Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 27 November 2019

Drama Cemburu Seorang Perempuan

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni suka jugaklah tengok drama melayu, tapi tak semua dramalah. Ada drama yang Mas suka sebab jalan ceritanya, ada sebab Mas minat pelakonnya. Tapi jaranglah ada drama yang betul beri kesan mendalam pada Mas, sampai kagum dengan lakonan pelakonnya dan jalan cerita tu terkesan kat jiwa.


Drama Cemburu Seorang Perempuan telah berjaya beri kesan mendalam pada Mas, terutama watak yang dilakonkan oleh para pelakon. Memang drama tu kisah rumahtangga biasa je, kisah cemburu seorang isteri apabila dia izinkan suaminya kahwin lain dek kerana nak kan seorang anak yang sempurna. Tapi heroin utamanya telah beri impak lakonan yang sangat terbaik, memang Mas salute sangat!

Emma Maembong, satu nama yang kita tahu sering berlakon drama. Sebelum ni Mas tak pernah minat lakonan dia, jaranglah nak tengok drama dia. Tapi bila saksikan lakonan dia dalam Cemburu Seorang Perempuan memang terbaik, dia dapat menjiwai watak dengan bagus sekali. Bila dia marah mengamuk nampak sangat real, bila dia jadi gila tu nampak seolah betul² gila dan bila dia menangis Mas turut sama menangis. 10 bintang Mas bagi untuk lakonan dia!


Pastu pelakon lain pun tak kurang hebatnya, macam Amyra Rosli dan Nisdawati. Dua² ni bab berlakon menangis memang mereka terbaik, takdenya nak menangis teresak² je tapi airmata tak keluar. Tapi mereka memang menangis betul² sampai terkesan kat jiwa kita, apalagi banjirlah bila dok tengok babak sedih mereka.

Tahniah pada pengarah dan para pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan kerana buat Mas tak pernah missed tengok drama tu selama 20 episod. Memang beri pengajaran pada kita terutamanya sebagai seorang perempuan, kita kena kawal rasa cemburu tu dan jangan terlalu membabi buta dan ikut perasaan. Memang cemburu dan wanita tak dapat dipisahkan, tapi kena ingat kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat kita.

Isnin, 25 November 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Ke-7

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa memang buat kejutan betul Astro semalam, pertama kalinya Gegar Vaganza dilanjutkan hingga ke 11 minggu. Nampaknya acah² jelah konsert suku akhir minggu lepas, saja bikin panas! Pastu penyingkiran memang takde tapi suspen jugaklah bila hanya 6 peserta dapat lagu, lagi 3 bakal disingkirkan. Namun semuanya selamat dan bakal berentap lagi 3 minggu sebelum ke konsert akhir.


Untuk minggu ke-7 ni, Hardy Mirza menjadi pilihan juri untuk mendapat markah tertinggi. Bagi Mas persembahan dia biasa² je, cuma dia berjaya mencuri hati juri apabila membawa lagu Jatuh Bangun tu dengan caranya tersendiri. Haaa Mas puji bab tu, takdelah terikut sangat penyanyi asal.

Pilihan Mas pulak tetap Naqiu, suara dia memang tak dinafikan power giler masa nyanyikan lagu Rampas. Satu lagi dia sangat berbakat, jadi apa saja yang dia persembahkan nampak bagus. Jadi dia tak boleh siakan semua tu dan rasa sangat selesa, dia perlu buat yang lebih baik.


Peserta yang agak goyah pulak bagi Mas adalah Wann dan Sham Visa, nampak kelemahan mereka di persembahan minggu lepas. Wann tu bagi Mas boleh menyanyi dan suara dia unik, cuma dia kena pandai kawal suara mengikut kesesuaian lagu. Sham Visa pulak kena nyanyikan lagu yang lebih mencabar sebab vokal dia best, ni asyik dapat lagu balada je.

Untuk konsert minggu ke-8, inilah lagu² yang bakal 9 peserta nyanyikan. Minggu depan takde tema tau, yelah sebab mengejut kan tetiba bersambung lagi 3 minggu sebelum final.

Jatt | Sejuta Wajah (Sweet Charity)
One Nation Emcees | Anak (Carefree)
Naqiu | Percayalah (Dato' Sri Siti Nurhaliza)
Roy | Seniman Menangis (Ismail Haron)
Norshila Amin | Samar Bayangan (Nicky Astria)
Hady Mirza | Malaikat (Hazama)
Nurfatima | Cobalah Untuk Setia (Kris Dayanti)
Sham Visa | Separuh Aku (Noah)
Wann | Wajah Rahsia Hati (Fauziah Dato' Ahmad Daud)

Rabu, 20 November 2019

Tahniah Harimau Malaya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya belum terlebat untuk Mas ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya atas kemenangan ke atas Indonesia Selasa lepas. Ini kemenangan berganda selepas kalahkan Thailand minggu lepas. 


Walaupun corak permainan semua pemain tidak sebaik semasa perlawanan dengan Thailand tapi Mas boleh nampak mereka berusaha untuk menang. Rezeki sepakan percuma dari Safawi membuahkan hasil, fuhhh masa tu dah lega sebab ada 1 gol. 

Namun minit² seterusnya agak mendebarkan bila penjaga gol banyak buat silap di gawang gol. Hampir² Indonesia dapat melolosi gol kita, tapi nasiblah ada pemain lain yang dapat tepis bola. Pastu lagi satu yang debar bila pihak lawan dapat sepakan penalti, haishhh masa tu dah ada rasa kecewa sikit! Haaa tapi tak gol, berjaya ditangkap oleh penjaga gol. Masa tu memang Mas puji penjaga gol ni, berjaya jugak dia selamatkan gawang dari dibolosi. 


Alhamdulillah bila Malaysia dapat gol kedua Mas dah rasa lega, walaupun debar jugak nak tunggu wisel penamat. Macam² boleh berlaku kan? Dengan 2 kemenangan ni, Malaysia berada di tangga kedua dengan 9 mata. Harap perlawanan lepas ni mereka berjaya lagi tambah mata untuk layak ke Piala Dunia 2022. Moga ada rezeki Harimau Malaya!

Selasa, 19 November 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Suku Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh tak sangka GV6 dah masuk minggu suku akhir, maknanya lagi 2 minggu je untuk para peserta ke pentas final. Haihhh siapalah juara GV kali ni, korang dah ada ke calon²nya? Macam Mas nampak 2 peserta iaitu Naqiu dan Jatt berpotensi untuk jadi juara, adakah tepat ramalan ni nanti kita saksikan!


Jadi minggu suku akhir ni ada 1 penyingkiran setelah minggu lepas tiada, Feeza telah disingkirkan kerana kurang impak persembahannya, Mas yang tengok pun dah agak dia bakal tersingkir. Kurang sedaplah dia nyanyi malam tu, takde feel langsung bak kata juri. Pastu dengan lupa liriknya, dah tentulah markah rendah kan?

Persembahan terbaik menjadi milik Hardy Mirza, dia mendapat markah tertinggi dari juri. Walaupun Mas tengok persembahan dan vokal dia biasa je tapi mungkin penjiwaan terhadap lagu tu membolehkan dia dapat markah lebih. Kalau ikutkan vokal Naqiu dan Jatt lagi power, meletop habis lagu yang mereka nyanyikan. Paling Mas suka Naqiu nyanyikan lagu Juwita, fuhhh cukup rasa!


Untuk konsert separuh akhir nanti lagi 9 peserta bakal berentap untuk rebut tiket ke final. Dengan tema Caras, mereka bakal nyanyikan lagu terkini yang popular dan menjadi siulan serta sering dimainkan di corong² radio. Inilah pilihan lagu yang diberikan kepada mereka, semua lagu² fresh gitu! 


Jatt | Sumpah (Naim Daniel)
Wann | Terlalu Memuja (Wany Hasrita)
Sham | Pergi (Aizat Hamdan)
One Nation Emcees | Bila Rindu (Ruffedge)
Naqiu | Rampas (Akim & The Majistret)
Roy | Hajat (Hael Husaini)
Nurfatima | Patah Seribu (Shila Amzah)
Norshila Amin | Vroom Vroom (Nabila Razali)
Hady Mirza | Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)


Isnin, 18 November 2019

Perancangan cuti² 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni jarang nak dapat bercuti setiap tahun, yelah kekangan bajet tu bila keluarga dah makin besar ni. Pastu ditambah pulak husband susah nak dapat cuti kalau hujung tahun. Tapi tahun ni kebetulan pulak husband dapat cuti dan Mas pun memang dah lama rancang nak cuti lama hujung tahun. 

Jadi dah alang² husband dapat cuti tu dan kebetulan ada rezeki sikit, Mas pun gatal kaki lah nak pergi jalan². Lagi pun kesian jugak kat anak², dah lama tak jalan² setiap kali cuti sekolah. Bila dah ada perancangan tu, teruslah pilih destinasi mana nak dituju. Destinasi tu memang dalam Malaysia je, nak ke luar negara masih belum mampu lagi. Insya Allah ada rezeki nanti!


Pilih punya pilih, Mas cadang kat husband nak pergi ke Penang. Pastu balik dari sana, cadang nak bermalam pulak kat Cameron Highlands dalam 2 malam. Dah elok dah perancangan tu tapi husband pulak cakap "Kalau pergi utara ni abang lebih suka masuk Langkawi, seronok sikit nak berjalan!" Haaaaa Langkawi lagi, padahal baru tahun lepas bercuti kat sana. Memanglah seronok jalan² kat Langkawi tapi kalau boleh Mas nak pergi tempat lain jugak, tapi husband Mas tu lebih kuat nak ke Langkawi jugak! 

Fikir punya fikir, gaduh punya gaduh dan akhirnya Langkawi jugaklah jadi pilihan. Hahahaa mengalah jugaklah dengan husband, dah dia yang sponsor semua jadi ai kena ikut jelah. Mas teruja je nak ke Langkawi tu walau dah 5 kali pergi, siapa tak excited nak ke sana kan? Syurga borong coklat dan pinggan mangkuk, hehehee!


Kali ni macam biasa kami akan bawak masuk kereta ke sana, lebih memudahkan dan jimat masa serta bajet. Penginapan pulak kami pilih hotel bajet je kali ni sebab nak jimat dan kami pun hanya balik hotel untuk tidur je, waktu siang banyak habis masa jalan². Jadi hotel bajet dan memadai, tapi kami pilih yang selesalah untuk satu keluarga menginap. Bajet pun dah buat jugak, moga dipermudahkan segalanya!

Selasa, 12 November 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Kelima

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh memang tak dijangka di konsert kelima tiada penyingkiran, rasanya pertama kali dalam GV. Tapi bila pihak GV buat camni, semua peserta kena lebih berhati². Manalah tau di konsert ke-6 nanti ada 2 penyingkiran. Haaa peserta kena lebih fokus, lebih menhayati lagu dan berikan sepenuh jiwa pada persembahan jika tak mahu tersingkir.


Persembahan terbaik minggu kelima ni dirampas semula oleh Naqiu, memang wow nyanyian dia. Mas puji Naqiu ni, dia bagus dan belajar dari kesilapan. Bila dia buat yang kurang menyengat minggu lepas, dia tak berdiam diri tapi perbaiki mutu persembahan dan buktikan dia mampu jadi lebih baik. Dua juri puji dia cerdik, tak pandang sambil lewa kritikan juri!

Jatt dan One Nation Emcess pun tak kurang hebatnya, ini kira saingan Naqiu lah. Macam Jatt vokal memang power sampai Tok Ram pun tak nak bagi komen, sebab takut termintak Jatt nyanyi satu lagu lagi. Yelah dia tak puas, hehehee! One Nation Emcess pulak buktikan walau mereka berkumpulan tapi tetap cipta kelainan dalam setiap persembahan, semua ahli mainkan peranan.



Untuk konsert ke-6 minggu depan bertemakan Meletop, semua peserta akan nyanyikan lagu yang pernah meletop satu masa dulu. Paling Mas tak sabar nak tengok nyanyian Naqiu, Jatt dan Wann sebab lagu yang akan mereka nyanyi adalah lagu yang Mas suka. Pastu lagu² tu agak sukar disampaikan dan perlukan jiwa dan penghayatan. Harap mereka berikan persembahan yang letop dan vokal pun letop!

Inilah pilihan lagu² untuk konsert ke-6:
Jatt | Still Loving You (Scorpions)
Wann | Pengemis Cinta (Ella)
Sham | Suratan Takdir (Gersang)
One Nation Emcees | Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
Naqiu | Juwita (Saleem)
Roy | Sonata Musim Salju (Hazami)
Feeza | Terus Mencintai (Siti Nordiana)
Nurfatima | Enggan (Fauziah Latiff)
Norshila Amin | Kerana Cinta (Elvi Sukaesih)
Hady Mirza | Cinta Luar Biasa (Andmesh Kamaleng)

Isnin, 11 November 2019

Boling Terbuka Piala Datuk Rashid

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa bila ada peluang dapat sertai tournament camni, Mas tak lepaskan peluang. Yelah dah setahun tinggalkan lapangan boling ni, jadi ada kesempatan Mas mainlah. Bolehlah mantapkan semula skill, dan sebagai persediaan ke Sukan KKM 2021 jika ada rezeki.


Kali ni Mas main sebagai media bersama team KBBA9, kami hantarlah satu pasukan. Inilah blogger² yang mewakili KBBA9.

Tournament ni anjuran Kelab Sukan dan Kebudayaan Selat Kelang (SUKSES) dan Srikandi Bahangin Kapar. Ini kira acara tahunan merekalah sebab ada piala pusingan gitu. Pastu hadiah pun lumayan tau, johan dapat piala + wang tunai RM1000 + piala pusingan. Naib johan pulak dapat piala + wang tunai RM700 dan tempat ketiga dapat piala + wang tunai RM500. Hadiah saguhati pun ada untuk semua pasukan yang bertanding!


Setelah berhempas pulas main 3 games, kami team KBBA9 berjaya menduduki tempat ke-9 dari 24 pasukan. Haaa kira dalam ranking top 10 lah, tak sangka hebat jugak kami. Hehehee terpuji pulak! Mata keseluruhan team kami untuk 3 games tu adalah 1552. Memang tak sangkalah sebab pasukan yang bertanding semua hebat² belaka!



Mas pulak dapat kumpul 455 mata untuk 3 games tu, haaa puashatilah walau dah lama tak main. Ada satu game berjaya skor 181 mata! Agaknya lepas ni kena sertai tournament camni untuk asah semula skill tu!

Terima kasih YB Datuk Rashid, moga tahun depan ada lagi tournament camni. Dapatlah kami rakan blogger ni sertai lagi!



Khamis, 7 November 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Keempat

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah masuk minggu keempat GV6 ni, dan saingan semakin sengit. Jika para peserta banyak lakukan kesilapan dan kurang beri persembahan terbaik maka tersingkirlah mereka. Begitulah nasib kumpulan Kool, gagal cipta keharmonian dalam persembahan duet mereka. Maka di konsert keempat mereka tersingkir.


Peserta favourite Mas iaitu Naqiu agak kurang menyerlah minggu ni, persembahan dia dianggap biasa² je oleh juri. Mas pun harap sangat dia berikan persembahan mantap hasil gabungan dengan juara GV lalu, namun dek kerana emosinya sedikit terganggu maka semuanya jadi tak keruan. Suara dia tetap mantap cuma kurang menyengat! Moga dia bangkit di konsert kelima nanti.

Persembahan terbaik menjadi milik Jatt, memang menjadi gabungan dia dengan Ayai. Cukup rasa dan jiwa lagu yang disampaikan, vokal keduanya best! Lagi satu Mas puji jugak persembahan One Nation Emcess, mereka cipta kelainan dalam menyampaikan lagu Layar Impian bersama pasangan duetnya Azharina. Mas suka persembahan mereka!

Peserta yang lain pun beri saingan sengit, masing² dah tahu apa perlu dilakukan jika nak kekal hingga minggu akhir. Dah nak masuk minggu kelima mereka tak boleh buat silap besar dah, ini akan menyebabkan mereka tersingkir. Calon juara pulak Mas nampak Naqiu ada harapan, cuma dia tak boleh dah buat silap minggu depan. Jatt dan Wann pun ada peluang jika terus fokus dan berikan yang terbaik!


Minggu kelima lagi 10 peserta bakal berentap dalam konsert yang bertemakan Curahan Hati. Haaa lagu tangkap leleh punya minggu depan, kalau betul dengan gayanya boleh buat penonton menangis. Inilah pilihan lagu yang diberikan kepada mereka:


Jatt | Benci Bilang Cinta (Radja)
Wann | Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (Uji Rashid)
Sham | Terima Kasih Cinta (Afgan)
One Nation Emcees | Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela)
Naqiu | Di Ambang Wati (Wings)
Feeza | Jutaan Purnama (Alyah)
Nurfatima | Can't Fight The Moonlight (Leanne Rimes)
Norshila Amin | Semakin (Siti Sarah)
Hady Mirza | Luluh (Khai Bahar)
Roy | Crazy Little Thing Called Love (Queen)


Rabu, 6 November 2019

Jalan² Genting Highland

Assalamualaikum... (^ ^)

Akhirnya selepas 10 tahun dapat jugak jejak kaki ke Genting Highlands, fuhhh giler lama tak pergi. Kalau zaman bujang dulu boleh dikatakan setiap bulan naik Genting, haaa kira tempat dating lah. Pastu masa tu masuk theme park pun murah, dan masa tu jugak giler main ride kat outdoor tu. Cakap je yang mana Mas tak cuba, semua pernah!

Pastu bila dah kahwin kali terakhir pergi tahun 2009, itu pun masa adik Mas masih kerja kat Genting. Dapatlah masuk percuma sebab ada karnival untuk staff dan ahli keluarga pekerja Genting Highlands. Lepas daripada tu, dah takde peluang dan masa Mas nak ke sana!


Tapi masa cuti Deepavali baru ni Mas tergerak hati nak jalan² kat Genting Highlands, teringin sangat nak ke GPO dan naik cabel car baru. Mas pergi pada 29/10 tu, ingatkan tak ramai orang sebab dah habis cuti umum tapi jangkaan meleset, punyalah panjang beratur masa nak naik cable car tu. Tapi nasiblah pergerakan laju, takdelah beratur lama sangat.

Harga tiket pulak memang dah mahal sikit berbanding dulu, RM18 untuk pergi balik kalau beli di kaunter dan RM16 pergi balik kalau beli di kiosk. Kalau untuk gondola kaca tiketnya RM30 pergi balik, haaa best jugak ni kalau cuba naik. Nanti ada rezeki nak cubalah! Cable car ni naik dari dalam GPO tu yer, sebab kami masa pergi tersalah jugak. Husband pergi ke tempat skyway lama tu, padahal Mas dah cakap kat dia. 


Menarik ke kalau jalan² Genting sekarang? Bagi Mas biasa² je, mungkin sebab theme park outdoor belum siap kot. Jadi sampai kat atas tu hanya main kat indoor sajalah, pastu shopping dan makan² je. Untuk indoor memang dah banyak tarikan baru berbanding dulu, kalau nak puas main kena sediakan duit lebih lah. Tiket untuk ride indoor tu RM60 seorang, boleh main semua ride dalam tu. Cuma kalau nak main satu² pun boleh, RM10 untuk 1 ride. Anak² Mas merasalah naik satu ride je, jadilah sebab mak korang takde bajet ye. Hehehee! 

Makan pulak memang mahal lah, standard Genting kan? Jadi kami memang beli makanan siap² kat bawah, kalau tak nak beli air mineral pun RM5 sebotol


Untuk tarikan outdoor pulak, Mas nampak dari atas masa naik cable car tu memang agak menarik. Banyak ride baru diaorang tengah buat, dah siap nanti mesti ramai yang datang serbu. 

Kat GPO pulak Mas tak jalan² pun masa turun tu, sebab takde apa nak belikan. Kalau betul² datang nak shopping bolehlah nak ronda satu GPO kan? Jadi bagi Mas kalau nak naik Genting sekarang memang kena sediakan duit lebih, lagilah bawak anak². Kalau setakat nak jalan santai dan naik cable car je boleh jugak, tapi tak berbaloi sangatlah.



Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com