Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 31 Mei 2013

Nur Airis Arissa : 6 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)


Dah hampir 2 minggu Airis masuk ke usia 6 bulan. Sebab mamanya sibuk sangat tak sempat nak kongsi kisah perkembangan dia di usia 6 bulan, jadi di akhir bulan Mei ni nak ceritalah sikit.

Masuk usia 6 bulan Airis dah mula diperkenalkan dengan solid food. Alhamdulillah, Airis memang pandai makan dan sentiasa berselera makan apa saja jenis bubur yang mama masak. Dia paling suka bubur nasi. Puree dia memang kurang suka sikit, cuma ada masa dia makan jugak.

Pastu dah mula gigih nak belajar duduk dan merangkak. Tegakkan lutut dan tangan dah boleh cuma belum mula maju ke depan lagi untuk merangkak. Kalau dia nak gerak ke depan dia lebih suka lonjakkan badan dia. Duduk pulak dah pandai duduk senget.

Harap tumbesaran dia akan memberangsangkan dan membesar dengan sihat.

Isnin, 27 Mei 2013

Kisah pemakanan Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah sekarang Airis dah makan. Seronok sangat tengok dia makan, penuh berselera!

Ada yang syorkan baby 6 bulan ni bagi puree dulu, macam puree buah dan sayur. Pastu kena ikut 4 day rules, dah masuk 7 bulan baru bagi bubur nasi. Tapi Mas tak ikut pun semua tu sebab Airis tak suka puree, pernah bagi dia puree pisang dan epal. Memang dia makan sambil loya², siap muntah lagi.

Bubur Nasi Carrot + Bayam

Jadi Mas memang bagi dia bubur nasi. Permulaan ni Mas hanya buat bubur nasi carrot, bubur nasi kentang dan bubur nasi bayam. Gilir² setiap hari supaya Airis tak bosan. Kadang² Mas campurkan 2 jenis sayur, misalnya carrot + kentang, carrot + bayam atau kentang + bayam, pastu letak ikan bilis 2 ekor. Haaa memang berselera Airis makan, 3-4 kali sehari dia makan. Kalau bekal 2 bekas kat taska pun memang habis dia makan. Biasanya cikgu dia akan bagi pagi, tengahari dan petang, setiap hidangan dia akan makan dalam 5 sudu besar.

Setiap jenis bubur yang Mas masak Airis boleh makan, setakat ni takde pulak dia kena cirit-birit atau sembelit. Takde pulak perut dia rasa tak selesa dan kembung perut. Mungkin itulah berkat mama dia masak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati.

Jadi kalau nak bagi baby kita makan tak perlulah ikut sangat apa yang disarankan, seeloknya ikut apa yang baby boleh makan dan mahu makan. Janganlah baby tak nak makan puree kita paksa sebab nak ikut semua tu kan? Biarlah baby kita makan dengan rasa riang dan gembira, baru perut dia kenyang dan hati kita senang!

Sabtu, 18 Mei 2013

Airis first solid food

Assalamualaikum...(^ ^)

Lamanya tak menulis, memang takde masa. Kalau kat pejabat memang padat jadual, mana dengan kerja lagi, nak pam susu untuk Airis lagi. Tak sempat langsung nak update.


Hari ni ada masa nak cerita sikit pasal Airis. 24hb ni akan genap umur dia 6 bulan, lagi 1 minggu je. Jadi Mas cubalah bagi dia solid food, nak bagi dia belajar macam mana nak makan. Mula² Mas bagi dia puree pisang, siap termuntah lagi dia makan. Pastu asyik loya², terus Mas tak bagi.

Pastu cuba bagi dia nestum beras soya. Sama jugak macam makan puree, siap loya² lagi. Jadi mamanya tak puas hati sebab anak asyik loya je, terus masak bubur nasi carrot. Haaa memang dia makan sungguh², takde rasa loya pun. Mas bagi dia 4 sudu besar bubur yang dikisar halus tu, habis licin dia makan!

Terus rasa terharu sebab anak mama dah boleh makan dan nak makan. Rupanya dia nak makan bubur nasi, baru tekak dia boleh terima. Tekak melayu anak mama ni, esok makan banyak² lagi.

Seronok sangat tengok anak nganga² bila kita suap makanan.

Khamis, 2 Mei 2013

My birthday

Assalamualaikum...(^ ^)


34 tahun dah umur hari ni!

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk terus bernafas di muka bumi. Dapat lagi merasa sambut birthday tahun ni. Moga Allah panjangkan umur untuk bertemu di hari lahir tahun depan.

Harapan di hari istimewa ni cuma nak bahagia di samping suami dan anak² hingga hujung nyawa. Pastu nak jadi makhluk Allah yang sentiasa taat dan patuh pada perintahNya!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com