terkini dan sensasi

Selasa, 20 Mac 2018

Mewarisi bakat dan minat

Assalamualaikum...(^ ^)

Biasanya kan kita mesti nak salah seorang dari anak² mewarisi sifat kita, terutamanya bakat atau kemahiran yang kita ada. Macam Mas takdelah perasan pada mulanya, siapa yang lebih mengikuti Mas atau husband. Yelah bakat tu selalunya semulajadi ada dalam diri seseorang, cuma kena dibantu dengan minatlah baru berkembang kan?


Tapi bila anak² dah besar baru Mas perasan yang kakak Atikah ni lebih mewarisi bakat dan minat Mas masa di sekolah dulu iaitu aktif dalam bidang sukan. Mas masa sekolah dulu jangan korang tak tahu, pernah pegang gelaran Olahragawati tau! Memang aktif sangat dalam bidang sukan dari sekolah rendah lagi, pernah sampai wakil daerah tau. Mas lebih cenderung dalam acara balapan seperti 100m, 200m dan 4×100m, pastu acara padang pulak lompat jauh dan lontar peluru. Haaa hebat jugak ai ni!

Pastu Mas jugak minat main bola jaring, pemain pasukan bola jaring sekolah tau. Mas main posisi WD dan GD biasanya, memang defendan terbaik ni. Haaa sekarang tak aktif sangat dah, tengok Atikah je dok main. Mas tak nak halang bakat dan minat dia tu, sekurangnya dia isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Selagi dia tak abaikan pelajaran dan seimbangkan, Mas akan sentiasa bagi dorongan. 

Lagi satu dia minat main boling dari usia 6 tahun lagi, haaa itu pun warisi minat mama tau. Banyak dah kejohanan dia sertai masa sekolah rendah dulu, siap wakil negeri Selangor lagi. Tapi bila masuk sekolah menengah ni agak terhad sikit untuk boling tu, biasanya ikut mama je kalau ada tournament. Mas nak sangat dia aktif boling ni, tapi buat masa ni belum ada rezeki nak hantar dia belajar dengan jurulatih profesional. Insya Allah suatu hari nanti ada rezeki dia!

3 ulasan:

  1. Liez pun nak anak2 aktif sukan mcm liez.. igt dulu ayah liez tak kisah apa sukan kami join pun.. asalkan bagus untuk badan dan mengelak dr aktiviti tak berfaedah

    BalasPadam
  2. Wahh berbakat macam mama laaa kakak ya.. semoga terus maju dalam lapangan yang dipilih..

    BalasPadam
  3. Fuyoooooo atlet rupanya .. patut sampai skrg slim jer

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com