Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 29 September 2018

Trafik blog luarbiasa!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni bukanlah blogger yang popular sangat, sekadar seorang yang suka menulis di blog sebagai kepuasan. Pastu Mas tak pernah impikan tulisan Mas dibaca oleh ramai pembaca, sebab Mas hanyalah berkongsi cerita hal anak² dan kehidupan seharian. Kadang ada jugaklah tulis pasal review servis dan produk.

Pastu masa mula² menulis ni Mas tak pernah langsung kisah pasal trafik blog, berapa PV dan UV pun Mas tak tau. Adalah pasang GA tu kat blog, tapi tak pernah ambik tahu berapa setiap hari. Cuma Mas ambik tahu lepas selalu dapat entri kerja dan lepas rajin menulis setiap hari, mula dari tulah Mas kisah sikit pasal PV/UV ni. Setiap bulan Mas akan pastikan ia meningkat, terimpi² nak cecah 10k UV sebulan. Boleh baca trafik Mas makin meningkat kat entri Kerana menulis setiap hari.


Tapi tak sangka kan impian tu hampir jadi kenyataan apabila bulan September ni trafik blog luarbiasa sangat. Tak sangka UV bulan ni nak cecah dekat 10k dan PV pulak 23k++, haaa impian jadi kenyataan! Mas tak pernah jangka trafik blog ni boleh cecah UV/PV tinggi camtu, yelah Mas banyak tulis kisah kehidupan dan anak² je. Lainlah kalau cerita kisah² artis atau sensasi kan? Pastu entri kerja pun sebulan ada 2--3 entri je.

Mungkin itu rezeki Mas rajin menulis setiap hari kot, jadi setiap hari mesti ada pembaca masuk ke blog ni. Sebab itulah bila kita rajin usaha, lama² yang sikit tu akan jadi bukit. Mas usaha Mas dapat, Mas rajin menulis trafik meningkat! Tak semesti kena jadi blogger terkenal dan tulis cerita sensasi kan, semangat dan rajin pun mampu buat trafik blog luarbiasa.

Kalau Mas terus rajin dan konsisten menulis setiap hari tanpa jemu tak mustahil UV boleh cecah 20k pulak sebulan, dan PV cecah 50k. Moga ada rezeki Mas dan tercapai semua tu, selagi Mas ada passion untuk terus menulis blog ni!

Jumaat, 28 September 2018

Debaran Atikah pulak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sorang dah habis debaran, tinggal sorang lagi. Isnin nanti kakak Atikah pulak bakal duduki peperiksaan PT3, dan Mas macam biasa ambik cuti 2 hari je.


Untuk Atikah ni Mas takdelah risau terlebih sangat, sebab Mas tahu camne dia buat persediaan. Perangai dia sebijik macam Mas, study hard and smart! Hehehee memang boleh dikatakan setiap malam dia tidur jam 2 pagi, dok mengadap bukulah. Kadang Mas larang jugak dia hari² dok tidur lewat, bukannya apa Mas risau dia sakit je.

Yelah dok belajar lebih sangat pun tak guna jugak kan, kalau kesihatan tak jaga. Nanti tak pasal² nak ambik exam tetiba pulak kau sakit atau demam, jadi Mas nasihatkan dia agar bersederhana. Janji dia dah ulangkaji, itu dah memadai. Lebih sangat pun tak elok jugak kalau dah memudaratkan, kesihatan diri pun penting untuk hadapi peperiksaan nanti. Persediaan alatulis pun Mas dah sediakan, belikan lebih supaya mencukupi untuk dia gunakan nanti.

Moga hari peperiksaan nanti Atikah mampu buat yang terbaik, berkat ulangkaji yang dia sentiasa buat tu. Mas nak sangat dia dapat masuk SBP, lagi pun dia nak sangat masuk sekolah aliran sains. Harap tercapailah impian dia, sekarang nak masuk SBP tak perlu 8A pun. Dapat 6A atau 5A dah boleh masuk, janji Matematik dan Sains dapat A.

Untuk kakak, good luck Isnin nanti ye. Buat yang terbaik, mama tahu kakak boleh!

Khamis, 27 September 2018

Arfan dah merdeka!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas balik kerja petang tadi terus dia cakap, "Arfan dah merdeka!" Hamboiii kemain seronok lagi dah habis periksa UPSR, senyum lebar je.


Yelah Mas pun faham perasaan dia, mesti rasa macam satu beban tu dah dialihkan. Rasa ringan dan lapang je dada, penat lelah belajar selama ni dah ditunaikan. Mas yang maknya pun sentiasa tak senang duduk sepanjang dia exam tu. Selagi tak lengkap 4 hari tu makan pun tak lalu, tidur pun tak lena.

Bukan Mas tak percaya kemampuan dia tapi rasa risau tu tetap ada, tak boleh nak elak dah dari naluri seorang mak. Tapi Mas tak tunjuk sangat rasa risau depan dia, sebab tu bila dia balik dari sekolah Mas tak akan tanya apa². Mas cuma suruh dia rehat, makan dan ulangkaji untuk subjek esoknya. Ulangkaji pun Mas suruh yang ringan² je, tak nak dia terlalu stress!

Cuma Arfan ni dia suka bagitau, balik je sekolah dia terus cerita pasal exam tu. Tapi takdelah secara keseluruhan, dia cuma cakap soalan apa yang dia tak pasti jawapannya. Jadi dia akan tanya Mas untuk kepastian, nak tak nak Mas kena layankan jugak. Macam masa periksa subjek Matematik tu, balik je Mas dari kerja terus dia cakap soalan susah. Siap cakap 5 soalan akhir dia jawap hentam je sebab tak cukup masa. Kesian jugaklah, tapi Mas tak nak dia fikir banyak. Mas suruh dia tumpukan untuk subjek akhir. 

Selamat dah anak bujang, mama sambung debar untuk kakak pulak. Arfan tu Mas doakan dia dapat keputusan yang baik, dia dah usaha sehabisnya dan yang lain Mas serahkan kepada Allah je. Moga penat lelah dia belajar terbalas dengan yang baik²!

Rabu, 26 September 2018

Johnson's Baby of the Year Contest 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak anak pertama lagi Mas memang setia dengan produk Johnson's, tak pernah bertukar ke jenama lain. Bukan Mas guna kat anak² je tapi guna untuk diri sendiri jugak, suka baunya yang wangi tu. Haaa memang Mas akan terus setia guna produk² Johnson's ni!


Johnson's Baby of the Year Contest 2018
Haaa ini berita baik untuk pengguna setia produk Johnson's, anak² korang yang comel tu berpeluang membawa pulang mahkota Johnson's Baby of the Year Contest 2018. Hadiah sangat² lumayan tau, bernilai sehingga RM80,000. Fuhhh Mas pun teruja!

Pastu peraduan ni dah banyak kali diadakan, dan tahun 2018 ni ia kembali lagi dengan tema yang sangat bermakna iaitu "The Royal Celebration for Johnson's 125 Years with Your Prince & Princess." Haaa kiranya sempena ulangtahun ke-125 Johnson's! 

ambik gambar comel² camni

Cara nak sertai peraduan ni senang sangat, semudah ABC je. Janji korang kena pandai gayakan anak ala² putera dan puteri!

1. Beli mana² produk Johnson's Baby mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018;

2. Ambil gambar anak² korang sediva divanya dan layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018;

3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang disukai untuk hias foto si putera dan puteri comel korang, kemudian muat naik gambar; dan 

4. Lengkapkan borang dan hantar penyertaan.


Haaa mudah je kan, pastu korang boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang korang mahu. Jadi ambiklah gambar anak² korang dengan macam² gaya, manalah tahu satu gambar tu bertuah kan?

Sama seperti ibu bapa kita yang gemar mengambil gambar kita sewaktu kecil, ibu bapa pada hari ini turut memiliki kegemaran yang sama. Kami memang faham akan kegemaran ini, si manja memang cepat membesar dan kita mahu merakamkan detik² indah tersebut sebanyak mungkin. Dengan menggunakan sticker GIF bertemakan istana yang disediakan oleh Johnson’s Baby of the Year Contest 2018, anda tidak perlu berbelanja besar untuk bergambar seperti seorang putera atau puteri!” kata Christy Yong, Pengurus Pemasaran Kanan Johnson's.

haaa kena bergaya ala² diva jugak

Jadi jangan lupa hantar penyertaan korang tau, sebelum 31 Oktober 2018. Untuk maklumat lanjut layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018

Mas dah hantar 2 gambar ni bagi penyertaan untuk si Princess Nur Aiyra Annasya, moga dia bertuah!



Selasa, 25 September 2018

Dah pandai memberontak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi 5 hari genaplah setahun umur comel mama si Nur Aiyra Annasya ni, haihhh kejap je kan? Besar dah dia dan makin banyak ragam dan perangai, kadang buat mama geram dan kadang buat mama senyum. 

Salah satu kepandaian dia sekarang dah pandai memberontak, kemain lagi dia. Cara protest tu dia akan jerit sekuat hati, kadang meronta² atau lembikkan badan. Kalau tak dapat jugak barulah dok meraung sekuat hati, hehehee! Biasanya dia dok protest kalau tak dapat apa yang dia nak, tak kiralah barang atau makanan.


Kalau Mas tengah makan sesuatu tapi tak bagi dia, haaa siaplah dia akan memberontak. Mulut dok jerit sekuat hati, selagi tak bagi selagi tu dia jerit. Bila dah dapat terus diam, pastu sengih² tanda puashati. Kadang apa yang Mas makan tu dia bukan boleh makan pun tapi nak jugak, kadang geram je nak suapkan. Hahahaa tak pasal pulak kalau kena makanan pedas kan?

Lagi satu kalau dia dapat kutip benda dan masuk dalam mulut, siaplah mengamuk kalau nak keluarkan dari mulut dia. Silap² tangan mama boleh luka kena gigit tau! Abang kakak memang tak berani dah nak keluarkan apa² dari mulut dia kalau nampak dia kutip benda masuk mulut, serik dah kena gigit. Nak tak nak mamalah kena jadi mangsa gigitan dan amukan dia tu. Mama redha dik!

Pastu dia akan protest jugak kalau tak dapat jalan² kat luar, haaa pandai sangat dah. Pantang nampak orang bukak pintu, terus tangan dia tunjuk ke luar dan meluru ke arah pintu. Pastu ambik kasut suruh orang pakaikan! Kalau kita tak layan dan tutup pintu tu, haaa siaplah dia protest sambil mengamuk. Memang tak mampu nak tahan ler, nak tak nak kena bawak jugak. Lagi satu yang parah bila dah jalan² kat luar tu dia tak nak masuk pulak dah, mentang² dah pandai jalan. Haru mama dik oiii!

Tapi walau apa pun ragam memberontak dia tu, mama tetap terhibur. Itulah tanda dia nak membesar dan belajar segalanya, Mas tak akan halang. Biar dia explore semuanya untuk perkembangan minda dan tumbesaran dia!

Isnin, 24 September 2018

Jaga pemakanan semasa exam

Assalamualaikum...(^ ^)

Salah satu tujuan Mas ambik cuti semasa anak² exam sebab nak jaga pemakanan mereka, tak naklah mereka makan yang bukan². Yelah anak² ni kalau tak pantau, dia bedal apa je. Terutama makanan jajan² yang tak berkhasiat tu.


Jadi 2 hari bercuti ni Mas masakkan untuk anak² makanan yang berkhasiat, lengkap dengan protein dan sayuran. Mas kurangkan makanan berminyak, kurangkan garam tetapi lebihkan sayuran dan buahan. Pastu Mas suruh jugak Arfan makan kurma dan kismis yang mak mertua beli kat Mekah hari tu. Mas nak minda dia lebih aktif dan ingatannya lebih kuat.

Pastu Mas suruh dia minum air kosong lebih, supaya badan dia lebih segar. Mas tak nak nanti kalau kurang air dia mungkin akan demam atau keletihan, jadi wajib bawak bekal air semasa exam. Lagi satu bawak jugak bekal kekacang atau roti, manalah tau lapar kan? Nanti boleh jugak makan sebelum masuk dewan peperiksaan atau waktu rehat sebelum paper seterusnya.

Lagi satu yang paling penting adalah sarapan, jangan biarkan anak² masuk dewan peperiksaan tanpa bersarapan. Ini boleh buat mereka lapar dan tak tenang nak jawap soalan periksa, badan pun akan lemah. Macam Mas memang akan paksa anak² sarapan walaupun kadang tu mereka tak nak, kena makan jugak walaupun hanya sekeping roti. Nanti kalau perut lapar akan ganggu tumpuan mereka nak jawab soalan dengan lebih baik.

Penting sebenarnya jaga pemakanan anak² semasa hadapi peperiksaaan ni, sebab pemakanan tu kebanyakannya membantu kecerdasan otak anak². Jadi kenalah bagi makanan yang berkhasiat kan, itu akan membantu anak² kekal sihat dan cerdas. Ingatan anak² pun lebih baik!

Sabtu, 22 September 2018

Arfan dah bersedia ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Isnin 24/9 anak bujang Mas bakal berjuang di dewan peperiksaan, bersediakah dia? Haaa yang ni maknya yang terlebih risau, takut dia tak bersedia je. Jadi Mas buatlah beberapa persediaan untuk dia, Mas nak dia lebih yakin bila melangkah ke dewan peperiksaan nanti.


Apa yang Mas siapkan untuk dia? Biasalah anak lelaki ni kan, banyak sikap sambil lewa je. Bila tanya pensil, pemadam dan pembaris dah ada ke? Laju je dia jawab ada, tapi bila mama nak tengok entah mana dia letak. Jadi kenalah Mas yang siapkan, asahkan pensil dia dan ikatkan dengan getah. Yelah kat dewan tak boleh bawak bekas pensil hanya pensil, pembaris dan pemadam je. 

Pastu Mas semakkan jadual peperiksaan dia, tengok apa subjek untuk hari Isnin. Jadi bolehlah Mas bantu dia ulangkaji, bukan nak khusyuk sangat tapi study sikit² untuk persiapan akhir. Barulah rasa lebih yakin dan bersedia kan? Cuma satu je jangan bagi anak² terlebih ulangkaji sangat, takut mereka stress pulak nanti. Macam Mas hari ni bagi dia ulangkaji sekejap, esok Mas nak dia rehat dan tenangkan fikiran. 

Lagi satu Mas pastikan dia sihat, tak naklah nanti nak periksa tetiba demam. Jadi Mas elakkan dia terlalu penat dan bermain di luar, biar dia rehat di rumah je. Memanglah kita tak boleh halang penyakit tu kalau nak jadi, tapi kita kena ambik langkah berjaga dan mencegah.  Bagilah dia makanan sihat supaya anak lebih bertenaga dan minda pun cergas, senanglah nak jawab soalan periksa nanti.

Mas pun ambik cuti hari Isnin dan Selasa, nak jugaklah temankan dia. Lagi 2 hari tu harapkan babah dia pulak, sekurangnya kami berdua ada luangkan masa untuk tengok anak hadapi peperiksaan. Moga masa yang kami luangkan tu dapat beri sikit keyakinan pada dia, moga dia lebih bersedia nak exam Isnin nanti. 

Good luck Arfan, buat yang terbaik ye!

Jumaat, 21 September 2018

Mama cuai sangat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang baru Mas tahu camne perasaan seorang ibu bila cuai terhadap anaknya, sesal tak sudah tau! Rasa macam diri tu gagal jadi seorang ibu yang baik, nak marah je kat diri sendiri. Itulah yang Mas alami hari ni, tampar muka sendiri terus bila benda camni jadi pada Aiyra.


Ceritanya camni, Mas bancuh air teh hijau sebab nak minum. Lepas bancuh terus bawak air tu ke ruang tamu dan letak atas meja, memang letak tu jauh supaya Aiyra tak boleh capai. Pastu entah camne Mas tak perasan Airis letak mainan kat atas meja tu, dan masa Aiyra nak capai mainan tu air teh terpercik kat dia. Terkejut Mas bila dengar dia meraung dan mengelupur atas tilam, Ya Allah cuak Mas sampai gigil satu badan.

Terus angkat dia dan buka baju, pastu bungkus tangan dia yang kena air panas tu dengan tuala basah dan sapu minyak boreh. Telefon husband pun gigil² tangan, belum habis rasa panik walaupun Aiyra dah berhenti nangis. Bawak dia ke klinik dan doktor cakap lecur tu tak serius sangat sebab tak gelembung, doktor sapu krim dan balut tangan dia. Esoknya baru doktor suruh bukak dan tengok ada mengelembung tak, kalau ada dia tak bagi pecahkan.

Lega bila doktor cakap camtu, maklumlah ini pertama kali anak Mas kena air panas. Sebab itulah Mas rasa bersalah sangat, terasa diri ni cuai bila perkara camni terjadi kat Aiyra. Husband dah bagi amaran, lepas ni bila bancuh air panas nak minum letak je kat dapur. Ok mama janji lepas ni mama tak buat camtu dah, tak nak dah perkara sama berulang lagi. Mama kena lebih berhati² dan tak cuai dah.

Moga cepat sembuh ye Aiyra sayang!

Khamis, 20 September 2018

Musim kelima Gegar Vaganza

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh ada jugak rupanya Gegar Vaganza tahun ni, ingat Astro tak nak buat dah lepas kes penaja tu. Tapi takpelah kan, mungkin GV kali ni Astro dah dapat penaja lain kot. Biarlah kan itu tugas mereka, janji takde kontroversi macam penaja dulu.

kredit foto Mstar

Musim ke-5 ni sekali lagi 12 orang peserta bakal bertanding dalam Gegar Vaganza 5. Kali ni ada kelainan sikit bila ada 3 peserta kumpulan bakal bersaing dengan penyanyi solo. Haaa menarik jugak ni, bolehlah kita tengok mampukan artis berkumpulan ni berikan persembahan lebih baik berbanding artis solo. Tiga kumpulan yang bakal bertanding tu ialah Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain. Wahhh Elite kembali tu, Mas suka lagu² diaorang!

Antara peserta lain yang turut bertanding adalah 7 peserta wanita iaitu Amelina, Safura Yaakob, Maya, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene dan Dia Fadila. Haaa ada penyanyi terkenal era 1990 iaitu Safura, Mas suka vokal dia. Mesti masih mantap macam dulu! Yang lain pun tak kurang hebatnya, pasti akan beri saingan.

Pastu peserta lelaki solo ada 2 orang je, Zamani dan Shafie dari kumpulan Rio. Fuhhh pucuk dicita ulam mendatang, penyanyi kumpulan yang Mas minat ada bertanding. Siapa, dah tentulah Zamani. Harap vokalnya masih mantap macam zaman Slam dulu, dan dia boleh bersaing dengan penyanyi lain. Sah² lah ai #teamzamani, hahahaa!

GV5 ni akan bermula pada 30 September 2018 jam 9 malam, setiap Ahad di saluran Astro Ria dan Ria HD. Pengacara pulak masih Nabil dan Jihan Muse, dan penaja khabarnya Dato' Aliff Syukri pulak. Hurmmm harap dia dapat jaga imej dan tak over sangat sudahlah kan, tak naklah tengok sikap gedik² sangat macam penaja dulu. Moga Astro lebih matang dalam penganjuran kali ni, takde nak publisiti je. Good luck untuk peserta Gegar Vaganza 5!

Rabu, 19 September 2018

Moga mereka selamat tiba!

Assalamualaikum...(^ ^)

Setelah sebulan lebih mak abah mertua Mas di bumi Mekah dan Madinah bagi menunaikan haji, hari ni mereka akan berangkat pulang. Pukul 2 petang tadi waktu Malaysia mereka dan selamat bertolak dari Madinah, dijangka tiba Subuh esok pagi. 


Tapi yang tak berapa sedap hati bila dapat perkhabaran yang abah masuk hospital kat Madinah, dah seminggu lebih katanya. Itu pun tahu bila husband baru dapat telefon mak semalam, kalau tak memang tak tahu. Abah takde selera nak makan, jadi badan lemah dan pengsan. Teruslah dimasukkan ke hospital sana, nak bangun dan berjalan pun tak larat. Kena drip air lagi!

Cuma lega sebab hari ni abah dibenarkan balik, nasiblah tak kena tahan kat sana. Mungkin sebab tak kritikal sangat kot, nanti akan ada lah orang perubatan pantau keadaan dia dalam kapal terbang tu kan? Yelah bersedia takut apa² yang serius berlaku. Nak ke airport tadi pun mak kata ambulan yang hantar dari hospital. 

Pastu bila sampai Subuh nanti kesihatan abah akan diperiksa dulu, kalau takde apa² masalah serius dan kesihatan dia baik bolehlah balik. Tapi kalau masih teruk dan tahap kesihatan tak memuaskan mungkin akan dipantau kat hospital sini pulak, akan kena tahan wad dulu. Dah sihat nanti barulah boleh balik! 


Haihhh tak sabar tunggu esok pagi, harap mak abah selamat tiba dan takde apa yang serius. Moga kesihatan abah pun dah beransur baik dan tak perlu ditahan kat hospital lagi. Doakan ye korang!

Selasa, 18 September 2018

Kes digigit kat taska

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni ambik Aiyra di taska sekali lagi ada kesan kena gigit, kali ni kat tangan pulak. Sebelum ni dah pernah kena, 2 gigitan sekali kat peha dan lutut. Haishhh menyirap jugak darah bila tengok!


Bukanlah Mas nak marah budak yang gigit tu, sebab khabarnya budak tu baru umur setahun lebih. Umur camtu bukan tahu apa kan, dia nampak lengan dengan kaki Aiyra tu macam makanan je agaknya. Lagi pun umur gitu jugak anak² nak explore penggunaan gigi dia, apa yang boleh digigit dia akan gigit. Jadi memang Mas tak salahkan budak tu!

Cuma Mas tak puashati dengan pihak taskalah, takde inisiatif nak halang benda ni dari berlaku. Patutnya pantaulah anak yang suka gigit orang tu, kalau boleh jangan bagi dia dekat dengan bayi sekecil Aiyra tu. Mesti boleh kawal punya sebab mereka hanya habiskan masa jaga anak² ni di taska je. Lagi pun perkara ni dah banyak kali berlaku, patutnya lebih alert kan?

Lagi satu kalau tak sedar perkara ni terjadi atau tak dapat dielakkan, maklumlah pada ibu bapa anak tu. Jangan diam je seolah takde apa yang berlaku, bila ibu bapa ambik anak barulah ternampak. Macam Mas memang dah wajib tengok seluruh badan Aiyra lepas ambik dia dari taska, nak tengok mana tau ada kecederaan ke. Masa tengok tulah terperasan ada kesan gigitan kat tangan Aiyra.


Kali ni gigitan tu agak teruk, sampai luka dan bengkak. Nampak dalam jugak luka tu, berkesan gigi budak tu kat lengan Aiyra. Haihhh sedih betul bila tengok, mesti dia meraung kesakitan masa kena gigit tu. Mas dah suruh husband cakap kat pihak taska supaya lebih alert sikit, bukannya nak marah. Tapi kalau tak cakap nanti depa buat macam takde apa berlaku je, kita yang sakit hati.

Mas memang tak boleh nak cakap nanti tak boleh kawal marah, kang jadi lain pulak. Bukannya Mas nak kondem pihak taska 100%, cuma berharap sangat moga kejadian digigit ni tak berulang dah!

Isnin, 17 September 2018

Farm In The City : Petting Zoo dalam bandar

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak susah nak gembirakan hati anak² ni, bawak je mereka ke tempat yang ada haiwan. Bukan anak² je seronok, mak ayah pun tentu teruja sama. Nak lagi seronok pergi ke Petting Zoo macam kat Farm In The City ni, haaa boleh bermesra dengan haiwan² jinak kat situ. Jom Mas bawak korang meneroka ke Farm In The City ni!



Terletak di Seri Kembangan, korang waze je Farm In The City pasti kan jumpa. Kalau dari rumah Mas di Salak Tinggi, dalam ½ jam je nak ke sana. Mas dah pernah pergi sekali ke sana tahun 2015, tapi semalam Mas pergi bersama kawan² blogger KBBA9. Fuhhh memang meriah, selain anak² seronok dapat jugak jumpa rakan² blogger dan rapatkan ukhwah antara kami. 

Farm In The City : Petting Zoo dalam bandar
Ia dikenali sebagai Petting Zoo sebab kebanyakan haiwan kat sana adalah haiwan² jinak yang boleh disentuh, dipegang dan diberi makan. Memang sangat sesuailah bawak anak², di samping tu mereka boleh jugak kenali haiwan² tu dengan lebih dekat. Harga tiket nak masuk ke FITC ni berpatutan sangat, berbaloi dengan pengalaman yang korang dapat. Ini harga tiketnya:


Ada jugak My Kad Promotion Family Package

Waktu operasi pulak adalah seperti berikut:
i. 10 pagi hingga 6 petang pada hari biasa;
ii. 9.30 pagi hingga 6 petang pada hari minggu dan cuti umum/cuti sekolah; dan
iii. Tutup pada hari Selasa kecuali hari tersebut adalah cuti umum dan cuti sekolah.

Pastu dalam tu tak perlu risau kalau nak makan atau minum, ada disediakan kafe yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Kemudahan tandas dan surau pun ada disediakan, pastu kedai cenderamata pun ada kalau nak beli sesuatu sebagai kenangan. Parkir kereta pun luas, tapi kena datang awallah kalau nak dapat parking dekat. 


Aktiviti menarik dalam Farm In The City
Aktiviti utama sudah tentulah bermesra dengan haiwan² jinak seperti kura² gergasi, arnab, hamster, ayam, burung, iguana, kuda, rakun, skunk, llama, parrot, ikan dan lain². Kalau nak bagi makan haiwan² ni banyak kali mereka ada jual makanan, satu baldi RM10. Pastu ada jugak vending mesin menjual makanan pallet, berharga RM2. 






Selain itu ada jugak aktiviti Parrot Live Show, ada 2 sesi iaitu jam 11.30 pagi dan 3.30 petang. Seronok tau tengok pertunjukan ni, semua parrot tu bijak sangat. Memang mereka dilatih setiap hari oleh pelatih, katanya makan masa 3-6 bulan untuk latih mereka bercakap, berlakon dan lakukan pelbagai akiviti. Ni seekor parrot yang buat pertunjukan semalam, namanya Tom. Pandai betul dia berlakon, over acting sangat! Hehehee tengok video ni, comel je kan?


Pastu ada jugak aktiviti Pony Ride untuk kanak², harga tiket yang dikenakan RM7 seorang. Hanya kanak² yang lebih 60cm dibenarkan menaiki kuda padi ni, dan kalau orang dewasa nak naik boleh jugak tapi berat badan mestilah bawak 40kg. Nanti bila naik tu akan di bawak berjalan satu pusingan, dan boleh jugak nak ambik gambar sebagai kenangan.


Lagi satu ada jugak aktiviti Longkang Fishing, haaa yang ni percuma je. Anak² boleh tangkap ikan di dalam longkang seberapa lama yang mereka suka, tapi lepas tangkap tu ikan tersebut kena dilepaskan semula. Tak boleh bawak balik tau! Tapi bukan anak² je yang teruja, mak ayah pun sama seronok dok tangkap ikan tu. Ada yang sampai bersorak riang bila dah dapat, hehehee!


Yang menarik jugak di FITC ni, lepas korang dah habis jalan² kat dalam tu di luar ada Free Kampung Games. Haaa bolehlah uji kepandaian dan kecekapan korang main permainan ni seperti Coconut Bowling, Leader Toss dan Teng Teng. Hehehee best tau, mainlah banyak kali sampai berjaya!


Haaa seronok kan, macam² aktiviti ada dan memang tak bosanlah bila ke Farm In The City ni. Pastu boleh dapat sijil jugak tau untuk semua yang pergi, boleh simpan sebagai kenangan yang korang dah pernah ke sana. 


Ini maklumat mengenai Farm In The City Seri Kembangan.

Telefon: 03-89412099

Alamat
Lot 40187-40188
Jalan Tropika Barat
Bandar Putra Permai
Putra Permai, Seri Kembangan



Sabtu, 15 September 2018

Menjejaki bunga Sakura Malaysia!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni tak pernah ambik kisah pun pasal bunga ni, dan masa tu jugak tak tahu pun orang panggil ia Sakura Malaysia. Kadang nampak je pokok tu berbunga tapi takdelah terasa nak ambik gambar pun, anggap macam pokok bunga biasa je.


Sekali bila dah viral pasal bunga ni, yang dikenali sebagai Bunga Tecoma barulah Mas tahu rupanya ia dipanggil Sakura Malaysia. Bunganya yang berwarna merah jambu seakan² bunga sakura tu memang cantik bila bunganya memenuhi pokok. Hanya nampak warna merah jambu je, dan ia akan gugur bertaburan dibawah pokok. Sekali tengok memang cantik sangat, rasa macam tengok bunga sakura kat Jepun tulah. 

Jadi hari ni misi menjejaki Sakura Malaysia ni, sekarang tengah musim bunga ni mabuk berbunga di serata tempat. Kami ke Putrajaya sebab kat sana memang banyak pokoknya, lokasi yang kami pergi ialah di Presint 3 berdekatan dengan tapak pasar malam Putrajaya. 



Sampai je kat situ terus cakap, "Wahhh cantiknya, rasa macam kat luar negara pulak!" Kami pun apa lagi terus pasang tripod dan rakamkan gambar sepuas hati, macam² aksilah. Terus feeling rasa macam kat Jepun, hehehee berangan tu percuma kan? Tak dapat pergi Jepun pegang dan tengok Sakura sebenar kita tengok yang Malaysia pun boleh.

Haaa kalau korang nak buat photoshoot pergilah kat Putrajaya tu, memang cantik sangat. Dari jauh dah nampak warna merah jambu tu, tak puas mata memandang. Kami ni bergambar guna kamera handphone pun dah puashati, misi berjaya!







Seronok betul, habis basah² tangan dok main baling² bunga tu. Nak berangan macam hindustan lah konon, hehehee!







Jumaat, 14 September 2018

Yang penting kena rajin

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada jugak kawan² yang cakap, "Gigih betul kau Mas bawak bekal setiap hari, pukul berapa kau bangun masak!" 


Hehehee nak buat camne, kena lebih berjimat sekarang. Pastu lagi satu tengah amalkan pemakanan sihat, itu yang kena gigih. Dan yang utama bagi Mas kena rajin, kalau setakat niat nak bawak bekal tapi malas memang tak akan jadi. Bangun pukul berapa pun Mas tak kisah sangat, janji Mas ada rasa rajin tu. Kalau bangun awal pun tapi rasa malas je nak masak memang tak akan jadi apa, akhirnya beli jugak.

Pastu Mas ni masak bukanlah yang susah², sampai buat gulai lemak ke pepagi buta tu. Mas tengah diet kan, jadi menu sihatlah. Menu² sihat ni bukan susah nak sediakan, grill dan potong sayur je. ½ jam dah boleh siap bekal untuk sarapan dan makan tengahari, ringkas dan perut pun kenyang. Jadi alasan malas tu dah takde dalam diri Mas, kena rajin demi diet dan jimat!

Lagi satu bila korang rajin masak sendiri dan bawak bekal, satu kepuasan korang akan dapat. Yang pertama sudah tentulah korang boleh berjimat, duit yang guna untuk makan setiap hari di pejabat tu boleh dijadikan simpanan dan bolehlah beli apa yang korang nak. Pastu korang dapat makan makanan yang sihat dan bersih, yelah kita sediakan sendiri kan jadi kita tahu tahap kebersihan makanan tu camne. Penggunaan bahan² pun yang sihat je, takde garam gula dan minyak. 


Macam Mas bila dah rajin sediakan bekal ni, kalau sehari tak buat rasa lain macam je. Walau hari tu terbangun lewat tetap rajin dan gigih sediakan, dapat buat sandwich pun dah cukup. Haaa sebab tu Mas cakap, rajin tu yang utama!

Jom korang amalkan makan sihat dan bawak bekal dari rumah.

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com