Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 6 November 2019

Jalan² Genting Highland

Assalamualaikum... (^ ^)

Akhirnya selepas 10 tahun dapat jugak jejak kaki ke Genting Highlands, fuhhh giler lama tak pergi. Kalau zaman bujang dulu boleh dikatakan setiap bulan naik Genting, haaa kira tempat dating lah. Pastu masa tu masuk theme park pun murah, dan masa tu jugak giler main ride kat outdoor tu. Cakap je yang mana Mas tak cuba, semua pernah!

Pastu bila dah kahwin kali terakhir pergi tahun 2009, itu pun masa adik Mas masih kerja kat Genting. Dapatlah masuk percuma sebab ada karnival untuk staff dan ahli keluarga pekerja Genting Highlands. Lepas daripada tu, dah takde peluang dan masa Mas nak ke sana!


Tapi masa cuti Deepavali baru ni Mas tergerak hati nak jalan² kat Genting Highlands, teringin sangat nak ke GPO dan naik cabel car baru. Mas pergi pada 29/10 tu, ingatkan tak ramai orang sebab dah habis cuti umum tapi jangkaan meleset, punyalah panjang beratur masa nak naik cable car tu. Tapi nasiblah pergerakan laju, takdelah beratur lama sangat.

Harga tiket pulak memang dah mahal sikit berbanding dulu, RM18 untuk pergi balik kalau beli di kaunter dan RM16 pergi balik kalau beli di kiosk. Kalau untuk gondola kaca tiketnya RM30 pergi balik, haaa best jugak ni kalau cuba naik. Nanti ada rezeki nak cubalah! Cable car ni naik dari dalam GPO tu yer, sebab kami masa pergi tersalah jugak. Husband pergi ke tempat skyway lama tu, padahal Mas dah cakap kat dia. 


Menarik ke kalau jalan² Genting sekarang? Bagi Mas biasa² je, mungkin sebab theme park outdoor belum siap kot. Jadi sampai kat atas tu hanya main kat indoor sajalah, pastu shopping dan makan² je. Untuk indoor memang dah banyak tarikan baru berbanding dulu, kalau nak puas main kena sediakan duit lebih lah. Tiket untuk ride indoor tu RM60 seorang, boleh main semua ride dalam tu. Cuma kalau nak main satu² pun boleh, RM10 untuk 1 ride. Anak² Mas merasalah naik satu ride je, jadilah sebab mak korang takde bajet ye. Hehehee! 

Makan pulak memang mahal lah, standard Genting kan? Jadi kami memang beli makanan siap² kat bawah, kalau tak nak beli air mineral pun RM5 sebotol


Untuk tarikan outdoor pulak, Mas nampak dari atas masa naik cable car tu memang agak menarik. Banyak ride baru diaorang tengah buat, dah siap nanti mesti ramai yang datang serbu. 

Kat GPO pulak Mas tak jalan² pun masa turun tu, sebab takde apa nak belikan. Kalau betul² datang nak shopping bolehlah nak ronda satu GPO kan? Jadi bagi Mas kalau nak naik Genting sekarang memang kena sediakan duit lebih, lagilah bawak anak². Kalau setakat nak jalan santai dan naik cable car je boleh jugak, tapi tak berbaloi sangatlah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com