rumah je. Jadi jangan lupa ke Floria 2016 @ Putrajaya!

Isnin, 23 Mei 2016

Note5 kembali bernyawa

Assalamualaikum...(^ ^)

Demi mengubat hari yang lara, Jumaat lepas terus ke Samsung Center di The Mines. Masa tu dok terfikir berapa lamalah Note Mas akan duduk di workshop. Terbataslah sikit kerja² atau aktiviti menggunakan handphone. Memang ada tab, tapi tak best sangat!


Sampai di Samsung Center, pekerja di situ cakap memang hanya LCD yang pecah. Tidak sama sekali melibatkan komponen lain, lega sikit. Tapi Samsung akan periksa jugak untuk kepastian. Cuma itu semua under warranty, LCD memang taklah sebab pecah kan?

Mas pun setuju untuk ganti LCD tu dengan harga RM779. Fuhhh memang terkejut dengan harga tu tapi nak buat camne, LCD memang aksesori handphone yang paling mahal. Menggeletar dengar harga camtu pun tapi tetap kena baiki jugak. Jadi pasrah ye Mas. 

Bila Mas tanya berapa lama boleh siap, pekerja tu cakap 2 jam kalau ada stok. Kalau takde makan masa 2-3 hari jugak. Wahhh takdelah lama sangat, ingat ambil masa sebulan dua. Stok ada, jadi mereka terus buat! 


Pastu bila dah siap, nampak handphone dah pulih kembali terus senyum lebar. Terima kasih pada husband sebab tanggung kos baiki, harapkan Mas memang kena pecah tabung ayam. Tapi kena janji lepas ni tak mahu cuai lagi, hehehee!

Khamis, 19 Mei 2016

Retaknya Note5 ku

Assalamualaikum...(^ ^)

Retaknya kamu retak lagi hatiku! 


Sedih, sadis, terkilan, meraung pun dah tak boleh buat apa, nasi dah jadi bubur. Benda dah nak jadi kan? Apa pun kena redha dan terima dengan hati yang terbuka, huhuhuu!

Sayang giler Mas dengan Note5 ni, beli dengan hasil duit berblog tu. Gigih kumpul sampai cukup semata² nak dapatkan idaman hati. Memang tak sampai setahun lagi pakai, beli bulan 11 tahun lepas. Masih under warranty lagi! 

Tapi skrin pecah memang tak boleh under warranty, sebab atas kecuaian sendiri kan? Jadi nak tak nak kena keluarkan duit sendiri untuk ganti skrin baru. Dah telefon Samsung Center, katanya kos lebih kurang RM700 ke RM800 kalau hanya skrin sahaja yang pecah. Kalau ada spare part lain yang rosak akan tinggi lagilah kosnya. Huwaaaa nangis tepi bucu katil!

Cuma hantar sendiri ke Samsung Center ni lebih murah berbanding kita minta kedai yang hantarkan. Mas dah tanya kedai yang biasa beli handphone tu, RM1.2k dia nak siap upah. Fuhhh memang mahal! Nasiblah husband tergerak hati nak tanya Samsung sendiri, dapatlah jimat dalam RM500.  

Esok masuk workshop kesayangan Mas ni. Tak tahulah berapa lama masa yang diambil untuk siap. Harap sempat Mas kumpul duit dulu, huhuhuu! Buat masa ni, pakai tab dulu. Nasib ada tab ni, kalau tak memang tak bersosiallah Mas. Nak update blog pun tak boleh. 

Takpe Mas, bertabahlah! Ada hikmah disebaliknya, mungkin Allah nak bagi rezeki lain tu. Mana tau kan? Sob³ nak nangis lagi boleh tak. 

Rabu, 18 Mei 2016

Minyak Kelapa Dara Terbaik

Assalamualaikum...(^ ^)

Pasti korang tahu kan pasal 1001 khasiat Minyak Kelapa Dara atau ringkasnya VCO. Memang tak diragui khasiat dan kebaikannya, 100% semulajadi! 


Mas memang dah lama amalkan makan VCO jenama Catalyst ni, sejak tahun 2010. Kiranya dah masuk 6 tahun. Tapi kenapa baru sekarang nak kongsi kebaikannya? Sebenarnya ada kawan bertanya apa supplemen terbaik untuk dia makan, jadi Mas syorkan ambil VCO. Bila kawan tu bagi feedback positif jadi Mas rasa lebih baik Mas kongsikan kesan terbaik VCO pada diri Mas sendiri. Sekurang²nya ia bermanfaat pada para pembaca, tak gitu!

Mas amalkan makan VCO setiap hari 2 biji, sebiji pagi dan sebiji malam. Keberkesanannya kepada Mas memang positif, antara yang paling berkesan ialah migrain teruk yang Mas alami sejak sekolah dah pulih. Tahap migrain yang Mas alami memang kronik, sampai hantuk kepala ke dinding kalau ia menyerang. Telan berbiji² panadol dan pain killer pun tetap tak jalan. Lepas amalkan VCO setiap hari sekarang dah bertahun migrain tak menyerang!


Lagi satu kesan positif ialah badan rasa lebih bertenaga dan segar setiap pagi. Mas ni memang jenis tidur lewat malam, jadi dulu bila bangun seawal jam 5 pagi memang rasa lemah lesu badan. Bila makan VCO bangun pagi tu tak jadi masalah dah, tepat jam 5 pagi automatik akan terjaga. 

Pastu sistem penghadaman pun lebih baik, pembuangan air besar dan kecil lebih lawas. Mas memang susah membuang, jadi dengan amalkan VCO masalah tu dapat diatasi. Yang paling best ia boleh dimakan ketika hamil dan boleh dijadikan milk booster. Masa mengandungkan Airis memang Mas amalkan sejak dari usia kandungan 2 bulan dan sudah pastinya sebagai milk booster, meriah susu!

Jadi pada korang yang tercari² supplemen apa yang bagus untuk diamalkan pilihlah VCO. Waktu hamil lagilah digalakkan makan, boleh jadi selusuh tu! 

Selasa, 17 Mei 2016

Kids Stay And Dine For Free @ Dorsett Grand Subang

Assalamualaikum...(^ ^)

Hujung minggu lepas Mas berpeluang menginap di Hotel Dorsett Grand Subang bersama husband dan anak². Memang seronok dapat peluang sebegini, dapatlah merasa menginap di hotel 5 bintang. 


Kids Stay And Dine For Free @ Dorsett Grand Subang
Pakej penginapan yang diberikan kepada Mas memang khas untuk anak² dimana mereka menginap dan dapat makan secara percuma. Dengan harga RM298 untuk satu malam bagi Deluxe Room pakej termasuk sarapan untuk dua orang, extra bed dengan sarapan, wifi percuma dan goodies percuma untuk kanak² di bawah umur 12 tahun. Bilik yang disediakan sangat luas, bersih dan selesa.

Bagi pakej ini hanya untuk weekend stays sahaja iaitu bagi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Promosi pula sah sehingga 31 Disember 2016. 



Selain itu anak² akan dapat makan secara percuma untuk Barbecue Delights Buffet @ Terazza Brasserie yang disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Pakej ini untuk kanak² bawah 12 tahun dan maksimum dua orang kanak² sahaja. Manakala harga buffet untuk seorang dewasa adalah RM118.00 nett. Anda dan keluarga boleh menikmati pelbagai jenis menu yang pastinya memikat selera, siap ada kambing bakar lagi.



Pada hari Ahad anda dan keluarga boleh menikmati Family Dim Sum Brunch @ The Emperor bermula dari jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang. Seperti biasa kanak² di bawah 12 tahun boleh makan secara percuma dan harga untuk seorang dewasa ialah RM82.00 nett. Terdapat pelbagai jenis pilihan Dim Sum yang menyelerakan!


Selain menginap dan makan secara percuma kanak² jugak boleh melakukan aktiviti Cupcake Decorating yang akan diaturkan oleh pihak hotel. Bayaran yang dikenakan ialah RM30.00 nett untuk seorang kanak² (minimum 10 orang kanak²). Anak² Mas memang seronok dapat rasa pengalaman menghias cupcake mereka sendiri, macam² hiasan menarik yang mereka buat.



Satu lagi, semasa cuti sekolah terdapat aktiviti tambahan yang menarik untuk kanak². Pihak Dorsett telah menyediakan Kid's Play Room dimana anak² boleh menonton movies, bermain lego dan mewarna dengan Faber Castell. Jadi waktu ini ibu bapa boleh berehat santai tanpa gangguan anak². 




Yang paling menarik perhatian anak² ialah swimming pool yang disediakan. Siapa sangka sebuah hotel di tengah bandar Subang ni ada kolam yang sangat luas dan selesa. Keadaan di sekitar kolam pun sangat bersih. Anak² Mas pun apa lagi memang seronok sangat! 


Jika anda nak rasai pengalaman Kids Stay and Dine For Free @ Dorsett Grand Subang boleh hubungi talian 03-50316060 untuk tempahan. Tak lama lagi cuti sekolah kan? Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Facebook mereka di www.facebook.com/DorsettGrandSubang

Pastu kalau anda berminat untuk jadi sebahagian dari ahli Dorsett Prestige Club dan menikmati pelbagai faedah dan keistimewaan anda boleh layari dan dapatkan maklumat lanjut di www.dorsetthotels.com/malaysia/subang/dorsett-prestige.php

Jangan lupa rujuk risalah di bawah untuk maklumat yang lebih lengkap tentang Kids Stay and Dine For Free @ Dorsett Grand Subang. Pasti anda akan berpuashati!

klik untuk gambar lebih jelas

Isnin, 16 Mei 2016

Koleksi Pakaian Wanita @ Butik SuriScha

Assalamualaikum...(^ ^)

Alaaaa baju raya tak beli lagi, pastu tak tahu nak pergi butik mana. 

Buntu nak pilih butik mana yang menjanjikan pilihan baju² cantik dan menawarkan harga mampu milik. Jangan risau, mari Mas bawak kawan² ke Butik SuriScha untuk melihat koleksi² pakaian wanita yang pastinya buat anda tertarik. 


Butik Surisha 
Butik ini terletak di Bangi Sentral dimana terdapat lambakan butik² pakaian wanita. Melangkah masuk ke dalam butik ini terus tertarik dengan koleksi² baju yang dijual. Ada banyak pilihan seperti pelbagai jenis jubah, blouse, palazo dan skirt. Terdapat jugak pelbagai corak, warna dan rekaan yang pastinya membuatkan Mas rambang mata untuk memilih. Pilih punya pilih Mas cuba fitting jubah, memang niat hati nak beli jubah raya tahun ni.



Jubah yang Mas pakai ni memang nampak simple tapi materialnya sangat cantik dan selesa dipakai.


Harga pulak jangan risau, memang mampu milik punya. Baju, jubah dan palazo yang dijual hanya bermula dari harga RM75 hingga RM150. Haaaa dahlah baju cantik harga pulak murah, memang tepat dah Butik SuriScha jadi pilihan. Saiz yang ada pulak dari XS hingga ke XXL.



Selain baju yang cantik² ruang butik jugak luas dan selesa. Memang tak perlu berasak² kalau nak memilih baju. Siap boleh catwalk lepas fitting baju, haaaa punyalah luas. Pastu para pekerja pun ramah dan sentiasa tersenyum melayan Mas untuk pastikan Mas dapat memilih baju yang sesuai. 



Jualan Koleksi Hari Raya
Lagi satu yang menarik, sempena raya yang bakal menjelang Butik SuriScha akan mengadakan Jualan Koleksi Hari Raya sempena pembukaan Wisma SuriScha pad 26 Mei 2016 di Kota Fesyen MITC Air Keroh, Melaka. Pasti banyak koleksi² raya yang cantik² dijual, jadi jangan lepaskan peluang untuk berada di Melaka pada tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian dan pertanyaan boleh ke media sosial Surischa atau datang sendiri ke butik.

Hotline: 017-9840807 | No. Ofis : 03-89220267

Butik: 
HQ SURISCHA
PUSAT BANDAR MEDAN 8, BANGI SENTRAL
SEKSYEN 9, 43650 BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN





Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com