Assalamualaikum...(^ ^)
Inilah rutin setiap awal pagi dan waktu lunch, kalau tak nanti kelaparan anak mama.
Walaupun hasil susu dah agak merundum tapi Mas tetap gigih pam setiap hari. Kena rajin dan tak boleh putus asa, kalau malas tak menyusu Airis. Pernah jugak rasa sangat stress sebab susu dah tak banyak sehingga terfikir nak bagi susu formula. Tapi bila fikirkan semula rasa kesian pulak dekat Airis, terfikir jugak nak ke dia minum susu formula.
Jadi kerana pelbagai rasa itu, Mas gigih dan kuatkan semangat. Pelbagai usaha Mas lakukan seperti makan secukupnya, minum banyak air dan jangan skip waktu pam. Walaupun hasil yang dapat tak selumayan dulu tapi alhamdulillah cukup untuk bekalan Airis setiap hari di taska. Airis pun dah masuk setahun jadi tinggal setahun lagi untuk Mas fully breastfeeding dia. Nanti dah masuk usia 2 tahun bolehlah campur susu formula. Tapi susu badan Mas tetap teruskan selagi ada rezeki Airis.
Kepada ibu yang fully breastfeeding anak, jangan putus asa kalau susu dah merundum. Insya Allah ada rezeki yang terbaik untuk anak kita dengan izin Allah SWT.
good luck
BalasPadamselamat mengepam. jangan putus asa ye.
BalasPadamassalamualaikum mas...moga airis dpt susu ibu yg secukupnya...
BalasPadamCayokkk sissss. Nina pun nak gigih mcm sis. IAllah niat nk fully. Next year baby. Hehe
BalasPadamsusu ibu adalah susu yang terbaik..try makan supplement ESP Shaklee kak untuk milk booster..kalau nak beli boleh contact Fiza :)
BalasPadamyang penting kena kuat semangat.. +ve thinking je
BalasPadamwaa chaiyok mummyyy..
BalasPadambetul tu kak.niena pun smpi skng msih buatkn stok lg utk si manje tu..kna gigih
BalasPadam