mrs secretary

Jumaat, 27 Mei 2016

Masih trauma

Assalamualaikum...(^ ^)

Tipulah kalau tak trauma kan? Rasanya sesiapa yang terlibat dalam kemalangan baik cedera atau tidak pasti akan trauma. Melibatkan nyawa tu, kenderaan memang boleh ditukar ganti tapi nyawa tiada galang ganti. 


Ini kali kedua Mas kemalangan, pertama kali tahun 2014. Kedua² kemalangan ni memang memberi kesan pada diri terutama bila nak memandu kembali. Resah, gelisah, gigil, tak sedap hati dan macam² rasa bila pegang stereng kereta. Terbayang² lagi kemalangan yang berlaku! Dahlah hari² kena ikut laluan yang Mas kemalangan tu, mesti terimbas semula dalam kepala hotak.

Ramai kawan² tanya, "Kau tak trauma ke Mas?" Boleh lagi memandu sendiri pergi kerja lepas beberapa hari kemalangan. Habis nak buat macam mana, hidup kena diteruskan. Mas tetap kena memandu sendiri ke tempat kerja. Lainlah ada banyak duit, boleh jugak upah pemandu kan? 

Jadi Mas doa, tawakal dan yakin! Trauma memang trauma tapi niat nak pergi kerja dan moga Allah lindungi. Kalau nak jadi kemalangan itu dah takdir, yang penting Mas lebih berhati² dan ambil ikhtibar dari kemalangan yang lepas.

Nak memandu balik kerja ni nanti mesti berdebar² punya, huhuhuu!

3 ulasan:

  1. kak mas, kalau masih rasa gigil atau berdebar waktu drive, cuba jumpa ustaz dan mintak dorang buatkan air yasssin bg hilang rasa gemuruh tu..

    BalasPadam
  2. Fuhh kalu eka pon trauma gini kak

    BalasPadam
  3. allahu..kalau nad pun mesti agaknya terus taknak bawak kereta

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com