Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 18 Mac 2018

Sikap bahaya pemandu lori

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebenarnya Mas dah lama perati sikap sesetengah pemandu lori di sekitar Salak Tinggi ni, selalu sangat membahayakan pemandu² lain. Biasanya kalau waktu pagi, dengan selambanya bawa muatan yang berlebihan pastu lori dipandu dengan laju. Mas yang berulang alik kerja seawal jam 6 pagi memang selalu hadapi situasi tu, rasa macam tak selamat sangat bila selisih dengan lori² ni.

Lagi satu bila di kawasan lampu isyarat, kadang tu lori berhenti dekat sangat dengan kereta lain. Seolah² macam nak dilanggarnya kereta tu, geram betul tengok dahlah kau tu besar. Pastu bila lampu merah je kemain pecut laju, siap memotong lagi tanpa hiraukan kenderaan lain yang lebih kecil. Haishhh, Mas memang seriau bila lalu kat sebelah lori² ni.


Bukan tak pernah terjadi kemalangan disebabkan sikap pemandunya camtu, banyak kali jugak tapi tetap mereka ulangi. Seolah tak serik, dan seolah dianggapnya nyawa pemandu lain ni tak berharga!

Macam Jumaat lepas, terjadinya kemalangan maut kat depan laluan masuk nak ke taman perumahan Mas tu. Lori pasir ni parking kat tepi jalan camtu je, takde letak kon kecemasan pun. Tak semena² ada kenderaan lain yang jadi mangsa, sebab terlanggar lori yang rosak ni. Sepatutnya lori ni tak boleh parking kat kawasan tu sebab berhampiran dengan simpang masuk, memang mengundang bahayalah. Kalau nak parking pun sebab kecemasan kena ada kon atau orang yang jaga, jangan pentingkan diri je.

Kalau ikutkan bukan takde pihak berkuasa jalankan operasi terhadap lori² ni, tapi macam takde kesudahannya. Setiap hari tetap ada di jalanraya lori² yang bawa lebih muatan, pemandunya memandu melebihi had laju dan bahayakan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Mas harap sangat pihak berwajib lebihkan pemantauan, tak nak lah kejadian kemalangan yang lepas berulang lagi!

3 ulasan:

  1. juju takut lah kak...pernah tgk kemalangan depan mata...mujur la kami tak ada apa2 kak...tp masih rasa lg huhh

    BalasPadam
  2. Jammed teruk hari Jumaat tu kan? Memang seriau tengok lori-lori ni

    BalasPadam
  3. lori drivers sekarang ni, dah memandu bahaya sangat..kot yea pun kejar trip tapi kenalah fikir pemandu lain..sekali accident, lori tak teruk..yang teruknya kenderaan yang lebih kecil macam kereta...lagi tragik motor..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com