Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 13 Mac 2018

Utamakan sihat, kurus tu bonus!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada jugak yang dok bertanya, Mas ni menyusukan anak tapi sibuk nak berdiet. Camne susu nak banyak, nanti tak sampai anak setahun dah bagi susu formula. Ya Allah, Mas takde pun niat nak berdiet sakan sampai abaikan keperluan anak. Mas masih utamakan keperluan susu untuk Aiyra, sebab itulah hari² Mas mesti makan nasi.


Cuma dalam makan nasi tu, Mas akan pastikan makan secara sihat dan seimbang. Sihat tu maksudnya Mas makan secara bersih tanpa gula, garam, lemak dan minyak. Bukan susah pun nak makan secara bersih ni, sebabnya masih ada protein, karbo, sayuran dan buah. Rasanya setakat ni Mas makan secara sihat takde pulak susu merundum jatuh, alhamdulillah masih cukup untuk santapan Aiyra.

Pastu makan seimbang pulak ialah kena ambil sarapan, makan tengahari dan malam. Sarapan wajib Mas ambil sebab itulah nak tambah semula susu yang Aiyra dah minum sebelah malam lebih 12 jam. Mas minum je milo kosong campur susu rendah lemak, takdelah ketat sangat diet tu. Sebab dengan minum milo panas², Mas dapat rasakan rangsangan penambahan susu badan. Pastu air masak 3 liter setiap hari memang tak pernah tinggal, kat mana saja ada letak air masak supaya tak lupa minum.


Waktu tengahari memang kena makan nasi, kalau tak lapar sebab tengahari ada 2 sesi mengepam susu. Malam pulak memang Mas tak ambil nasi, biasanya makan roti, bijirin, buah-buahan, oat atau minum susu je. Janji perut kenyang dan keperluan susu cukup untuk Aiyra pada sebelah malam. Air kosong memang tak tinggal ye!

Haaa sapa kata tak boleh amalkan makan secara sihat walaupun menyusukan anak, bukannya tak makan langsung. Bila kita sihat kita tak akan stress, itu lagi membantu untuk badan hasilkan susu yang banyak. Kalau dok makan apa saja tanpa dikawal, nanti kolestrol tinggi lagilah susah kan. Bila dah sakit camne nak teruskan penyusuan susu ibu pada anak, haaa itu lagi parah.

Yang penting utamakan sihat dahulu, dapat kurus itu satu bonus!

5 ulasan:

  1. betul2
    sihat tu penting
    kurus tu memang bonus

    BalasPadam
  2. banyak orang yang nak kurus, tapi lupa jaga kesihatan :(

    BalasPadam
  3. Setuju... Bila jaga pemakanan, keseluruhan kita sihat, penghasilan susu lebih produktif dan automatic badan pun langsing.

    BalasPadam
  4. Setuju cuma kalau nina payah nya nak cut off terus gula. Huhuu...
    Cheat day gak dessert. Hehe

    BalasPadam
  5. Sihat mmg penting untuk.kita mak2 yang nak jaga keluarga..kalau kita tak sihat ssh jugak satu family kan mas.. amalkan pemakanan sihat ..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com