terkini dan sensasi

Sabtu, 18 Mei 2013

Airis first solid food

Assalamualaikum...(^ ^)

Lamanya tak menulis, memang takde masa. Kalau kat pejabat memang padat jadual, mana dengan kerja lagi, nak pam susu untuk Airis lagi. Tak sempat langsung nak update.


Hari ni ada masa nak cerita sikit pasal Airis. 24hb ni akan genap umur dia 6 bulan, lagi 1 minggu je. Jadi Mas cubalah bagi dia solid food, nak bagi dia belajar macam mana nak makan. Mula² Mas bagi dia puree pisang, siap termuntah lagi dia makan. Pastu asyik loya², terus Mas tak bagi.

Pastu cuba bagi dia nestum beras soya. Sama jugak macam makan puree, siap loya² lagi. Jadi mamanya tak puas hati sebab anak asyik loya je, terus masak bubur nasi carrot. Haaa memang dia makan sungguh², takde rasa loya pun. Mas bagi dia 4 sudu besar bubur yang dikisar halus tu, habis licin dia makan!

Terus rasa terharu sebab anak mama dah boleh makan dan nak makan. Rupanya dia nak makan bubur nasi, baru tekak dia boleh terima. Tekak melayu anak mama ni, esok makan banyak² lagi.

Seronok sangat tengok anak nganga² bila kita suap makanan.

8 ulasan:

  1. haah...dia nak bubur nasi jugak yer...hehehe..pasni makin membesarlah yer =)

    BalasPadam
  2. dia kompom jenis x suke makan yg lembek2 ...

    amni tu zr kasi bubur nasi dia uwekk kan .. tp yg lain2 dia ngap je.. now apa yg kite makan sume dia nak

    BalasPadam
  3. anak saya pun makan bubur nasik..nestum memang pernah bagi tapi dia alah.mulut jadi merah2..masa tu pun terdesak bagi nestum..kami pi bercuti.dok homestay,..homestay tu tak de dapur.tu yang bagi nestum..sekarang kena ingat nak pi mana2 kena siap bubur nasik awal2..

    BalasPadam
  4. comel aje si airis makan...nak biasa tu..lama-lama ok lah tu..

    BalasPadam
  5. sama lah anak kite kak.tekak melayu.xmo nya puree2 ni.nk cmpur bubur gak kan.hehehe

    BalasPadam
  6. Mula mula mmg cmtu la tu....nti x cukup 4 5 sudu..hihi

    BalasPadam
  7. pasni airis cepat membesar baru boleh makan macam macam..hee..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...suka Airis dpt makan yer...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com