mrs secretary

Sabtu, 29 Oktober 2011

Mama nak tolong masak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kawan² dah masak menu tengahari untuk hari ni, menu apa ye?

Anak² Mas paling suka kalau mamanya masak di rumah, waktu inilah mereka nak menolong di dapur. Kadang² Mas geram jugak, bukannya nak menolong sangat tapi nak menyibuk je lebih terutamanya si Arfan. Macam kakaknya memang betul² menolong, maklumlah anak perempuan.


Lagipun Mas memang galakkan dia tolong, nanti dah besar takdelah dia malas nak ke dapur kan? Mula² ni Mas ajar yang biasa² dulu, macam basuhkan sayur, tumbukkan bawang dan kacaukan lauk dalam kuali. Alhamdulillah, dia memang rajin. Jadi senanglah sikit bila nak memasak, dah ada pembantu yang tolong.

Bila nampak je mamanya masuk dapur nak memasak, berlari² mereka mengikut. Berebut² nak tolong itu ini, sejuk hati tengok gelagat mereka. Rajin sungguh, harap² sampai dewasalah mereka camni. Lagi pun sebagai ibu kita kena yakin dengan sikap anak² kita, kalau kita bimbing dengan betul pasti bila dah dewasa perangai mereka tetap sama.

Inilah air tangan Mas untuk menu tengahari ni, dibantu jugak oleh anak² tersayang. Ada Ayam Masak Lemak Cili Api, Pedal Ayam Goreng Berlada dan Salad Segar, sedap weihhhhh!


14 ulasan:

  1. Wow! Menarik sungguh lak tu. Untung ada anak dara. Anak perempuan selalu boleh diharap kat dapur. Hehehe!

    BalasPadam
  2. waaaaaaa
    macam ni la anak mama kan
    aip2 adik pon tolong akak jugak

    sian mama tu
    hehehe
    bagus nye cr akak didik anak akak
    dr kecik2 lagi

    tgk dh siap dh menu sedaaaappp lagi =]

    BalasPadam
  3. betul tu.sgt setuju.. dari kecil diajar ke dapur.. nt x der la kekok kan.. =]

    BalasPadam
  4. hehe..sweet la tengok anak pon tolong sama2 masak.=)

    BalasPadam
  5. @Fara
    memanglah boleh diharap, tapi kena selalu suruh tolong... kalau tak malas jugak! heheheee

    BalasPadam
  6. @aimie amalina
    heheheheee...kenalah didik dari awal, kalau tak nanti malas pulak kan?

    BalasPadam
  7. @Fatin Mraz
    betul tu, anak2 sekarang ni kena ajar dari awal!

    BalasPadam
  8. kalau ank slung pmpuan, snang sket,.boleh diharap,.hehe,.tp xkata ank llaki xbleh,.

    kak,.nyummy3,.hihi,.

    BalasPadam
  9. x lama lagi, boleh goyang kaki lah Mama dia..dah pandai menumbuk tu..:)
    Baik2..merecik lada tu..hehe

    BalasPadam
  10. @**::CIKNUURUL::**
    tulah, senang sikit, rajin tolong! tapi ada jugak anak lelaki yang rajin tolong masak kan?

    BalasPadam
  11. @ariana
    hehehee..harap2 camtulah!
    nak jugak rasa masakan anak2 pulak nanti..

    BalasPadam
  12. aaa kak mas, sedapnya. terliur sy tgk. rumah kak mas kt mana ? mcm nk dtg singgah . hehe. comel anak kak mas tolong tumbukkan cili ke tu :D

    BalasPadam
  13. Baru lepas lunch nihh..Dah lapar balik dah..Hehe :D

    Ha'ah memang bagus kalau di ajar dari kecik untuk membantu kat dapur nanti dah besar takde la liat nak mula kann..Hikhik :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com