Terkini dan Sensasi

Rabu, 18 Mei 2016

Minyak Kelapa Dara Terbaik

Assalamualaikum...(^ ^)

Pasti korang tahu kan pasal 1001 khasiat Minyak Kelapa Dara atau ringkasnya VCO. Memang tak diragui khasiat dan kebaikannya, 100% semulajadi! 


Mas memang dah lama amalkan makan VCO jenama Catalyst ni, sejak tahun 2010. Kiranya dah masuk 6 tahun. Tapi kenapa baru sekarang nak kongsi kebaikannya? Sebenarnya ada kawan bertanya apa supplemen terbaik untuk dia makan, jadi Mas syorkan ambil VCO. Bila kawan tu bagi feedback positif jadi Mas rasa lebih baik Mas kongsikan kesan terbaik VCO pada diri Mas sendiri. Sekurang²nya ia bermanfaat pada para pembaca, tak gitu!

Mas amalkan makan VCO setiap hari 2 biji, sebiji pagi dan sebiji malam. Keberkesanannya kepada Mas memang positif, antara yang paling berkesan ialah migrain teruk yang Mas alami sejak sekolah dah pulih. Tahap migrain yang Mas alami memang kronik, sampai hantuk kepala ke dinding kalau ia menyerang. Telan berbiji² panadol dan pain killer pun tetap tak jalan. Lepas amalkan VCO setiap hari sekarang dah bertahun migrain tak menyerang!


Lagi satu kesan positif ialah badan rasa lebih bertenaga dan segar setiap pagi. Mas ni memang jenis tidur lewat malam, jadi dulu bila bangun seawal jam 5 pagi memang rasa lemah lesu badan. Bila makan VCO bangun pagi tu tak jadi masalah dah, tepat jam 5 pagi automatik akan terjaga. 

Pastu sistem penghadaman pun lebih baik, pembuangan air besar dan kecil lebih lawas. Mas memang susah membuang, jadi dengan amalkan VCO masalah tu dapat diatasi. Yang paling best ia boleh dimakan ketika hamil dan boleh dijadikan milk booster. Masa mengandungkan Airis memang Mas amalkan sejak dari usia kandungan 2 bulan dan sudah pastinya sebagai milk booster, meriah susu!

Jadi pada korang yang tercari² supplemen apa yang bagus untuk diamalkan pilihlah VCO. Waktu hamil lagilah digalakkan makan, boleh jadi selusuh tu! 

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum kakmas. Ika pon masa preggy haritu makan vco start masa 5 bulan.

    BalasPadam
  2. Pernah makan VCO ni dulu tapi stop sebab susah nak telan ubat..tambah jenis softgel macam ni..besar..

    BalasPadam
  3. mintak kelapa dara memang terbaik.

    amalkan la selalu ye.

    BalasPadam
  4. dulu dulu rajin makan sbb nk kulit cntik haha. skrg dh xmakan dah. tgk akak post ni rasa nk strt amek smula je

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com