Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 31 Ogos 2015

Perkahwinan Ijan & Hani : Hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan adik bongsu Mas. Lega semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Habis dah tanggungjawab kami menjaga dia selepas mak abah dah meninggal, sekarang dia dah jadi suami orang. Minggu depan sorang adik lagi akan diijabkabulkan.

Sebelum Mas cerita tentang majlis akad nikah dan majlis kahwin, Mas nak kongsi dulu gubahan hantaran yang Mas buat. Semua hantaran memang Mas buat sendiri, 2 minggu ambil masa untuk siapkan semuanya. Kelam kabut jugaklah, nasib dapat disiapkan sebelum majlis. 

Jom tengok satu² hantarannya. Husband cakap dah boleh buka tempahan kat orang lain ni.

 Barang kemas dan mas kahwin

 Kasut

 Set wangian dan set mekap

Sepasang baju

 Beg tangan

 Mini cheese tart

 Cupcake



Ahad, 30 Ogos 2015

Cinta 13 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)


13 tahun menyemai cinta.
13 tahun ketawa menangis bersama.

Itulah kami.
Tetap masih sama, tetap kasih dan sayang.
Tetap cinta hingga hujung nyawa!

Moga Allah pelihara, moga Allah lindungi.
Dan moga Allah berkati dan ia kekal selamanya.

Happy Anniversary Abang, love you!



Jumaat, 28 Ogos 2015

5A untuk percubaan UPSR

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, berkat usaha dia selama ini tanpa kenal penat dan jemu akhirnya dapat jugak dia 5A untuk percubaan UPSR kali kedua. Yang pertama hanya dapat 4A 1B je. Mas pun tak putus² berdoa agar dia berjaya dapat 5A!

Walaupun baru percubaan tapi ia akan jadi pendorong untuk dia lebih study hard and smart. Barulah lebih semangat nak teruskan usaha dan belajar bersungguh². Mas pun selalu ingatkan dia, ini baru permulaan jadi jangan terlalu selesa. Kena lebih fokus dan ulangkaji supaya tak lupa dan lalai masa jawab soalan periksa sebenar nanti.


Sekarang pun Mas suruh dia banyakkan buat latihan di samping belajar kat sekolah dan kelas tambahan yang cikgu adakan. Jadual periksa UPSR pun dah keluar, akan mula pada 8 September hingga 10 September 2015. Uishhh mamanya pulak yang debar bila tengok tarikh dah makin dekat, anak rilek je!

Apa pun Mas harap dia boleh dapat keputusan 5A untuk UPSR nanti. Mudah²an, amin!

Khamis, 27 Ogos 2015

Estofa Glow : Terbukti berkesan

Assalamualaikum...(^ ^)

Era kini semakin banyak produk kecantikan di pasaran. Tapi kebanyakan darinya mengandungi kandungan bahan kimia yang kadang kala tidak sesuai dengan kulit sesetengah pengguna. Jadi terpulang pada kita untuk memilihnya!

Hari ini Mas nak perkenalkan satu produk yang hangat di pasaran sekarang. Walaupun baru lebih kurang 3 bulan dipasarkan ia mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Ini dia Estofa Glow.



ESTOFA GLOW : Terbukti Berkesan
Estofa Glow adalah produk yang berasaskan 100% bahan semulajadi iaitu coklat dan madu sahaja. Jadi ia memang bebas bahan kimia dan ia jugak sesuai untuk semua jenis kulit bagi semua peringkat umur. Yang paling menarik Estofa Glow boleh dimakan dan ianya terbukti selamat dan sedap. Boleh tonton video di sini.

Antara kelebihan Estofa Glow ialah berkesan memutihkan, menegangkan dan melembabkan kulit hanya dalam masa 3 minit. Menarik kan, nanti kulit akan nampak glowing dan pinkish. Selain itu ia jugak membantu menghilangkan jeragat dan jerawat dengan cepat. Untuk kanak² ia sesuai hilangkan kesan gigitan nyamuk dan ruam serta membantu melegakan ezema. Nak cantikkan bibir pun boleh, hanya sapu nipis, nanti kesan lebam pada bibir akan beransur hilang. Boleh tonton video promo di sini.



Haaa memang banyak kelebihan Estofa Glow. Mas dah cuba dan ianya terbukti berkesan, nanti Mas kongsi testimoninya. Jadi apa kata kawan² pakat order cepat² sebab tengah ada promosi. 5000 botol terawal hanya RM90, diulangi RM90 sahaja dan dapat Estofa Wash secara percuma. 

Ada lagi yang menarik, pada yang menggunakan produk Estofa Glow anda berpeluang menyertai percutian ke Krabi, Jakarta, Bali, Bangkok atau China jika mengikut terma dan syarat² yang telah ditetapkan. Jadi untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh ke: 

Whatsapp: 019-2944799 (Pn Ezza)

Gambar sekitar review produk Estofa Glow.

Puan Ezza dan Encik Fendi, pengasas dan orang kuat Estofa Glow







Rabu, 26 Ogos 2015

Kisah Airis dan panda

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak balik dari Zoo Negara, hari² Airis dok cerita pasal panda. Memang seronok dan teruja dia dapat tengok panda yang comel tu. Siap cakap "Mama, panda tu gemuk dan comel cam Airis." Hehehee!

Seminggu sebelum pergi tengok panda memang dia yang tak sabar. Hari² tanya bila nak pergi dan hari² nak tengok gambar panda yang ada kat handphone Mas. Ternyata dia memang tak sabar! 

Selepas tengok panda tu, setiap hari mesti tanya 3 soalan ni. Hadoiii letih mama nak jawap hari².

"Mama, Airis nak peluk panda boleh tak?"
"Mama, Airis nak bawak balik panda boleh tak?"
"Mama, Airis nak jumpa panda lagi boleh tak?"

Airis memang sukakan binatang. Ingat lagi masa bawak dia ke Farm In The City kat Seri Kembangan, semua binatang dia nak pegang. Memang dia tak takut. Bagus sebenarnya bawak anak² tengok haiwan ni, dapat mereka kenal dan pelajari tentang haiwan tersebut. Di samping kita boleh didik anak² untuk sayangi dan cintai haiwan. Jadi berilah peluang mereka rasa pengalaman tu.

Bila tengok gambar ni mesti cakap, ini panda Airis! Padahal panda batu je.



Selasa, 25 Ogos 2015

Terima kasih para penaja

Assalamualaikum...(^ ^)

Masih berkisar cerita KBBA Bloggers Day Out @ Zoo Negara. 

Tapi kali ni Mas nak rakamkan penghargaan pada semua para penaja untuk program ni. Tanpa tajaan dari mereka pasti program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dari bermulanya program hingga akhir semua ditaja sepenuhnya. Memang bertuah kami sebagai para blogger.

Tak lupa jugak jutaan terima kasih pada sahabat KBBA iaitu Farah atas segala usaha dan penat lelah bagi mendapatkan tajaan untuk KBBA Bloggers Day Out ini. Siang malam dia berusaha untuk jayakan program ini, memang terbaik!

Terima kasih!

Zoo Negara Malaysia
Zoo Negara Online Tiket
Cosmoderm
Food Panda
Wild Restaurant

Terima kasih jugak untuk goddies bag, selipar panda paling comel.



Isnin, 24 Ogos 2015

KBBA Bloggers Day Out @ Zoo Negara [part 2]

Assalamualaikum...(^ ^)

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Jom pi tengok Panda Gergasi!


Keterujaan dan keseronokan kami diteruskan selepas perut dah kenyang. Lagi berkobar² bila pihak zoo kata "Kita menuju ke Giant Panda Conservation Centre (GPCC)". Yeayyy lompat bintang! Inilah saat yang ditunggu oleh anak², mak² dan bapak². Pertama kali nak tengok panda depan mata.

Melangkahlah kami dengan riang gembira ke GPCC. Tapi sebelum tu sempat singgah sekejap di Bee Museum. Dapatlah Mas merasa madu asli di sini, masam² manis rasa dia. Nyum² sedap! Tapi sebelum dibenarkan masuk ke GPCC kami ke Ape Centre untuk melihat spesis orang utan dan siamang. Mereka anak beranak ditempatkan di situ dan ada sejarah kelahiran mereka dicatat.



Salah seekor orang utan disitu, Sulong namanya. Tua dah kan?


Akhirnya setelah puas menunggu kami dibenarkan masuk ke GPCC. Sebelum dibawa turun ke tempat panda, kami diberi sedikit taklimat oleh pihak GPCC. Kami dibenarkan mengambil gambar tetapi tidak boleh ada flash dan tidak dibenarkan membuat bising kerana akan mengganggu mood panda.


Diperkenalkan The Giant Panda, Fu Wa. Kami hanya tengok Fu Wa sebab Feng Yi dan anaknya yang baru lahir masih dikuarantin selama 2 bulan. Lepas 2 bulan baru boleh datang tengok baby panda.



Semalam 23 Ogos adalah hari lahir Fu Wa dan Feng Yi yang ke 9 tahun. Dapatlah kami tengok pihak GPCC sediakan kek harijadi Fu Wa. Keknya terdiri dari kek buluh, epal, lobak merah dan semestinya makanan wajib panda iaitu buluh. Gigih kami tengok pihak GPCC sediakan kek buat Fu Wa. 


Tengoklah penuh khusyuk dan berselera dia makan. Tak hiraukan dah para pengunjung ambil gambar. Happy 9th Birthday Fu Wa!





Ini fakta mengenai Fu Wa dan Feng Yi yang boleh kita baca di GPCC. Boleh tambah ilmu pengetahuan!


Dah dapat tengok panda maka sempurnalah KBBA Bloggers Day Out @ Zoo Negara. Berjuta² terima kasih pada pihak zoo dan para penaja atas peluang yang sangat bermakna ini. Gambar kenangan di GPCC menunjukkan yang kami dari KBBA sangat seronok dan puashati. Kenangan manis ni pastinya terpahat di hati sanubari kami semua!




Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com